Tinggalkan jejak anda ye~

Thursday 28 June 2012

Cinta Allah dan let him go.

Exam.... Satu ujian yang aku dah harungi sejak kecil. Macam mana susahnya ujian, aku harungi jua. Ujian ni berlainan untuk manusia yang lain. Untuk aku, yeah... sangat lain.. :)

Aku dan housemate dan seluruh geng2 semester 2 menanti hari untuk berjuang. Kami membaca buku je. Tapi bagi aku dan wawa... hehehe.. bersembang sahaja.. Baru-baru ni Wawa ade untuk aku. Ade untuk mendengar isi hati aku yang sentiasa aku luahkan. Aku luahkan untuk mencari jalan. Itu cara aku. Puas berfikir. Akhirnya bersama dengan Wawa.. aku jumpa jalan yang terbaik.

Nak tahu, mula2 aku nak cakap, kita sentiasa akan diberi pilihan dalam hidup. Pilihan yang bebas kepada manusia namun akhirnya ada balasan sama ada seksa atau nikmat. Pilihan aku macam biasa, ade seksa dan nikmat. Pada pilihan pertama, akan ada nikmat tapi balasan seksa dan pilihan kedua, akan ada seksa tapi balasan nikmat insyallah. Kalau orang lain baca ni, tahu bebenar dan faham la apa yang cuba aku sampaikan. Berkias ke ape ke, hanya Allah sahaja tahu.

Aku memilih Allah. Bila nak menjalankan kata pemilihan Allah ni, ada sesuatu benda yang aku kena beritahu pada seorang insan ni. Dan aku cuba beritahu melalui cara yang lembut. Sebab kalau diluahkan secara terang mahu bergaduh dan salah faham. Berjaya juga aku sampaikan mesej itu pada dia. Setelah itu aku rasa tenang sangat.

Betul kata Nana, bila kita buat sesuatu kerana Allah, hati kita mulanya memang rasa seksa tapi lama kelamaan akan tenang. Itu yang aku rasai daripada malam tadi sampai kini. Pagi ni aku rasa tiba2 sesak jugak tapi aku dah lama-lama menghadap muka Wawa.. alhamdulilah... lega sangat2.

Aku cuba melepaskan 4 tahun yang sangat memedihkan hati sebenarnya. 4 tahun ni kan, adalah ujian terbesar aku. Tahu tak, sebelum 4 tahun tue, indah dan kenakalan aku terselah. Heee. Tapi bila masuk dalam 4 tahun, insan yang aku sayang dan sayangkan aku pergi dan muncul untuk memberi kekuatan kepada aku.

Aku fikir aku boleh memberi kebahagiaan tapi, aku rupanya hamba yang hina juga. Mana mungkin aku mampu mengubah takdir Allah. Aku degil. Aku fikir dengan adanya dengan dia walaupun jauh, akan memberi kesedaran kepadanya namun tidak juga. Dia lagi sedar bersama dengan teman baiknya sahaja. Malah, ada juga yang lagi bertuah daripada aku yang lebih baik daripada aku. Bila aku melihat begitu, jelaslah aku tidak layak. Memang sedih tapi nak buat macam mana? Aku luahkan seribu essay kat dia pon die mana nak mengerti? Mana die nak jelaskan sesuatu pada aku. Mana nak die fikirkan perasaan orang seperti aku? Siapa aku pada dia? Permaisuri hati? Teman sejati? Kawan? Aku rasa status aku hanya ORANG BIASA.

Mungkin bodohlah aku kerana menanti dia sedangkan aku punya bayang-bayang pon die tak pernah fikir. Terhegeh-hegeh rupanya aku. aku sedar selama ni tapi aku tak kisahkan tentang diri aku. Aku hanya nak dia gembira tapi dia dah lama gembira dengan dunia dia. Dia pon nikmati segala kegembiraan bersama kawan baik dia, kekasih yang terpilih dan sesiapa yang die rasa layak kot untuk bergembira dengan dia. Dia pernah kata die banyak menyendiri sebab dia tak nak lukakan hati orang tapi...hurm Allah sahaja yang mengetahuinya.

Mungkin kerana kekurangan diri aku, dia layan macam tu. Dia tak pernah tegur aku. Dia tak pernah nak tahu minat aku. Dia tak pernah nak tanya aku ni sekarang dengan siapa. Hanya aku je yang mahu bercerita.. berkongsi dan sebagainya. Aku macam terhegeh-hegeh nak kongsi cerita tentang diri aku kat dia yang entah kan minat entah kan tidak. Mase jumpe pon die macam tue. Hurm... Die hanya mengakui di saat dia susah. Dia hanya tegur bila dia betul2 marah dengan aku. Bila tegur orang masa diri kita marah tanpa sedar kita guris hati orang dengan kata2 yang agak kesat. Itu yang mahu aku beritahu sedikit. Dan yes, aku rasa agak terluka acapkali die meluahkan ketidakpuasan tentang aku di saat dia marah.

Lagipon, bila dia dengan aku, bertambah rasanya dosa dan aku rasa aku memang sangat2 tidak layak untuk menjadi teman nya lagi. Aku mohon kemaafan kerana aku punya kehadiran telah menambah peluang dia ke neraka sana.

Jadi aku lepaskan lah dia. Dia pasti tenang tanpa aku. Pasti insyallah dan  aku harap diri die terpelihara daripada dimasuki pintu neraka itu. Aku cintakan dia dan aku tak nak di akhirnya dia seksa kerana aku. Aku mahu dia bahagia.Aku berfikir lama juge. Iaitu, sifat yang aku jatuh cinta daripada nya apa sebenarnya??? diammm dan berfikir. Aku memang loading. Rupanya itu Allah. Sifat Allah.. Segalanya Allah..

Dia tue hamba Allah. Begitu juga aku. Kami di jadikan Allah untuk menyembah diri-Nya. Dalam masa yang sama, die kurniakan kami sifat2 yang baik iaitu sifat-sifat-Nya. Selama 4 tahun ni aku cintakan sifat DIA. Cuma aku agak tersasar. Sangat-sangat tersasar. Bila dah makin matang ni baru boleh fikir.

Aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan hati untuk sesuatu kebaikan. Mungkin keputusan aku ni mengguris hati dia tapi suatu hari nanti dia akan faham.

