Aku dengan akak tadi pergi cari tiket nak tengok The Avengers. Pergh, kecoh dah pasal movie tue. Aku dan adik beradik semua berkejar-kejaran la ke Alamanda Putrajaya untuk mendapatkan tiket movie yg sedang hangat giler tue. Plan kitorang nak tengok Khamis malam Jumaat.. sampai ke kaunter, minah kaunter tue terus cakap, kak, malam tue lagi sikit nak full dah.. tangan die dah tunjuk skrin. Aku memang dari jauh tengok skrin komputer dengan perasaan penuh jam beb.. Haiyak... plan sehari selepas tayang pon dah penuh even datang book sebelum tayang???? Memang dah kaya la kan pengarah dan produksi die kan. Cemburu ni. Kena jadi pengarah ni. Hahahah.. Sori, mak tak hingin. Better aku berkarya sempoi dalam dunia blog ni. Lapang sikit dada.
Ok2. Sambung2.. aku dgn akak pon order je la. Dengan perasaa sedikit hambar kerana duduk kat tepi belah kanan sekali. Haishhh... macam tak bersyukur kan. Memang mula2 tue rasa kecewa gaban la tapi bila aku kenangkan perasaan orang yang susah2 tue nak tengok wayang pon xdapat kan. Jadi aku bersyukur je la. Syukur alhamdulilah...
Lepas balik aku terjah kedai buku MPH. Erm... kumbah je la buku2 yang ada. Aku ni suka terjah buku2 yang berkaitan agama dulu berbanding novel. Sebab nya aku memang tak suka baca novel sejak dah belajar erti pedih putus cinta ni. Korang pon dah baca kan bagaimana aku luahkan isi hati aku time frust tertonggeng2 pas kena main,. Mentang2 la kita ni tak cantik, gemuk dan sebagainya, kena main tue senang jek bagi lelaki.
Ha, aku ade jumpe seorang insan ni aw. . Die ni suke kondem kaum hawa. Kaum kita la kan (perempuan). Din yang aku jumpe aku ni lelaki. So, die ni siap kondem perempuan ni macam ada satu sumpahan.. Hahaha.,. sumpahan tak boleh nampak cermin. Pergh, bagi perempuan yang sensitif, memang rasa tercabar. Apa pulak kami ni dikata ade sumpahan??? Lelaki pon ape kurang kan?? Sama je.. Die nak kata perempuan pantang pandang cermin mesti nak berhenti dan touch up2 sikit muke ni. Lelaki ni tak. Just tengok muka dan blah. Kekadang tak singgah pon. Kesimpulan nya, perempuan ni cerewet, lelaki ni simple. From head to the toe gitue ! Orang kalau dah pakai kondem2 ni nampak sangat pernah putus cinta tak pon fobia sebab kesan daripada sesuatu kisah dalam hidup orang lain.
Bagi pendapat aku la kan, tak payah nak kondem2 sangat la kaum adam dan hawa sebab dalam keluarga kita ade kaum2 tue. Kalau dah kondem perempuan bermaksud ko kondem mak ko la kan?? Ape ade tak ko fikir bagaimana jasa nya seorang perempuan ni sebelum, semasa dan selepas. Kalau di tunjukkan macam mana bentuknye mak ko lahirkan ko, kot ko melalak pulak kan. Seksa nak lahirkan ko tahu tak. Perempuan tue yang lahirkan. Bukan lelaki. Bagi lelaki pulak, jangan la kondem sangat sebab memang lumrah lelaki macam tue. Jika ada lelaki yang cerewet, ko kena tahu itu lelaki yang berjiwa sensitif. Bisa mulutnye bersebab. Berani jawab, kalau tak jangan sebab lelaki ni akal die banyak kan. Perempuan lain la, banyak nafsu. Ini semua dah tertulis sejak azali. Jangan nak melawan. Ko just belajar dan terima dengan seadanya. Andai terjadi kes putus cinta atau kes keluarga, ingat lah, bukan semua begitu. That's it !
huhu.. ni lah hasilnya bila tadi berangan sebentar kan.. Terkenang macam2.. Sampai sini je la coretan comel ku. Maaf lah jika terasa... Wasalam.
No comments:
Post a Comment