Tinggalkan jejak anda ye~

Wednesday, 30 December 2015

Seiringilah didikan dan zaman~


Assalamualaikum~

Adeyh... Zaman betul-betul makin canggih~ Paling hebat nak tunjuk kekayaan memasing adalah melalui gadget (gadget sebenar tau bukan mainan)... Dan yg menunjuk tu adalah BUDAK-BUDAK/KANAK-KANAK. Gadget tu lak bukan la gadget game DIGIMON tu auw. Ha... ko tahu game digimon tu? Digivice namanya. Orang sanggup bergaduh sebab benda alah ni weyh~ hahaha.. Giler.. Game punye pasalllll~ Leka semacam lau main. Nak pulak bila ada geng~ Waduh rancak bila time memain. Jangan kacau la bebudak yg leka main bnde alah ni~ Konfem gaduh hahahah. 



Laaa ni bebudak pakai TAB doe. TAB yg ala-ala fon tu tapi lebar ~Alah orang sekarang tahu sangat Tab camne... Ade yg murah like LOCAL stuff ataupun jenama terkemuka macam IPAD , Tab Samsung dan segala jenama yg mewujudkan tab ni. Dedulu aku teringin nak pakai tab. Siap penasihat gadget aku si jemir tu ha dok advice pi beli Tab Samsung satu masa aku dok aktif dgn BlackBerry hahah. Last2 aku beli Lenovo. Smartphone dan bukan TAB. Tak kuasa aku nak heret gadget besau ke sana ke mari. 


Masa aku kecik dulu, bukanlah nak kata kita menunjuk-nunjuk barang mahal tapi kita ni hidup bukan dalam serba ada dan bila melihat sesuatu yg UNIK, of course akan rase wuuuuuu mahal~! huhuh~ Dan seperti HIMPUNAN CERITA LAWAK ni kongsikan kt facebook, yes~! Definitely yes. Betul. Kaler warna ni bukan murah ye nok ui.. Ni paling berkualiti meh. Bila nak mengaler konfem kualiti warne die superb marvellous gituh~Auw auw.. Siap boleh adjust pakai berus air meh. HEBAT tuh. 
Nak-nak mase kelas subjek SENI... Memasing berlumba-lumba lukis gmbr kesukaan memasing dan warna. Nak berebut pulak dapat A lepas tu sekali~ tak ke migrain. Belum pening pasal asah kaler yg mahal tu takut kontot.. hahahahh~ ni semua la ni.... Ha nampak beza? Nak tahu lagi korang pi rujuk mereka yg lahir 80-an dan 90-an. Ape yg mahal di zaman kanak-kanak dulu. Konfem mesti ada mainan yg korang tak pernah dengar. 




Aku cume heran satu je. Kenapa peralatan teknologi yg terlalu canggih diberi kepada anak-anak yg belum ckup baligh ni??? Ada pulak aku dengar kanak-kanak yg masuk hospital kerana sakit otak sebab ransangan dgn radiasi TAB / telefon yg kerap digunakan mereka ni. Bahaya lah. Memacam bnde boleh buat budak-budak ni leka. 

Didikan agama dgn moral kena ditingkatkan la. Nak kata pasal nak mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai adventure, hmmm aku tak nampak adventure nye. Setakat asah minda dlm berfkir kira-kira skit boleh la. Menjana minda dlm membaca?? Pon boleh tpi KALAU BETUL LAH BEBUDAK NI MEMBACA kan? Galakan mengaji Al-Quran pulak tak sekerap mana. Penghayatannya lagi~ Aku takde la hafizah nak bercerita pasal khatam-khatam Al-quran ni tapi dulu saat aku skolah rendah, aku dan kengkawan berlumba-lumba nak khatam Al-Quran. Sanggup balik lambat sebab nak mengaji dengan ustazah. Bila dah khatam tu siap buat kenduri doa selamat. Best kot.~

