Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday, 9 November 2014

Tanda taubat kita di terima? ~Tarbiah Sentap

Aku mahu kongsikan artikel yg terbaik pernah aku baca. Dari Blog Tarbiah Sentap. Moga pahalanya insan ini sentiasa berpanjangan kerana memberi kesedaran buat kita semua In Sha Allah.

Tanda taubat kita di terima?



Semua nak tak nak, kena SEDAR diri sikit. Jangan ingat kita ni hebat sangat. Jangan ingat kita ni di sisi Allah mulia sangat, pada masa yang sama, kita buat maksiat macam apa, bahkan, kita tak rasa maksiat yang kita buat tu sebagai dosa langsung! Bahkan, boleh promote lagi kat twitter, instagram dan sebagainya. Contoh?

Ada yang menjadi EJEN untuk promote lagu-lagu barat, lagu kpop, dan segala lagu-lagu yang ada unsur maksiat di dalamnya, dengan cara meretweet, like, follow dan lain-lain artis-artis yang korang obsess. Tak malu ke wahai kawan? Tahu tak korang, orang lain boleh Nampak apa yang korang follow kat twitter dan instagram?

Ada juga yang dengan rileksnya follow berlainan jantina di instagram. Motif? Nak usha perempuan/laki tu ke? Menundukkan pandangan tu wajib wahai kawan. Korang boleh rileks, siap follow lagi, dengan tengok gambar-gambar selfie berlainan jantina di newsfeed, siap like lagi, apakah ini?!

Yang tak tutup aurat sempurna, malas nak hurai. Yang couple, atau yang bermesej-mesej lain jantina, ikhtilat dan sebagainya, pun saya malas nak sentuh.

Persoalannya hari ni, ada orang-orang yang mempunyai ciri-ciri yang saya sebutkan di atas, mereka menggunakan alasan “Allah maha pengampun”sebagai penenang hati ketika mereka melakukan maksiat! TETAPI, adakah Allah terima taubat kita? Adakah?!

Saya terpaksa hurai isu ni, sebab terlalu ramai yang over confident bahawa Allah akan ampunkan dosa-dosa dia, dan di sebabkan kita terlalu over confident, kita dengan rileksnya terus menerus melakukan dosa.

Sedih rasanya! Malu ya Allah!



TANDA TAUBAT DI TERIMA

Hakikatnya, kita takkan tahu, takkan tahu! Kita takkan tahu adakah taubat kita Allah terima atau tidak. Namun, apa yang kita boleh tahu adalah TANDA-TANDANYA sahaja. Yang mana, kalau ada tanda-tanda ni, insyallah, taubat kita tu di terima. Jika takde, maka janganlah perasan, janganlah mendabik dada merasakan bahawa taubat kita di terima. Jangan!

So, apakah tanda-tandanya? Renungilah, kemudian, muhasabah, adakah tanda-tanda ini ada dalam diri kita. Jika tidak, menangislah, kerana takut-takut, taubat kita selama ni, hanyalah taubat yang kosong. Takut-takut!

1)Rasa nikmat dan manis tika melakukan ketaatan.

Ni tanda pertama. Kalau kita dah taubat, tapi kita masih rasa berat untuk buat baik, masih rasa malu untuk berubah, masih rasa penat dan beban dalam melakukan ketaatan, MALAS dan sebagainya, bermakna, taubat kita masih belum di terima!

Baca quran tak nangis, doa tak nangis, solat tak nangis. Tengok drama korea/jepun, menangis. Apakah ini? Apakah semua ini? Argh!

Means, kalau kita masih rasa MANIS, seronok, cenderung dan minat untuk buat maksiat, boleh rasa tenang bila dengar lagu-lagu tak elok misalnya, maka, ketahuilah, taubat kita hanya taubat yang menipu. Ya Allah, jauhi kami dari perkara in!

2)Istiqomah dalam melakukan ketaatan.

Tanda taubat seterusnya ialah kita istiqomah dalam berubah! Bukan sekajap baik, sekejap jahat, sekejap solat full, pastu malas, tinggal solat balik. Dah tak chatting dengan berlainan jantina, pastu chatting balik. Dah break up dengan couple, pastu tiba-tiba rasa nak cari couple baru. Dah cantik tudung labuh, pakai tudung singkat balik. Tak pakai tudung malas saya nak sentuh, faham-fahamla. Ini semua adalah tanda Allah tak terima taubat kita lagi!

Berkata seorang ulama’:

“Tanda taubat di terima ialah kau istiqomah atas jalan hidayah dan perubahan. Bila kau bertaubat, kau berubah, dan istiqomah dalam perubahan itu, itu tandanya Allah terima taubat kau. Sebaliknya, kalau kau putus-asa, tak istiqomah dengan perubahan kau, itu bermakna kau TAK JUJUR dalam bertaubat dan Allah masih tak terima taubat kau!”

Ergh.. Nak nangislah pulak. Ya ALLAH, bantulah kami ya Allah!!

3)Meninggalkan maksiat.

Ini satu benda yang sangat penting. Tanda taubat kita di terima ialah kita tidak lagi melakukan maksiat yang telah kita taubatkan! Kalau kita taubat sebab tak solat, jika kita masih tak solat selepas itu atas apa-apa alasan tak munasabah dan tiada uzur, maka taubat kita Allah tak terima! Kalau kita taubat dari menonton video lucah, namun selepas itu kita masih tengok video lucah, tu tanda Allah tak terima taubat kita! Sama juga untuk couple, ikhtilat, zina, arak, masih tinggalkan puasa, dan segala maksiat yang kita buat!

Bila kita dah bebas dari maksiat yang kita taubatkan, itu tanda taubat kita di terima, dan ketika itulah kebahgiaan muncul!!

4)Menjauhi dan meninggalkan kawan-kawan yang berperangai buruk dan jahat.

Ini paling saya nak hurai. Hakikatnya, kita akan suka duduk dengan orang yang sama sepsis dengan kita. Kalau kita ni suka benda jahat, kita akan suka lepak dan bergaul dengan orang jahat. Contohnya, kita ni kaki perempuan. Sikit-sikit cerita pasal perempuan ni, suka ni, suka tu, tu cantik, ni cantik. Maka, kita akan duduk dengan orang yang suka cerita pasal perempuan jugak.

Kalau kita ni kaki movie dan wayang, kita akan lepak dan duduk bersama kaki-kaki wayang jugak. Kalau kita jenis yang obsess artis, suka bieber, exotic,  one direction, Lee min ho, CR, Mee hun Sup dan ramai lagi, maka kita akan lepak dengan orang yang sama macam kita!!

“Orang yang jahat, akan merasa tenang dan gembira bila bertemu orang yang jahat. Orang yang baik, akan merasa tenang dan gembira bila bertemu orang yang baik…”

So, kawan-kawan yang macamana kita WAJIB jauhi?

****

Ciri-ciri kawan yang wajib kita jauhkan dan tinggalkan:

a)Yang tak support kita berubah, sering perli dan menganjing kita bila kita nak berubah

Contohnya, bila kita buat baik sikit, dia cakap:

“Pergh..sejak bila kau alim ni?Bapak ah!”

“Fuhh..Ustazah sekarang. Ini poyo semua ni…Haha..”

Dan banyak lagi contoh. Malas nak reka dialog. Haha..

b)Sering mengajak kau buat dosa.

“Weh, jom pergi wayang. Tengok cerita ‘Transfomer 7’. Best tu beb. 3D!!”

“Jom gi konsert Justin Bieber kat Malaysia..Eee…meltingnya!!Tak sabarnya!!”

“Kau nak amik dari aku siri-siri drama korea tak? Aku ada banyak gila, baru habis download semalam. Lee Min Ho cute gila!Hehe..”

“Kau dah dengar lagu Katy Perry yang baru? Tajuk lagu dia, ‘twinkle little star’ tak silap. Bapak ah, sedap gila bro!!”

"Kau nak aku match kan kau dengan crush kau tak?Aku boleh je tolong. Haha..Baru cinta kau berbalas beb!"

c)Suka sembang benda-benda dosa.

