Tinggalkan jejak anda ye~

Monday, 16 April 2012

Ragam

Lepas aku bangun dari tidur tengah hari tadi, aku pisat2 melihat member bilik aku tengah nak siap pergi kelas.. Hehehe..Name die Wawa. Die rapat jugak dengan aku dan Ruby. Geng tembam ! oh yeah ! hahah.. Ok2.. Die ni suka make up taw. Kalau bersiap tue, setengah jam sebelum nak gerak dah siap sedia barang make up maa.. comel gitue. Ada sekali kitorang nak keluar sekali, aku dan Ruby mintak die pakaikan kitorang make up sikit. Ala, mintak pakaikan foundation je. Hehe.. geram tengok bedak2 foundation die, banyak dan cantik2 botolnya. Itu semua membuatkan aku nak cuba satu demi satu. Tapi tak boleh la kan nanti takut muka aku tumbuh cerawat lak sebab bercampur aduk  produk yang dipakai.

Masa dia siap2 nak pakai make up segala, aku pulak start nak on laptop. Ha, ni dia, laptop manje aku buat hal tadi. Laptop ni tadi tak hidup2 bila aku dah mula picit kat bahagian powernya. Haish... kepala aku dah mula panas.. kesabaran ku tak tahu tahap mana. Yang aku pikirkan ialah kesabaran along aku masa nak baiki lappy ni dulu. Tue je. Sebab lappy ni aku nak guna untuk belajar jugak kan. Projek dah nak kena mula pulak. Parah la kan. Jadi, masa aku picit2 button power tue, tiba-tiba Wawa cakap, "Dia kan suka sangat bau baju orang tau hani. Sebab kat baju orang kan pakai pelembut Downy.. hehe". Oh sweet nye bila aku dengar. Alertnya kekasih wawa ni kan.

Bagi pendapat aku la kan, korang kalau nak tahu sangat kekasih korang tue nak sangat memiliki korang, mula2 die kena memiliki kepercayan keluarga. Lepas die cuba untuk mengetahui semuanya pasal kita. Kalau die tak tunjuk pon, die akan tunjuk masa dah ujung2 pergaduhan nanti. Tak Percaya? Korang cuba la nanti. Melainkan kekasih korang tue kisah tak kisah je.. Tue baik buat lupa je la.. Buang masa luangkan waktu untuk manusia begitu kerana hatinya belum untuk kita tapi untuk masa depan die. Die terlampau ZALIM kerana menggantung hubungan kita ni kan. Bodoh namenya ! takde hati perasaan.

Aku pon pernah mengalami manisnya di sayangi seseorang. Sehingga kini dia masih setia mahu mengambil tahu tentang diri aku. Namun, sebelum tue die banyak kali mainkan perasaan aku hingga manis cintaku bertukar jadi tawar leweh ! Sekarang die tengah berusaha menambahkan perisa baru dalam rasa cinta ku. Aku pulak tengah kecewa dengan hubungan persahabatan aku. Tapi aku tolak tepi sebab aku rasa buat apa hayati sangat perasaan sedih tue sebab aku tak dapat nikmati nikmat yang Allah kurniakan kepada iaitu teman sebilik dan sekelas yang sungguh ceria. Abaikan je la manusia tak guna tue. Moga die dapat pembalasan yang setimpal dan sedar diri. Kembalikan lah die kepada hidayah Mu Allah. Moga die sedar dari tidur mati die tuh !

Dan sekarang, aku harap aku mampu menjadi anak yang berjasa kepada mak dan abah aku.. berjasa kepada teman dan adik beradik tercinta yang tidak berhenti2 mengambil berat tentang pelajaran ku. Aku sayang sangat keluarga aku. Terima kasih kerana kurniakan mereka kepada ku Ya Allah

No comments: