Tinggalkan jejak anda ye~

Friday, 15 November 2013

Malam isnin yg hening... Insidious berlangsung di ruangan tamu. Aku termenung melihat skrin laptop member aku.. menanti Insidious bermain dan telefon aku berbunyi tanda notification WhatsApp.. Senyum sorang2.. telefon tue dah lame xberdering.. Sebelum ni Mr. Specky yg rajin hantar mesej tapi bila perlu je.. Penantian aku padanya ibarat debu yg sikit2 pergi meninggalkan tempat hinggap. Aku xpandai nak bermadah tapi itulah yg aku mahu ibaratkan perasaan dan situasi hati. Maklum Mr. Specky terlalu ramai peminat.. Tambahan pul dah jdi MPP ni. Susah la nak berhubung.. angan2 kosong saje.. Ramai lagi la peminat die.. hurmm.. biarlah die pergi daripada aku terus bergaduh dgn die.. Die pasti dan benci akan diri ni..

Siapa yg WhatsApp aku? Aku panggil die Nawzi.. New friend... mule2 die ajak borak kat wechat tapi aku xselesa sgt kt Wechat.. so aku ajak sambung kt WhatsApp.. Die ni la paling best aku ajak msej sebab die beralas je bercakap dgn aku. Orang Kedah maaa.. aku memang dah lama berkenan dgn orang Kedah. Diorang ni mcm ade tutur tertib dlm berckp... Style meh hehe..Aku orang Negeri Sembilan.. Biase2 je..

Kalau lelaki lain dah mula menggatal dah tapi die ni steady cakap beradab je.. Buat hati berkenan je nak borak panjang2..hehehe.. :)

Borak punye borak, die ajak jumpe.. anway, die ni sekampus aku... huwarghhhh... xsangka die same dgn aku cume die junior aku.. Die mude setahun je.. wehee... time jumpe memang aku ase kekok gler... betol ke die ni nak jumpe aku?? huhu.. last2 ok gak.. die tggi dan sgt2 krus..dan die pon terima diri aku yg kini..



Thursday, 31 October 2013

Indah dlm saling menyayangi~

Assalamualaikum..
Kuyup semalam terkena hujan dek rumah jaraknye jauh sedikit dari fakulti tapi alhamdulilah masih sihat walafiat.. Masih berharap diri sendiri bersedia menghadapi ajal yg bakal menjelma..

Luahan dari luahan ku dengari.. Sedar atau tidak, kekdang diri sendiri pon hadapi perkara yg sama seperti mereka.

Sekarang duduk rumah sewa. Banyak benda aku baru belajar. Alhamdulilah so far semuanya dipermudahkan Allah. Hopefully pelajaran ku ok..

Rindukan arwah mak sekarang ni.. Dah lama xpeluk cium mak..

Sangat2 merindukan para sahabat ku yg tidak pernah kenal erti benci dan bosan terhadap diri aku~
Serta adik2 yg menghormati aku seadanya..

Im try my best to be happy person for my beloved people that willing to share their love with me~

Overall mereka sahabat yg xpernah lupakan saya~ alhamdulilah~
Hahahah~ she always make me laugh... kekdang buat aku geram pi at last she make me smile~ adik kesygan aku dunia akhirat~
Akak yg sntiasa jage adik die elok2~ slalo gduh pi die akan jge adik die juge

Weee my most best baby~ lol.. 

Housemates.. hehe~ mereka non-stop make me smile Lecthu team~ hahaha

Mereka jika dipanggil akan hadir cuma aku je xnk panggil2 mereka krn xnk mereka rasa sedih di jua~ i love u all~ ade juge yg xmemahami persahabatan kita~



Rindu saat bersungguh2 makan begini~ hehehe.. 
Beloved classmates~
 both adik ~i love u



Wednesday, 2 October 2013

60 Petua Mendapat Pasangan-Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah


60 Petua Mendapat Pasangan-Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah | Kepada yang masih mencari pasangan, Puteri lampirkan 60 petua mendapat pasangan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang perlu anda ketahui dan lakukan. Mana lah tahu kan, dengan usaha dari petua ini, anda berjaya dapat pasangan yang baik lagi soleh dan solehah. In shaa Allah, amin.. SELAMAT MENCUBA! =)
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
- See more at: http://fuh.my/60-petua-mendapat-pasangan-dato-dr-haji-mohd-fadzilah-kamsah/#sthash.uqqygI5b.qhoep1Eh.dpuf

Tuesday, 1 October 2013

Sayuq~!

Assalamualaikum~
Sayur.. menjadi makanan ruji aku ntok minggu ni.. Belajar xmakan nasi buat masa ni. Sebab nak belajar jage kesihatan.. mane taknya sebelum ni tibai berapa byk senduk nasi.. Masa makan memang xhengat~ bila dah sakit baru mengaduh2.. masa tu xde nak keajaiban ilang sakit melainkan pantang berlebih2.. Jadi, aku cuba mulakan pemakanan ku utk ku bakar lemak2 extra dalam badan dan di saluran darah ni..

