Tinggalkan jejak anda ye~

Monday, 12 November 2012

Solatku Tidak Mencegah Mungkar


Assalamualaikum.. Lagi sekali aku tertarik dengan entri di iluvislam.com. Memang situ website kegemaran aku. Jika hati kusut dan rasa mcm tiada benda mahu di baca, aku akan buka website tue. Mahu mengisi sesuatu yg baru. :) Jadi aku telah terbaca entri ni. Memang persoalan ni dah terjawab bagi orang yg berilmu agama dan sebahagian yg bijak pandai. Aku pon dah tahu sikit2 tapi lebih elok jika yang pakar mengutarakan persoalan ini siap dengan hujah nya kan. 
Persoalan kenapa kita dah solat dah tapi kita masih jugak buat maksiat. Aku sendiri tak lari daripada buat silap. Yes, aku akui aku bukan la sebaik mana. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui diri kita ini. Jadi, di hadapan Allah juga lah mari lah kita sama2 perbaiki diri kita. Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar doa kita kan.. Di sini aku share kan satu post pasal kenapa kita solat tapi masih buat maksiat.. :)
selamat membaca ^_^

Solatku Tidak Mencegah Mungkar


" Sejahat-jahat aku pun aku semayang jugak"
" Sekurang-kurangnya aku solat biar pun tak pakai tudung. Tudung je tak pakai.. bukan ada apa"
" ala... dating pun tak boleh ke? Bukannya kami berpegang tangan pun. Time solat, kami pi solat... "
Seringkali juga saya mendengar ungkapan ini dari kawan-kawan. Juga sering terngiang di kepala pesanan seorang ustaz ketika masih menuntut di Kolej dahulu, jangan sesekali meninggalkan solat tidak kiralah apa sekalipun perbuatan kita. Bagaimana malas pun jangan sesekali meninggalkan solat.
Perkara solat sering kali ditekankan kepentingannya dalam ceramah-ceramah , penulisan dan sebagainya kerana masyarakat islam menyedari penekanan yang diberikan oleh agama terhadap solat. Sesungguhnya solat itu adalah amalan pertama yang akan dipersoalkan kelak. 
Beberapa bulan yang lepas, jatung saya tersentap mendengar cerita seorang sahabat yang menceritakan kepada saya akan perilakunya dalam keadaan senyum dan gembira. Dia memang dikenali sebagai seorang yang bersosial, suka pergi ke club, melakukan seks bebas dan macam-macam lagi.
Namun, sepermerhatian saya sejak mengenalinya, solat tidak pernah ditinggalkannya. Tiap kali waktu solat dia sering mengingatkan kawan-kawan lain bahawa solat telah masuk waktunya. Saya sendiri sangat kagum kepadanya, di sebalik kemungkaran yang meliputi batang tubuhnya, namun jika bab solat tidak pernah dikomprominya.
Dia memang kerap bertukar-tukar pasangan, bukan pasangan untuk 'bercouple' seperti remaja biasa, tetapi pasangan seks bebas memenuhi tuntutan hawa nafsu rakusnya. Pada hari itu dia bercerita panjang dengan saya,
" Aku pernah jumpa perempuan nih, tapi dia cakap dia nih jenis yang tak beragama sangat walaupun islam. Aku tak suka laa perempuan macam tuh. So aku tinggalkan jer laa perempuan tuh." Katanya kepada saya menceritakan tentang seorang gadis yang tidak mempedulikan soal-soal tuntutan agama.
Saat seronok berborak dengannya, dia menceritakan pula tentang keseronokkannya berkenalan dengan seorang gadis secara rambang dan akhirnya mereka terpikat dan terjatuh ke lembah hina yang gelap. Mereka hanya berkenalan di kelab malam dan sudah dibawa pulang tidur di atas katil.
"Aku suka perempuan nih sebab lepas kitaorang buat 'kerja', pagi tuh dia siap kejut aku bangun subuh. Sweet tak dia. Dia jenis yang faham la aku nih jenis jaga solat.. " Katanya kepadaku sambil senyum meleret dibibir tanpa ada sebarang rasa penyesalan yang terdetik dihatinya.
Hatiku terasa panas dan tersentap sungguh mendengar ucapan itu. Entah dimana silapnya. Dia kemudian menyambung lagi.
"Aku cakap kat dia, bulan puasa nanti kita tak leh buat 'projek' sebab aku kena puasa time bulan Ramadhan ". Ucapnya selamba.
Berpinar mata dan kepalaku saat mendengar ungkapannya. Sungguh aku hanya mampu berdoa agar Allah mengampuni dosa ku dan dia, dan memberikan hidayah kepadanya serta orang di sekelilingnya untuk berubah.
Jika anda amati bait-bait kisah di atas, pasti anda sedar, bahawa sahabat saya adalah seorang yang menjaga solat dan puasanya, namun kehidupannya tidak mencerminkan nilaian solat dan puasanya. Entah dimana silapnya. Aku sendiri tidak pasti. Puas aku memikirkannya.
Sungguh syaitan telah memperdayakannya. Mengaburkan matanya dengan perkataan 'solat'. Sehingga wanita penzina mengejutkannya untuk solat subuh, dirasakan sebagai sebuah cinta tiada taranya. Sedangkan itulah perangkap cinta syaitan yang menjerat kelemahannya dengan perkataan 'solat'. Mencari wanita penzina yang menghormati 'solat'nya. Sungguh aku bingung memikirkannya.
Ku selak kembali ayat Al-Quran
Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."
(Surah al-Ankabut ayat 45)
Aku pasti sudah seringkali kita mendengar ayat ini dibacakan. Namun persoalannya mengapakah solat kita tidak mencegah mungkar? Mengapa orang yang bersolat 5 kali sehari dan berpuasa di bulan Ramadhan terjatuh ke lembah zina.