Dia pun dah ada kehidupan sendiri. Begitu juga aku. Jika ada jodoh dan diizinkan Allah, aku akan menanti dia di waktu itu, jika tidak, aku di saat di akhirat nanti hanya nak request satu benda, nak putera kayangan abadi aku sepertinya dan ditambah sedikit ketinggiannya agar lebih bertambah kekacakannya :)

Erm,, aku tidak mahu berhenti rasa bersyukur kepada Allah... kerana memberi kesedaran di saat ini.. dan paling penting, aku mahu naikkan kembali martabat perempuan ku yang dulunya Rasulullah berpenat lelah berjuang untuk menaikkan nya di satu darjat yang paling tertinggi di mana juga di saat itu darjat perempuan ni berada di tempat yang paling hina. Aku kena ingat itu..

P/s : Penghinaan sangat mudah dilontarkan tapi ianya menunjukkan tanda diri kita ini sebenarnya hina bila menghina.. Sekian

Wednesday 27 June 2012

GO

Salam.
Benda yg sama datang dalam mimpi. Aku tak tahu kenapa. Aku rasa takut sangat. Tue diri siapa?

Selamat tinggal. Aku dah tak akan ada denganmu. Aku kena pergi kerana mungkin ini yg terbaik. Seksa tapi aku harus. Aku sangat-sangat perlu pergi sepertinya.

Allah. Lama aku sudah lalai. Lama sudah aku dalam kealpaan. Aku degil. Aku degil. Ramai hilang tanpa aku sedari kini. Mahu menggapai yg aku inginkan tak kesampaian dan yang dah sedia ada juga pergi.

Kekuatan datang dari Mu sahaja Allah. Peringatan sedikit peringatan kau lontarkan supaya aku sedar.

Itulah die..

Tuesday 26 June 2012

Treat nicely

Salam ^_^
Tadi aku jadi serba mental dan mentol. Biase la sambil melihat jantung cinta hati aku dah ade orang lain. But da truth is only me know ok. (also da closest one jugak tahu ape isi hati die k).. Hurm..
Ok.. Kalau dah sangkut dalam dunia bercinta, gila mahu aw.. Pi cuba fikir psal ajal.. Pergh ! damn u will not try to think bout that becoz u dont want to know when u gonna die beb.. Pergh ! Serius mimpi ngeri but... u have to accept.

Hurm.. Lama sudah life aku menyelami diri die sampai boleh baca corak die nak bersama orang lain macam mana. Im so in love with him. But why i... myself cannot accept this fact.. the fact that he is not mine. But in da same time he treat me like his..like his gf..  Oh damn it! Serius, mungkin die dah tak anggap aku macam awek but his best friend.. but i cannot feel the aura like best friend. Well, maybe maybe... i have been through with him also with  his love's life to so many gurls .. And it's hurt beb. Aku cemburu die dengan pompuan lain dan sangat2... la menyakitkan hati.. pi die mesti nyatakan sesuatu benda kalau aku tanye die syg ke x kat dowunk tue and dis is his answer... "xtaw la".. Jawapan yg aku paling bosan bace pi ni la jawapan sejak die dengan kapel die yg setahun lebih tue. Bila die bergaduh dengan awek die, aku pertahankan tapi last2 putus jugak.. Hurmm..die syg sbenarnye cume die takut sebab takut kehilangan.. dats all da matters

And.. now. Aha, ritue die kate die nye hati akan hanya ade yg dulu je. Lau ade yang baru pon hanya akan menyakitit hati mereka.. So go away but hey... kalau dah sayang mampos ko halau macam mana tak boleh pergi gak unless die berakal.. huhu.. aku tak berakal nampak di sini... damn it.. im so crazy.. cannot accept dis beb !!

ok2.. relax.. aku semalam bace la kat wall die yg ade minah uh say something appreciate kat die. Die pi padam.. huhuhu.. Aku macam.. damn it ! huhuhuh.. kalau aku jadi minah uh, konfem aku akan rasa, "HEY HOW DARE U DELETE IT AS I FEEL SO LOVE TO U BEB???".. if aku jdi minah tue tapi aku tak jadi kan so.. taya la cakap.. hahahah

ok2.. aku giler.. as aku rasa Allah beri aku kekuatan sebelum ni.....tapi masih di uji kerana sebelum ni aku follow kawan aku date, serius macam komputer mengulang tayang video or something, segala kenangan manis aku dengan die macam display balik masa aku melihat kawan aku syok bersenda gurau. Aku rindukan die.. Tapi aku tak nak ganggu die. Tapi aku masih contact die.. Macam mane la aku ni.... Pendirian tak kuat langsung.. Hurmm..abaikan je bab tue... dats the other matter..

Ok.. i feel in love to u jemir.. but.. still.. i hope u get the other gurl who can treat u nicely and at da same time u also treat her nicely. I dont say treat them coz there are so many girls.. i just said... treat her !!! remember.. treat her.. aku sayang dan rindu kat ko... mu paham dok??? huhu

Thursday 21 June 2012

Hidup dan Mati ku Kerana Allah..

Salam.
Alhamdulilah aku masih berpeluang untuk bernafas dan meraih bekalan untuk di akhirat sana. Impian ku hanya satu, untuk kembali ke sana dalam keadaan yang berpakaian dan mampu berdiri sendiri ketika di bangunkan untuk dihisab amal ibadat ku oleh Allah.

Dulu, bila aku baca kisah Nabi Muhammad S.A.W.. aku sendiri cuba berfikir, bagaimana nabi boleh mencintai Allah setulus nya?? Bagaimana baginda merasakan perasaan cinta itu? Kenapa aku tidak merasainya? Aku pun nak juga rasa cinta terhadap Ilahi walaupun aku tak nampak Allah dengan mata kasar aku sendiri.

Memang perjalanan hidup aku ni, memacam benda yang tak matang terjadi. Jika diminta pandangan teman2 ku yang sudah berpaling arah dari mahu berkawan dengan aku, berbagai persepsi yang akan mereka jelaskan tentang aku.. Kalau ikutkan hati memang aku sakit hati membacanya tapi aku cuba positif kan minda aku. Aku cuba ambil pengajaran daripada komen mereka. Sikap aku.. Varieties..

Ada yang minta aku berubah. Aku berubah pada yang mana aku mampu kerana perubahan yang drastik bukan boleh digarap dengan sekali gus. Tambahan lak aku ni jenis loading. Ambil masa nak faham situasi dan keadaan yang orang lain fikirkan.

Jika teman2 yang mengenali diri ini, aku mohon kan kemaafan jika aku dulu nya dalam hidup korang pernah menyakiti perasaan korang. AKu sedar sikap aku sangat2 lah teruk. Mulut aku ni pedas je nak menembak orang. Aku tak pandai nak menegur secara berhikmah dan aku berharap aku mampu menegur dalam keadaan berhikmah. Jika tidak mampu, aku hanya mampu diam dan berdoa moga Allah menjaga diri korang sebaik nya dan memberi hidayah untuk korang kembali ke pangkal jalan.

