Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday, 12 June 2012

Agama itu Cara Hidup


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :" Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:" Apabila seseorang memeluk agama Islam dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu. Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya."
(Riwayat al-Bukahri)
Addin itu Cara Hidup
Islam adalah Addin tiada pemisahan antara agama dan cara hidup. Sebab itu Islam tidak boleh diterjemah dengan agama sahaja tidak boleh diterjemah dengan 'religion' sahaja (kerana) Addin tidak tepat (jika) diterjemah dengan agama (atau) religion sahaja, kerana dalam itu (Addin) ada segala-galanya termasuklah yang berkait dengan teori, ideology, termasuklah aspek politik, ekonomi (dan) sosial.

Agama adalah perjalanan sebuah kehidupan. Setiap hari kita menjalani apa yang telah sedia diterangkan di dalam Al-Quran. Samada kita menjadi lebih baik atau tidak semuanya sedia dijelaskan oleh Allah di dalam Al-Quran. Lalu pilihlah golongan mana yang kita ingin digolongkan. Kerana balasannya telah siap disediakan Allah samada baik atau buruk. Menunggu waktunya sahaja.
Percakapan kita adalah agama, berpakaian kita adalah agama, pergerakan kita adalah agama, berfikir kita adalah agama, tingkahlaku kita adalah agama, pemerhatian kita adalah agama, pendengaran kita adalah agama.... semuanya adalah agama. Agama bukan sahaja aturan atau jalan hidup tetapi agama ini adalah hidup kita ini. Setiap nafas kita ini adalah agama.
Hidup ini mempunyai proses. Proses inilah agama. Unit ukurannya adalah iman. Hasilnya adalah taqwa di mana ketika kita memiliki taqwa, bermakna jiwa dituntun Allah untuk sentiasa melakukan kebaikan.
Seandainya iman hilang entah ke mana, kita tidak memiliki taqwa lalu dinamakan fujur. lalu kita memiliki keburukan dan jiwa dituntun Allah dengan kegelisahan dan kesempitan sehingga kita sentiasa ingin melakukan kejahatan.
Masalah umat islam sekarang ini memahami agama ini sekadar aturan dan hukum hakam agama. Berpisah daripada kehidupan. Dianggap hidup yang mengikut kehendak Allah adalah hidup beragama tetapi hidup jauh dari perintah Allah adalah hidup tidak beragama.
Sedangkan apa sahaja kita lakukan, itulah agama. Baik buruk yang kita lakukan semuanya siap sedia dijelaskan Allah dalam Al-Quran.
Selagi kita menganggap agama ini sekadar aturan Allah bukannya seluruh kehidupan kita ini bersama semua makhluk yang Allah ciptakan, maka kita akan berasa agama itu terpisah. Samada kita ingin mengambilnya atau tidak.
Sedangkan agama ini tidak boleh dipisahkan dari kita walau siapapun kita samada beriman atau tidak. Namun setiap apa yang kita lakukan ada balasan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita.
Oleh kerana perjalanan hidup ini yang merupakan satu proses kehidupan iaitu dikenali sebagai agama, maka pastikan setiap hari kita menjadi orang yang sentiasa memiliki iman bersama iman yang telah lalu.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِي
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitanitu musuh yang nyata bagimu
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 208)

No comments: