Tinggalkan jejak anda ye~

Wednesday, 26 November 2014

Amalan Mengelak Sihir

Kerap pula kita mendengar cerita tentang orang yang terkena sihir. Bukankah perbuatan menyihir orang lain itu berdosa dan sangat dimurkai Allah SWT? Ya, mungkin kita tidak boleh menghalang niat orang untuk mengenakan sihir ke atas diri kita atau sesiapa pun (kerana kita tidak tahu niat manusia). Tetapi ada banyak cara yang boleh diamalkan untuk mengelak daripada terkena sihir. Entri kali ini mendedahkan tujuh amalan mengelak sihir paling mudah.

*Membaca ayat kursi pada setiap kali selesai mengerjakan solat fardu dan selepas membaca zikir-zikir yang disyariatkan.

*Membaca ayat al-Kursi menjelang tidur. Ia merupakan ayat yang mulia di dalam al-Quran.

*Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan surah an-Nas setiap kali usai menunaikan solat fardhu. Membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada awal pagi selepas mengerjakan solat subuh dan pada awal malam, selepas mengerjakan solat maghrib.

*Membaca dua ayat akhir surah al- Baqarah pada awal malam (waktu maghrib), iaitu firman Allah pada ayat 205 dan 206.

Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi pada waktu malam, Allah mengutus kepadanya malaikat sebagai penjaga dan syaitan pun tidak menghampirinya sehingga waktu subuh.” (Riwayat Bukhari)

Kata Nabi s.a.w lagi, “Sesiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah pada suatu malam, kedua-duanya akan menjadi penjaga dirinya (dari kejahatan).” (Riwayat Abu Daud: Sahih)

*Memperbanyakkan membaca doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w pada waktu malam dan siang. Di mana sahaja kita berada.

Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang mendiami suatu tempat penginapan, lalu dia berdoa (tidak mengapa ingin lafaz dalam bahasa melayu) “Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah yang sempurna daripada segala kejahatannya daripada apa sahaja yang diciptakanolehnya.” (Riwayat Muslim)

*Membaca zikir (Tirmizi: Sahih) yang bermaksud: “Dengan nama Allah yang bila nama-Nyadisebut, tidak akan memudaratkan segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit, Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Baca sebanyak tiga kali pada sebelah pagi dan petang. Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang membaca zikir ini tiga kali, ia boleh menyelamatkan seseorang daripada kejahatan.

*Zikir dan doa ini merupakan salah satu faktor yang boleh menyelamatkan diri daripada sihir dan kejahatan-kejahatan yang lain. Bagi sesiapa yang sentiasa mengamalkannya dengan penuh keyakinan dan keimanan, disertai tawakal kepada Allah dan merenungi maknanya dengan baik. Ia merupakan senjata yang kuat bagi menangkis sihir, di samping memperbanyakkan doa dan harapan kepada Allah SWT agar penyakit dan penderitaan yang dialami segera sembuh. Antara doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w ketika mengubati penyakit sihir.

Maksudnya, “Ya Allah. Tuhan bagi sekalian manusia, hapuskanlah penyakit hamba-mu ini, sembuhkanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sahaja yang dapat menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan yang Engkau berikan satu kesembuhan daripada segala penyakit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di antara doa ruqiyah lain yang pernah dibacakan oleh Jibril kepada Nabi s.a.w ialah, Maksudnya,“Dengan nama Allah, aku menjampimu daripada segala yang menyakitimu dan daripada kejahatan manusia mata yang dengki. Allah sahajalah yang menyembuhkan penyakitmu. Dengan nama Allah, aku menjampimu.” (Riwayat Muslim)

Hendaklah bacaan-bacaan tersebut diulangi sebanyak tiga kali. Hal ini boleh diamalkan sendiri atau pun meminta tunjuk ajar daripada orang yang mengetahui selokbelok agama

No comments: