Assalamualaikum
Semalam, aku dapat pedih disakiti. Semalam dan semalam lagi juga, aku bersabar dengan setinggi-tinggi nya untuk mendapat keredhaan Yang Maha Esa.. Usia remaja yang masih bertatih dalam dunia kehidupan ini memerlukan kekuatan double triple sangat2 kerana remaja masih belum tahu apa yang bakal dihadapinya. Tambah pulak takde pengalaman lagi kan. Try and Error je la kan.
Apa pengalaman yang aku dapat daripada semalam ialah pengalaman mencintai insan yang tak tahu menghargai cinta kita. Bukan cinta kekasih semata-mata tapi lebih kepada cinta sahabat. Sedalamnya dan sejujurnya aku sungguh terluka kerana dalam perhubungan sahabat kami, dia banyak menabur virus sakit hati dalam hati aku. Dia selfish tapi aku bersyukur sangat2 hari ni kerana jika tidak ada dia, aku tak rasa bagaimana terlukanya hati seorang sahabat yang dipermainkan. Aku belajar berkawan dengan berhati-hati. Tak kira perempuan ataupun lelaki.
Aku mahu mulakan hari aku pada hari ni dengan tenaga dan semangat yang baru.. Moga aku sentiasa mengingati Allah dan Rasul di mana jua aku pergi... ^_^
No comments:
Post a Comment