Dari segi moral diri pulak lain ceritanya. Budak sekarang tak macam dulu. TAK RETI TAKUT. LAU TAK TAKUT NAK BERJIHAD TAKPE NI TAK TAKUT NAK BIADAP NGAN ORANG ATAS DASAR NAKKAN SESUATU. Huh~ Aku bukan tak suka budak-budak tapi aku tak suka bila jumpa golongan yg camni. Nak lenturkan pon bila lihat balik mak ayahnya, YA Rabbi~. Sampai ada aku tengok kt facebook dan blog-blog pasal bebudak ugut mak sendiri yg di mana mak sendiri tu OKU ntok paksa beli barang yg die nak. Aku tak sure budak mangkuk ayun tu nak ape mase tu. Nasib la bukan aku kat situ kan lau tak lanyak kena ngan aku hahaha... Lepas pasal budak maki hamun ayah die kat moments Wechat, Apa hebat sangat ko up status macam orang lain dah tak macam moral dlm hidup lak. Punya penat mak ayah kita ni besarkan kita, kena maki dgn anak kita pulak T_T. Uih menangis weyh. Moga Allah curahkan hidayah la kepada mereka yg ni bebanyak. Tu orang kata, didikan tu penting nak mencorakkan personaliti anak-anak~ 
~


Kesimpulannya, perubahan zaman mang akan terus berlaku tapi didikan agama dan moral hendaklah seiring utk melahirkan generasi yg kaya dgn budi bahasa. ~ (Dah macam brainstorm isi-isi karangan lak rasanya hahaha ). Tapi seriuslah, didikan tu penting~ 

p/s : Maafkan saya dgn bahasa yg kelihatan kesat lagi menyakitkan hati mase membaca~ huhuh..~ 


Tuesday, 29 December 2015

Healty Life Style;Simple but Deep~

 
























Fuhhh chatbox

Assalamualaikum~

Aiyo penat betul edit chatbox aku ni. Kononnya berangan la nak buat slide chatbox tu… tapi bila aku dok review blog aku sendiri kan, mak aih, rimas pulak. Macam semak nak tekan icon yg aku create tu. Last2 aku amek je freebies dari blog si Panda ni. Hahaha.. Macam kanak2 skit la tapi suai ngan warna blog ni. Takde cacat.. Camne rupenye pon kne selarikan la ye dak. Baru la tetamu yg dtg menjenguk rasa mcm tak bluekkkk~ hahahahah


Aku antara yg paling tak suka widget blog bersepah-sepah dan tak tersusun.. Walaupun online je kan. Huhuhu~ Sebab yg nengok ni pakai mata ni ha. Silap hari bulan aku pakai spec la gamaknya. Hehehe.. Bukan pe, aku berusaha dgn gigihnya tak nak pakai spec kalau boleh sebab tak kuasa aku nak beli spec berates-ratus tu. Baik aku guna duit utk kegunaan lain kan.

Sampai mana tadi? Ha chatbox. Lagi satu kan, aku risau tetamu  blog aku tak jumpe chatbox aku hahaha.. Sebabnya aku bab edit frame atau box chat tu punye la malas. Dulu bolehlah sebab aku mang kaki edit, sekarang ni dah takde da. Dgn laptop nya bertukar-tukar. Lepas tu software aku dok install dan uninstall… Tahu tak betapa penat nak tunggu proses install tu??? Dapat lak laptop yg jenis ram slow.. Allah~ huhu

Kalau boleh kita nak permudahkan dan selesakan mata tetamu kita. Kita ni dah la buat tetamu kita seksa melihat warna warni kan.. jgn seksa orang nak cari chatbox yg mesra alam tu pulak~ hahaha..

Benda kecik je kan tapi aku bebel bagai nak rak. Kecik tak berapa kecik la bila ko dah masuk coding tu~ Lain la ko pakar programmer… coding tu ibarat snack ko aje….

Nasib la hari ni kerja tak berapa banyak. Ade je kerjanya tadi tapi takde sampai buat aku tak boleh tekan button keyboard ni ha~ huhuhu~

Dan sebenarnye aku tak berapa suke pinky pinky ni tapi sebab da terpilih background ala-ala rainbow, aku pilih jugak la. Takde la lighting sangat. Dan aku nak sangat hias blog ni mcm ala-ala diari tapi tu sume leh dapat kat blogskin dan aku memang belum sedia nak hadap coding blogskin tu. Baik aku kerjakan mata aku membaca Al-quran je kan hehehe.. ~

Anyway… Moga korang yg jenguk blog aku selesa dan jumpa chatbox aku tu~ hehehe.,.. k daa~




Sunday, 27 December 2015

Memeriahkan hari cutiku~

Assalamualaikum

4 hari cuti. Dia punya bahagia~ ahahahaha.. Boleh tidur lelame.. Bangun lambat but....................... sadly bila cuti aku nye mindset mula set mcm hari kerja~ What a fish???? 0_0

