Sebak rasanya membaca ayat2 Al-Quran tadi. Rasa sangat2 bersyukur kerana masih berpeluang untuk membaca ayat2 suci Allah ini. Malah mampu menyebut dan melafazkan nya. Mak dan abah, terima kasih kerana lahirkan aku ke dunia ini untuk mengumpul bekalan2 di tempat persinggahan yg sementara ini. Allah, tuhan ku yang tiada lain Dari-Nya. Apa yg aku sudah pelajari, jangka masa di dunia lagi tidak la selama berbanding di akhirat. Oh, aku mula terbayang bagaimana keadaan diri ini ketika itu. Jika aku miskin dengan amal ibadat, maka compang camping la rupaku. Oh aku tak mahu begitu.. Aku mahu kembali ke sana dalam keadaan yang sempurna. Kerana aku tahu tidak ada sesiapa yang mampu memberi pertolongan kepada aku melainkan Allah dan Rasulullah. Tidak mahu aku lupai juga iaitu Rabiatul Adawiyah. Satu2 nye tokoh muslimah yg diberi peluang untuk memberi syafaatnya kepada orang lain di Padang Mahsyar nanti. Teguhnya cintanya terhadap Allah.
Moga hatiku ini tergerak oleh-Nya untuk mencintai-Nya dengan lebih lagi... Amin
No comments:
Post a Comment