Aku kini sendirian. Sendirian dalam dunia yang fana ini. Andai ada yang menemani, hanyalah untuk kehidupan di bumi ini sahaja namun bukan untuk selama-lamanya. Yang kekal abadi yang akan menemani ku hanyalah Allah dan amal ibadat aku.

Aku terkesan dengan teguran kawan aku si P-kah.. Die ni kasar tapi bila die dah bukak suara atau bicara, aku pastinya akan ingat. Aku takkan nak ingat yang die cakap tak elok tapi aku ingat yang elok je. Die suruh aku berubah. Insyallah. teguran ko yang itu aku akan pastikan diri aku berubah.. Insyallah.

Jadi, kembali kepada menghayati merasai rasa cinta terhadap Allah. Selepas aku ditegur dan mengharungi kehidupan yang rasa pahit itu.. aku bersendirian dan berfikir. Kenapa aku begini? Kenapa aku macam tidak disukai oleh orang lain. Tiba-tiba, apa yang aku fikirkan di tentang oleh sebahagian diri aku yang berkata.."Ko ni memang tak rasa bersyukur. Tak kenang jasa baik Pencipta MU ! Pernah kah ko bersyukur atas kesihatan mu yang sekarang ini?? Pernah kah ko berfikir kenapa orang lain tak suka ko? Semuanya kerana gaya kau membalas cinta Allah. Hanya sambil lewa. Solat bukan selalu penuh. Kadang-kadang sampai kosong ! Beristighfar nya kurang.. Menghayati nasib orang yang tidak mendapat kesihatan yang sebaik ko pon tidak.. Apakah jenis manusia engkau ni HANI??? "

Macam kena tampar je ayat2 yang diri aku sendiri bercakap. Sedangkan diri sendiri pon berkata begitu. Jadi, baru-baru ni aku melihat gambar-gambar umat Islam di Palestin yang diseksa oleh orang Yahudi. Memang aku bayangkan kalau aku di sana memang tak lama ni.. Sebab aku tak sekuat mereka. Dalam lafaz mulut mereka hanya menyebut nama Allah.. Setiap saat mengingati Allah. Sedangkan aku di sini terbaring keseronokan.. Berjimba-jimba dengan kawan-kawan dan kekasih.

Aku fikirkan faedah aku ade pakwe.. Erm.. tak ada langsung. Hanya menghabiskan waktu, duit, dan menambahkan dosa.. Tue sebab Allah melarang kita mengadakan hubungan dengan lelaki tanpa ada jalinan yang sah. Kerana semuanya akan menjadi sia-sia jika sesuatu yang terlanjur terjadi. Adakah aku mampu menghadapinya di sana kelak di saat amal dan ibadat ku dihisab dan tiba-tiba hanya dosa sahaja yang menjadi berat utama ku..

Aku cuba membayangkan diri ku di saat meninggal nanti. Bagaimana keadaan aku ketika di dalam kubur nanti. Adakah aku berani menempuhnya? Apa yang aku tahu.. Hanya 3 perkara yang akan ikut kita bila kita dah mati iaitu, Amal ibadat, doa anak2 yang soleh dan pahala hasil kita sedekahkan pada orang yang mereka kekal gunakan utk kebaikan sampai bila-bila..

Jadi, aku cuba fikirkan pula tentang umurku. 21 tahun. Apa sahaja yang aku sudah buat untuk mengumpul bekalan ku di sana nanti? Hurm.. bagaikan tiada..

Aku teringatkan emak aku. Baba aku. Bagaimana roh mereka di sana. Kuat kah mereka..

Bila terkenangkan mereka, aku akan baca yasin. Dan inilah caranya untuk aku cuba merasai cinta Ilahi.. Iaitu dengan mengekalkan diri aku dalam mendoakan ibu dan baba aku yang sudah pergi ke rahmatullah.. Aku bacakan ayat-ayat Al-quran untuk mereka. Aku nak mereka merasakan nikmat yang aku bacakan ayat-ayat suci tersebut. Aku nak mereka tenang dan tidak diseksa di sana..

Dari situ aku sentiasa memohon kepada Allah.. Sentiasa berbicara dengan Allah sehingga sampai satu saat, aku mula rasa rindu jika tak bercakap dengan Allah. Aku dapat merasakan Allah membalas nya cinta ini andai aku bersama dengan keluarga aku. Aku rasa sangat2 bahagia bila bersama dengan abah, along, akak dan angah. Walaupun berbagai onak dan duri keluarga aku tempuh namun, aku tak rasakan kepedihan hidup dalam keadaan susah. Aku rasakan nikmat sangat2. Memang, kalau aku melihat orang yang kaya-kaya tue best jek dapat beli macam2 dalam hidup mereka tapi aku dapat sesuatu yang lebih daripada itu.. iaitu kebahagiaan memeluk abah, along angah dan akak. Jika mereka tahu yang aku ada masalah, mereka akan cuba tolong aku.. Akan cuba menasihati aku. Akan bersama aku.. Mereka tak pernah berjauhan dengan aku.. Aku hanya ade mereka.. Mereka lah kekasih aku.. Aku cintakan keluarga aku.. Aku berdoa moga keluarga aku tidak akan rasakan kepedihan seksa api neraka.. Aku sayang sangat kat mereka..

Barang boleh dibeli tapi keluarga ?? Mustahil sama sekali..

Dan dalam masa yang sama.. sambil teringatkan kisah2 Nabi Muhammad.. Aku berselawat.. Kerana aku juga berkeinginan nak berjumpa dengan Baginda nanti..

Aku terasa bersyukur kerana Allah memberi pinjaman kepada aku sesuatu yang sangat luar biasa.. aku sendiri tidak dapat membalas pinjaman Allah ini kembali. Hanya mampu menunaikan segala perintah-Nya dan menanti saat bersua dengan Allah. Adakah aku kuat?? Moga Allah beri aku kekuatan untuk berjumpa dengan Mu Ya Allah.. Tanpa Mu Ya Allah, aku takkan dapat hidup di sini. Semua nya kerana Mu Ya Allah. Hidup dan matiku kerana Mu Ya Allah... Astagfirullahalazim..



Tunjuki lah aku jalan yang lurus.. Ampunilah aku Ya Allah. Aku mahu kembali dalam keadaan aku lahir ke dunia ini.. Aku tidak mahu bertemu dengan Mu dalam keadaan yang sangat miskin amal ibadat nya.. Ampuni aku Ya Allah..

Tuesday 19 June 2012

Muhasabah diri

Alhamdulilah aku tenang. Alhamdulilah segala2 berjalan dengan baik. Dugaan datang dan pergi. Aku sentiasa goyah dengan ujian yg diberi namun aku sentiasa berfikir tentang sebab dan hikmahnya. Panas di dunia apa la sangat berbanding panas di akhirat. Seksaan di dunia apa la sangat berbanding di akhirat.

Kehidupan kita di dunia ini sudah tidak lama .. Maka, perbanyakanlah Amalan dan Bekalan Akhirat kerana di sana lagi lama berbanding kehidupan di dunia.

Dalam jadi degil, inilah yang aku baca setiap hari.. Aku marah.. aku menangis.. aku merintih dan aku mengamuk, aku akan baca ayat ni.. Kerana di saat itu tidak ada sesiapa yg mampu memesankan diri ini tentang akhirat melainkan aku sendiri.

Dosa akan sentiasa dilakukan namun aku cuba minimumkan sebaik mungkin.. dan kalau boleh cuba hindarkan diri daripada perkara yang mendatangkan dosa..

Dulu aku fikirkan menyendiri sangat menyeksa jiwa kerana aku tiada teman... Namun kini, aku rasa menyendiri kerana Allah adalah terbaik. Aku tenang. Mungkin dulu aku kuat bagi nasihat tanpa aku sedar diri sendiri banyak bolong lubang nyee.. Sedihnye bila  melihat diri sendiri kosong.. Terlampau memikirkan diri teman yg lain tanpa aku fikir yg aku pon belum cukup sempurna.

Perbaiki diri.. tue sahaja yg perlu aku lakukan..

penat.

Menangis.. rasa rugi sebab tak dapat ape2.. tapi aku rasa sangat2 tertekan bila aku dah habis je test Web Design & Organizational Information tiba2.. Die curahkan segala tension die dekat aku.. Aku nak marah jek dan memang dah marah pon tadi.. Sori la.. bila aku dah marah.. bahasa aku memang tak boleh jadi sopan.. Aku tahu semua orang ada masalah.. Semua orang ada masalah lagi teruk daripada aku. Aku pon tak tahu la.. bila bercakap dengan dia, aku rasa kalau die ade masalah, aku mesti rasa terbeban yg teruk sangat.. Dan aku rasa macam penat nak pahamkan budak2 yg belum cukup rasa garam kehidupan ni. Macam mana die nak jadi suami aku kalau macam ni bentuknya? Rugi ke aku selalu jadi penasihat die?? Rugi ke aku menanti die.. Menanti die mahu tergerak hati nak masuk Islam dan sebagainya...?? Konfius.. Komplikated.. dan sebagainya..

Sifat sabar yg masih wujud ni yg masih mengekalkan aku masih bersabar dengan kerenah die. Mungkin die dah banyak kali kutuk aku ni mulut macam siot tapi hey! aku tegur untuk kebaikan bukan merosakkan ar woi !.. hurmm.. Rugi ke kita menegur orang?? Mungkin kalai secara berlebihan sangat2 la tidak digalakkan nanti orang naik menyampah tapi die ni sentiasa mintak pendapat yg aku dah selalu cakap..

Aku baru jek tenang. Tenang daripada tak fikir pasal manusia yg... yg ntah mana menghilang ntah. Dah ade life sendiri.. biase la kita dilupakan dan sebagainya. Aku tak rugi ape pon la.. Yang seksa hati aku tapi insyallah.. Aku ade Allah. Allah boleh bantu aku sembuh..

Aku memang macam ni. Kuat nangis dan kuat sensitif nye.. Dulu aku selalu ambil berat orang yg tak kisah sikit pon pasal aku. Aku tak paham part mana yg diorang kisah pasal aku sebab cari aku bila perlu je. Ade tue, bila aku ni selalu contact pi boleh kata aku ni jarang contact dan... entah la.. Aku cakap pon tak guna.. Semua manusia yg aku ambil berat memang siot perangai nye kot.. Rugi...

Sekarang ni hati aku abah, along, akak dan angah je.. Yg lain entah aku campak ke mana ntah.. sebab hati aku betul2 tawar untuk menjaga perasaan orang yg zero kisahkan aku. Aku ambil berat.. tapi di caci maki..         Aku tak boleh lupa.. Serius.. Sampai sekarang.. Mungkin tak baik tapi aku memang tak lupa.. Aku boleh buat bodoh dan boleh buat tak pernah terjadi tapi aku takkan lupa..

Dis heart is always hurt by them.. i try to learn.. and i need time.. i feel so tired wif them..

Syafaat Rasulullah S.A.W

ADA dakwaan sesetengah orang bahawa meminta syafaat atau istighozah (memohon pertolongan) daripada nabi SAW hanya dibolehkan ketika baginda hidup maka kita menjawab: Sesungguhnya beristighozah dan bertawassul; jika keharusannya dikaitkan dengan hidupnya pihak yang diminta pertolongan, maka ketahuilah, bahawa para nabi dan hamba-hamba Allah yang diredai itu tetap hidup di alam kubur mereka.
Jika tiada dalil lain untuk membenarkan keharusan bertawassul dan beristighozah dengan Rasulullah SAW setelah wafat, kecuali dengan menggunakan qias atau analogi terhadap tawassul dan istighozah dengan Baginda SAW ketika masih hidup, maka itupun sudah cukup, kerana kita meyakini bahawa Rasulullah SAW tetap hidup di alam barzakh.

Baginda SAW selalu memerhatikan umatnya. Dengan izin Allah SWT, nabi SAW menguruskan keadaan mereka dan mengetahui apa yang mereka lakukan. Selawat yang mereka ucapkan diperlihatkan kepada baginda SAW. Salam yang mereka berikan juga sampai kepada baginda SAW, meskipun mereka sangat ramai.
Orang yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang keadaan roh dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada mereka. Terutamanya terhadap roh yang mempunyai kedudukan yang tinggi, iaitu roh para rasul dan nabi, hatinya akan terbuka untuk mempercayai dan mengimani perihal kehidupan para roh.
Lebih-lebih lagi, terhadap induk segala roh, dan cahaya yang menyinari segala cahaya, iaitu Nabi Muhammad SAW.
Jika memohon syafaat, istighozah atau bertawassul dengan Rasulullah SAW itu dinilai sebagai syirik dan kufur sebagaimana yang disangkakan, adalah tidak wajar ia diharuskan pada satu keadaan sahaja, semasa hayat Baginda SAW tidak pada keadaan yang lain. Sebabnya, perbuatan syirik itu menjadi kemurkaan Allah dalam semua keadaan.
Dakwaan bahawa orang yang sudah mati tidak mampu melakukan apa-apa, adalah dakwaan yang batil. Jika dakwaan tersebut didasarkan kepada kepercayaan mereka bahawa mayat itu menjadi tanah, jelas itu merupakan suatu kebodohan dan kejahilan. Mereka jahil tentang hadis-hadis yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW.
Bahkan, mereka juga jahil tentang firman Allah SWT yang menegaskan bahawa roh-roh itu tetap hidup dan kekal setelah terpisah daripada jasad. Mereka juga jahil tentang kisah Nabi Muhammad SAW yang pernah menyeru mayat yang ada di dalam kubur ketika Perang Badar.
Rasulullah SAW juga pernah mengucapkan salam kepada ahli kubur, dan menyeru mereka dengan sabdanya:
“Semoga kesejahteraan dilimpahkan ke atas kalian, wahai penghuni perkampungan (kubur) ini!”
Dalil yang lain adalah tentang azab dan nikmat kubur bagi penghuni kubur, nas-nas yang menceritakan tentang roh-roh yang selalu datang dan pergi kepada roh-roh yang lain. Banyak lagi dalil yang ditetapkan oleh Islam dan diakui oleh para ilmuwan, dulu dan kini.
Bagaimanapun, kami membataskan perbicaraan hanya mengikut soalan berikut: Apakah mereka percaya atau tidak bahawa orang yang mati syahid itu hidup di sisi Tuhannya, sebagaimana yang diungkapkan oleh al-Quran?
Jika mereka tidak mempercayainya, kami tidak berminat berbincang dengan mereka, kerana mereka telah membohongi al-Quran yang mengatakan:
Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela agama Allah itu orang-orang yang mati; bahkan mereka itu orang-orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa) tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. (al-Baqarah: 154)
Jika mereka mempercayainya, maka kami katakan pula kepada mereka: Sesungguhnya para nabi dan kebanyakan orang soleh lain; yang tidak mati syahid; seperti sesetengah para sahabat besar r.a, adalah lebih mulia daripada orang-orang yang mati syahid tanpa diragui lagi.
Jika jelas diakui bahawa para syuhada itu hidup di dalam kuburnya, maka menetapkan bahawa hidupnya orang yang lebih mulia daripada golongan syuhada adalah lebih patut dan lebih layak. Lebih-lebih lagi, hidupnya para nabi itu disebut secara jelas dalam hadis-hadis sahih.
Jika telah thabit kehidupan yang khusus dan istimewa selepas mati bagi golongan yang mulia ini, maka apakah lagi penghalang menurut pandangan akal yang menyekat daripada beristighozah dan meminta pertolongan kepada Allah melalui roh mereka ini?

Pesanan Rasulullah Sebelum Tidur

SEBELUM tidur, Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidatina Aisyah :
“Ya Aisyah, jangan engkau tidur, sebelum melakukan 4 perkara iaitu :
  1. Khatam Al Qur’an
  2. Membuatkan para nabi memberi syafaat kepadamu di hari akhirat
  3. Membuatkan para muslim meredhai kamu
  4. Melaksanakan ibadat haji dan umrah.
Bertanya Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimanakah aku dapat melaksanakan 4 perkara dalam satu masa?”
Rasulullah tersenyum sambil bersabda :
“Jika engkau tidur bacalah Surah Al -Ikhlas 3 kali, (maka ia seolah-olah kau mengkhatamkan Al Qur’an). Dan Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelumku, (maka kami semua akan memberi syafaat kpdmu di hari kiamat). Dan Beristighfarlah untuk para muslimin (maka mereka semua akan meredhai kamu). Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir (maka ia seolah-olah kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah)”
- MAFHUM DARI HADIS

Sumber: http://alfikrbazaid.blogspot.com/

Bina Budaya Keluarga Cintakan Al-Quran

ANTARA ciri mukmin yang beruntung di dunia dan di akhirat ialah orang mempelajari al-Quran dan aktif membacanya. Kadar keberuntungannya akan berlimpah kali ganda seandainya si penuntut dan pembaca al-Quran bergiat cergas menggali inti pati maknanya serta mengamalkannya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


“Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.” (Hadis riwayat Bukhari, Abdu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Jadi, berdasarkan apa yang diingatkan oleh Rasulullah SAW itu, kita sewajarnya mentransformasikan hati supaya sentiasa rindu untuk mempelajari serta membacanya.
Jika selama ini kita sudah terbiasa dengan amalan wajib membaca akhbar setiap pagi, apa salahnya kita jadikan membaca al-Quran pula sebagai amalan yang tidak boleh ditinggalkan. Bina satu slogan peribadi, ‘Tak Sempurna Hari Tanpa Membaca Al-Quran’. Tampal dalam rumah supaya kita dan seluruh ahli keluarga dapat menatapnya setiap masa.
Keuntungan seseorang pembaca al-Quran ketika di akhirat kerana dijamin akan diberikan syafaat ketika kita sangat-sangat memerlukan pertolongan ketika berhimpun di padang Mahsyar nanti.
Rasulullah SAW ada menyebut akan hal ini dalam sabda yang bermaksud:
“Bacalah al-Quran. Kerana ia pada hari kiamat nanti akan datang untuk memberikan syafaat kepada para pembacanya.” (Hadis riwayat Muslim)
Seperkara lagi yang harus kita sedari bahawa amalan membaca al-Quran adalah metodologi dalam penyembuhan penyakit jiwa atau hati. Dalam meniti arus kehidupan, fikiran dan jiwa sentiasa diselubungi pelbagai emosi.
Justeru, bagi mukmin yang menjadikan al-Quran sebagai teman rapatnya, perasaan berkecamuk itu pasti akan terungkai apabila membaca al-Quran.
Pesan Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari al-Quran, kecuali mereka akan memperoleh ketenteraman, diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan nama mereka disebut Allah dalam kalangan malaikat.” (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Abu Daud)
Berdasarkan apa dikemukakan Rasulullah SAW itu, nyatalah seseorang mukmin yang selalu mempelajari dan membaca al-Quran tergolong dalam kalangan mukmin yang dicintai Allah.
Malah, Rasulullah SAW mengiktiraf amalan membaca al-Quran sebagai amalan ibadah terbaik untuk umatnya. Kata Rasulullah SAW:
“Yang paling utama dari ibadah umatku adalah membaca al-Quran.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Membina keluarga budaya mempelajari dan membaca al-Quran perlu diutamakan kerana itulah acuan sebuah keluarga bahagia yang sentiasa dipayungi rahmat Allah. Anak membesar dalam ruang lingkup emosi berpaksikan cahaya al-Quran akan muncul sebagai anak salih dengan jiwa kebal.
Membentuk jiwa anak dengan budaya cintakan al-Quran akan menjadi tembok paling ampuh dan satu bekalan teragung apabila mereka meningkat dewasa. Jangan biarkan jiwa kita dan anak ketandusan keberkatan al-Quran kerana kesannya amat buruk.
Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya orang yang di dalam dadanya tidak ada al-Quran sama sekali, tidak ubahnya seperti rumah yang rosak.” (Hadis at-Tirmidzi, Ahmad , Hakim dan al-Darimi)
Mempelajari dan membaca al-Quran umpama baja yang akan menyuburkan hati dan jiwa sekali gus mengukuhkan akar iman serta takwa seseorang.
Kesungguhan kita mendidik hati serta keluarga dalam aspek mempelajari dan membaca al-Quran akan menjadi suatu usaha jihad yang menjanjikan pahala di sisi Allah. Inilah rumah tangga yang berspektrumkan keharuman cahaya kerahmatan Allah.
Baca dan renunglah dengan bersungguh peringatan Rasulullah SAW kepada sahabat Baginda, Abu Dzar, katanya:
“Wahai Abu Dzar, kamu pergi untuk mempelajari satu ayat al-Quran itu lebih baik daripada kamu solat seratus rakaat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Justeru, dari sini dapatlah kita mengerti betapa hebatnya amalan mempelajari dan membaca al-Quran sehingga pesanan berbuat demikian sentiasa saja diingatkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat Baginda.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Peristiwa Akhir Zaman Mengikut Urutan

Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir


Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya
Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?
Sumber: http://www.tranungkite.net/ & http://myibrah.com/peristiwa-akhir-zaman-mengikut-urutan#comment-3965

Hukum "Ringtone" Bacaan Al-Quran

Soalan:
Asalamualaikum,
Apakah hukumnya menggunakan nada dering telefon bimbit dengan bacaan surah Al Quran?

Jawapan:
Wa’alaikumussalam
Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Penggunaan nada dering bacaan al-Quran mula-mula sekali telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Ulama’ Saudi pada 17 Nov 2007 didalam mesyuarat yang dihadiri oleh 70 orang perwakilan fiqh dunia dan majlis tersebut telah dipengerusikan oleh Mufti Besar Arab Saudi Shiekh Abdul Aziz Ali al-Syeikh. Menurut ulama yang menghadiri mesyuarat tersebut :
“Ia memalukan dan menjatuhkan kedudukan ayat-ayat al-Quran apabila ayat al-Quran yang didengarkan itu secara tiba-tiba ia terhenti, atau yang mendengar mengabaikan bacaan tersebut. Sebaliknya, jika ayat-ayat al-Quran disimpan didalam talipon bertujuan untuk didengari merupakan satu amalan yang mulia (dan bukan untuk nada dering)”.
Pada hari Khamis 12 November 2009 pula, Akademi Penyelidikan Islam, yang diketuai oleh Shiekh Dr Mohamed Sayed Tantawi rh. mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering dengan kata beliau :
إساءة للقرآن، بما لا يتفق مع جلاله وقدسيته
“Ia merupakan penyalah gunaan al-Quran, tidak bertepatan dengan keAgungan dan kemuliaanya”.
Menurut Setiausaha Akademi tersebut, al-Azhar telah mengikuti keputusan yang difailkan oleh ahlinya Sheikh Mustafa Shaka yang menyeru pihak al-Azhar mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering. Keputusan dibuat atas dasar “ayat2 yang digunakan tidak sesuai dengan keAgungan al-Quran. Ayat-ayat yang dibacakan pun tidak habis / putus.” Al-Azhar juga telah mengarahkan pihak Telco di Mesir mengharamkan penggunaan al-Quran sebagai nada dering.
Sheikh Dr Mahmoud Ashour berkata “ayat-ayat al-Quran tidak diturunkan dari syurga untuk digunakan sebagai ringtone atau sebagai sesuatu yang tidak ada nilai dari aspek keAgungan dan status al-Quran itu sendiri”. Menurut beliau lagi, yang merupakan ahli Jawatan kuasa Akademi tersebut “orang tidak akan menumpukan perhatian kepada bacaan al-Quran apabila ia berbunyi, kerana nada dering itu dijadikan sebagai bahan alert apabila terjadinya perhubungan (connection), dan tidak sesuai langsung al-Quran menganti tempat nada dering atau deringan musik”.
Darul Ulum Deoband India juga telah mengharamkan al-Quran sebagai nada dering Jurucakapnya Mohammed Asumin Qazmi mengatakan bahawa ayat-ayat al-Quran bukanlah bertujuan menghibur. “Seseorang yang mendengar al-Quran hendaklah dia mendengar sehingga habis dengan tawadhu’ dan tadabbur. Jika ia digunakan sebagai nada dering, tiba-tiba ditutup semasa bacaan, maka sangatlah tidak Islamik perbuatan tersebut”.
Kesimpulan dari sebab-sebab pengharaman al-Quran sebagai nada dering adalah :-
a. Kedudukan ayat-ayat al-Quran yang Agung dan Mulia tidak sesuai dijadikan sebagai nada dering.
b. Nada dering bacaan al-Quran itu biasanya tidak dihirau bacaannya, sedangkan menurut syara’, apabila ayat-ayat al-Quran dibacakan, hendaklah yang nmendengar itu diam dan mendengarnya.
c. Bacaan al-Quran pada nada dering biasanya bacaan tersebut terhenti atau terputus apabila talipon tersebut “berhubung”. Ayat al-Quran hendaklah dibaca secara penuh.
d. Adakalanya, nada dering bacaan dibunyikan pada tempat-tempat yang kotor seperti tandas!! Haram bacaan al-Quran didalam tandas.
Pengharaman nada dering bacaan al-Quran termasuklah laungan Azan. WA.
Sekian, wassalam.

Sumber: http://www.al-ahkam.net/

Saturday 16 June 2012

Aku lemah.. Pandulah aku


Aku manusia lemah
Terlalu senang diriku tergoda dengan hawa nafsu sendiri
Terlalu senang diriku terjebak dengan kreativiti syaitan
Terlalu senang diriku lalai di sisi Allah
Aku manusia lemah
Diriku menangis bila mengenang nasib
Diriku gembira tatkala mendapat apa yang diingini
Sedangkan apa yang daku inginkan bukanlah yang terbaik buatku
Dan aku menyedari kesilapan itu, namun ku tetap gembira
Aku manusia lemah
Sekejap aku sedar akan kealpaanku terhadapNya
Daku menangis memohon keampunan
Namun diriku bagaikan mudah kembali ke kesesatan
Dan memang benarlah keimanan seseorang boleh naik & turun bagaikan tiada plateaunya
Aku manusia lemah
Aku jijik dengan perangaiku yang mudah lupa akan keEsaanNya
Aku benci dengan diriku yang sering lupa akan Rasulku
Aku muak dengan akal fikiranku yang sering berkhayal
Aku manusia lemah
Ya Allah, kembalikanlah daku ke jalan yang benar
Ku mohon Kau tunjukkan kepadaku jalan yang Kau redhai
Berikanlah aku Nur HidayahMu, Ya Allah
Tetapkanlah keimanan yang teguh dalam diriku
Ku pohon keampunanMu
Ku pohon keredhaanMu
Ku pohon keberkatanMu
Ku pohon ma'rifahMu
Aku manusia lemah
Lemah selemah-lemahnya
Astaghfirullahalazim...

P/s : kita sentiasa lalai dan jika kita sedar, kita pasti akan kembali lalai... Maka dengan itu, jangan berputus asalah utk memohon kepada Allah moga menarik diri dan jiwa ini kembali kepada-Nya andai diri ini lalai dri mengingati-Nya... Moga kita sentiasa diberi pentunjuk jalan yg lurus.. Insyallah..aminn

Alhamdulilah

Salam... Sebahagian beban telah beransur kurang.. Alhamdulilah.. Alhamdulilah.. Alhamdulilah... Alhamdulilah... Tue jek aku lafazkan sepanjang hari ku dan kiranya sepanjang minggu ni la. Aku sangat2 berharap Allah memberikan ku kekuatan menghadapi hari2 ku ini dengan kekuatan extra supaya aku rasa tak lemah. Minggu ni aku hanya dengan Allah... Maksud nya aku hanya memohon kepada-Nya sahaja.

Melihat kengkawan roomate dan kengkawan comel aku si Ruby dan Wawa... memasing sibuk dengan assignment. Itu sangat2 normal kan. Muka masing2 fokus aje sampai aku ketawa melihatnya. Takpela. Moga Allah memudahkan pekerjaan mereka.. Sayang kengkawan rumah aku sangat2. Mereka kawan2 yg paling bersabar dengan aku.. Well, aku ni bermusim keadaan nya.. hehe

Semalam juga berlangsungnya test Kokurikulum dan Multimedia. Pergh, aku baca slide di skrin monitor rumah aku semalam bersilang2 subjek nye.. Kejap kecemasan, kejap pasal multimedia. Nasib la tak tertwist benda nya dlam test aku. Alhamdulilah lagi sekali. Memang Allah telah menciptakan Komputer yg terbaik dalam diri kita ni iaitu minda dan otak kita.. Aku tak sangka aku ingat yg aku baca secara ala-kadar tue dengan baik... terima kasih Allah

Dan sekarang, aku mahu menyiapkan kerja2 yg seterusnya.. Lepas tue, aku mahu serang rumahku syurgaku.. mahu berada di dapur dan kasi dapur berasap dengan cubaan ku memasak.. hehehe.. dan aku jugak nak belajar buat kuih segala... mahu asah kemahiran perempuan ku hehehe.. selagi belum terlambat kan :) ok la.. chow.. wasalam..

Thursday 14 June 2012

Tips bangun awal sebelum subuh :)


 Tips bagaimana untuk bangun awal sebelum Subuh. Tips ini bukanlah sekadar untuk dihebah-hebahkan atau diwar-warkan semata-mata, tetapi untuk digerakan, diamalkan dan dilaksanakan oleh kita semua.
  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Setting diminda, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Lebih baik sekiranya kita katakan secara terperinci tentang masa yang ingin kita bangun. Contoh : “ Esok saya akan bangun pada jam 5.30 pagi.”
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin.
  3. Dirikan solat sunat dua rakaat sebelum tidur. Sebaiknya, solat sunat Taubat. Cantiknya, sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat  bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Mohon bantuan ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada. Di samping itu, setkan jam loceng atau alarm telefon kita berhampiran dengan kita.
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Bacakan doa sebelum tidur dan bacaan Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas.Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.
  8. Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan berputik di hati. Kita akan biasa dengan amalan ini jika ia dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.
  9. Jika berjaya, syabas saya ucapkan. Sekarang cabarannya ialah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Jadi bagaimana?
  10. Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu agar Allah SWT sayang dan redha kepada kita.
Justeru, bilakah kita akan mulakan tips ini?

Tuesday 12 June 2012

Hanyut dalam dunia persinggahan..

Salam... dis part i will comment.. Every part of the words dat come out is touch my heart.. Yes, aku selalu dambakan cinta seorang teman yg sejati. Dulunya aku tersangat mahukan balasan sifat kawan baik... sehingga aku sendiri telah memusnahkan hubungan.. Sehingga die pergi jauh sangat2... dan kini, aku jatuh cinta pada seseorang.. seseorang yg tidak mampu ku miliki... aku alpa dengan dunia kerana manusia... Aku lupa yg aku bertemu mereka atas takdir siapa... takdir Allah.ini bukan lah madah berhelah...tapi aku sedar, aku bukan cukup sempurna.. sentiasa lemah dengan godaan syaitan yg semakin moden dan canggih. Mudah terpengaruh.. Aku tamak untuk meraihkan kasih sayang orang lain hingga tidak ku sedar telah mengguris hati dan perasaan orang lain. Andai mampu aku lakukan.. aku mahu sahaja lenyap di dunia agar orang yg aku cinta rasa bahagia tanpa kehadiran ku... maafkan...
Aku perlu kembali ke jalan yg lurus..

