Tinggalkan jejak anda ye~

Thursday, 15 November 2012

Qunut Nazilah

Assalamualaikum. Mari kita sama2 mendoakan saudara kita dari terus dibedil musuh2 Allah ini. Jika tidak punya kemampuan yg banyak, mendoakan juga merupakan pertolongan yg sangat diperlukan mereka kini. Sama2 bantu umat SeIslam kita. Hargailah keamanan yg ada dan moga negara kita juga kekal aman sampai bila2.. amin.. 

Keterangan mengenai Qunut Nazillah

QUNUT NAZILAH

Keterangan Pertama :


Soalan;

saya nak bertanya.seperti yang kita sedia maklum wabak H1N1 ni dah semakin teruk.sebagai umat Islam di malaysia apakah qunut nazilah sesuai atau solat hajat dilakukan? kerana qunut nazilah seperti yang saya tahu iailah kita memohon untuk kesejahteraan serta kemenangan keatas kaum muslimin yg di timpa bencana oleh org kafir dari segi peperangan,penindasan dn sbgnya.kerana sejarah qunut nazilah itu berlaku kerana mohon kemenangan keatas kaum muslimin atas org kafir.jadi saya mohon jawapan dan pendapat bagi soalan saya.


Jawapan;

Nazilah bermaksud peristiwa atau kejadian yang menyedihkan, mengecewakan atau berupa musibah yang menimpa manusia. Qunut Nazilah disunatkan jika berlaku bencana atau kesengsaraan yang menimpa kaum muslimin. Ia tidak khusus kepada peperangan sahaja, tetapi merangkumi juga kemarau, penularan penyakit, kebuluran atau kemudaratan-kemudaratan lain yang menimpa kaum muslimin. Terdapat hadis dari Anas bin Malik r.a. yang menceritakan;

أن النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم كان لا يقنت إلا إذا دعا لقوم أو دعا على قوم
“Sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak membaca qunut melainkan untuk mendoakan (keselamatan) kepada suatu kaum atau untuk mendoakan (kehancuran) ke atas suatu kaum” (Riwayat Ibnu Khuzaimah. Bulughul-Maram, Kitab as-Solah, bab Sifatu as-Solah)

Qunut baginda untuk keselamatan suatu kaum ialah sebagaimana qunut baginda untuk mendoakan (keselamatan) kaum muslimin yang lemah (mustadhafin) di Mekah. Qunut baginda untuk kehancuran ke atas suatu kaum pula ialah seperti qunut baginda mendoakan balasan Allah ke atas puak Ra’lin dan Zakwan yang membunuh 70 sahahat dari kalagan para qurra’ (huffaz al-Quran) dalam peristiwa yang berlaku di Bi’ru Ma’unah.

2. Qunut nazilah sunat dibaca dalam semua solat fardhu. Masa qunut ialah selepas bangun ruku’ (yakni semasa i’tidal) ketika rakaat paling akhir. Semasa membaca qunut sunat menguatkan suara bagi solat fardhu malam (iaitu maghrib, isyak dan subuh) dan dibaca perlahan bagi solat siang (zohor dan asar). Bagi yang solat berimam, disunatkan mengaminkan sahaja bacaan doa imamnya jika dapat mendengarnya. Jika tidak, hendaklah ia membacanya sendirian sebagaimana juga dalam solat siang (yakni zohor dan asar). Qunut nazilah terhasil dengan sebarang bentuk doa yang berkaitan dengan peristiwa yang berlaku (yakni ia tidak tertentu kepada satu doa khusus sahaja). Semasa membaca qunut sunat mengangkat tangan, kemudian menurunkannya sebaik selesai membaca qunut tanpa disunatkan menyapu tangan ke muka atau ke dada (malah dimakruhkan).

Wallahu a’lam.


Keterangan kedua :

Qunut Nazilah: Cara Nabi, Salafussoleh dan para ulama


Umat Islam di minta berdoa walau dimana berada dan bila2 masa untuk keselamatan diri dan kaum muslimin. Namun, selain berdoa secara biasa, Nabi mengajar kita dengan sesuatu yang lebih tajam dari itu, iaitu berdoa dalam qunut pada setiap solat yang lima, yang dipanggil qunut nazilah. Sesungguhnya, doa adalah senjata bagi orang Mukmin. Mari kita menggunakan senjata yang paling tajam dan jitu.



Apakah maksud nazilah?
Ia bermaksud sesuatu perkara yang berat dan dahsyat yang menimpa sesuatu kaum seperti ketakutan, serangan musuh dan sebagainya. Doa ini dibaca setelah bangun dari rukuk bagi rakaat terakhir pada setiap kali solat fardhu sehingga nazilah itu diangkat oleh Allah. Ini bermakna, setelah nazilah itu tiada lagi, maka amalan qunut ini perlu dihentikan.

Terdapat banyak rekod bahawa Nabi melakukan qunut Nazilah dalam beberapa tempat dan keadaan. Antaranya sebagaimana berikut:

Daripada Anas:

أن النبي – صلى الله عليه وسلم – قنت شهراً حين قُتِل القُرّاء، فما رأيته حزن حزناً قط أشدّ منه


Maksud: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan semenjak para penghafaz al-Quran telah terbunuh, maka tidak pernah aku melihat baginda begitu sedih dengan kesedihan sekuat itu. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 5, hlm. 180, No. hadith: 1300.)


Daripada Ibn Umar:

أنه سمع النبي – صلى الله عليه وسلم – إذا رفع رأسه من الركوع في الركعة الأخيرة من الفجر يقول: (اللهم العن فلاناً وفلاناً وفلاناً بعدما يقول: سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد


Maksud: Sesungguhnya dia mendengar Nabi s.a.w. ketika mengangkat kepalanya daripada rukuk pada rakaat yang terakhir bagi solat Subuh, baginda berdoa: “Ya Allah, Engkau laknatlah si fulan, si fulan, si fulan selepas baginda menyatakan : سمع الله لمن حمده، ربنا ولك الحمد. (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 13, hlm. 442, No. Hadith: 4069)



Dan banyak lagi riwayat yang datang dari amalan Nabi, para sahabat dan tabi’in sebagai bukti bahawa ia adalah perkara yang disyariatkan ketika umat Islam dalam keadaan yang sangat menekan dan menderita kesusahan.


Doa qunut nazilah tidak ditetapkan teksnya, dan bebas kepada individu untuk membacanya apa sahaja permohonan demi menyelamatkan umat Islam yang tertindas dan tertekan dengan ujian yang berat. Apa yang jelas, qunut nazilah mengandungi permohonan yang mendalam agar diberi kesalamatan ke atas kaum Muslimin dan permintaan agar dihancurkan dan dimusnahkan musuh-musuh Islam. Ibn Taimiyyah mengatakan bahawa; “Maka adalah sunnah untuk berdoa qunut ketika nazilah menimpa dan didoakan padanya apa yang berkaitan kaum yang memerangi.” Beliau juga mengatakan bahawa, “dan diharuskan untuk orang yang berdoa pada setiap qunut nazilah dengan doa yang berkaitan dengan nazilah tersebut.”

Sumber keterangan pertama http://ilmudanulamak.blogspot.com/2009/08/qunut-nazilah.html

Sumber keterangan kedua : http://eizzack.blogspot.com/2010/06/qunut-nazilah-for-palestine-ghaza.html



No comments: