Tinggalkan jejak anda ye~

Monday, 12 November 2012

Keriangan ~Alhamdulilah ^_^

Assalamualaikum..
Lame xupdate blog.. Kerinduan yang amat sangat nak update blog. Maklum la makin busy. Aku pon sendiri dah tak tahu part mana yang membuatkan diri aku busy tapi serius memang busy.. Ni lah peluang nye aku nak update kejap. Huhu..

Sekarang baru aku faham maksud akak aku bila kita dah melangkah ke peringkat ijazah, pemikiran kita pon makin meningkat.. Dari situ aku dapat tangkap maksud-maksudnya. Kita kena berdikari dalam pengurusan masa, duit, makan, belajar dan sebagainya. Malah perhubungan diri kita dengan kawan-kawan juga terjaga jika mahukan sesuatu urusan berjalan dengan baik. Jika ada konflik, selesaikan dengan profesional.

Paling aki gembira, aku makin OK ^_^ Sangat2 bersyukur. Cuma kekadang tue datanglah kejap keadaan meroyan dan menggila.. Bersyukur sangat2 sebab Allah kurniakan rakan2 serumah yang tidak kenal erti BENCI.. Mereka ada sahaja cara nak meningkatkan perasaan yakin diri aku. Sangat2 menghargai mereka. Siap mereka cakap lagi, " Aku rasakan Hani, bila aku dah kerja nanti, aku mesti akan fikirkan ko sebab ko merupakan kenangan aku yang paling manis. Ko kelakar sangat2 dalam kelas auw.. "

Hahaha.. mana taknya.. Rakan sekelas sepakat nak lantik aku sebagai ketua kelas. Nak tak nak aku terima je sebab aku kesian tengok adik kesayangan aku si Liza. Dia dulu dah banyak bawa tanggungjawab sebagai ketua kelas. Pengsan mahunya die bila tengok die bawa tanggungjwab tue. Jadi, aku dengan sukarelanya menerima tanggungjawab tue.. Insyallah aku akan cuba bawa tanggungjawab tue dengan penuh dedikasi.. (hoho semangat kata2 aku an :P )

Sambung alek... faktor kawan aku kata aku ni akan menjadi kawan die sebab aku selalu menjadi penyebab situasi yang sangat "clumsy" ... Serabut la orang gambarkan.. gelabah pon ade gak. Sebagai contoh gambaran korang, aku hari ni masuk kelas. Sementara nak tunggu lecturer masuk, aku makan la biskut Nyam2 kegemaran aku. Memang penuh dah pengisian biskut2 tue dalam mulut aku. Haha. Tetbe ada satu lelaki ni yang merupakan anak murid kepada lecturer aku. Die ni aku rasa amek Master kot. Die wakil lecturer aku sebelum lecturer aku masuk kelas, so die nak cari siapa Class Reap.. Of course la aku.. Die tanye bebudak ni dan bebudak ni menunding jari ke arah aku.. damnn ~! hahaha..laju die melangkah ke arah aku... aku ~>>> tengah kunyah biskut<< hahahaha.. hampir2 nak tersembur biskut tue.. die dah mula soal aku pasal tugasan yang lecturer berikan dan aku memang nak cakap pi terpaksa  beri isyarat "kejap" aku tue sebab mulut penuh.. ahahaha kawan2 aku dah ketawa dah.. what a funny day ~!

Lagi satu aku ni kalau orang nampak, mesti kata aku ni kuat makan. yes dats me.. Memang selera aku sedap je.. But now kena kontrol sebab kesihatan mula terjejas hehehe..

ok x? hehehe.. Itulah yang terbaik dalam hidup aku..Alhamdulilah bersyukur aku ke hadrat Ilahi sebab dalam kesunyian masih ade keriangan bersama rakan2 tercinta..

No comments: