Tinggalkan jejak anda ye~

Saturday, 28 April 2012

Bisanya cinta.


Ditagihkan cinta yang tiada balasan. Lukanya hati terasa. Bagaikan ditusuk duri berbisa berkali-kali. Andai dirungkai hati ini, tercurah-curah darah kesedihan ke bumi. Namun, kepada Allah ku serahkan redha ku agar Allah mengubati luka parah ku ini. Aku tahu Allah memberi ujian untuk menguatkan hati hambanya. Die menguji hambanya dengan cinta yang mengkhayalkan. Aku bersedih namun masih mahu bersyukur kerana dalam khayalan mencintai seseorang itu, hati ini masih melafazkan nama Allah dan Rasul. Kuatkah hati ini untuk menghadapi ancaman dunia yang semakin zalim. Zaman semakin jahil barangkali. 
Allah pasti ada yang lagi baik untukku. Dahulu ku hampiri si dia namun tiada apa makna yang ku perolehi. Cemburu sangat. Sangat-sangat kerana balasan cinta tidak pernah dirasai. Cemburunya. Tapi ingat, cemburu itu sifat syaitan laknatullah. Lagi dilayan, lagi bergolak rasa gembira sang iblis. Jadi, bersabar lah wahai manusia yang lemah kerana kekuatan mu hanyalah Allah. Cinta manusia tidak kekal namun cinta Allah dan Rasul sudah pasti. 
Ku belek puisi2 indah. Fatimah Syarha yang ku nampak. Berseri nya dia. Model muslimah yang sangat aku sukai. Terpatri rasa kekaguman ku terhadapnya serta karya yang sentiasa diselitkan pengajaran murni. 
Puisi cinta buat remaja yang sedang membesar. Moga dijadikan kata-kata semangat buat semua. 
ISTIMEWA BUAT REMAJAKU SAYANG YANG BELUM BERUMAH TANGGA...
Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota,
takutkan Ilahi.
Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.
(Al-An'am: 116).
Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.
Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.
Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

No comments: