Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday 29 March 2016

Pejam celik dah nak stop dah kerja sambilan aku ni. Well. It was about experience right. Memacam bende aku belajar kat sini. Bahagian Finance pulak. Uhuh~

Usaha nak cari kerja yg relate dgn IT masih diteruskan.. Bukan nak pepoyo sangat nak kerja ikut bidang tapi lau dapat ikot bidang kan best. At least aku paham ape bnde aku nak buat.

Sebelum ni agak terkial2 nk paham segala istilah akaun yg menyebabkan aku nak demam kekadang hahah~ Camne bebudak akaun leh further kerja diorang ek? Minat mungkin?? Sebab kerana minta semuanya boleh dibuat.

Ok. Life must go on. Must move on on on and on. Follow the flow.

4 months experience quit good for me. It was the beginning for me to get my real job. I hope i get to reach my dream carrier.

Sunday 13 March 2016

Macam mimpi. Die jmpe aku. Yes i just cant believe. We laugh together. Shared our stories. Make some noise.

Sempat tukar tempered glass. Die kate aku ganas haha. Makan kfc sesame. Tengok wyg sesame. Citer die. London Has Fallen Down. Die yg minat. Aku ikot aje.

When im with him, i feel like protected. Kinda of. Sempat selfie. Die tengah senyum. Die duduk tumbuk2 lengan aku yg tebal tu. aku cubit die. Auch. Die da montel skit.

Ye. Rindu. Dgn muke xmalu aku kate aku rindu die. Aku xmove on. Masih nak die spend time ngan aku. Aku tkot xjmpe die da.

~i miss u~




Tuesday 1 March 2016

Minat


Lancar sungguh perjalanan aku utk pergi ke kerja. Dari mula naik ktm dan terlelap hingga naik bas yg tak berapa ramai orang. Itu indah sangat ok sebab kepala aku tak serabut nak berfikir macam mana cara aku nak menyelit serta mengelak keluar dari bas. Yes memang serabut fikir sebab selalu aku naik bas tu, ramai orang lelaki terutamanya orang bangla. Huhuu~ Bukan berniat racist tapi pening bai bau~ Erk mengata lagi hahaha. Lantak la. Sometimes bila tengok warga asing ni, ade je yg baik tapi ade jugak yg hmmm... aneh-aneh sampai berlaku jenayah tu. Huish simpang nak uiii~



Sampai ofis macam biase pergi masakkan air selalunya tapi hari ni Kamal baik hati masakkan air dan aku terus ke dapur utk bancuh air. Mula rasa suka bancuh air sejak melihat Akak Des ( Tea lady) ada banyak kerja turun naik kemas ofis. Memandang pulak sekarang ofis ni da ade tingkat atas dan bawah. Tu kena naik atas bawah ntok semua urusan. ~ Then aku bancuhkan air nescafe dan bergerak beli kueh teow... Fuhh sedap doe kueh teow akak tu masak~ Meleleh air liur ni ha hahahah~ Balik ke ofis then makan . Finish.. Eh??? hahahha


Selalunya aku tolong Kak Azrina... well filling semua. Kalau bukan Kak Azrina, aku tolong Kak Salina, Abg Hafiz dan Kak Limah. Dats all. Officially lau dari Kak Os. ~hehehhe. Kalau takde kerja mula aku berangan dan berfikir merayau ke blog2 dan mencari idea ape benda aku nak buat dalam life aku ~ Paling termudah ialah mencari hobi baru. Takde baru sangat sebab sebenarnye aku nye hobi membace dan update blog macam sekarang ni. Memang suka sangat membaca kalau aku rasa best~ hehehhee.


Sekarang ni aku dok rajin bace buku terbitan Kopi Press. Memang hebat penulis2 di bawah terbitan Kopi Press sebab mereka apa yg mereka tuliskan tu penuh dgn nasihat dan teguran. Bukan nak ngarut pasal bercinta semata. Al-maklumlah umur dah 25. Pemikiran bercinta ni bukan dah kontang tapi lebih nak berfikir pasal life dan keadaan sekeliling. Teringat aku masa acik dok gesa aku bace surat khabar. Aku tak paham kenapa die kate kalau nak pandai mengarang kena baca surat khabar banyak2. Kalau nak pandai English kena baca bebanyak buku dan surat khabar. Blurr~ Aku memang bukak tapi termenung je sebab apa yg ade dalam tu semua aku tak paham. Words die mase tu dalam fikiran aku agak complicated dan akhirnya aku tutup camtu je. Hahahha bapak la ha perangai. Tapi lepas dah besar skit, wujud perasaan suke membaca sebab melihat member aku yg nerd sangat2 tu kusyuk baca buku dan penulisan die begitu hebat. Punye aku nak membaca sampai aku cari member2 aku yg suke bace buku dlu tu hehehe.



Kebetulan ritu member aku share pasal Reading Challenge 2016 . Bila aku tengok list challenge die, memang banyak la tapi sebenarnye die nak kita membaca tak kisah jenis apa. So, Hanie mohon penuhi Reading Challenge 2016 ok~!!! Bunyi macam boring tapi aku tak kisah sebab aku memang minat~ Wink wink~ hehehe. Lepas ni aku kena bertapa di kedai buku aje la yek~ hehehe