Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday, 10 April 2012

Tawar

Assalamualaikum.
Adakah sampai satu saat kita akan rasa diam kerana terlalu banyak rasa terluka? Tak sesuai ke umur 21 untuk rasa mencintai lelaki yang seumur dengan ku? Sebab lelaki tak matang dalam umur 21 ek? Tapi, aku tengok kawan aku seronok je couple dengan orang yang seumur dengannya. 

Aku lak digilai lelaki yang muda daripada aku. Yang bukan islam lak tue. Aku tak nak layan sebab dengan dia, 2 tahun aku rasa pedih menahan sabar. Takde lelaki Melayu ke? ha, meh aku bagi tahu, lelaki Melayu, name je Islam tapi aku heran, ade je yang nak merosakkan.. Erm, tak leh nak komen lebih sebab tak semua orang sama kan. Namun, bagi aku kebanyakan macam tue. Sampai TAWAR HATI aku. 

Masuk tahun ni, aku terus tawar hati. Walaupun ada je yang nak aku tapi aku diamkan je. Dulu aku agresif. Cukup nakal untuk mengusik sesiapa sahaja tapi sebab orang yang paling aku cintai melayan aku tapi tak mahu aku pun, jadi, aku rasa sangat2 kecewa. Bodoh betul kan sebab tunggu kan? Ko cakap la aku tolol atau apa pon, aku tetap akan sayangkan die kerana jiwa ku ini sangat lembut. Inilah sifat yang Allah pinjamkan. Lawan?aku dah cuba. Mungkin masa membantu aku nanti.

Kadang2 aku bawa2 diri ni mengaji Al-quran. Tapi serius weyh, aku akan menangis waktu tue jugak. Sebaknya. Aku ni manusia yang tak bersyukur ke? Dugaan yan dia berikan ini terhadap ku amat kuat bagi ku namun aku lawan kan jua kerana jika lulus ujian-Nya, aku dapatlah bekalan di akhirat nanti insyallah. Ya Allah, kuatkan hati ku hadapi semua ni. 

Aku tak nak kisah pasal manusia tue lagi. Jauh aku darinya. Pedih ni pasti menjelma bila dia berada dekat ku. Bila aku dah jauh, dia pasti memujuk. Waktu tue aku dah tiada perasaan. Hilang bersama syahdu malam ku yang lalu.  Andai aku melayan, mungkin hanya jasad tapi jiwa aku sudah tiada kerana aku abadikan untuk Yang Maha Esa. Aku berharap Allah mempunyai sesuatu yang terbaik untuk menceriakan aku ketika DI Sana.


2 comments:

Blue Pill said...

mcm ad psamaan skit dgn sye...org yg lbih muda lbh rmi sukakn sye...tp sye ske dgn rkan sbye sye...dh 6 thun mnunngu..ktorg mcm ad prasaan ssme sdiri tp mseng2 mlu nk ckp..btentg mte jek mmpu..

Unknown said...

insyaAllah akan ada terbaik untuk dirimu :)