Tapi aku cube cover balik ngantuk bila tengahari hahah~ bila pukul 11 lebih je mula menguap dan menguap dan menguap dan kaki pon begitu ringan masuk bilik balik dan tidurrrr~ hahha mcm takde life kan? Sape kate aku takde life sangat ha???~ 4 hari cuti, actually penuh dgn bergerak ke sana ke mari tapi hahaha aku mintak masa pkul 2 ke atas... Pukul 2 petang yek~ hehehe.. Lepas zohor la keluar, sedap hati sikit. heheh~

Dan tidak dilupakan, Khamis iaitu 12 Rabiul Awal, merupakan hari kelahiran kekasih kita semua. Iaitu Nabi Muhammad SAW. Kekasih yg telah memberi cahaya kepada kita semua. Mencurahkan ketenangan dan kesejahteraan kepada umat islam. Di mana kita patut kembali bangkitkan perjuangan yg baginda mulakan dari dlu~ Allahumma Solli Ala Muhammad Wa Ala Ali Solli Ala Muhammad.~



So starting dari hari khamis, aku dah mula bergerak ke sana ke mari. Hari khamis aku bergerak ke rumah mak cik aku. Menjenguk die memandangkan husband die tak sihat. Then kami pon dah lame tak datang rumah die, so khamis tu kami jejalan ke sane. Die siap pesan kat hero die si Naqi yg die rindukan ktorang. So maksudnya ajak datang rmah la. Hehehe.. Naqi siap tanye aku, camne ko tahu maksud tersirat ayat mak aku? welll.... aku mang tahu sangat style mak die cakap sebab sebijik macam abah aku. Al-maklumlah diorang kan adik beradik. Hehehe..~

Sampai je sana memacam benda kami bualkan. Senyum lebar je die lihat kami datang~ hehehe.. Aku pon dapat berita baik yg si Naqi bakal jadi ayah~ Woah~ Tahniah. "Bertambah lagi anak buah ko NI..."  Itulah ayat si Naqi~ eehehehe.. patut la die punye baik luar biasa~ hahaha

Then hari jumaat pulak~ ade kenduri kahwin. Yg ni ade dua kenduri kahwin sebenarnye. Tapi aku dpt catch up satu kenduri kahwin kerana masalah masa sikit. Sorang E'en dan lagi sorang Madiha. Dua-dua member classmate dan hostel geng lame dlu.Tak sangka cepat jodoh memasing sampai~ Happy for them. Tapi aku agak adore ngan majlis si E'en. Wah, mang betul-betul romantik sebab majlis buat malam kan, ditambah pula dengan hiasan khemah majlis yg dihiasi lampu-lampu gemerlapan,... Bersinar-sinar. Looks like English Style tapi di Garisan Khatulistiwa la kan ~heheh takde musim bunga semua~... musim hujan je ada...

Dan pada hari yg sama aku sempat dapat pic dari Jemir. Well his sister,Sara is engaged with her beloved person, Amir. Sara ada ajak aku tapi aku belum dapat nak ke sana atas faktor2 tertentu. For sure aku harap di majlis bahagianya aku dpt catch up. Then pic Sara bertunang so cantik dan gorgeous. Hepi je die. Senyum. Sebab akhirnya berpeluang die mengikat janji dgn Amir. Lama tu die tunggu~ hehehe... moga akan kekal hubungan tu hingga syurga la harapnya~



Manakala aku pergi ke majlis tu dgn member kenduri kahwin aku iaitu si Fira... Puas ajak yg lain tapi memasing tak dapat ikut skali. Komitmen memasing memacam kan. So bergerak la kami berdua ke majlis dan tanpa disangka kami berdua bertemu dgn geng Sains Arab yg cukup gah dgn kebijaksanaan memasing. Aku slalu nampak mereka ni pergi kenduri dlm facebook je tapi nk bertemu face-to-face punye payah sebab mase mesti tak kena.

So kami bertembung di surau mase nak solat Maghrib. Masuk je bahagian muslimah terus aku nampak muke Amira Nadia~ hahahaha.. terus woahhhhh~ tapi tak menjerit la sebab kat surau kan. Giler abis aku kne sound sistem kat situ nanti heheheh.... So aku jumpe ramai gak diantaranya Amira Nadia, Le-a, Suhaila, Adib, Atiq, Dayahz, dan Maisarah. Punye pelok erat kerinduan ngan memasing. Dulu waktu sekolah slalu main bola baling ngan diorang. Team best punye. ehehe.. Geng borak mase prep. Bertahun gak tak berjumpa. Sekadar contact kat facebook. Bila dah jumpe ni terus ajak selfie la. Yg mintak selfie si Le-a~ hahahah org yg nobody takkan jangka die akan suke selfie ngan kengkwn die sebab die ni pendiammmmmm~ sangat~! hahahha.. suke sakat aku~ nampak je kecik omel die tu... hehhehehe



Habis je selfie terus kami berpisah. Memasing da pergi majlis kenduri si E'en, then diorang nak gerak ke majlis Madiha. Diorang gerak awal. Aku lak boleh terlupa tarikh majlis si Madiha malam yg sme dgn E'en. Aku pikir tarikhnya hari ahad ke kan. Boleh la relax-relax dulu sekali ha kau~ terkedu jap. huhhu~ Sori Madiha. We cant make it for u~ Doa dari jauh ye dear.



So bila sampai umah E'en, die punye meriah. So simple actually tapi look so adorable dan amazing. E'en dlm majlis die tak bersanding dan die duduk kat bahagian tengah di depan sekali. Sama style die dengan majlis kezen aku yg kahwin dengan Yemenian tu. Majlis makan2 dan tak bersanding. Sekadar pengantin duduk di meja paling hadapan dan berada ditengah. Suami si E'en sangat sempoi dress-up die. Yg kelakar nya, suami E'en rupanya sengal-sengal kelakar macam E'en ~!!! hahaha.. aku nampak mase snap selfie bersama. Excited die nampak lighting camera hahahah.. sekali dua2 buat woah woahhh~ Padahal memasing pengantin. Aku konfius kejap muahahaha~ Anyway aku harap dua2 hepi dan dpt baby omel omel.~ hehehe..



Dan best part, aku sempat di sapa ayah E'en, iaitu uncle Syed, soalannye: " Haniiii... nak tanya ni... awak ni bila pulak nak berkahwin??". Gulppppppp~! hahaha.. Adik beradik aku memasing bujang tratantang lagi... aku pulak bongsu... mang takde lagi aku nak jump langkah bendul terus kan. Paling kurang tunggu si Angah.. huhuhu. Aku jawab je la tunggu abang2 dan akak aku dulu hehhee..~ Kalau buat kenduri anti saya jemput uncle ok~ Mesti~!Uncle baik sangat dgn abah~

Hari Sabtu~!!!! Jyeah~ Besday along. 26 Disember. Tepat pukul 12 malam tu aku menjerit nyanyi lagu hepi besday ahahahah~ Along buat muke mengntuk je. hahah~ Then lepas zhor gerak ke IOI Mall. Ape lagi~ celebrate besday along dgn tengok wayang lahhhh~ Movie Star Wars la kan. Idaman angah gak tu. Berapa minggu angah nantikan citer tu. Hehehhe.. aku dapat catch up movie tu sebab sebelum movie tu ditayangkan, angah ulang tayang cerita sebelumnye berapa kali dah. Sampai kenal lah aku watak-watak setiap satu tu~ hahaha..



Tapi kali ni aku suka sebab heroin yg merupakan darah daging si Luke Skywalker mang look so strong ntok lawan dgn Vader latest ni iaitu anak kepada Han Solo~ Weyhhhh! Han Solo mati dlm citer ni~ Sedih doe~!!!! Apa punya anak~ hahaha.. mencarut2 aku dlm wayang tu hahahah~ geram. Dah sdap mak jdi puteri Lea , die pulak nak join darkside. pepelik betul. Pengarah suruh ye dak? Mana boleh ubah hahah~ For sure aku kasi 10 bintang berganda2 dan of course... akan ada kesinambungan lagi Star Wars ni~ Sebab babak last tu baru lah si Rey (anak Luke) dapat jumpa si Luke ni. Punye jauh si Luke menyorok sebab nak simpan kekuatan dan nak ajar anak die pulak~ Anak die tu belum belajar pape dah power, kalau dah belajar aku tak tahulah die nye power kan~ Agaknye penggal terus kot hahaha~



Ahad???? Takde ape sangat cume kezen aku awal2 dah book aku ajak pi bayar hutang die. Then sempat member form 6 aku Si Zpah ajak lepak~ Budak ni mang suke buat last minute. Hahhaha~ tengok2 je da sampai~ Aku da ler laluk mengntuk yg tak habis huhuhh~ die bawak aku dgn Dila (kawan skola rendah aku) ke Nilai...~ pon jadi kan~ hehehe

But deep down, pelbagai hikmah berlaku~ Syukur kepada Allah, no matter how is our day, Allah masih pinjamkan nyawa kepada diri ini dan yg lain ntuk teruskan kehidupan bukan sekadar suka-suka tapi beringat-ingat kepada-Nya dan kekasih-Nya,~

Wednesday, 23 December 2015

Assalamualaikum

Pergh perit je mata ni bila terlalu lame mengadap skrin laptop. aku dok cari artikel/journal/research paper ntok aku baca yg relate dgn course aku dulu la. IT... besar nak aku huraikan anak2 tajuk nye. Ade yg kuar dari Forbes, TechTarget sume. Dulu masa aku blaja kat Uitm de memacam database online ntuk digunakan ntuk dptkan journal yg relate ngan subjek kita. Kekdang bnde tu wajib dibuat sebab assignment core buat individu.

Kekdang ase nak muntah baca.. tapi kekdang rasa sronok. Bukan pe, aku melihat kesungguhan penulis dalam menghuraikan bnde yg di nak anaylse tu. Kena buktikan atas ape yg die nak buat. Kena buat research. Kne cari statistik, lepas tu kena huraikan satu satu statistik bagi hasil research die. Pastu ulas dan komen/buat kesimpulan berdsarkan statistik die. Kaitkan dgn ape di dah jot down dlm objektif asal dgn keputusan yg da dpt. Rumit tapi itulah caranya nak buktikan sesuatu problem/case study tu sahih ke tak.

Kalau orang amek master lagilah kena bace banyak~ huhuhu~ masak~

aku bace sikit pon ase mcm senget~ hahaha


Tuesday, 22 December 2015

#Weekend Meh

Assalamualaikum.

Aku lupe nak update weekend aku mggu lpas. Huhu hari sabtu aku koje. Means keje a.k.a working. Tapi tak la full day. Nak kate sparuh hari pon tak rasanya. Lebih ke belajar new things la. Aku follow bos department aku iaitu Kak Os. Die baik auw. Die suke ajar aku psal excel memandangkan aku tak biase pakai excel sangat. Dulu blajar byk involve dgn microsoft access. So it's quite interesting. Excel lebih involve dgn nombor, dan statistic skit. Aku xsure ade kuar bar ke tak. hahaha. nampak sangat baru nak jinak dgn excel.

Bukan pe, aku sejak sekolah menengah lagi takut main ngan excel. Sebab bnde involve dgn duit. Kalau salah tak ke masak??? huuuu aku pnah ade tragedii psal nombor ni. Tegak aku kne tengking. Tobat nak jauhkan diri dgn nombor. Tapi skrg aku kne blaja jugak. Ilmu kan. Kena bebyk sbr la.

So mggu lepas aku ade gak la ikot member aku pi kenduri kahwin senior sekolah kami. Nama die akak Fazrin. Aku tak rapat dgn akak ni tpi kenal la. Akak ni pon rasanya kenal aku. hehehe.. lembut je orangnye. Berpasangan pulak dgn kapel die sejak skola menengah lagi, fuhhh... susah tu nak jage hbungan bertahun2. Setia mereka ni.

Bersama pengantin


Dan dlm kisah weekend kami ni ade la jejalan jugak ke Paroi semua. Sebab member aku si Fira de praktikal kt sne. So aku temankan aje la die pergi sane ntok lihat2 keadaan tempat di sana. By da way, kt sne sangat cantik. Serius. Tempat die nak praktikal tu lak kat atas bukit. Huhu..

View dari dlm kete. Ni kat dalam Kampung Panchor.



Yg kelakar nye kan, owner kedai tu memang kayo la. Bila dah masuk kampung tu, member aku ni asal nampak rumah besau, mesti kate " Ha ni mesti rumah die weyh. Tengok tu besar ruang rumah die. Boleh bercucuk tanam kot. " hahaha . Dah tu sederet  situ banyak lak rumah besar aku nengok, so abis sederet tu die kate umah pak haji tu hahahha... last2 bertembung terus. hehehe. Terus bertegur sapa. Siap ajak masuk tapi member aku kate xpela sebab dah lewat dah nak balik rumah hehehe.. Mane taknya jauh kan dari Salak dan Nilai..

Tuh satu hal la. Ni lagi satu. Kisah cari umah pengantin senior kami tu. Hahaha. Ko bayangkan kami dah lalu dah kot rumah pengantin. Siap aku ckp, " Ha ade jugak kenduri kt sini. Same la ni ngan akak fazrin ni... " Dan terus jalan ke depan sampai ke Dengkiil tu. Umah tu kat Sungai Buah,Bangi tapi kami lajak ke Dengkil arah nak ke Cyberjaya nun ha. Hahahhaa. Pakai google map aku boleh search Tempat Latihan Memandu hahahaha... Patut sesat!!!!... Punye benggang member aku hahahaha . Kena U turn balik. Dah sampai sane rupenye betul umah pengantin weyh !!!!! hahaahahaha... nasib kami sampai awal. Takde gelojoh nak makan. Sebab pengantin lelaki xsampai gi. So lenggang kangkung la ktorang. Makan pon slow. Sempat jumpe cikgu Azidah kami. Tapi xsempat snap sebab die nak makan. hehehe. So sempat snap dgn pengantin je la. ~hehe

Itulah die hari minggu ku. Penat tapi hepi pon ada heheh~


Monday, 21 December 2015

Tq ZyraRoxx ~

Assalamualaikum.

Mood aku nak cuti betul-betul turn on awal dari waktunya. So nak tak nak gagahkan jugak diri utk pergi ke ofis. Aku semangat bila nak naik train sebab boleh tengok permandangan sekeliling dari Sepang sampai ke KL. Seronok. Suasana dari waktu Subuh hingga ke waktu siang yg cerah.

Then, lepas on je laptop terus bukak blog dan check shoutbox sume. Terus nampak ZyraRoxx up komen dan bagi link yg die dah jawab soalan tu. Thank you sebab sudi jawab. Yg tak jawab tak mengapa sebab aku tak desak pon. Sebab ni just for enjoy je. Hehehe..

So di sini aku share printscreen blog ZyraRoxx ni. Aku berkenan dgn penggunaan bahasa die yg sempoi dan lukisan doodles die yg so catchy...

Hahhaa sampai die siap komen nak conteng header aku. Hahaha kalau ikotkan hati aku mang nak design itu ini kt header blog aku ni tapi aku rasa anti mcm semak je. So better luaskan ruang ntok yg lebih penting. hehehe

So overall jawapan die so nice.~Terhibur skit heheh.. Thank you again sebab sporting balas sapaan antara blogger.. hehe


Kalau korang nak baca lebih lagi boleh la ke blog die. Klik je gambar die ok ^_^


Wednesday, 16 December 2015

Buku Fixi Giveaway by Yaya

Assalamualaikum

~ Morning ^_^Y ~ yeah~ aku dah ditag oleh Si Buku Kechik dlm Buku Fixi Giveaway by Yaya.. Aku tak slalu bace buku Fixi ni tapi join aje la ye ^_^~


So nah ~ ni rupenye buku fixi..

Nak join awak awak kena follow blog si Yaya, then buat entry pasal give away ni dan letakkan link korang di ruangan komen di entry giveaway Yaya tu. Nak senang, boleh klik di gambar atas ni utk directly ke entry tersebut.

So aku nak tag member member blogger yg sporting... wink wink...

Bidadari Superb
Hanoboo
Hana

Tuesday, 15 December 2015

Yuccie ke aku

Assalamualaikum~

You yuccie, you. You hate gentrification and have decided to live on an island that has never been touched by it. You exhibit many yuccie traits, but you've got a ways to go before your Etsy store goes public.
Maksud ayat tu nak kata aku ni yuccie. Aku tak suke gentifikasi (istilah umum untuk kedatangan orang kaya di daerah bandar yang sedia ada, peningkatan yang berkaitan di sewa dan nilai hartanah, dan perubahan dalam watak daerah dan budaya. Istilah ini sering digunakan secara negatif, menunjukkan anjakan masyarakat miskin oleh orang luar yang kaya.- dari pak cik google) dan buat keputusan utk tggal kat pulau yg belum diduduki lagi. Sifat yucci aku makin berkurangan dan aku perlu cari sebelum kedai Etsy diketahui ramai..

Erk -_-

Ape ke pelik sangat ni? hahaha. Keputusan di atas merupakan kuiz yucci. Nak menentukan kita ni yuccie ke tak. Maksud lain yuccie ni ialah hipster / yuppie. Ala konon poyo act like hispter tu la.Aku terbace yuccie ni dari KopitiamEkonomi.


Hiasan semata-mata ok~


Hahaha aku sebut poyo sebab aku pernah lah tengok bebudak yg takde lah nak ada ape, tapi sebab hipster punye hal, sanggup pinjam tepon member hanya kerana nak snap ala2 hispter. Hahaha.. Ape kes?

Tak pon, nak cari lokasi konon site view yg so hipster. Gambar mcm ala2 tumblr. Aku pnah la try sekali dua tapi macam rasa erkkkkk sangat. Aku bukan jiwa tu sangat. Tapi aku kekadang ade la berkawan dgn kengkawan yg suke hipster, snap like one. Try gak snap muke pandang bawah, OH MY kelakor. Tak boleh. Poyo yg amat. Kalah snap pengantin baru doe. Tak kuasa aku..

Jadi biase je la. Dan u know what, makin besar makin rasa nak cari yg keperluan dahulu je. ~I dont know why~ dont ask~ hahaha..

But from dat kuiz, tak sume betul pasal aku~ muhehehe

Tq Ainur dan Buku Kechik~


Assalamualaikum.

Aku masih duduk diam di ofis. Patut dah balik tapi AKAK AKU MASIH BUAT KOJENYE~.. hahaha.. geram aku menengoknye.. hahah~ tapi kesian jugak sebab kerja die masih banyak. Macam aku ni kerja habis boleh sambung esok tapi die kne siapkan directly time tu jugek..... -_-

So aku dok jejalan/blogwalking sajelah. Sempat jenguk mereka yg dah jawab soalan aku~

Ahahaha.. tertarik aku melihat hobi si Ainur dgn Buku Kechik ni. Hobinya korek idung & jentik tahi idun tu. Wah~! hebat hahaha... bukan pe.. nampak sangat kat situ even simple it can be hobi sengal without sedar. Macam aku, aku suke korek telinga. Pernah sekali tu korek sampai luka. Pastu korek lagi bila dah sembuh. Masa sakit reti sedih sakit telinga bila dah ok, ha ko siap~!






hahaha~ lau nak bace lebih lagi mohon klik di gmbr di atas ok~ ok~ chow dlu ~ tetiba akak aku kemas barang~ tengah sedap menaip kot T_T~ tabah dan sabar saje laaa

Monday, 14 December 2015

Sakit kepala

Assalamualaikum.

Fuh, semalam mang betul2 boleh tumbang dibuatnye. Mana taknya aku sakit kepala sampai rasa nak terhuyung-hayang. Sesiapa yg kerap sakit kepala mang akan mudah memahami bayangan kata2 aku ni. Die bukan sekadar pening tapi denyut2 yg membuatkan ko rasa nak tumbuk dinding. Rasa nak bedal orang pon ada haha.. Tapi serius sakit.

Sedaya upaya aku minum air suam bebanyak. Banyak kali pergi tandas gak sebab dah banyak minum air kan, konfem la nak keluar air tu. Aku rasa semalam hari yg paling kerap aku keluar dari ofis just nak ke tandas punya hal. Satu2 nya yg buat sakit tu kurang sikit bila sendawa. Fuhh.. Aku rasa mang byk toksin dlm bdn ni..

Balik je rumah, duduk jap minum air lagi. Then, rasa mcm dah tak tahan sgt, aku pergi mandi terus. Time mandi tu, aku siram air lelame kt rambut. Bagi sejuk je. Aku pernah gak baca pasal letak ais kt tengkuk tapi denyut2 ni bukan kt tengkuk tapi kt ubun2 kepala. Bila dah lame sangat siram air, baru reda sikit denyut die. Abang aku kate, bila guna ais, bukan mengecutkan urat darah tu tapi die mengecutkan ruang utk darah lalu.



So, melalui pic tu menunjukkan macam mana kalau urat darah kembang sangat dan die mengecutkan laluan darah nak lalu ke dlm tu. So, bila die kecut, die kecutkan dinding dlm saluran tu bagi terbuka ruang ntuk darah lalu.

Lepas ni memang aku kena cari quacker oat dan segala fibre food ntok aku bersihkan kolestrol dlm bdn ni kalau ade T_T

Sakit die betul2 buat kita tak boleh nak buat kerja meh~ serius
~