Tinggalkan jejak anda ye~

Wednesday, 30 December 2015

Seiringilah didikan dan zaman~


Assalamualaikum~

Adeyh... Zaman betul-betul makin canggih~ Paling hebat nak tunjuk kekayaan memasing adalah melalui gadget (gadget sebenar tau bukan mainan)... Dan yg menunjuk tu adalah BUDAK-BUDAK/KANAK-KANAK. Gadget tu lak bukan la gadget game DIGIMON tu auw. Ha... ko tahu game digimon tu? Digivice namanya. Orang sanggup bergaduh sebab benda alah ni weyh~ hahaha.. Giler.. Game punye pasalllll~ Leka semacam lau main. Nak pulak bila ada geng~ Waduh rancak bila time memain. Jangan kacau la bebudak yg leka main bnde alah ni~ Konfem gaduh hahahah. 



Laaa ni bebudak pakai TAB doe. TAB yg ala-ala fon tu tapi lebar ~Alah orang sekarang tahu sangat Tab camne... Ade yg murah like LOCAL stuff ataupun jenama terkemuka macam IPAD , Tab Samsung dan segala jenama yg mewujudkan tab ni. Dedulu aku teringin nak pakai tab. Siap penasihat gadget aku si jemir tu ha dok advice pi beli Tab Samsung satu masa aku dok aktif dgn BlackBerry hahah. Last2 aku beli Lenovo. Smartphone dan bukan TAB. Tak kuasa aku nak heret gadget besau ke sana ke mari. 


Masa aku kecik dulu, bukanlah nak kata kita menunjuk-nunjuk barang mahal tapi kita ni hidup bukan dalam serba ada dan bila melihat sesuatu yg UNIK, of course akan rase wuuuuuu mahal~! huhuh~ Dan seperti HIMPUNAN CERITA LAWAK ni kongsikan kt facebook, yes~! Definitely yes. Betul. Kaler warna ni bukan murah ye nok ui.. Ni paling berkualiti meh. Bila nak mengaler konfem kualiti warne die superb marvellous gituh~Auw auw.. Siap boleh adjust pakai berus air meh. HEBAT tuh. 
Nak-nak mase kelas subjek SENI... Memasing berlumba-lumba lukis gmbr kesukaan memasing dan warna. Nak berebut pulak dapat A lepas tu sekali~ tak ke migrain. Belum pening pasal asah kaler yg mahal tu takut kontot.. hahahahh~ ni semua la ni.... Ha nampak beza? Nak tahu lagi korang pi rujuk mereka yg lahir 80-an dan 90-an. Ape yg mahal di zaman kanak-kanak dulu. Konfem mesti ada mainan yg korang tak pernah dengar. 




Aku cume heran satu je. Kenapa peralatan teknologi yg terlalu canggih diberi kepada anak-anak yg belum ckup baligh ni??? Ada pulak aku dengar kanak-kanak yg masuk hospital kerana sakit otak sebab ransangan dgn radiasi TAB / telefon yg kerap digunakan mereka ni. Bahaya lah. Memacam bnde boleh buat budak-budak ni leka. 

Didikan agama dgn moral kena ditingkatkan la. Nak kata pasal nak mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai adventure, hmmm aku tak nampak adventure nye. Setakat asah minda dlm berfkir kira-kira skit boleh la. Menjana minda dlm membaca?? Pon boleh tpi KALAU BETUL LAH BEBUDAK NI MEMBACA kan? Galakan mengaji Al-Quran pulak tak sekerap mana. Penghayatannya lagi~ Aku takde la hafizah nak bercerita pasal khatam-khatam Al-quran ni tapi dulu saat aku skolah rendah, aku dan kengkawan berlumba-lumba nak khatam Al-Quran. Sanggup balik lambat sebab nak mengaji dengan ustazah. Bila dah khatam tu siap buat kenduri doa selamat. Best kot.~

Dari segi moral diri pulak lain ceritanya. Budak sekarang tak macam dulu. TAK RETI TAKUT. LAU TAK TAKUT NAK BERJIHAD TAKPE NI TAK TAKUT NAK BIADAP NGAN ORANG ATAS DASAR NAKKAN SESUATU. Huh~ Aku bukan tak suka budak-budak tapi aku tak suka bila jumpa golongan yg camni. Nak lenturkan pon bila lihat balik mak ayahnya, YA Rabbi~. Sampai ada aku tengok kt facebook dan blog-blog pasal bebudak ugut mak sendiri yg di mana mak sendiri tu OKU ntok paksa beli barang yg die nak. Aku tak sure budak mangkuk ayun tu nak ape mase tu. Nasib la bukan aku kat situ kan lau tak lanyak kena ngan aku hahaha... Lepas pasal budak maki hamun ayah die kat moments Wechat, Apa hebat sangat ko up status macam orang lain dah tak macam moral dlm hidup lak. Punya penat mak ayah kita ni besarkan kita, kena maki dgn anak kita pulak T_T. Uih menangis weyh. Moga Allah curahkan hidayah la kepada mereka yg ni bebanyak. Tu orang kata, didikan tu penting nak mencorakkan personaliti anak-anak~ 
~


Kesimpulannya, perubahan zaman mang akan terus berlaku tapi didikan agama dan moral hendaklah seiring utk melahirkan generasi yg kaya dgn budi bahasa. ~ (Dah macam brainstorm isi-isi karangan lak rasanya hahaha ). Tapi seriuslah, didikan tu penting~ 

p/s : Maafkan saya dgn bahasa yg kelihatan kesat lagi menyakitkan hati mase membaca~ huhuh..~ 


1 comment:

Aqilah Azmi said...

AAA RINDU NYA TAMAGOTCHI TUUUUU