Tinggalkan jejak anda ye~

Thursday 7 September 2017

2017 beb!

Assalamualaikum.. 🤗 🤗 🤗. Akhirnya baru nak aku nk update blog ni. Dah berbulan tak bukak akaun blog ni. Sekarang baru ada kesempatan nak coretkan sesuatu.

Last time aku update pasal benti kerja kan. Now aku nak cter kehidupan aku yg terkini. Alhamdulillah aku dah cukup setahun menceburkan diri dengan kerjaya pengukir inai atau lebih dikenali di luar sana sebagai Henna Artist. Bidang kerja aku ni lebih terarah ke bidang perkahwinan, butik2 dan mak andam. For sure aku tak kerja dekat dgn memane butik. So aku ni kira kerja sendiri atau self-employed la.

Masa aku study kt Uitm dlu, aku amek course Information Management. Ade jugak la study business management skit. So dlm berniaga sndiri ni, aku ade la selitkan skit ilmu2 business management ni. Dari segi manage duit, untung modal semua tu.

Sekarang ni bidang inai ni dah berlambak orang ambil. Ala lebih kurg macam kerja MUA, make up artist tu jugak. Camne banyak pon orang buat business ni, for sure manusia tetap dan takkan putus kahwin. So, in sha Allah dgn business ni aku berharap dapat terus menerus majukan diri ntok mencari rezeki yg halal dan turut mengutip pengalaman yg berharga.

Aku start business inai ni sejak April 2016. Masa tu aku memang tengah cari kerja jugak tpi masa tu aku meraikan msa aku untuk freedom sementara nk dpt kerja. Timbul citer inai ni bile aku ni mase kerja dlu, suke sgt beli inai. Sampai satu saat tu, banyak sgt inai sampai tak tahu dah nak buat apa dengan inai tu. So aku ni sempat la stalker sume ig henna artist. Paling famous masa tu ialah Kak Lea Henna Artist. Die pernah inai Almy Nadia dan Fizz Fairuz. Ala kezen si jemir hahaha. Aku usha Fizz Fairuz masa tuh sebab si jemir ni la. Muke dah lebih kurang kan. Masa tu aku memang suka sangat art kak lea ni. Last2 aku try lukis kt tangan aku sndiri. Memang memula lukis sah, buruk giler. Kelopak bunga aku ukir tu, mang tebal nak mampos. Takde rupe bunga hahaha. Tapi aku tetap praktis sampai terlampau nipis. Haaa time tu aku usaha adjust sampai nampak mcm ukiran inai yg biase tu. Alhamdulillah berjaya gak.

Nak jadikan citer camne aku terjerumus masuk dunia tu, iaitu melalui kawan baik aku, si Una. Akak die masa tu nk kahwin. Seingat aku nk kahwin dlm bulan Mei ke Jun camtu la. So una kasi aku masa secukupnya ntok aku praktis cecantik. Bergasak la aku praktis kt kertas lukisan bunga2 asas yg kebanyakan henna artis banyak lukis. Bila da jadi, aku inaikan kawan aku si Una. Then bile dah jadi, aku baru boleh inaikan akak die. Mase tuh memang ramai. Dah kalau nak tahu, aku inaikan akak si Una ni sampai 4 jam beb. Aku rasa lebih kot. Dari pkul 9 smpai pkul 12 ke atas. Sedara mara die sempat menyelit pulak. So memang makan masa habis lah.

Lepas buat kerja tu, aku cuba cari kelas or buku inai untuk aku praktis. Naahhhh di sini aku makin giat aktif dgn inai. Aku ditakdirkan bertemu akak Ct Fiverose Henna Art. Adik twin kepada kak Za Henna Art atau lebih dikenali Siti Norfaizah. Dua2 dah jadi akak angkat aku sekarang. Dua2 ni berasal dari Penang. Dan tak dilupakan abg Own (Nasrul), suami kak Ct ni. Ni keluarga inai aku. Dari aku merangkak buat inai sampai aku laju buat inai, mereka ni lah push aku dulu. Tapi insan terhebat yg membentuk aku ialah along aku. Along aku yg byk push dan ajar aku camne nk proceed plan nk buat inai ni. Die byk didik aku ntok behave masa nk jmpe orang, camne nk deal dgn orang luar, camne nk confront any problems yg boleh buat ko mental dan meroyan hahaha. Along lah yg bentuk emosi aku, sifat kemanusiaan aku.

Masa jmpe kak ct, aku bukan masuk kelas lagi tapi ikot die buat job inai kahwin hahaha. Kak ct memang paling terbaik sebenarnye. Sbb die bukan jenis paling berkira malah pemurah yg amat time tu. Masa tu, bila aku dpt pegang rm50, itu dah paling syukur Alhamdulillah sangat weh. Ye la. Aku tak kerja. Duit makin kurang. Bila Allah tu izinkan aku dapat sumber rezeki, mang aku bersyukur sgt la. Ble jumpe kak Ct, die hulur aku rm70. Dan masa tu die offer kelas inai murah dgn aku. Aku murid die paling lmbt bayar. Nak bagi kenang jasa die, aku bantu kerja umah die. Masak sume. Aku xpro masak tpi aku byk buat kerja remeh temeh tu la. Bersihkan pinggan mangkuk semua.

Masa tu kak ct duduk Dengkil. Bila die nk pindah Kajang, aku ikot die pindah brg sume. Dan sempat la menetap sehari dua kat umah die lau ade job inai pe sume. Paling precious bila die dpt masuk TV al-hijrah. Rezeki die kan. Die dpt je msuk tv, die dpt juge offer tapak free kt Aeon Shah Alam sempena Malaysian Book of Records, Tekat Gubah. So geng Tekat Gubah memang sambut geng inai kami dengan sangat baik. Time tu la aku juga berpeluang jumpe kak za.

Kak Za ni ikutkan aku jmpe die masa ikot akak ct beraya balik kg ke Penang. Dlm on the way nak balik Penang, singgah Ipoh kejap sebab adik angkat kak twin ni tunang. So diorang ni diwjibkan hadir la. Masa tu la pertama kali muka aku kena touch up dengan Kak Za. Dan masa ni la aku jmpe Kak Za ni. Die memang best. Tak sombong giler. Mesra je. Jmpe trus jdi kamcing dgn die.

Di sini perjalanan aku jdi henna artis lagi berkembang bila follow kak ct dan kak za buat job inai di Aeon Shah Alam tu. 4 hari kami kat sne. Memacam aku belajar dgn twin ni smpai laaaaa kak za dpt tawaran masuk tv alhijrah pulak. Yes, aku pon masuk tv hahahaha. Syukur Alhamdulillah. Belum pro da masuk tv. Kak za nak kami semangat jdi hebat jugak mcm die.

Sejak tu, aku mula bina business aku sndiri. Aku mulakan business aku masa di Pesta Air Bagan Lalang. Memang aku tunduk je buat inai. 2 hari masa tu. Dari pagi smpai malam aku buat inai. Syukur sangt masa tu adik bradik aku menemani aku.

Selepas tu aku terus menerus jalankan business inai ni sedaya upaya aku. Sbb nk setelkan hutang ptptn dan segala bnde yg tergendala.

Kerjaya ni macam jodoh. Tak cari, tpi bile dah jumpe die punye jatuh cinta tu sangat la menusuk kalbu. Yes, aku sekrang buat kerja freedom. Kerja ikot masa aku sendiri. Selesa. Moga rezeki ni dpt aku hulurkan pada mereka yg memerlukan nnti. In sha Allah.