Saya sayang badan kurniaan Allah ni~..

Semua ni dorongan adik beradik dan sahabat2 yg xputus2 beri semangat kepada ku.. Pelbagai nasihat dan aku nak laksanakan semua itu walaupun sedikit supaya ianya bukan nasihat yg dibawa lari angin sje..~ huhhu.. aku xpandai bermadah.. nasib la heyh~ :p

Aku blasah ni heheh~ huuu ayam aku terambil lebih pi please jgn mrah sbb aku sbenarnye amek langkah drastik sgt, so ayam ni jdi pengubat rindu nak makan nasik~ xpasal2 en? aahahaha.. aku suka makan ayam pi ade aku bace buku, die kate xelok makan ayam.. punca kebodohan errrr... aku cubalah nanti kurangkan makan ayam anti ye~.. doakan aku boleh buat yg terbaik~... nak sihat jugeeee

Ni muke latest sye~ ~wuuu.. Emok sgt~  :(


Thursday, 12 September 2013

Nak cntik?

Assalamualaikum.
Dalam melihat iklan2 kat fb tue.. Semua dok berkongsi psal kecantikan. Padahal tanpa kita sedari kecantikan ni mudah didapati dalam kehidupan seharian tanpa membazirkan wang pon. Antara pemakanan, aktiviti harian dan emosi diri.

Maklumlah, prempuan sentiasa nak nampak cantik dan sebagainya.. Nak kemas.. Tapi anti ade je yg tegur prempuan ni xbagus tunjuk2 cntik merata2.. Pada kefahaman aku, teguran tue lau ditengok dlm keadaan positif, ianya menegur agar diri kita xberlebihan nak menunjukkan kecantikan kita agar takde bende xbaik berlaku seperti kes rogol dan sebagainya. Aku just ulang perkara yg org dan berita dok uar2 kan.. Ianya realiti la kan.. Bukan tipu. Dah berapa ramai prempuan kena rogol da.. Antara sebabnye itulah.

Prempuan ni nak cantik boleh tapi taya tunjuk overall la. Sebab alih2 ntok suami juge.. Yg perlu dititik beratkan ialah kesihatan diri sebab kita perlu sihat utk perkara2 yg memerlukan kekuatan diri kita seperti bekerja, belajar dan menjaga keluarga..

aku tringat ttg arwah mak aku. Mak aku jnis xsuke bersolek @ make up. Die suke pakai bedak je. Aku tgok muke die bersih je. Manis je mcm tue.. Tapi die ade juge pakai bedak sejuk.. hehehe.. bukan nak promote bedak tanaka ok. Well, kat Malaysia ade ye bedak sejuk tersendiri. Rm2. 50 je pon aku ase... mgkin dah naik RM3.00.. Lebih murah dripada bedak di luar.. Dan fungsi die tetap sama.. utk menghaluskan kulit dan mengecutkan jerawat dan sebagainye.

Nak cantik senang je.. :

1) Rajin2 minum air suam
2) Cuci muka
3) Rajin2 senyum
4) Sentiase positif dlm setiap perkara. Jangan berkerut~!
5) Bersenam dan buat kerja yg keluar peluh. Buang toksin dlm bdn. Bukan muke je cntik, kulit bdn pon cntik maaa
6) Makan syur byk2.. hehehe... Serat yg memberi vitamin2 yg diperlukan
7) Amek makanan yg seimbang~

Kalau korang bukak mane2 website skalipon, ini je jawapan die... so, enjoy ur life, no worries ok... senyum ntuk cntik dunia dan akhirat beb.. wassalam~

Tuesday, 10 September 2013

New beginning~

Assalamualaikum.
Yeah semester 5 ku sudah bermula tapi got problem permulaan sem ni. Tapi xpela sebab aku yakin semua nye jadi ade sebab kan. Jadi, aku cuba bersbr dgn situasi yg dtg menduga diri . Mcm mane pon alhamdulilah kesihatan diri masih baik.. Need to maintain,.. Xmahu dpt penyakit havoc2 anti xdpt blaja lak anti.. huhu :)

Aku ade terbaca pasal bedak tanaka. Well, tak ketinggalan member baik aku pon ade promote bedak ni iaitu Hawa hehehe.. Die jual kat aku dan aku cuba pakai ntok beberapa hari ni. Bila pakai ni, muke aku rasa selesa dan sedap skit.. Tak berminyak dan nampak xpucat je la.. hehe.. cuba je dulu ni..

Pada sesiapa yg muke ade banyak jerawat, boleh la cuba bedak ni. Harga pon murah en. Tak perlu bazir2 duit nak beli produk yg mahal2.. Anyway, kena beringat bagi yg kulit sensitif, better pergi check doktor dlu bagi mengetahui kesesuaian kulit nak pakai.. Xmo bile da pakai, jdi pape anti susah.. Sebab produk yg dibuat ni bukan semua nye sesuai.. Kena bijak menilai dan mengetahui info2 ttg muka sndiri ye.. :)

huhu.. Buat promosi pulak kan.. Iklan kejap..
Aku harap dgn naik nye semester 5 ni, diri aku mampu membawa dan belajar sesuatu yg bru dgn sabar dan cekal. i want to be strong than before.. Doakan ok~ :) Aminn

Thursday, 18 July 2013

Umur bukan penentu amalan dah banyak

Assalamualaikum. :)
Ok baru skrg nak bercerita tentang diri. Hehe. Well umur da masuk 22 tahun. Aku teringat masa member aku menjerit2 saat umur kami masuk 21 tahun ritu,

 "Weyh kita dah boleh kahwinn~!" 
Hahaha.. Aku terus ketawa dan fkir balik.. dulu2 orang umur 14 tahun pon dah kahwin en. Maklumlah skrg2 ni kita dok heran sebab majoriti orang zaman skrg kahwin umur 20-an en? Pi lau da jodoh datang cepat ok la tue.

Hehe.. Aku tak tahu nape cakap pasal kahwin hehe.. biar je la.. Mungkin ade sikit perasaan nak kahwin kot. hehee tapi fkir2 balik, diri ni belum ckup ilmu utk ke arah itu. Pape pon kena prepare kan diri. Mane boleh buat sesuatu tanpa sediakan ilmu en nanti mcm ne la keadaan rumah tangga nanti.

Semalam pulak orang heboh dok cakap psal Ashraf Muslim dan Dayana. Aku xkenal pon name bni retis tue pi sebab dah terpampang bosar dalam newspaper dan facebook budak2 ni, tue yg jdi tahu tue. No komen pasal tue. Tue semua bahagian mereka.Allah lebih tahu ape yg terbaik buat mereka dan kenapa mereka diuji begitu. Kita komen lebih2 pon, kita sndiri tak tahu nasib kita. Pada mata kita, ujian mereka klise or biase2 je pi pada diri yg menanggung macam mana lak kan? Kita jangan kata psal orang. Fikirkan pasal diri sendiri ni ha.. Persoalan yg selalu timbul di hati aku ni..

   "DAH CUKUP KE AMALAN AKU UTK BEKALAN AKHIRAT NANTI? " 

Aku tak tahu korang fkir apa tapi inilah yg aku fikirkan. Moga2 kita semua dapat perbaiki diri kita dari masa ke semasa.

#Umur belum menentukan yg kita ni dah ada banyak amalan. Fikir mak ayah dulu la, baru boleh fikir nak kahwin. Jodoh kita dah ditetapkan kan? usaha tue kena pi biarlah bersesuaian dengan situasi kita.. :)

Jangan berputus asa :)


Wednesday, 17 July 2013

Doodle me


Assalamualaikum ^_^ cubaan pertama sye dlm melukis doodles muke sndiri hehe.. ok x? heheh :P pasni kne praktis kne kasi sbjik punye hehehehe... 

Tuesday, 16 July 2013

Have a great day

Assalamualaikum.
Lame xupdate entry. Sangat2 merindui idea2 ntok berkata2 di sini. Now i have it :)
Ok. Sekarang aku baru habis semester 4. Cuti di bulan Ramadhan ni. Dapat la aku merasa berpuasa di Kolej Jasmine selama 4 hari dan buat terawih skali. Bertungkus lumus study ntok final aku iaitu subjek terakhir ku pada sem ni, Information System. How? No komen. Kalau study senang la kot.. Pi lagi senang fahamkan dalam kelas rasanye huhu.. Both are better actually. Focus in class and make some revision on it.

Anyway aku bukan semata2 belajar di kolej je tapi ade juga blaja ttg kehidupan. Apa yg aku alami biarlah rahsia namun ianya sangat2 kuat bagi aku dan aku rasa sangat2 bersyukur kerana masih mampu berhadapan dengan ujian Allah ini. Aku anggap Allah mahukan aku memberikan perhatian kepada-Nya berbanding manusia yg xsepatutnye dpt perhatian aku. Tak pun aku anggap aku perlu recover pelbagai kelemahan diri selagi mampu. :)

Alhamdulilah, di rumah aku rasa tenang dan tal lagi seperti dulu insyallah~ Hope korang pon mcm tue jugak ye :) Wasalam

Friday, 17 May 2013

Best~


Teruja baca dua bku ni~ So direct and no bunga2 words to steal my times to understand :) 
Anyway, soon aku akan memburu bku Fixi pulee~..

Sunday, 12 May 2013

Perut kena berehat juga :)

Assalamualaikum..
Tanpa sedar hari ku di sini makin mahu beransur berakhir . Aku bakal menempuhi final exam. Agak kerisauan di situ kerana semester ni agak berehat sedikit berbanding semester lepas namun tak pernah lekang dlm proses menyiapkan assignment. Moga semuanya diberkati Allah hendaknye.

Ada terbaca mengenai buku kesihatan Rasulullah S.A.W. Buku tue menceritakan mengenai tips bagaimana Rasulullah S.A.W tak sakit. Baginda pon meninggal kerana termakan racun yg telah di beri pihak yg menentang Islam dan mahu baginda terhapus dalam terus menyebarkan agama Islam. Namun, seperti biase la.. Allah tetap memenangkan orang yg benar.

Aku tertarik dgn cerita mengenai kebaikan berpuasa. Kebaikan berpuasa yg diceritakan ni pon ade di terangkan oleh Ustaz Salehin aku mase sekolah menengan dlu. Apa yg die terangkan ialah, perut ni terlalu lame bekerja keras utk mencernakan bahan makanan dlm perut kita sejak kita lahir. Sebab Allah mewujudkan bulan puasa ialah utk merehatkan perut kita ni. Malah, berpuasa dapat merehatkan anggota2 yg berkait rapat dalam membantu perut mencernakan makanan seperti hempedu, ginjal, hati, paru-paru serta jantung.

Terbesarkan pulak anggota2 itu. Sebab saya besarkan supaya kita terasa ingin tahu kenapa anggota2 itu yg terlibat.

Antara tugas anggota2 ni ialah :
Jantung : Mengepam darah dan diameter saluran darah arteri mula melebar supaya lebih banyak darah dapat masuk ke sistem pencernaan.
Hempedu : Menyalurkan jusnya bagi menghidrolisis lemak
Ginjal : Bekerja keras dlm menyingkirkan sisa dan elemen yg membahaya di dlm darah.
Hati : Menaikkan metabolisme supaya fungsi meneutralkan dan membersihkan bahan bercaun yg mungkin msuk bersama mkanan tanpa di undang dapat dijlnkan dgn optimum.
Paru-paru : Menyerap lebih banyak oksigen supaya dapat memudahkan pembakaran zat makanan.

Malah, Rasulullah S.A.W juga pernah mengatakan yg perut ni gudang penyakit. Hal ini demikian perut adalah saluran penghadaman dan pencernaan manusia ini ibarat ruang yg terbuka begitu sahaja. Daripada mulut sampai ke anus sebenarnya saluran ini tak memiliki sebarang pintu yg definitif sehinga menjdi pintu  msuk bagi pelbagai penyakit.

Pelbagai perkongsian mahu diterapkan di sini tapi lebih baik merujuk kepada buku yg lebih menerangkan kebaikan berpuasa ini dgn lebih mendalam supaya kita semua tidak akan rugi. Maklumat di atas saya merujuk melalui buku penulisan Dr. Adi Hashman yg bertajuk "Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit"

Semoga kita sentiasa sihat dalam menjalani ibadah Allah ya :) Selamat beramal~


Thursday, 18 April 2013

Just give me a reason

Right from the start
You were a thief
You stole my heart
And I your willing victim
I let you see the parts of me
That weren't all that pretty
And with every touch you fixed them

Now you've been talking in your sleep, oh, oh
Things you never say to me, oh, oh
Tell me that you've had enough
Of our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
We're not broken just bent
And we can learn to love again

I'm sorry I don't understand
Where all of this is coming from
I thought that we were fine
(Oh, we had everything)
Your head is running wild again
My dear we still have everythin'
And it's all in your mind
(Yeah but this is happenin')

You've been havin' real bad dreams, oh, oh
You used to lie so close to me, oh, oh
There's nothing more than empty sheets
Between our love, our love
Oh, our love, our love

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
I never stopped
You're still written in the scars on my heart
You're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, tear ducts and rust
I'll fix it for us
We're collecting dust
But our love's enough
You're holding it in
You're pouring a drink
No nothing is as bad as it seems
We'll come clean

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Just give me a reason
Just a little bit's enough
Just a second we're not broken just bent
And we can learn to love again
It's in the stars
It's been written in the scars on our hearts
That we're not broken just bent
And we can learn to love again

Oh, we can learn to love again
Oh, we can learn to love again
Oh, oh, that we're not broken just bent
And we can learn to love again

Wednesday, 10 April 2013

Doa seorang insani dalam Novel Epik thriller~

..." ALLAHUAKBAR..KAU ANUGERAHKAN AKU DGN CINTA FITRAH. KEMUDIAN KAU JODOHKAN AKU DGN SANG RATU..KAU UJI AKU DGN KEHILANGAN SERTA KEMATIAN DAN SEKARANG AKU HIDUP SEBATANG KARA. TAPI AKU TIDAK MERASAKAN SEDEMIKIAN KERNA PERCAYA KAU MENYAYANGI AKU YA RABB. AKU MENGERTI.. CINTAKU KEPADA-MU TIDAK SEHEBAT CINTA KEKASIH-MU MUHAMMAD...TAPI ANDAI KAU ANUGERAHKAN SISA CINTA MUHAMMAD ITU KEPADAKU...ITU SUDAH MEMADAI BAGKU..


Saturday, 6 April 2013

Kasih-Mu

Kamu setahun lebih mengenali diri ini~ Kamu juga seorang yg tidak kisah siapa diri ni. Malah kamu telah mengetahui akan kekurangan diri ni. Aku mencari siapa yg perlu aku berbicara utk mengurangkan rasa resah. Aku mencari jalan utk menikmati kehidupan ni tanpa rasa rugi. Aku mahukan sekeliling ku merasakan yg aku  mampu membalas rasa sayang terhdap mereka. ~

Tahap penerimaan kefahaman dalam beberapa situasi tidak sama dalam diri seseorang~  namun aku amat mensyukuri nikmat pemberian Allah iaitu nyawa, keluarga dan sahabat~ Sungguh walaupun mereka tidak lah semuanya boleh faham aku 100% tapi perpecahan jenis kefahaman mereka membuatkan aku sebenarnye tidak sunyi~ Inilah Nikmat Allah yg tiada tolok bandingnya buat ku~

Senyuman dan tangis ni adalah buatmu ya Allah~

Tuesday, 19 March 2013

Bila nikmat Allah ditarik sekejap..

Assalamualaikum..

"Setiap kejadian yg berlaku ade hikmahnye. Kita sebagai hamba Allah perlu sabar."
Aku ckp ayat di atas dlm hati aku setiap kali nak menadah air.. Nak pergi mandi ke surau ataupun ke Fakulti.. Aku nak belajar utk tak menyumpah.. Oh Ya Rabbi... Moga kesabaran dalam diri ni masih teguh berdiri lagi..

Dah 2 hari Kolej Puncak Perdana takde air. Sebab berlaku kejadian ni ialah melalui mesej ayah haji kami iaitu pengetua Kolej kami yg berkata..

"...selepas siasatan dibuat didapati tangki utama d puncak perdana hampir kekeringan kerana tekanan paip utama yg rendah. Pihak SYABAS sdg mengepam air ke tangki tsebut utk menyelesaikan masalah ini. Pengurus asrama juga telah meminta pihak SYABAS mbekalkan air guna lori tangki. Cuaca dgn panas melampau dan had air di kawasan tadahan yg rendah menyumbang lagi kpd masalah tekanan air ini. Harap bersabar dan juga sama2 berdoa agar kemelut air ini segera berlalu pergi...." 

Ok, melalui pesanan tue, aku cuba sabar.. Rumah aku di sini ditingkat 4.. Dan aku serta kengkwan housemate aku mengangkat 3 baldi dan 7 botol air mineral besar utk bekalan rumah kami.. 


Aku fkir positif je.. Berat aku mungkin turun sikit hehehe.. Berpeluh sgt2 tapi aku rasa agak lemah.. Kelas pon aku xpergi sebab aku rtasa aku sangat2 letih. Ada kengkawn aku decide nk balik rumah memasing.. Berkemungkinan masalah ni akan berterusan selama seminggu.. Aku pun mgkin akan balik rumah.. huhu..

Cuaca skrg pon panas kan.. Sabar la ye wahai hati... 

hikmah yg dapat aku belajar di sini, kita sebagai manusia kena belajar erti bersyukur dgn nikmat yg Allah beri. Nikmat Dia tarik skit je.. tapi kepayahan yg kita bakal tanggung tu tak terkata.. Jadi, walau apa pon jadi, sabar dan fikirkan yg terbaik... Semuanya sementara je kan ^_^ ...

Saturday, 16 March 2013

Himmah : Rugilah Mereka Yang Tidak Menjaga Masanya


Ketika duduk-duduk dengan beberapa orang sahabat baru ini, kami sempat bersembang-sembang tentang peri pentingnya masa dalam hidup kita.
Ya, bagaimana tidak penting, kehidupan kita ini saja sudah tidak dapat dipisahkan dengan masa. Kehidupan itu sendiri adalah masa. Sebab itu ada ulama’ menyatakan bahawa ‘masa itu adalah kehidupan.’
Siapa yang tidak menjaga masanya dengan baik, maka dia seakan-akan telah mensia-siakan kehidupannya.
Ramai orang ingin melakukan perkara-perkara besar dalam hidupnya, tetapi bila perkara prinsip seperti masa ini saja sudah tidak dijaga, maka ia hanya bermimpi besar sajalah !
Betapa Pentingnya Masa Di Sisi Allah
Kalau masa itu tidak penting, masakan Allah menggambarkannya dalam beberapa surah di dalam Al-Quran?
Allah menggambarkan tentang masa di dalam surah  seperti surah Al-Asr, surah As-Syams, Al-Lail, Al-Fajr, dan Ad-Dhuha. Surah Al-Asr itu saja kata Imam Syafie’ :
“Jika manusia memikirkan tentang kandungan surah Al-Asr, itu sudah memadai bagi mereka.”
Menggambarkan bahawa masa adalah persoalan yang besar dalam kehidupan muslim.
Orang yang sambilewa menjaga masanya adalah orang yang tidak serius terhadap hidupnya.
Orang yang selalu melewat-lewatkan atau tidak menjaga masanya adalah orang yang lalai akan tujuan hidupnya.
Hidup kita adalah untuk berubudiah kepada Allah 24/7.
Sekiranya ada masa-masa dalam hidup kita ini telah kita bazirkan, maka bagaimana mungkin dengan masa yang telah dibazirkan itu menyebabkan kita dapat menjadi hamba Allah yang baik?
Kita telah mengkhianati sebahagian daripada amanah besar sebagai hamba Allah dalam kehidupan bila kita tidak serius menjaga masa.
Kerja Bertangguh, Tidur Banyak, Main Game, Mana Amanah Kita Dengan Masa?
Kalau kita melihat betapa kehidupan ini begitu singkat, maka kita akan berusaha memaksimumkan penggunaan masa di hayat kita ini supaya nanti tidak menjadi orang yang menyesal di depan Allah s.w.t.
Benar, kehidupan ummat ini tersangat singkat. Kalau ummat terdahulu mungkin umurnya sampai ratusan, bahkan mungkin ada yang ribuan, tetapi umur ummat ini hanya puluhan.
Sangat singkat dan pendek masa.
Maka, apa mungkin ada masa untuk kita bazirkan dalam tempoh sesingkat ini?
Ada orang yang saban hari hidupnya mensia-siakan waktunya dengan begitu sahaja.  Menghabiskan masa dengan tidur banyak, main game dan menonton movie semata-mata. Saya tidak kata itu semua adalah salah, tetapi biarlah berpada-pada dan kita boleh mengawalnya.
Ini tidak. Ada yang sibuk menonton movie dan main game sampai tidak sempat menyiapkan kerja-kerja yang utama. Banyak kerjanya yang lebih utama jadi tertangguh. Bila ditanya, akhirnya diberi alasan yang sama iaitu, tak sempat.
Sebenarnya bukan tidak sempat. Tetapi tidak mengatur program hidup dengan baik.

Datang Lewat Mesyuarat Dan Program Penting, Inikah Peribadi Kita?
Satu masalah juga yang menjadi kebiasaan ‘orang-orang besar’ atau segelintir daripada kita iaitu datang lewat ke mesyuarat dan program-program penting.
Masalah yang menampakkan bagaimana wibawa dan peribadi yang ada pada diri kita.
Sama ada jenis menjaga masa ataupun jenis sambilewa saja.
Menjadi kebiasaan sesetengah orang apabila ada saja program-program besar yang melibatkan dirinya, kalau program bermula pukul 8, 8.30 jugalah yang akan menjadi pilihannya.
‘Tak pa. Sebut je 8 pagi. Mesti 8.30 juga mula tu.’
Akhirnya bila ramai yang berfikir begini, maka ramailah yang memilih untuk datang lewat. Masing-masing sudah set dalam minda masing-masing, kalau program mula pada waktu sekian sekian, kita kena datang lewat sikit setengah jam.
Inilah kegelinciran kita dalam menjaga masa.
Sepatutnya kalau program bermula pada pukul 8 pagi, kita sepatutnya datang 5 atau 10 minit awal untuk bersedia supaya program dapat berjalan dengan baik dan tepat pada waktunya. Bukannya setengah jam selepas waktu sepatutnya program bermula.
Bila kita datang lewat, maka program akan bermula lewat dan lewat jugalah habisnya. Kalau mesyuarat pula, datang lewat akan menyebabkan banyak usul-usul dalam mesyuarat tidak dapat dihabiskan perbincangannya kerana masa yang singkat.
Ini peribadi kita. Siapa kita dengan masa menampakkan betapa wibawa atau tidaknya diri kita ini.
Pemimpin yang baik adalah yang menjaga masanya.
Penutup : Masa Adalah Kehidupan, Jangan Siakan
Masa dalam kehidupan seorang muslim adalah kehidupannya sendiri.
Membazirkan masa bermakna sedang membazirkan kehidupannya sendiri.
Bagaimana mungkin kehidupan yang tersangat singkat ini kita bazirkan begitu saja tanpa diisi dengan ketaatan kepada Allah dan amal yang bermanfaat?
Hendak jadi seorang muslim yang baik, jagalah masamu.
Hendak menjadi seorang pemimpin yang baik, jagalah masamu.
Kesedaran ini perlu dibina secara serius dalam diri kita supaya kita belajar menghargai setiap detik masa kita. Bahawa tidak ada satu detik masa pun dibazirkan melainkan kita perlu isi masa-masa itu dengan baik.
Masih banyak perlu dilakukan. Diri perlu terus ditingkatkan, kelemahan dan kesilapan perlu terus dibaiki, amal perlu diteruskan, kefahaman dan bacaan perlu ditingkatkan.
Banyak. Banyak perkara lagi yang perlu kita lakukan dalam kehidupan kita.
Maka, apakah ada walau sedetik untuk kita membazirkannya?
Pastilah tidak ada.
Masa adalah kehidupan. Manfaatkan dan rancanglah ia dengan baik !
Posted by: 
Sumber : http://langitilahi.com/12031

Umum : Memperbaiki Interaksi Antara Muslim Dengan Not-Yet Muslim


Islam adalah rahmat kepada semua manusia. Sebab itu Allah menyebutkannya di dalam Al-Quran sebagai rahmatan lil alamin (rahmat kepada sekalian alam), bukan rahmatan lil muslimin (rahmat kepada muslim) semata-mata.
Maka bila ia adalah rahmat kepada semua manusia, sudah tentu ia sesuai untuk semua bangsa, semua kaum, apapun jenis dan warna kulit, apapun jenis bahasa.
Ia tidak ekslusif untuk bangsa-bangsa tertentu saja. Ia bukan untuk bangsa Melayu semata-mata, bukan juga untuk bangsa Arab semata-mata. Namun, kadangkala kita tidak dapat nafikan betapa ramainya umat Islam yang tidak memahami hal ini lalu menjadikan Islam ekslusif untuk bangsanya sahaja sehingga orang belum Islam dari bangsa yang lain menjadi takut kepada Islam bukan kerana Islam itu sendiri, tetapi kerana sikap muslim yang mengekslusifkannya.
Akhirnya, sikap begini membawa kerugian kepada umat Islam juga, bahkan bukan saja tidak berjaya mencapai misi Islam sebagai rahmat kepada sekalian alam, malah telah memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat.

Sikap Ini Perlu Diperbaiki
Kita melihat pertembungan atau perselisihan yang seringkali terjadi antara muslim dan bukan muslim itu bukanlah kerana kesalahan pada nas Al-Quran dan hadis, tetapi kerana masalah sikap dan juga silap faham dalam memahami nas Al-Quran dan hadis.
Benar, memang Allah s.w.t. ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia(mu), mereka satu sama lain saling melindungi…” [Al-Maidah : 51]
Juga dalam ayat yang lain yang hampir sama maksudnya :
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan musuh-Ku dan musuhmu sebagai teman-teman setia sehingga kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad) kerana rasa kasih sayang, padahal mereka telah ingkar kepada kebenaran.” [Al-Mumtahanah : 1]
Juga dalam ayat lain :
“Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang besar.” [Luqman : 13]
Semua ayat Al-Quran ini adalah benar dan tidak ada masalah, yang bermasalahnya adalah pada cara faham kita.
Saya tidak akan sentuh secara lanjut berkaitan dengan perbahasan dari pemahaman kepada ayat-ayat ini. Cumanya, secara ringkas, ayat-ayat Al-Quran ini sebenarnya tidak membenarkan kita bertolak ansur dalam perkara yang berkaitan dengan akidah dan urusan kita yang khusus berkaitan dengan Islam. Ayat-ayat ini pun masing-masing mempunyai sebab penurunannya dan ia tidak boleh dibaca secara tunggal berasingan begitu sahaja daripada nas-nas yang lain.

Allah Tidak Melarang Kita Berbuat Baik Kepada Mereka
Sifirnya mudah saja.
Kalau benar Islam ini adalah rahmat kepada semua manusia, bagaimana mungkin ia boleh menganjurkan sikap kekerasan dalam membawa Islam sehingga menyebabkan orang yang belum Islam semakin jauh dan tawar hati dengan Islam?
Maka, sudah tentulah tidak logik. Allah mendatangkan Islam ini sebagai rahmat untuk semua manusia, maka bagaimana mungkin dalam usaha kita untuk menyampaikan Islam ini kepada mereka, kita bersikap keras dan menolak segala tindakan mereka pula?
Sebab itu, Allah berfirman dalam surah Al-Mumtahanah yang bermaksud :
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangimu dalam urusan agama dan tidak mengusirmu dari kampung halamanmu. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.” [Al-Mumtahanah : 8]
Dalam ayat ini, Allah mengajar kita bahawa selama mana mereka itu tidak memerangi kita dalam urusan beragama dan tidak pula bersikap zalim dalam urusan dunia kita, maka tidak ada masalah untuk kita berbuat baik dan berlaku adil pula dengan mereka.
Selama mana mereka bersikap baik, mengikut undang-undang dan lunas-lunas yang telah ditetapkan di dalam negara kita, maka tidak ada masalah untuk kita berlaku baik dan bermesra dengan mereka meskipun akidah mereka itu tidak betul.
Kita perlu membezakan antara menerima keberadaan mereka di dalam masyarakat dengan redha terhadap akidah mereka. Kita tidak redha kepada akidah mereka, tetapi itu tidak menghalang kita untuk menerima keberadaan mereka dan berlaku baik dengan mereka.

Bagaimana Interaksi Nabi Dengan Bukan Muslim?
Banyak sekali sirah yang menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sangat meraikan dan berlaku baik kepada orang-orang bukan Islam.
Bahkan dalam satu hadis, Nabi s.a.w. bersabda :
“Ketahuilah, sesiapa yang menzalimi muahid (non-muslim) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada hari kiamat.” [HR Abu Daud]
Dr. Yusuf Al-Qaradawi juga dalam bukunya, Al-Watan Wal Muwatanah (Negara Dan Warganegara) ada menukilkan sedikit penerangan berkaitan dengan salah satu petikan dalam Perlembagaan Madinah yang telah dipersetujui bersama antara orang-orang Islam dan bukan Islam di Madinah. Petikan perlembagaan 25 daripada Perlembagaan Madinah itu adalah seperti berikut :
“Sesungguhnya Yahudi Bani Auf adalah ummah bersama orang-orang beriman, bagi Yahudi agama mereka, bagi muslimin, agama mereka…”
Dr Yusuf Al-Qaradawi telah memberikan sedikit huraian berkaitan dengan petikan perlembagaan ini. Katanya :
“Antara yang penting untuk diberikan perhatian adalah nas (petikan perlembagaan) ini tidak menyebut Yahudi adalah ummat ‘dari’ orang-orang beriman, tetapi ummat ‘bersama’ orang-orang beriman.”
Perkhususan penggunaan perkataan ‘bersama’ itu menunjukkan bahawa dalam hal siasah (politik), Nabi meletakkan hak yang sama kepada semua. Tidak ada hak siapa yang lebih daripada siapa. Semuanya memiliki hak yang setara dan sama dalam hak kerakyatan dan kewarganegaraan. Maka, bila kita memiliki hak krakyatan yang sama, apa yang membuatkan kita merasa lebih mulia daripada mereka sehingga membolehkan kita untuk berlaku kasar dan mencaci maki mereka?
Begitu juga, contoh yang sangat jelas kepada kita ketika Rasul s.a.w. memilih seorang bukan Islam iaitu Abdullah bin Uraiqith untuk membantu perjalanan hijrah baginda ke Madinah. Abdullah bin Uraiqith bukanlah seorang Islam, tetapi kenapa baginda memilihnya sebagai salah seorang pembantu dalam sebuah urusan besar yang melibatkan masa depan Islam?
Maka, tidak ada lain sebabnya kerana melihat kejujuran dan sikap profesional yang ada pada Abdullah bin Uraiqith menyebabkan dia dipilih untuk membantu menjayakan hijrah Nabi ke Madinah.
Begitulah cara Nabi berinteraksi dengan bukan Muslim. Baginda memberikan hak kepada mereka yang berhak meskipun orang itu bukan Muslim, baginda tidak mementingkan hak muslim semata-mata.

Penutup : Membaiki Extremism Dan Kejumudan Dalam Memahami Agama
Inilah sikap yang perlu kita perbaiki dalam diri kita.
Berapa ramai saya kira orang-orang Islam di Malaysia bila melihat orang-orang dari agama lain terutama dari bangsa selain Melayu, mereka berasa geli dan hina mahu duduk bersama dan bermesra. Akhirnya, hubungan antara agama tidak dapat diharmonikan dan kita pun tidak dapat menyampaikan Islam melalui contoh yang baik.
Dari jauh kita menuduh mereka cuba untuk merosakkan agama kita, tetapi dari dekat kita pula malas bergaul dan tidak baik pula hubungan dengan mereka. Yang lebih buruk adalah menimbulkan perpecahan menggunakan nama agama dan bangsa.
Kita perlu membaiki extremism dalam beragama ini. Islam sentiasa mengajar kita untuk menjadi sederhana dan belajar bergaul dengan semua orang meskipun berbeza agama dan bangsanya. Ia tidak mendidik kita untuk menjadi ummat yang ekslusif dalam bulatan kita semata-mata sambil kita seronok melontar batu kepada orang di luar tanpa meluaskan bulatan itu.
Ramai orang yang bercakap tentang ancaman Kristianisasi, ancaman Freemason dan sebagainya, tetapi tanyalah pada diri kita, kita sebagai muslim apakah yang telah kita lakukan untuk menyebarluaskan Islam ini?
Dengan bersifat keras kepada orang bukan Islam?
Dengan menyerang usaha-usaha mereka?
Tanyalah diri kita dengan jujur.
Islam tidak jumud sehingga kita salah berinteraksi dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang melarang kita mengambil mereka sebagai auliya’. Ayat itu benar, tetapi kita perlu melihat maqasid (tujuan) kepada ayat itu pula. Al-Quran memang tidak membenarkan kita bersekongkol dan bersekedudukan dengan mereka dalam hal akidah, tetapi untuk merawat masalah akidah mereka itulah, kita perlu melalui jalan muamalat.
Kalau muamalat dengan mereka pun tidak bagus, bagaimana mungkin kita dapat membuatkan hati mereka tertarik untuk menerima Islam?
Untuk membina sebuah masyarakat yang lebih baik, kita perlu merawat extremism dan kejumudan dalam memahami Islam ini.
Perbaiki cara berinteraksi kita dengan semua lapisan masyarakat biar dari agama mahu bangsa apapun kerana akhirnya kita bukan ingin memenangkan Islam atas kebencian orang ramai, tetapi kita ingin memenangkan Islam ini dengan tunduknya hati orang ramai terhadap kejujuran dan pembawaan kita yang baik.
Posted by: 
Sumber : http://langitilahi.com/11895