Tinggalkan jejak anda ye~

Monday, 7 December 2015

#Weekend dan kartun~

Assalamualaikum.
Begitu mengantuk mata aku hari ni. Hari ni isnin. Pemula hari utk bekerja. Macam biase.
Aku penat sebab minggu lepas aku jadi photographer Majlis Annual Concert Smart Reader Kids. Aku dijemput oleh kezen aku yg merangkap principal Smart Reader Kids Kota Warisan. Bila nama jadi photographer kan, memang namanya kaki ko tu kne aktif la gamaknye. Hahaha. Aku ikut kezen aku awal pagi utk bantu mereka sediakan pape yg blom stel kat dewan hotel Aston tu tapi mase dah sampai, kelihatan semua ready da. ^_^

Jadinya ku kena snap gmbar dari majlis bermula hinggalah majlis berakhir. Dari formal hinggalah ke santai. Memacam ragam kanak-kanak aku lihat. Dari umur 3 tahun hinggalah ke 6 tahun. So bagi yg 6 tahun ni, mereka akan menerima anugerah tamatnya pengajian di situ. Adalah buat persembahan konsert seperti oral speaking, nyanyi lagu tema Smart Reader Kids, lagu Negaraku, serta tarian yg terdiri tarian Bollywood, rap, dan tarian Michael Jackson. Paling smart aku suke tgok kanak-kanak ni menari bila time tarian Michael Jackson. Fuh hahhaa. So nice. Dan moment sangat stress bile mak ayaj berebut-rebut nak snap pic anak masing-masing.. Lepas ni kne cari dewan lagi besar la gamaknye hahaha sebab nak bagi ruang lagi besar.. so takde la ada yg tak Nampak anak memasing perform.



Lepas selesai je majlis Annual Concert Smart Reader Kids tu, aku dengan Diba pergi beli makanan dan makan di rumah aku. Dalam perjalanan balik tu sempatlah Diba ngecek nak ajak tengok wayang hahaha. Aku memang terpikir nak tengok wayang tapi ingat time gaji hahaha… tapi bile menengok muke si Diba, tak sampai hati aku nak kate tak boleh so aku pon on je hahaha… Lagipon dapat skit duit upah tu kan. Bedal je la demi kezen yg sering menemankan di kala susah senang ni. Cerita yg die ajak nak pi tengok ni lak memang aku pon berminat.. Kartun  “The Good Dinasour”. Hahaha.. Idea yg menyuruh tengok citer nip on dari anak murid Diba iaitu Nazeef. Budak paling genius dalam Smart Reader Kids Kota Warisan (Diba yg kate hahaha)… tapi si Diba ni betul lah~ Time die excited nak ngajak tengok citer kartun tu, die boleh menjerit tergelak-gelak.. Aku terkejut!!!.... Kot la mati sakit jantung aku kt situ hahaha.. Aduiiiiii Dibaa… Memcm la ko ni weyhhh~

Kami pon pergilah ke Dpulze, Cyberjaya. Tempat kegemaran si Diba. Punye suke die ke situ hehehe.. Lagipon dekat dan mall tu kecik je. Tak penat nak round.. Hahahah. Nampak sangat aku pemalas nak mampos hahahha.. So bila smpai situ senyum riang sikit sebab mall tu kecik je. Serius aku malas sebab penat sminggu tak habis nok uiii~ Selalu dpt terbungkang berjam jugak. Ni betul-betul ikut peraturan masa yg sepatutnya hahah.. Skema~ Anyway hepi dgn Diba hahaha

Smpai je kat kaunter TGV Cinema tu, terus la pilih waktu untuk tengok wayang. Kami plih pkul 5.45 ptg punye sebab kami sampai situ pon dah pukul 4 lebih. So move on ke jam yg seterusnya. Ada la kan masa nak prepare pape nak bawak bila masuk blik wayang tu. Sempat jejalan ke Daiso dan kiosk-kiosk kat setiap tingkat. Memandangkan Diba ni rajin explain memacam bende , bila Nampak setiap satu bende die akan bercerita itu ini… hehehe.. siap gelak sume. Bila masuk je jam 5.15 ptg, kitorang pergi ke TGV Cinema balik dan beli popcorn dan sebagainya.

So, bermula la sesi menonton wayangnya. Tengok punye tengok, menangis~! Hahaha.. Serius aku dgn Diba menangis tpi ktorang diam antara satu sama lain. Sapu air mata je. Aku xsapu sgt sebab maluuuuu~ hahaha.. Tapi kat mata ni dah bergelinang dah air mata.

Apa yg membuatkan mata kami berair ialah kisah Dinasour tu yg bernama Arlo tu yg kematian bapa dan cube survive semasa sesat selepas tersungkur msuk ke tali sungai yg deras.. Bapa die mati sebab nak mengajar die ntok lawan perasaan takut. Arlo ni sejak nak keluar dari telur lagi dah mula tnjuk perasaan takut. Yg kelakar tu kan, masa mak ayah die menunggu telur nak menetas, ada 3 biji telur. Dalam 3 telur tu, telur si Arlo ni paling besar… Sekali die keluar kecik, padahal abang-abang die besar. Huhuhu~..





Memandangkan keluarga dinasour Arlo ni baik, so kehidupan harian dinasour ni mengamalkan hidup bercucuk tanam yg di mana mereka akan membajak tanah dan menanam benih-benih jagung. Apabila jagung mengeluarkan hasil mereka, hasil tersebut perlu disimpan di dalam bekas yg dibina daripada batu-batu yg kecil. Sesiapa yg berjaya menghasilkan tanaman jagung yg byk boleh mengecop bekas tapak kaki mereka di bekas batu itu. So, keluarga Arlo semua berjaya mengecop kesan tapak kaki mereka kecuali Arlo sebab dapat menghasilkan sesuatu yg bermanfaat utk keluarga. Jadi, die kena berusaha utk buat sesuatu utk dapatkan pengiktirafan tu tapi die terlalu takut utk mencuba sesuatu yg baru hingga die sentiasa gagal dalam melaksanakan kerjanya. Sampai satu masa bapa die memberi tugas utk menangkap makhluk yg makan jagung simpanan mereka. Namun tidak berjaya kerana Arlo telah melepaskan mahkluk tersebut kerana lahir perasaan simpati.





Di sini bermula tragedy kematian bapanya yg menjdi emosi kerana marahkan Arlo dek melepaskan makhluk tersebut. Mereka menjejaki tapak kaki makhluk tersebut di waktu hujan hingga hilang tapak kaki tersebut. Usaha mereka menjejaki tapak kaki itu menyebabkan mereka sudah terkeluar jauh dari rumah mereka. Bila bapanya mahu membawa Arlo pulang, hujan ribut mula melanda dan menyebabkan banjir besar berlaku. Banjir tersebut menyebabkan bapa Arlo terkorban T_T.

Kematian bapa Arlo menyebabkan mereka kena bekerja keras utk menyimpan hasil tanaman mereka semasa musim sejuk. Arlo yg sedih melihat keadaan ibunya tu telah nekad utk mengumpulkan jagung-jagung tersebut tapi insiden berlakunya terhadapnya saat terserempak dengan makhluk tu semula di dalam bekas simpanan batu tu lagi. Die kejar makhluk tu sehingga tersungkur masuk ke tali sungai dan menyebabkan die lemas dan sesat di tempat lain. Ha, mase ni ar adventure Arlo bermula dan makhluk tuh la yg menjaga Arlo kerana die nak balas budi Arlo yg melepaskan die dari dibnuh sebelum ni. Sempat jugak si Arlo ni jumpa dinasour-dinasour jahat dan baik. huhu~Dinasour baik tu dinasour T-rex dan dinasour yg terbang tu dinasour jahat ~





Bila mereka dah berbaik, Arlo menamakan makhluk tu Spot. Tuh pon sebab Arlo tak nak dinasour lain amek Spot kerana dinasour tu kate Spot tu jnis pet yg bagus. Hahahaha..~ Tapi sedih, last2 Arlo berpisah jugak dengan Spot sebab mak ayah Spot hidup lagi…  Arlo dan Spot sendiri pikir mak ayah Spot dah mati. Ha mase ni ar air mata aku dan Diba mula keluar.





Setakat ni kan, aku menangis tengok cerita pon bila tgok Kal Ho Naa Ho, Pondok Buruk 1, dan 2, Tribute Pak Yus dan mana-mana cerita mengenai ibu bapa~ Tapi kali ni aku nangis tengok cerita kartun~.Fuhhhh~ Power~ 

Pape pon aku sangat have fun keluar dgn kezen ku yg rapat sejak kecik. Die antara yg sangat kenal aku selain ahli keluarga ku sendiri. Ada yg kenal tapi bukan sejiwa.. tapi ni kenal dan sejiwa~ Ibarat mutiara dalam lautan meh~ pergh poyo hahaha~

Sekian dari ku~ 

No comments: