Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday, 6 May 2012

Coretan jalanan

Contengan jalanan. Hasil karya Hlovate. Seorang akak dalam Bulatan gembira mencadangkan novel itu. Kisah dalam novel tue telah menarik perhatian aku dan membuat aku mahu memiliki nya. Hehehe. Aku suka novel yg islamik dan berdasarkan kehidupan. Novel cinta tidak mengukuhkan kekuatan diri aku sangat dan hanya melebarkan sayap  berangan aku sahaja. Aku kena kembali ke dunia realiti.

Perancangan pergi ke Galeri dibatalkan. Aku serta rakan serumah tak tahu nak buat apa (sedangkan dah beratur assignment perlu disiapkan). Mulanya kawan aku mencadangkan pergi ke Giant saje tapi semasa di dalam, mula terlintas di fikirannya iaitu SUNWAY PYRAMID. Hurm, aku pun dah lame tak jejakkan kaki ke sana. Aku pon ikut saja. Biarkan mereka membawa aku ke layar sana kerana aku mahu berasa gembira. Seronok sangat.

Sampai ke Sunway, aku berjalan2 dengan rakan serumah. Sesat barat pon ade jugak tapi layaan. hehehe. aku rasa seronok sangat sebab dapat tengok ragam manusia. Aku bukan la orang yg pandai bersastera bagai kerana penulisan ku tidak sebaik mana tapi aku tetap minat mengarang sesuatu cerita. Kebanyakannya kisah aku je. Hehehe.

Aku beli jugak novel tue kat mall tue. Bila kaki ni dijejakkan ke lantai kedai buku Popular, rasa macam tak nak keluar saje. Aku rasa seronok berada dalam puluhan buku itu. Nasib baik semua tak boleh bukak, kalau tak, aku lah orang pertama yg duduk belek dan baca. Aku puas dengan kedai buku ni. Sampai kedai2 lain pon aku tak pandang . Hehehe..

Alhamdulilah, sebahagian resah dalam jiwa ini terbuang sedikit daripada minda ku ini.


2 comments:

mustRZ said...

Assalamualaikum.. seronok yer, dapat bukuny.. moga bermanfaat :) akak pun suka g kedai buku.. lagi2 MPH.. sgt suka bau buku.. sangt suka beli buku.. tp lambat hbskn buku..hahah, suka beli, tapi x brp suka baca :P

~Hanie Ladyhlomanie~ said...

hehehe.. Waalaikumslm akak comel. Akak smpai jugak ek kat blog sye. Hehehe... same la kite kakak... rajin bli pi mlas nak hbiskan awal2