Tinggalkan jejak anda ye~

Saturday 22 March 2014

Kekasih tercinta ku~ Nana

Alhamdulilah. Segala puji bagi Allah yg telah memberikan nikmat kehidupan. Aku dapat bertemu dgn Nana hari ni. Salah seorang sahabat yg aku lihat tak pernah putus untuk menarik ku ke arah kebaikan. Sekejap je dapat luangkan waktu dgn die tapi pada aku ianya pertemuan yg takkan aku lupakan.

She will listen and sure she will try her best to be my good listener giver her best opinion without hurting me. Memang ade je kekadang orang bagi nasihat pakai ayat direct tapi aku salute tinggi kat Nana.. lembut tpi mendalam.. itu kekuatan die.. Not so much i can say about her coz better Allah mengetahuinya..

Persahabatan dunia akhirat~ Orang sygkan awok sgt2..

Tuesday 18 March 2014

Cinta buku

Hobi aku ni gemar kumpul buku. Tak kisah buku apa pun. Kalau kat rumah, berderet buku2 yg aku dah banyak kumpulkan. Memandangkan belajar di Uitm ni berpeluang dapat Baucer buku RM250, jadi aku memang manfaatkanlah untuk buku je. Waktu nak membelek buku tak tahu lagi bila hahah~ yg pasti aku akan buka dan baca juga buku2 tu..


Buku ni buku nota kosong je tapi sebab aku beli sticker sampai satu set, aku hias2 la sikit buku ni. Hehehe kurang2 mase aku nak tulis nota tertarik jugaklah nak memegang buku yg berhias ni~ hehehe..

Ini buku2 sepanjang satu 6 semester. Ada di antaranya buku member aku ni hehe.. campurkan sekali. Nak jadikan kenangan. Tak semua dapat peluang belajar kan.. Jadi, aku jadikan ini kenangan. Kenangan aku menuntut ilmu~


Sunday 16 March 2014

Manis pahit

Perasaan ini jika dilayan makin menyakitkan. Akibat sikap diri pelbagai duka lara terpaksa ditelan, dinikmati.. Kekadang sampai tiada titisan air mata dah. Bukan seorang dua yg dtg dan pergi tu.

Bukan semua mampu memahami dan aku rasa tidak perlu meminta mereka memahami kerana ianya milik kita untuk menghayati suasana itu. Andai mereka merasakan perkara yg sama sekalipun, itu satu kesyukuran kerana ianya tidak mudah didapati di mana2.. Dunia ini luas dan luas jua la rentak perasaan yg berlaku. Sukar utk difahami secara lebih mendalam.

Jika tak mampu menahannya, menangis la diri aku ni.. Jika kuat, ketawa la aku ni...
Namun ku panjangkan rasa syukur ni kerana aku masih mampu meneruskan kehidupn dgn pelbagai kenangan yg adanya pahit dan adanya manis~


Insyallah mampu

Semua sedang memperkatakan tentang pelbagai kejadian yg berlaku sekarang. Kehilangan kapal terbang MH370, jerebu dan penyakit denggi. Ini semua perkara yg berlaku di tempat aku iaitu Malaysia. Tak terfikir lagi di tempat lain.

Aku percaya pada kata2 yg Allah janjikan iaitu, dugaan itu diberikan pada manusia yg mampu menanggungnya. Jadi, ayuh menjadi kuat supaya tidak lemah dengan dugaan ni.

Ada kalanya manusia kata yg kita ni mudah berkata2 ataupun menaip.. padahal tak tahu perasaannya.

Kita tak boleh nak paksa orang rasa keadaan itu jika dia tak merasa tapi satu bonus ok bila dia belajar nak merasa perasaan itu. Perasaan sebak, sedih, geram, dan sebagainya.

Aku pon pernah diduga dan dugaan itu berpatutan pada diri aku. Aku cuba menerimanya kerana aku ini hamba yg hina malah lebih kotor.. Siapa kita nak menafikan perkara yg berlaku sekarang. Semuanya atas perancangan Allah.

Malah, aku sndiri melihat rakan2 ku menerima dugaan yg malah lebih berat daripada aku tapi aku yakin mereka mampu menghadapinya.

Kuat la wahai hati.. Kita di dunia sementara.. inilah keadaan yg menentukan keputusan yg sama ada cemerlang ataupun memuaskan untuk bekalan akhirat kita~ ^_^

#Aku sangat2 bersemangat nak menjaga ejaan dan bahasa ku sekarang~ Semangat Bahasa Melayu~

Wednesday 12 March 2014

Semangat disedut seketika

Minggu kedua.. Aku dah mula rasa semput.. Tak tahu nak mulakan yg mana satu tapi pastinya akan diketahui bila mula berusaha nak siapkan segala tugas demi mencapai ape yg kita dah target.. tapi syes aku xpernah target sgt ape yg aku mahukan sebab jenis aku ni, kalau target memcm bnde, xkan dpt dicapai.. Buat je dgn ikut hati yg dipandu dgn ilmu yg kita dapat.. Insyallah boleh ~

Dan ni die... ada yg aku nk baca sukarela, ade yg aku perlu baca demi kefahaman pada masa akan datang~

Wednesday 5 March 2014

Nur Syazwani + Nur Fadillahhani~

Makin hari aku nampak die makin kuat. Lebih 3 tahun aku kenali die. Aku nampak perjalanan die menjadi insan yg kuat. Tak kurg juga dugaan yg die hadapi. Hati kering dan berani. Itu yg aku nampak dri die. Hahah aku dgn die ni byk kali gaduh. Aku dgn die menjdi member melalui facebook asalnya.Pernah jadi musuh lagik. Pastu terus jdi sahabat jauh.. Pape msalah akan saling meluahkan ~

Ape yg paling bermakna, die pon turut mengajak aku menjadi kuat. 

Aku cuba memahaminya dan aku cuba mempelajari sifat kuat itu. 

Aku dah tak jumpe die agak bertahun. Dan bila ade peluang jumpa berborak ni, sakan habis aku borak dgn die sampai tersasar jugak waktu makan hehehe.. tapi masih sempat la.. Memang aku dah lame nak borak dgn die face-to-face sebab xpuas borak dlm tepon.. takde feeling haha..

Pape pon inilah kenangan kami berdua.. Serius aku syg dia ni even byk kali gaduh sebab die direct menegur aku dan lau xde sahabat mcm die, aku xnmpak silap sendiri.. Insyallah, direct mcm mane pon aku cube menerimanya dan menilai lebih mendalam.. Cuma maafkan ku sahabat jika emosi ni kekdang mcm Sunway Lagoon. hahaha.. Kejap turun kejap naik~ 

Wani, orang ske dgr cter awok dgn "Sofi Jikan".. Die mesti kelakar en hahaha~ Marah2 tpi tetbe naik motor..hahaha~ i like dat part.. Nasib die xpndai pantun mcm Sofi Jikan~ hahaha... buat novel best tuh wani hahah~


Paling best, die paham setiap inci perasaan aku dan keadaan yg berlaku dlm dugaan hidup aku uh~ bila paham, aku mcm lega.. heee~ Sebab lau ckp dgn dinding anti aku hantuk2 kepala plak en hehehe~

Die tengah jadi business lady skrg~ hopefully murah rezeki die.. dan hopefully impian die dgn "Soffi Jikan" dpt bersama~ Aminnn Sye doa name Si dia awak dlm hati ye heheh~ Sye tahu name penuh die hahah~


Tuesday 4 March 2014

Dugaan untuk kita belajar

Tak belajar pape la kita ni jika tidak diuji tapi malu pon ye gak bila saat2 itu berlaku dan aku jadi berkerut dahi berfikir jalan penyelesaian dia sampai tak sudah. Antaranya :

  1. Paip rumah bermasalah
  2. Subjek elektif yg bercelaru kedudukan harinya
  3. Kasut baru buat kaki ku melecet
  4. Dapat kelas yg straight 4 kelas ntuk sehari (Paling menegangkan urat kepala aku)
  5. Assignment sudah diberikan di minggu pertama
Para ulama' pernah berkata yg menuntut ilmu ibarat kita sedang berjihad dalam perang hendaknya. Aku harap aku kuat dalam usaha menuntut ilmu. Sebahagian dugaan ni semakin reda. Sudah semestinya akan hadir dugaan yg mendatang tapi apa yg aku mahu katakan di sini, jika xberlaku benda2 di atas mungkin aku tak dapat belajar sesuatu benda.. 

Seharian ku ini pula aku terus menguruskan segala urusan yg penting2.. Sebab aku nak mengelakkan risiko masa dan keadaan yg menhalang urusan belajar aku nanti. Alhamdulilah 90% dah setel. Dan tadi Liza kesygan inform pasal assignment. Tak nak berasap lagi.. Buat relax dan listkan ape yg patut aku dahulukan sebab sekrang dah mudah sakit kepala~ huhu umur makin meningkat, penyakit makin mudah menyinggah..

Tadi berpeluang luangkan waktu dgn member2 aku.. memacam hal yg melucukan jadik heheh~Kenangan terindah meh~





Antara member2 aku yg merantau jauh ntok belajar.. hopefully kita same2 habiskan pengajian ok syg2 ku semua~.. 

Saturday 1 March 2014

Mana kan ku cari ganti

Sahabat. Mana kita mampu dapat yg setia bersama kita. Yg setia mengingati dan menghargai kita seadanya hingga ke usia tua? Dan paling aku tak sangka, Allah kurniakan aku sahabat dari orang yg tak pernah aku jangkakan..

Kalau semalam hari lahir ku disambut oleh keluarga ku. Tapi hari ni sahabat tercinta pula mencari ku dan memeriahkan hari ku.. inilah hadiah terbaik.. Syukur alhamdulilah masih ada insan teristimewa yg mahu menghargai ku..


Efira dan Una. Sahabat sejak sekolah menengah until now. Even sekarang umur dah 23 tahun tapi kami xmahu putus hubungan. Paling untung sebab kami duduk di kawasan yg berdekatan. Bila cuti mesti mahu jumpa. Pastu mula buat kerja giler. hehehe.. Inilah hadiah hari jadi ku yg terbaik utk setiap tahun. Setiap tahun mereka mengingatiku. Insyallah inilah sahabat dunia akhirat ku. Hope bila dah tua nanti, kami sama2 minum petang utk mengenang keindahan pertemuan kami masa di sekolah menengah dulu hehehe~ 



Precious

Selamat hari lahir hani.. Awk dah 23 tahun.. Umur yg memerlukan kematangan yg tinggi. Walaupun xmatang mana pon belajarlah utk matang.

>>Ada satu benda aku nak confess. Aku susah nak lepaskan perasaan kanak2 aku ni. Perasaan seronok ni. Perasaan yg sentiasa rasa diri ni kecik. Sesuatu yg istimewa kot ketika kecil~ hehe

Bila aku kate gitu, orang akan ketawakan tapi memang betul, aku rasa "kecil".. Padahal besarrrrr sgt hahaha..Dan sampai pernah seseorang kate aku unmatured. Whatever they said, i just accept it and live it with peace. Heee :) Ade kate annoyed lagik.. Jujur mereka ni hahaha.. Dengar dan cubalah sebaik mungkin jadi yg lebih baik insyallah~~


Anyway, semalam ialah hari kelahiran ku yg bermakna aku semakin dekat dengan ajal ku sendiri. Deep down aku rasa gementar nk berdepan dengan hari aku mati. Semua orang rasa begitu kan? Erm, no matter how far we tried to get rid of it, we will face it soon and we need to prepare ourselves.
Do i am prepare for it? Only Allah know about it.

Semalam abah dan mak yam ku hadir menemani ku utk makan2. Dah tua sangat sebenarnya tapi mereka setia utk menyambut hari ku.. Alhamdulilah inilah hadiah Allah yg terbaik buat ku.
Abah, dia setia menjadi seorang ayah yg terbaik buatku.. walaupun aku rasa sedikit jauh dari abah tapi aku tetap sayangkan abah selamanya. Also to my siblings, u all are da best siblings i ever had. Adik beradik paling terbaik aku ada dan inilah hadiah terindah sejak aku dilahirkan.. Moga mereka terpelihara daripada perkara yg xdikehendaki hendaknya~ aaminn