Perkenalan kita atas dasar yang tidak baik. Aku cuba perbetulkan keadaan tapi masih tidak berubah. Satu2 nya cara ialah menghindarkan diri agar aku tidak lagi mengenalimu dan tidak mengacau diri mu. Engkau dan engkau. Aku tak kisah dah korang berdua nak kata apa sekalipun sebab pemikiran korang sama. Aku kenal engkau orang berdua dan aku malas dah nak ambil tahu. Masing2 sudah besar dan tindakan aku bukan kerana tidak matang tapi hanyalah untuk mengubati hati aku sendiri. Benci pada aku? Takpe la. Aku tak paksa korang suka aku sebab sejak awal berkawan korang dah memang tak suka.
Aku tak mahu tahan lebih lama kerana tak mahu sedut bisa yang lama lagi. Cukup aku tahu sampai tahap begini kerana aku tak nak meletup sampai terbongkar pelbagai benda dan menyebabkan akibat yang tidak baik. Aku sendiri bukan sebaik mana. Andai dapat aku lembutkan hati ini lagi, insyallah aku akan sendiri lembutkan tapi kini dan sekarang, maaf, sedikit pon tak boleh nak rasa apa dah. Aku hanya ada marah, cemburu, rasa dikhianati dan sebagainya. Mungkin pada diri ko, mudah saje tapi untuk diri aku, tidak lagi mudah setelah 4 tahun aku tanggung dan 2 tahun lebih aku tanggung buat engkau yang aku baru kenal ni.
Aku tahu korang berdua tak terdetik pon nak kata sayangkan aku. Aku sendiri je yang syok sendiri selalu bagi sokongan padu kat korang sedangkan korang buat relaks je. Buat dek je. Maklumlah, aku ni siapa kan. Muka xcntik tapi beb, aku ada perasaan aw. Korang berdua ni bila ada masalah, masa tue ada dengan aku. Kalau tak, batang hidung pon aku tak nampak. Time happy, aku agak name aku pon tak terlintas dalam fikiran korang. Aku tahan lagi tapi bila baca chat dan email korang dan sebagainya..sedikit demi sedikit, musnah taw. Mungkin engkau nak kata aku pon pernah buat, tapi aku buat selepas korang dah buat. Dan kini aku betul2 berhenti tapi korang ada nak berhenti? Berhenti menzalimi kawan sendiri?
Aku anggap ini semua balasan diri aku dan aku anggap korang tak pernah wujud dalam hidup aku. Terima kasih kerana memberi aku rasa bagaimana dikhianti dan mengkhianati. Moga korang semua bahagia dan wait, moga korang bakal rasai pula perasaan aku ini suatu hari nanti. Insyallah... Sekian
No comments:
Post a Comment