"Tiada yang lebih indah melainkan hadirnya sebuah cinta
Tiada yang lebih derita melainkan kehilangannya
Memang sakit apabila kehilangan cinta manusia
Tapi tidak sesakit apabila hilang CintaNya
Sabarlah wahai diri
Ada hikmah akan setiap apa yang terjadi
Mungkin bukan itu teman untuk kau miliki
Jika itu yang ditakdirkan Illahi
Jika tidak layak untuk berdekat
Sama ada sebagai pasangan mahupun sahabat
Usahlah kau berasa ralat
Itulah hadiah untukmu dalam bentuk sebuah rahmat
Kau mempersoal apa di sebalik rahmat itu
Soalan yang bisa saja membuatmu keliru
Kembalilah pada Dia wahai hatiku
Untuk memperolehi jawapan yang satu
Cinta manusia boleh digalang ganti
Tapi bukannya cinta Allahu Rabbi
Usahlah engkau merosakkan diri
Bersedih kerana cinta manusia yang belum pasti
Wahai hati yang sedang bersedih
Kembalilah kau pada Rabbmu
Mahukah kelak kau lagi menanggung pedih?
Apabila Dia berpaling mukaNya dari dirimu
Dapatkanlah RinduNya
Rebutkanlah RedhaNya
Di mana yang hakiki adalah CintaNya
Untuk kau bisa menuju HadratNya
Buanglah sedihmu
Buanglah dukamu
Yakinlah pada Rabbmu
Yang sentiasa mengasihimu
Bukan cinta manusia yang patut kau dambai
Bukan kegagalan mendapatkan cinta mereka yang patut kau tangisi
Kehilangan CintaNya yang patut kau berhati-hati
Itulah kesilapan besar yang kelak akan kau sesali
Wahai diriku, dengarlah ini...
Kehendak, hawa nafsu, mahupun godaan
Itulah kerja dunia yang ALLAH berikan
Usahlah kau menyalahkan ujian dan dugaan
Sedangkan engkau sendiri terleka dengan syaitan
Bukalah mata bukalah hati wahai diri
Telah banyak yang dipersembahkanNya kepadamu
Cinta manusia bisa memakan diri
Yang hakiki CintaNya hanyalah Rabbmu
Ya ALLAH Ya Rabb Ya Tuhanku
Hati ini berterusan memohon cahayaMu
Terimalah aku, usahlah Kau berpaling dariku
Setiap hela nafasku hanya milikMu
Rinduilah dan cintailah aku Ya ALLAH
Kasihilah dan peliharalah aku selamanya
Rahmatilah dan berkatilah aku Ya ALLAH
Redhailah aku untuk selamanya
 "

Mencari Sakinah


Ya Allah
Terkadang pada suatu saat
Aku berjalan dengan semangat
Dan aku merasa sangat kuat
Namun terkadang
Aku didatangi ujian yang sangat hebat daripadaMu
Aku rebah seketika
Namun, kemudian aku bangun
Kemudian
Sekali lagi
Ada tiupan angin badai
Aku terjatuh kali kedua
Namun, aku bangkit lagi!
Aku bangun
Dan berjalan
Berjalan tanpa henti
Sehingga haus  tapak kaki
Namun aku terus berjalan dan berjalan
Aku
Abid Ar-Rahman
Seorang insan bertemankan Tuhan setiap waktu
Ada suatu ketika
Aku dirudung permasalahan jiwa
Membuatkan aku menangis
Membuatkan jiwaku terasa lemah
Lemahnya tarbiyahku
Namun
Allah selalu menghantarkan aku
Kalam-kalam sakinahnya...
"Sang abid
Mengapakah duhai sayangku
Dikau bersedih sedang aku di sampingmu?"
Aku memulakan bicaraku...
"Ya Rabbi
Sedang tika ini Kau masih bersamaku,
Menyebabkan aku terasa sayu
Ya Rabbi
Engkau tahu apa yang terkelumit di dalam qalbuku
Sedang seisi dunia tidak tahu permasalahan yang terpendam di lubuk hatiku
Ya Rabbi
Kehadiranmu selalu menanamkan bibit-bibit sakinah ke dalam jiwaku yang goyah ini
Bagaimanalah aku tanpaMu
Di saat aku merasa sendiri
Aku berjalan
Mencari sekelumit sinar cahaya
Menemukan ubat penebus dan pelentur dosa
Muhasabah diriku ku susun
Menjadikan ubat jiwa yang resah nan mentah ini
Moga Engkau sentiasa melindungiku
Sampai syurgaMu..."

Agama itu Cara Hidup


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :" Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:" Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya."
(Riwayat al-Bukahri)
Addin itu Cara Hidup
Islam adalah Addin tiada pemisahan antara agama dan cara hidup. Sebab itu Islam tidak boleh diterjemah dengan agama sahaja tidak boleh diterjemah dengan 'religion' sahaja (kerana) Addin tidak tepat (jika) diterjemah dengan agama (atau) religion sahaja, kerana dalam itu (Addin) ada segala-galanya termasuklah yang berkait dengan teori, ideology, termasuklah aspek politik, ekonomi (dan) sosial.

Agama adalah perjalanan sebuah kehidupan. Setiap hari kita menjalani apa yang telah sedia diterangkan di dalam Al-Quran. Samada kita menjadi lebih baik atau tidak semuanya sedia dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran. Lalu pilihlah golongan mana yang kita ingin digolongkan. Kerana balasannya telah siap disediakan Allah samada baik atau buruk. Menunggu waktunya sahaja.
Percakapan kita adalah agama, berpakaian kita adalah agama, pergerakan kita adalah agama, berfikir kita adalah agama, tingkahlaku kita adalah agama, pemerhatian kita adalah agama, pendengaran kita adalah agama.... semuanya adalah agama. Agama bukan sahaja aturan atau jalan hidup tetapi agama ini adalah hidup kita ini. Setiap nafas kita ini adalah agama.
Hidup ini mempunyai proses. Proses inilah agama. Unit ukurannya adalah iman. Hasilnya adalah taqwa di mana ketika kita memiliki taqwa, bermakna jiwa dituntun Allah untuk sentiasa melakukan kebaikan.
Seandainya iman hilang entah ke mana, kita tidak memiliki taqwa lalu dinamakan fujur. lalu kita memiliki keburukan dan jiwa dituntun Allah dengan kegelisahan dan kesempitan sehingga kita sentiasa ingin melakukan kejahatan.
Masalah umat islam sekarang ini memahami agama ini sekadar aturan dan hukum hakam agama. Berpisah daripada kehidupan. Dianggap hidup yang mengikut kehendak Allah adalah hidup beragama tetapi hidup jauh dari perintah Allah adalah hidup tidak beragama.
Sedangkan apa sahaja kita lakukan, itulah agama. Baik buruk yang kita lakukan semuanya siap sedia dijelaskan Allah dalam Al-Quran.
Selagi kita menganggap agama ini sekadar aturan Allah bukannya seluruh kehidupan kita ini bersama semua makhluk yang Allah ciptakan, maka kita akan berasa agama itu terpisah. Samada kita ingin mengambilnya atau tidak.
Sedangkan agama ini tidak boleh dipisahkan dari kita walau siapapun kita samada beriman atau tidak. Namun setiap apa yang kita lakukan ada balasan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita.
Oleh kerana perjalanan hidup ini yang merupakan satu proses kehidupan iaitu dikenali sebagai agama, maka pastikan setiap hari kita menjadi orang yang sentiasa memiliki iman bersama iman yang telah lalu.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِي
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitanitu musuh yang nyata bagimu
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)