Kenapa mahu tengok lagi? Soalan yang terhentak2 dalam kepala otak aku ni buat tambah bisul saje. Pedih lak tue rasanya. Aku nya salah semua ni. Semua ni rasa sakit sebab dek sikap aku. Dulu gatal sangat nak kawan "baik" la konon. Ha hambek bisa yang die bagi. Bukan calang2 manusia beb. Syaitan pun Tak buat kot. Kot la sebab fasilitator nye syaitan. Haih.. Konfem2 la syaitan buat lagi advance nye step daripada die kan sebab dia hanya manusia yang lemah !
Marah2 kutuk die lagi kan hani ? hahaha,.. stupid.
ok. Biarkan je la. ...tetttt>> RUBY, " Ko tue cakap je 'biarkan je la' tapi sebenarnya dalam hati dok pikir lagi.. huh, ponat aku dengar.. " Huhuhu.. What can i do Ruby? Sayang jadi baja syaitan untuk aku lemah tapi alhamdulilah kini aku makin kuat menepis semua ini. Aku makin kuat kerana ada teman seperti mu Ruby yang sentiasa kuat menghadapi situasi yang STREES NAK MAMPOS. Aku suka tengok gaya ko menangani nya seperti menyanyi dan buat orang lain ketawa. Ruby strong sangat2. "Engkau hade???Engkau takde kan??hahah " Tui kata2 si Ruby yang selalu wat telinga aku kejap kembang kejap kuncup.. Hahaha.,sabar je la dengan dia. Kekadang die ketawa berubah-rubah sampai aku naik jam. hehe
Hari ni aku teman Ruby beli barang kat Jalan Tunku Abdul Rahman (Jln TAR) dan SOGO. Aku belum pernah jejakkan kaki ke Sogo. Jadi, aku ambil peluang keluar dengan Ruby pergi ke Sogo. Agak lenggang.. Hehehe.. Takde ramai orang. Serius. Mungkin sebab pertengahan bulan kot. Tue bermakna orang ramai tengah ikat perut. Mase aku keluar dengan Ruby, aku ade beli beberapa benda yang aku kerap pakai. Antaranya Kasut Crocodile, pin tudung, tudung bawal 3 tone dan biskut coklat oat. Terasa banyak duit mengalir deras tapi aku penjam2 kan mata ni untuk keperluan hidup.. HUhuhu.. Belasah je asalkan masih ade duit untuk makan. Sebelum tue aku ada mintak izin along kesayangan aku. Along kasi ! Hehehe.. Die kata kalau kasut tue barang yang tahan lama die sokong sangat aku beli. Maklum la, sebelum ni kasut aku selalu betul rosak terutamanya bahagian tapaknya, pergh, menyirap hati ni tengok. Baru 2 minggu pakai aw. Ni jenama BATA la ni.. haih.. sabar je la..
Lepas tue baru kami balik. Aku memang ajak RUby balik awal sebab tengok cuaca macam tak mengizinkan kami shopping lame2.. Hehehe.. bagi jimat kot.. hehe.. Jadi, balik la kami ke rumah tapi, Ya Ampunn... Komuter slow giler babing dan bas ke kolej aku pulak bapak la lambat.. Mahu melecet punggung aku menunggu. Tapi aku tetap sabar sebab semua yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya... Muhasabah diri. Allah dah bagi kesenangan sebelum ni kan. Dia bagi yang payah sikit, mahu melihat kuatnya iman kami. Harapnya aku lulus la kan test nya itu.. amin...
Kalau rancangan awal, Ahad ni sepatutnya keluar dengan LELAKI tue tapi.... hambar.. Aku nak kata sedih, nasi sudah jadi bubur lame da sebenarnya tapi reaksi aku bagi lambat sangat sebab alasan nak bagi peluang memanjang kat manusia ZALIM tue. Tapi tak berubah. Masih pentingkan diri. Ikot ko la. Hidup ko. Ko buat orang, orang buat ko balik. Kalau dah kena, jangan kata BOSAN HIDUP MACAM NI sebab semua tue engkau yang mintak. Mungkin pada fahaman diri ko, aku ada salah. Yes, aku mengaku aku ade buat banyak salah tapi... haih, kalau dah masuk sampai persahabatan kita jadi korban, maaf lah, aku dah tutup pintu maaf. Aku kecewa, hampa, dan segala2nya kerana aku lagi sayangkan hubungan persahabatan berbanding hubungan kekasih tapi ini yang aku dapat. Mungkin tak layak lagi aku untuk jadi sahabat ko. Jadi, anggap la aku tak pernah wujud dalam hidup ko.
Ruby, thanx sangat sebab ko selalu cuba buat aku tersenyum. Ko selalu kata aku cantik sedangkan aku rasa takde cantik pun. Terima kasih sangat mewarnai hidupku dengan kegembiraan.. ^_^ Kau ubati kesedihan dalaman ku. Mungkin aku hilang seorang sahabat tapi aku makin dapat ramai sahabat yang lagi 10 kali ganda baik hatinya berbanding yang sebelum ni. Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani terhadap hamba2-Nya. Cuma hamba2-Nya yang terlampau jahil dalam menghargai DIRI-NYA.. Waallahualam...
No comments:
Post a Comment