Assignment. Makin meningkat. Aku cuba untuk mengurangkan bilangan nye. Macam mane pon tapi terima kasih kerana hadir untuk menyibukan diri ini. Apabila diri ini menjadi sibuk, tidak perlu dikenang2 orang yg tak mahu kan kita. Huhuhu.. tiba2 jek. Macam mane pon aku nak share something. Baru2 ni, aku ada tengok wayang. Cerita Dark Shadows lakonan Johnny Depp. Sentap hati aku tengok perjalanan cerita tue. Cerita tue berdasarkan romantic humor. Memang kelakar tapi ending die wat ati aku sedih. Huhu Semua cerita Johnny depp macam tue.
Tapi kesimpulan nya hanya satu, cerita tue kalau kita terpengaruh dengan kisahnya, memang sesat barat la daripada akidah kita. Mana taknya, macam mengalakkan bunuh diri, dendam dan tamakkan harta. Semua ni idea siapa? Aku teringin sangat nak tengok sesiapa yang mampu menayangkan kisah "Tautan Hati", karya Fatimah Syarha tue. Cerita tue kalau tayang insyallah mesti hati anak2 muda terpikat. Aku sendiri yang kasar ni jatuh cinta dengan kisahnya.
Aku hanya ingat satu jek, sekeras2 hati, insyallah hati pasti lembut jika kita berusaha untuk mengajaknya ke arah kebaikan. Insyallah, jika usaha kita tue di jalan Allah, maka Allah akan memandu sama sekali untuk memikat hati si keras kerikil tue. Kita kena sedar, kita sangat2 lah bersyukur kerana kita di sini aman damai berbanding di negara yang di jajah Israel dan Yahudi. Selagi nyawa masih di kandung badan, dekatilah Allah. Cintailah Allah. Tiada tuhan melainkan Allah. Allah PEMBANTU UTAMA kita. Lihatlah di Palestin, kanak2 lelaki dan perempuan dewasa acapkali mengucapkan kalimah dan ayat2 Allah untuk selamat daripada di tembak, di seksa. Aduh. pedihnya kesakitan yang mereka alami. Moga mereka tergolong dalam golongan para syuhadah ! Allahuakbar !
P/s : Rindukan Ilahi.. RIndukan dunia yang abadi.. Allah dan Rasul <3
AMBIL IKTIBAR DARIPADA SEMUA NI |
No comments:
Post a Comment