“Weh, crush aku macam tak layan akula kat FB. Aku mesej tak balas pun. Sedihnya!”

“Pergh. Samdul tu cute kan?Lagi-lagi janggut dia. Suka sangat!!”

“Wei korang, Siti Samarinda Bt Mud Arid Lil Sukun(pergh, nama buruk gila. Sorry) cantik gila kan? Time dia selfie kat instagram, gila. Berdebar kot jantung aku. Cantik gila bapak kot!!”

d)Melazimi maksiat walaupun dah di tegur.

Contohnya, masih tak tutup aurat, masih ikhtilat, masih buat perkara-perkara yang tak sepatutnya dalam agama, walaupun dah di tegur.

Kawan-kawan macam ni, tinggalkanlah!!

***

Kawan-kawan yang baik ni, bila kita bersama dia, kita ingat Allah. Kita buat salah, dia tegur, kita rasa lemah-semangat nak berubah, dia support. Kita ada masalah, dia jadi pendengar yang baik dan bantu sedaya mungkin. Mereka juga sentiasa melazimi amal soleh, menjauhi maksiat, tinggi sifat malu, dan baik akhlaknya, menutup aurat dengan sempurna, juga semangat dalam melakukan perubahan.

Berkata Ibn Athoillah:

“Janganlah kamu berkawan dengan seseorang yang keadaannya tidak membuatmu terdorong untuk berbuat baik dan ucapannya tidak membimbingmu menuju Allah! “

Allah telah menyuruh kamu berusaha bersahabat daengan orang-orang pilihan yang bersih dan duduk bersama mereka-mereka yang warak dan dekat dengan Allah. Ketahuilah, sebagaimana engkau di minta untuk meninggalkan maksiat, engkau juga di minta untuk menjauhkan diri dari pelaku maksiat. Engkau tidak boleh bermuka manis dan bercengkarama dengan mereka!! Tetapi, hendaklah engkau berdoa agar mereka mendapat petunjuk…”

 Ada orang tanya saya:

“Habis tu, kawan-kawan yang jahat, siapa nak kawan dan bimbing mereka?!”

Saya jawab:

“Orang jahat bukan untuk di kawan. Orang jahat adalah untuk di dakwah. Bila kita berkawan dengan mereka, kita akan terpengaruh. Tetapi, apabila kita berdakwah, kita yang akan mempengaruh!”

JANGAN PANDANG REMEH DOSA

Sekarang, ramai gila orang dah tak anggap dosa tu dosa. Mereka anggap, dosa kecil tu takde apa, remeh dan tak mendatangkan murka Allah. Apakah ini?Apakah??!

Ibn Athoillah menyebut:

“Kadang-kadang, kau takut terhadap dosa-dosa besar sehingga kau cemas akan balasannya, lalu kau menjauhinya, serta bertaubat setelah melakukannya. Tapi, pada masa yang sama, kau meremehkan dosa kecil, tak bertaubat darinya kerana di anggap kecil dan remeh. Engkau tak berusaha menghindarinya dan terbiasa melakukannya. SIKAP INILAH yang paling MEMBAHAYAKAN  agama seorang mukmin…”

Sebab tu wujudnya orang yang dah tak rasa bersalah tengok movie sedangkan di dalamnya ada watak tak pakai tudung, ada bukan muhrim dan sebagainya, tapi kita boleh tengok dengan rileks bahkan langsung tak rasa bersalah, dan bila di tegur, tak puas hati, pastu menganggap orang yang tegurnya sebagai keras dan syadid. Pelik gila orang macam ni!

RACUN, walaupun kecil dan sikit, ia pasti akan membahayakan dan boleh membunuh! Dosa kecik yang di lakukan terus-menerus ibarat percikan api. Bila percikan api tu di remehkan, ia akan membakar seluruh kampung! Bahkan, ada pepatah berbunyi:

“Sebahagian api besar berasal dari percikan-percikannya…”

Bahkan, tanda iman rosak ialah tak rasa bersalah bila buat dosa kecik!!