Berkali-kali kita mendengar tentang bentuk solat yang mencegah mungkar itu adalah solat yang khusyu'. Namun persoalannya, untuk kita yang masih belum mencapai tahap kekhusyukan para nabi, sahabat, tabi'in dan para solihin, apakah solat itu langsung tiada nilainya kepada diri kita walaupun 5 kali sehari ruku' sujud kita menunaikan kewajipan solat?
Maka, adakah dengan alasan solat kita masih belum khusyu' dan sempurna kita bebas melakukan maksiat kepada Allah walaupun kita bersolat?
Ku cuba ingat kembali huraian dan ulasan seorang ustaz di Radio IKIM.fm berkenaan solat yang mencegah mungkar. Aku sungguh sukakan ulasan ustaz kerana ianya lebih berbentuk praktikal. Huraiannya berbeza dengan apa yang sering ku dengar. Ustaz membincangkan tetang bagaimana solat itu mencegah dari kita melalukan kemungkaran adalah, dengan kita sentiasa mengingati bahawa kita adalah golongan yang solat.
Saya ulang dirangkap baru, dengan mengingati bahawa kita adalah golongan yang solat.
Dengan sentiasa ingat bahawa kita ini golongan yang solat, maka tiap kali kita hendak melakukan maksiat maka berpesanlah kepada diri kita, bahawa aku ini tergolong dalam orang-orang yang bersolat, Maka apakah selayaknya aku melakukan maksiat kepada Allah? Apakah solatku tiada nilaian langsung sehingga aku terheret untuk melakukan maksiat?
Konsep mengingati bahawa kita golongan yang bersolat ini sama sepertimana kita berpuasa. Apabila kita berpuasa, kita sedaya upaya mencegah diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa sehingga terbenam matahari. Kelaparan mengingatkan kita bahawa kita adalah golongan yang berpuasa.
Seperti kisah sahabat saya tadi, sedari awal memberi pesanan kepada teman wanitanya bahawa mereka tidak boleh melakukan hubungan seks pada bulan Ramadhan kerana dia berpuasa. Itulah bentuk peringatan yang diberikan kepada diri sendiri, 'bahawa aku sedang berpuasa, tidak boleh melakukan seks di siang hari'
Begitu jugalah solat. Solat itu 5 waktu sehari. Kita hanya melihat solat itu hanya pada waktunya. Selepas kita solat, maka kita sudah tidak berada dalam 'waktu' solat itu. Sedangkan waktu-waktu solat berturutan antara satu sama lain, makanya, solat tiada 'waktu berbuka' sepertimana puasa mempunyai waktu untuk berbuka.
Sebenarnya kita sentiasa berada dalam waktu dan keadaan solat. Maka, lebih mudah untuk kita mengingatkan diri bahawa aku ini dari golongan yang bersolat yang mana sentiasa mengingatkan kita untuk mencegah diri kita dari kemungkaran.
Ingatlah di antara dua waktu solat itu, bahawa kita adalah golongan bersolat, apakah layak untuk kita yang baru sahaja bersolat sebentar tadi untuk melakukan maksiat, yang mana kemudiannya di waktu solat seterusnya kita akan kembali menemui Allah, adakah juga dalam keadaan penuh dengan maksiat?
Maka tiap kali kita terasa ingin melakukan maksiat kepada Allah, pesankan pada diri bahwa kita dari golongan yang bersolat, dan jadikanlah solat itu ada nilaian yang tinggi untuk mencegah kemungkaran. Ia akan menjadi motivasi untuk kita berusaha sedaya upaya meninggalkan maksiat.  Dan akan menjadi khabar gembira kepada diri kita dengan sentiasa mengingatkan bahawa diri ini adalah tergolong dalam golongan yang bersolat.
Namun, tidak pernah dinafikan, bahawa kesempurnaan solat itulah yang sebenarnya mencegah kita dari kemungkaran. Kekhusyukan solat kita kan menghindarkan diri dari kemaksiatan. Justeru itu juga, seharusnya kita mestilah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti solat dan berusaha dari masa ke semasa untuk menyempurnakan solat dan kekhusukan kita.
Semoga dengan mendidik hati dan mengingatkan diri bahawa kita adalah golongan yang bersolat membawa kita kepada langkah pertama di dalam membina rasa khusyu' di dalam solat. 
Sesungguhnya "Pencegahan itu datangnya dari Allah", yang mana hati kita diibaratkan berada di dua jari Allah yang mampu dibolak balik kan dengan mudah mengikut kehendak-Nya. Maka sentiasalah berdoa moga diberi ketetapan hati dan iman.
Wallahu Anta A'lam


3 comments:

✿INA AINAA✿ said...

betul tu.. "aku tak tutup aurat sekali pun, tapi aku solat tak pernah tinggal" selalu ena dengar org cakap camni.. sememangnya manusia itu tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan.. dah tahu benda tu berdosa tapi buat juga, tu yg pelik tu.. Tak guna bagi alasan manusia ni tak sempurna kalau diri sendiri yg buat2 tak sempurna.. masyaAllah.. good entry dera

Nurain said...

mmg org tu solat, but satu ustaz pernah kate biler kiter sekadar buat solat tu bagooos tuntutan agama. tp cbe chheck ape yg dye bace kan dlm solat FIRSTLY yg utama dlm solat kena betul LAFAZ SYAHADAH DALAM SOLAH, ade org sebut ashadu allah ila....dan yg betul nye ash hadu allah ila....

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

^_^ semuanya kena lah dititikberatkan..jika kurang satu memang tidak sempurna solat kita kan :) mcm ne pon ni perkongsian saye buat semua :) mari same2 perbaiki