Aku nak sangat ko berbicara dengan aku macam dulu. Macam dah lama kenal. Maybe aku dah lupa tone ko bercakap macam mana. If penceritaan aku dah mengguris hati ko. Maafkan aku dan lupakan aku je la. Sebab normal, jika kawan kita dah terasa hati sangat sampai kawan die dah sebarkan cerita buruk pasal die, takkan die ingin nak kenangkan lagi.
Terima kasih aku ucapkan sebab ko pon ade menegur aku dalam post blog ko. Post aku yg ko marahkan tue pon aku dah delete. Ye, ko ungkapkan ke tak, aku tahu ko mesti dah rasa fed up ade kawan macam aku.
Da things is, aku tak pernah pon lupa pada apa yg ko pernah buat baik pada aku. Aku masih ingat macam mana ko cuba pujuk aku pada hari arwah mak aku meninggal. Maaflah kalau ko fikir aku hanya fikir keburukan. Instead, aku tetap kenangkan macam mana ko ajak aku masuk geng ko. Dan melalui ko, aku dapat kawan ramai. Sampai suatu masa tue, kengkawan kita sume macam ade prob dan diam jek, ko pon macam rasa ko dah ade wat salah. Thanx sudi jadikan aku kawan ketika ko sedih.
Dulu jugak aku pernah menjadi pendengar ko luahkan perasaan yg ko rasa sedih sangat. Ko yg mengajar aku untuk menghargai kawan tapi malangnya aku tak mampu menghargai kawan aku dengan sebaiknya. Maafkan aku lagi.
Aku tak pernah lupa pada pesanan mak ko pada ko suatu ketika dulu...
"Kalau mak dah takde nanti, adik jangan lupe bacakan mak ayat2 Al-Quran ye"
Aku harap dan aku tahu, ko anak yg solehah insyallah dan makbulkan la permintaan mak ko. Beruntung ko masih ade mak sedangkan aku nak rasa pelukan mak bagaikan mimpi je. Sori la jika penceritaan aku dah macam burukkan mak ko juga. Aku doakan mak ko panjang dan dimurahkan rezeki.
Waktu tue, ko rajin sangat baca yasin dan al-quran dalam surau. Hahah, ko nakal sedikit dalam surau. Tue yg aku ingat. Ko diam bila keliling kita semua diam. Cute sangat. Hey, ko layan aku mase tue macam kawan baik. Kalau nangis, kita sama2.. tapi bila ko dah hepi, kadang2 aku tak nampak ko pergi ke mana, Biase la, budak2 kan. Mesti mahu have fun.
Mungkin macam ko cerita, 8 tahun kita dah tak jumpa. Contact pon jarang. Beb, walaupun 8 tahun, aku masih ingatkan ko. Aku nak contact selalu pon, aku fikir balik, ko nak ke balas mesej aku selalu? Mesti rimas. Macam aku takde kawan lain pulak. Kalau aku contact pon, mase uh memang aku dah rindu sangat.
Tadi ko kata ko dah bosan sangat dengan aku dan cerita2 yg aku ungkitkan. Maafkan la aku ok. Well, keep move on dan anggap la Nur Fadillahhani Bt Abd Hamid tak pernah wujud dalam hidup ko.
Ko memang baik but certain time ko tak perasan yg ko mengguris hati orang lain. Sori la kalau bahagian ni aku yg guriskan perasaan ko. Mungkin aku BUKAN kawan ko. Kita takde takdir untuk menjadi kawan.
Tapi kalau aku ingat gerakkan ko main bola, gerakkan ko berjalan, cari kengkawan naik turun tangga asrama. Ketawa. Aku menangis. Aku ingat sangat dan sampai bila2 aku ingat. Yes aku sensitif. Aku terasa sangat bila ko borak dengan aku kat twitter yg pasal minah cermin uh macam aku salah orang. Kot ye pon aku salah orang gelak la skit., Aku terasa serius sangat jek ko tekankan ko bukan macam tue. Aku nak teruskan perbualan pon dah rasa mesti pasni taleh nak cakap pe dan aku pon luahkan je la kat blog aku ni. Malangnya sebaliknya yg ko rasa yg aku dah pon buruk kan ko. Maafkan aku lagi sekali dan lupakan aku ok.
Erm, nasi dah jadi bubur kan. Lukanya hati ko, mana kan mampu aku nak memulihkan kembali. Aku harap ko hepi dan sentiasa sihat. Ko pon tak kurangnya bijak dalam study dan harap ko boleh teruskan impian ko. Lagi satu, ko seorang penulis yg baik. Aku memang dari dulu suka penceritaan novel ko. Even bahasa Inggeris ko pon aku rasa tip top.
Sori la... sikap immatured aku dah menjadi hubungan kita putus.. Maaflah.. aku hanya mengharapkan ko jadi kawan aku macam dulu tapi... masa dah berubah dan diri kita pon dah berubah... maafkan ok.. Sekian...
P/s : Kawan baik lagi mudah tersentuh hati berbanding kawan biasa..
No comments:
Post a Comment