JANGAN PUTUS ASA DALAM BERTAUBAT

Huh. Ramai orang yang bila taubat, dia buat balik dosa, bila taubat, dia buat balik dosa, berulang-ulang benda yang sama. Sampai satu masa, dia rasa taubat dia tak berguna, dan rasa down dan lemah semangat untuk bertaubat.

Jangan. Jangan putus-asa wahai kawan. Saya merayu…

Kalau kau sakit, kau mesti akan berterusan makan UBAT, kerana kau nak sihat, nak hidup dengan aman bahagia, tanpa rasa putus asa. Apakah UBAT yang kau makan itu manis? Tidak! Ubat tu pahit! Tapi, kalau kau mampu menelan dan menahan kepahitan ubat tersebut, engkau akan sembuh lama-kelamaan.

Begitu juga maksiat. Maksiat itu tanda diri kita sakit. Dan ubat itu adalah TAUBAT. Dan tanda taubat di terima ialah kita tak ulangi maksiat itu. Kita taubat, taubat, taubat, sehingga ruh kita sihat dan sembuh dari penyakit maksiat! Walau, kita terpaksa menelan “pahitnya berubah” dengan meninggalkan “manisnya maksiat”, namun akhirnya, KESEMBUHAN dan BEBAS dari maksiat itulah yang kita dambakan di dunia ini…

Sungguh.

Cuba kau bayangkan. Kalau kau adalah anak yang derhaka dan berkali-kali melakukan perkara yang menyakiti hati ibu kau. Dan sampai satu masa, kau buat keputusan untuk LARI dari rumah, meninggalkan ibu kau sejauh-jauhnya, walaupun ibu kau masih mencintai kau.

Dan, sampai satu masa, di malam yang hening, dan hujan lebat yang membasahi, kau di langgar oleh kereta lalu cedara. Dan kau tak tahu di mana ingin bergantung, lantas kau kembali ke rumah ibumu. Kau mengetuk berkali-kali pintu tersebut, mengetuk dengan sungguh-sungguh, dengan penuh penyesalan dan tangisan yang teresak-esak, mengharapkan pertolongan dan ampun maaf dari ibumu. Adakah ibumu yang amat mencintaimu itu akan buka pintu tersebut?

Sudah pasti. Ibumu tak sanggup melihat kau susah, lantas membuka pintu rumah tersebut, dan menjaga kau dengan penuh kasih-sayang. Itulah kasih seorang ibu! Namun, kau perlu tahu:

“Kasihnya Allah kepada hambanya 70 kali ganda dari kasihnya ibu pada anaknya!!”

Bila kau bermaksiat, melakukan perkara yang Allah murka dan marah, dank au buat keputusan untuk LARI dari Allah, jauh dari Allah, kau menyampah dengan Allah sedangkan Allah dah bagi kau pelbagai nikmat, dan kau gunakan nikmat tu untuk bermaksiat.

Namun, sampai satu masa, tika hati kau dah kotor dan kau amat terseksa dengannya, dan kau pun menangis, mengetuk pintu taubat dengan sungguh-sungguh, berkali-kali tanpa jemu, mengharap ampunan Allah. Kau rasa, adakah Allah akan buka pintu tersebut?

“Kasihnya Allah kepada hambanya 70 kali ganda dari kasihnya ibu pada anaknya!!”

Kalau si ibu pun tak sanggup melihat anaknya dalam kesusahan, apatah lagi Allah. Allah pasti, pasti akan buka pintu taubat untuk kau! Ketika itu, kau akan bahagia, tenang, bercinta dengan Allah, bermesra dengannya, sentiasa menangis kerinduan padaNya, dan bebas dari dosa noda dan maksiat.

Allah....

Ampunkan kami yang kurang ajar dan derhaka ini.
Di sudut hati kami, kami amat terseksa dengan maksiat. Bebaskan kami ya Allah……….

Menangislah wahai diri...Saya merayu.

Rujukan : http://www.tarbiahsentap.com/2014/07/tanda-taubat-kita-di-terima.html

No comments: