Tinggalkan jejak anda ye~

Thursday, 11 December 2014

Majlis Teh Diraja Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Yang Ke-69~

Assalamualaikum. alhamdulilah. Sekarang bulan last aku di sini tempat praktikal. Hari tu aku hampir berputus asa untuk teruskan latihan industri aku di sini. Dugaan. Tapi Allah hadirkan insan2 yg sentiasa kasi semangat pada aku. Apa pon niat di hati mereka, aku serahkan kepada Allah. Aku doakan semoga mereka berada dalam lindungan Allah saja.

Syukur, aku di sini berpeluang mengikuti majlis rasmi kerjaan seperti Majlis Teh Diraja Sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia , Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Semoga Allah Lanjutkan Usia Tuanku.~
Hehe.. Pic kat bawah ni aku edit untuk Buletin Bulanan BKP.~


Peluang ini aku ucapkan terima kasih kepada Encik Rezal dan Puan Noorliza iaitu Cado aku yg merangkap bos besar aku dan supervisor aku di sini. Puan merupakan orang paling banyak beri tunjuk ajar kepada aku selain tok guru. Tok guru orang yg slalu ajar benda basic pada aku.. Dia da lame tinggalkan dunia multimedia dan network tu semua tapi perghh ingatan die masih melekat dan fresh.. ~Aku salute habis kat ko tok guru~ Thanx tak putus kasi ajar pada aku yee,,

Ok, Aku nak share suasana majlis tersebut. Sebenarnye aku dapat peluang ni pon sebab projek yang sedang aku usahakan ni bersama krew aku berkait juga dengan majlis ni. Sebab nak diselitkan juga sebahagian dalam video korporat. Serius buat masa ni video aku memang nampak sangat tak prevelage dan prestige la..~ Namun aku cuba usaha mana yang aku mampu setingginya usaha aku...

Jadi, majlis tersebut bermula pada pukul 3.00 petang namun kami warga kerajaan perlu ada di sana lebih awal la iaitu pada pukul 1.00 petang. Aku datang ofis pepagi lagi dah. hehee.. Makan dulu kt ofis bersama akak2 yang ada di sana.

Ha, pic kat atas ni aku bersama akak twin yang selalu sama je bajunye. Hehehe.. Comel glerr tau.. Susah nak dapat orang spend the money untuk baju yg sama. Tapi en aku selalu spend dgn akak aku mcm tu hehehe~ aku dengan akak aku selalu tak sebijik sangat tapi style lbeyh kurang same la.. heheh~
Ihik, tenkiu tok guru sebab snap kan aku yang ni~ Nice pic sangat~ Bestnye tok guru ni en, die selalu snap pic or moment yg sangat2 sweet~ hehehe.. cuwettt~!

 Ha.. ni adalah suasana di istana. Actually luar istana sebenarnya. Tempat makan sultan bersama MB Azmin Ali berada di situ. Keemasan suasananya.. Aku perhatikan ramai je yang pakai warna emas..huhu.. Sebab ini hanyalah majlis Teh Diraja kan. heheh~


Moment bersama Tok Sham, akak2 twin dan Encik Azizol..Ihik kesian Cik Koko muka die tak nampak. Cik Koko kata aku macam pokok sebab menghijau.. Aku tanya lah die, kalau aku ni pokok mana rantingnya?? hahaha die terus jem nak jawab~ kekeke.. gurauan kan.. aku panggil die meow.. misai die comel... sebijik macam kucing hehehe



Akhirnya Tuanku sampai jua.. heheh~ Pic yang ni aku yang snap~ hehehe.. Senyum je tuanku masa sampai ke khemah~ Aku tengok dayang2 tue pon cantik~ Dayang ke ek? huhuhu~ agaknye la kot.. huhuhu~


Ha, ni tuanku tengah nak menjamah pulut. Cantik je aku nengok pulut tue dihias~ hehee.. Kat meja aku pon ada juge pulut kuning ni. Sedapp makan dengan rendang~ hehehe

 Ha.. ini lagi cantik. Bebudak menari semasa tuanku makan beradab.. Wink2.. Ini pic tok guru yang snap kan... Badan die kecik, laju je ke sana ke mari.. hehehe~ Ada sekali tu, die ajak aku pi snap, sekali die duduk aku pulak yang snap.. takpe, aku bantu lah die sebab sebelom ni die dah banyak bantu snap gambar untuk aku hehehe~..


Ha...~ Dapat snap waktu die mamam aiskrim.. hehehe~ Meja die tak dapat aiskrim.. jadinya die datang ke meja aku tu, dan amek aiskrim..huhuhu~ semangat die nak mam aiskrim sampai jatuh2 aiskrim tue heheheh~

 Ini sangat choii sebab die snap muka aku ngah men tepon... kuat kot flash nyee... ko tengok aku buat apa kat die yee..

Taraaa.. aku snap die balik kai tepon aku tue.. By da way, die ni merupakan penasihat gadget yang superb coz die yang nasihatkan aku beli itu dan ini.. Guna itu dan ini macam mana.. heheh..~ Banyak ilmu die pasal gadget~
Tu die kusyuk belek kamera baru.. hehehe.. actually die nak cover dan nak tunduk habis la kasi aku tak dapat snap~ Weeekkk aku dapat snapppp ok~ heheheh..

Ha... masa ni tuanku sedang menerima hadiah pemberian dari MB dan rakan2 yang lain. Cantik kan? Mesti mahal..huhuhu~.. Pape pon Semoga panjang usia tuanku~

 Sesi bersalam dengan tuanku. Tuanku tak datang ke bahagian aku mase ni. Ni pon tok guru snap.. Ramai sangat orang kot.. huhu~.. Time ni aku duduk je. Badan dah berat kekeke..~

 Saat Tuanku mahu beredar meninggalkan khemah bersama MB Azmin Ali serta isteri.. hehehe~



Saat bersama akak2.. Titipkan kenangan bersama di tangga kawasan istana.. Hehehe. Akak2 tue cantik.. best nengok hehe.. 





 Ha...~ pic kat atas ade bos aku iaitu Puan Noorliza. Cantik sangat die mase ni. Siap suruh aku salam tuanku tapi aku takut.. sekadar berjalan2 snap gambar saja.. Sempat jugak aku selfie.. hehehe~.
 Ha.. ni aku bersama dengan Pak Ungku iaitu OBD di PDT Sepang. Die sangat2 mesra dan tak sombong. Isteri die pon kata aku cantik~ Auww.. malu titew.. ngeh3.. ~ Sempat salam cium tangan.~ hehehe
Lastly... pic staff2 yang sporting snap pic bersama aku... eehehe.. tok guru macam nak pergi nikah dah pakai baju putih berkilat~ ehehe.. hensem2.. Tunggu die kahwin la nak snap pic die pakai baju pengantin hahahah~ 

So, best sangat dapat sertai majlis ni. Tq sangat2 Encik Rezal sebab selitkan nama aku. Tak semua dapat peluang yg precious ni. Aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk video korporat aku. Kenangan ini aku akan ingat sampai bila2.. 

Thursday, 4 December 2014

Dapat akhirnya yeayyyy~!


Assalamualaikum~ sebelum ni aku teruk benar tak kasi salam kan~ Senget la aku ni heyhh~
3 hari sedih sorang. Termenung pikir masa depan aku ok ke idok pasni.. Aku berserah pada Allah. Aku redha jika ini ditakdirkan pada aku. Aku siapa nak melawan. Sabar la. Inilah tanda cinta Allah pada kita.

Namun, selepas tiga hari itu, alhamdulilah satu satu rezeki mari.. hehehe.. Nampak tak kt atas tue.. itu di antaranyaa... Tok guru akhirnya belikan... hehehe.. yeayyyy~ Senyummmm...

Plus dapat tempat baru ntok buat kerja.. ~Anjung Iqra"... Alhamdulilah hehe..

Apa yg terbuku di hati biarkan dia tersimpan di situ. Bersyukur sangat masih ada yg mahu jaga. Tenkiu Allah kirimkan insan mahu jaga aku.. Alhamdulilah...

~
Bersama abg Faiz dan abg Kamil~ ~Video dah mula kena buat~ figure belakang tue mang agak serabut sebab memang jadi tempat letak barang un~ hehehe.. 
Heheh... abang Kamil dok mencari lagu ntok video~ steady... 

Tok guru aku kemungkinan da tembam..hahaha.. sebab?? Aku nak snap sampai badan die masok... nak jugak terselit..~ padahal aku yg silap en hahahah.. ~

Aku dapat coco crunch..~ heheh.. Ada sebab gak tue.. ~Coz aku dah tolong tok guru buat video perpisahan ritu. Kerja tue tengok orang la lau nak rasa berat ke tak. Aku rasa sederhana. Bantu je sebab movie maker ok tapi ritu last aku buat video aktiviti ritu macam apa je. Hancur video tue. Ade ke kuar print screen aku. Padahal aku da edit da sikit ritu. Aiyakkk~ Maluuuuuuuuuu~!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sangatttt~!!!!!!!!!!!

Pape pon aku cuba melupakan kenangan pahit yg menyengat sgt tue.. ahhaha.. 

Tq tok guru sebab banyak jaga saya. Ajar saya dalam study sikit. Dalam projek banyak hehehe.. Almost all ideas aku sedut dari die , Encik Nazri dan abg Kamil. But overall ideas datang dari Cado dan Encik Asyraf, heheh.. 

Hope semuanya ok. ~amiinn.. 

Thursday, 27 November 2014

Orang-orang yang Terpedaya oleh Dirinya

Sumber dari : http://walkintomylife-eyan.blogspot.com/2014/10/orang-orang-yang-terpedaya-oleh-dirinya.html 

Petikan teks daripada MINHAJUL ABIDIN WASIAT IMAM GHAZALI edisi Bahasa Melayu

Orang-orang yang terpedaya oleh dirinya terbahagi kepada empat golongan. Setiap golongan mempunyai beberapa bahagian lain. Imam Al Ghazali dalam kitab Ihya’ nya telah membahaskan perkara ini dengan panjang lebar, tetapi di sini saya akan mengemukan untuk satu golongan sahaja dan secara ringkas sahaja.

Golongan Keempat:

Golongan hartawan yang antara lainnya ialah orang yang suka bersedekah terhadap fakir miskin, tetapi menginginkan kesaksian orang ramai. Fakir miskin yang disenangi ialah yang mahu menceritakan tentang kebaikan dirinya serta memuji-mujinya. Mereka tidak mahu bersedekah dalam diamsebaliknya mahu melakukannya di hadapan orang ramai dengan tujuan memberi tauladan dan untuk mengetuk pintu hati orang lain agar melakukan kebaikan kerana pada pendapat mereka apa yang penting ialah niat.

Terdapat juga golongan yang gemar menggunakan harta kekayaannya untuk menunaikan haji, sedangkan ramai jiran tetangganya yang kelaparan. Berkaitan dengan perkara ini, Ibnu Mas’ud berkata “Kelak pada akhir zaman, ramai orang melakukan ibadah haji dengan mudah, tetapi mereka tidak akan mendapat pahala kerana dia tidak mempedulikan jiran tetangganya yang dalam kesulitan, bahkan bertanya khabar pun tidak.” Ini kerana hukum membantu jiran terdekat adalah wajib dan menunaikan haji untuk kali kedua adalah sunat.

Selain itu, terdapat pula golongan yang banyak wang tetapi terlalu menyayangi kekayaannya sehingga kedekut untuk membelanjakannya. Dalam beribadat, mereka memilih ibadat yang dapat dikerjakan oleh anggota badan kerana mereka enggan mngeluarkan wang.

Mereka banyak mengerjakan puasa sunat dan sembahyang sunat pada malam hari dan banyak kali khatam Al-Quran. Tetapi mereka tidak mahu mengeluarkan wang atau dngan kata lain sangat kedekut membelanjakan harta mereka untuk jihad, pembinaan masjid dan madrasah serta derma anak yatim. Mereka ini termasuk ghurur kerana meninggalkan amalan yang lebih penting dan lebih perlu diutamakan.

Sebahagian lagi ghurur adalah dari golongan awam, hartawan dan fakir. Mereka beranggapan bahawa menghadiri majlis ilmu telah memenuhi kewajipan. Mereka menjadikan ia sebagai satu kebiasaan dan beranggapan bahawa mendengar tanpa beramal juga sudah melyakkan mereka untuk mendapat pahala dari Allah SWT.

Last day for shoot~

Semalam last hari untuk mengutip bahan2 untuk video korporat. Tinggal 3 lokasi sahaja iaitu Hospital Serdang, Universiti Lim Kok Wing dan Kilang WRP. Satu misi juga dijalankan semalam iaitu membeli kamera DSLR baruuuu~ hehehe.. Hepi pulak aku semalam dok mengekor tok guru aku beli kamera. Dalam ofis tue, hanya die je tahu pasal kamera tue. Alhamdulilah, macam mana keadaan dalam sesuatu tempat tu kan, mesti ada yg profesional dalam hal2 memasing. Contohnya macam situasi ni la.. Lau takde tok guru en, aku rasa kamera yg biase2 je kot. Tapi kamera biase

Hehehe.. Skema betul statement aku tue en.. Konon report la padahal cerita biase je hehehe.. Semalam aku pegi wat shooting lagi kt kawasan Mukim Dengkil. Hari last. Aku dah tetapkan bulan November merupakan bulan mengutip segala bahan. Apa2 yg jadi sekalipon, tetap kena kutip walaupon ribut perlu ku redah hahaha... Takde keje nak redah ribut en... terkulai layu masak pulak nanti..

Aku kat IOI Mall baru. Masih banyak kedai tak bukak lagi. Tapi even masih tak banyak lagi kedai buka di situ, masih lagi ramai orang datang. Waktu ni tak nampak ramai pon sebab masih pagi lagi.. huhu~ Pepagi dah pegi ke mall kan
So aku nak share moment semalam.. Memacam jadi semalam. Aku rasa nak tergelak sangat kalau teringat. Dapat krew2 yg sengal ubi especially tok guru aku ar... hahaha.. Memacam die buat semalam. Sampai kena dengan aku. Kesian die. sepanjang perjalanan asyik dimalukan aku je walaupun die cuba memalukan aku. hahaha.. Pape pon semua nya seronok dan bersyukur tade pape benda tak baik jadi. Langkah kanan la jugak tu.

Akhirnya aku dapat share pic Kak Hanim.. Inilah Akak Hanimmmm~ Da one yg paling close dengan aku di Ofis... Selain akak Marini dan akak Ecah.. Diorang ni tak makan usia la.. sebab muda je aku nengok. Keep niceeee and beautiful.. Akak ni suke gelak hahaha.. dan pendiam.. ~ best to know u kak.
 Benda best pasal akak ni en, apa je aku ajak akak pegi memane en, die mao je.. pastu die un ade kedai2 yg die minat nak gi.. Sampai la moment aku nak ke toilet hahahaa... Mongek en aku haha.. Mase tue aku terpakse pisahkan diri dengan tok guru dan Encik Nazri.. hehehe.. Aku xtahu nak gelarkan Encik Nazri.. Maybe Salleh Yaakob kot. hehehe.. Muke die sme skit hehe..

Ok pas da berpisah, aku bajet dapat jmpe cepat auw,.. Sekali memang tak jumpe2.. Aduhai.. Last2 decide dengan akak Hanim ntok pegi ke parking.. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sesat lagiiiii~ alamak.. dah tak tahu kereta duduk mana pulak... Masuk balik ke mall dan mencari 2 manusia itu tapi malangnya fon kami berdue mati coz bateri dah abis.. tapi akak Hanimnya tepon ok kejap.. Dapat kol.. yeahh terus dapat jumpe... bila jumpe tok guru, tok guru terus ajak belanja ayam.. aku tak tahu apa nama kedai ayam tue.. Nampak macam kedai cina auw.. risau gak nak pikir halal die tapi konfiden level tok guru ni tinggi dan tunjukkan label halal die.. so, aku pon on je la...


Suasana dok menunggu Encik Nazri bawak kereta di tempat parking. Kat sini la kami sesat barat tue... last sekali aku duduk kt lantai je terus...~ lantak la orang nak kate ape, sebab kaki aku dah sakit jalan~ huhuh

Memang sedap rupanya ayam yg tok guru pilih~ Yeayyy sedappp. hehehe... Tenkiu tok guru coz belanje kamii... sangat2 sedap... tapi pedas hahaha.. lame gak aku menahan pedas tue.. air lak takde... memang jemmm je..


Lepas tu, kami teruskan lagi misi mencari kedai kamera.. akhirnya jumpa... inilah dia kedainya.. Ni mase Mr. Salleh Yaakob dok belek2 kamera tue.. Tok guru tak tahu pegi mana sebab die dok cari bos tapi bos tak angkat kol die hehehe..


Ni muka tok guru yg sungguh bergaya sedang berpikir mana pegi bos aku ni hahaha... zoom abis muka die.. tapi ade lagi pic yg aku zoom... kat bawah ni ade.. pakai kamera canon ni.. Kamera ni masih ok tapi kena manually use.. Auto die rosak,.. Sedihhh~. Takpe, ade baru da heheh

Nengok ade pulak yg datang.,.. kesian Mr. tu kena layan orang lain. Takpela dah nama customer layankan je la... Akak Hanim buat muke comel depan aku heheheh.. padahal aku yg panggil die.. choiiii~. Akak mucukkk~

Hahah... inilah gambar nyaa... yg aku zoom dengan jelas dan cantik... huhuhu~ dengan bantuan lampu kedai sekali hehehe.. Cantik en model aku? hehehe~ 

Huwarghhhh... `~ hehehe.... semangattt~

Ini dekat Alamanda. Dok usha kamera yg same dan menilai harganya. Sebab Encik Nazri rajin sangat pegangkan kamera, aku mintak die snapkan hehehe.. chakkk~ peaceee



Thanx for reading~ hehehe... kasi senyum manis sikit ~ ngeh4

Jadinya, segala urusan selesai juga akhirnya. Sesat sana sini... lari sana sini.. lompat atas bawah. Sebenarnya ade lagi kisahnya tapi cukup la sampai situ perkongsiannye. Banyak sangat kenangan kami semua. Jika dah berhenti praktikal nanti, aku mesti rindu dengan penuh rasa sebaknya. Semalam pon aku dah menangis dah sebenar bila sampai rumah sebab dah mula rasa rindu pada mereka semua. Rindu yg aku tahu aku akan rasainya pada masa akan datang. Pasti berpisah jua kan... 

Semua ni Allah yg takdirkan aku bertemu mereka.. Mereka yg sangat2 baik... Walaupon mungkin ada yg tak suka sekalipon tapi mostly baik dengan aku. Tak lokek beri tunjuk ajar. Tok guru aku paling banyak kasi semangat dan tunjuk ajar.. Best blaja dengan tok guru.. Dan semuanya... tak tinggal jugak dengan Encik Nazri.. Pengalaman die pon jadi stu pengajaran buat aku~ 

Wednesday, 26 November 2014

Amalan Mengelak Sihir

Kerap pula kita mendengar cerita tentang orang yang terkena sihir. Bukankah perbuatan menyihir orang lain itu berdosa dan sangat dimurkai Allah SWT? Ya, mungkin kita tidak boleh menghalang niat orang untuk mengenakan sihir ke atas diri kita atau sesiapa pun (kerana kita tidak tahu niat manusia). Tetapi ada banyak cara yang boleh diamalkan untuk mengelak daripada terkena sihir. Entri kali ini mendedahkan tujuh amalan mengelak sihir paling mudah.

*Membaca ayat kursi pada setiap kali selesai mengerjakan solat fardu dan selepas membaca zikir-zikir yang disyariatkan.

*Membaca ayat al-Kursi menjelang tidur. Ia merupakan ayat yang mulia di dalam al-Quran.

*Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan surah an-Nas setiap kali usai menunaikan solat fardhu. Membaca ketiga-tiga surah tersebut sebanyak tiga kali pada awal pagi selepas mengerjakan solat subuh dan pada awal malam, selepas mengerjakan solat maghrib.

*Membaca dua ayat akhir surah al- Baqarah pada awal malam (waktu maghrib), iaitu firman Allah pada ayat 205 dan 206.

Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi pada waktu malam, Allah mengutus kepadanya malaikat sebagai penjaga dan syaitan pun tidak menghampirinya sehingga waktu subuh.” (Riwayat Bukhari)

Kata Nabi s.a.w lagi, “Sesiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah al-Baqarah pada suatu malam, kedua-duanya akan menjadi penjaga dirinya (dari kejahatan).” (Riwayat Abu Daud: Sahih)

*Memperbanyakkan membaca doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w pada waktu malam dan siang. Di mana sahaja kita berada.

Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang mendiami suatu tempat penginapan, lalu dia berdoa (tidak mengapa ingin lafaz dalam bahasa melayu) “Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah yang sempurna daripada segala kejahatannya daripada apa sahaja yang diciptakanolehnya.” (Riwayat Muslim)

*Membaca zikir (Tirmizi: Sahih) yang bermaksud: “Dengan nama Allah yang bila nama-Nyadisebut, tidak akan memudaratkan segala sesuatu yang ada di bumi dan di langit, Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Baca sebanyak tiga kali pada sebelah pagi dan petang. Kata Nabi s.a.w, “Sesiapa yang membaca zikir ini tiga kali, ia boleh menyelamatkan seseorang daripada kejahatan.

*Zikir dan doa ini merupakan salah satu faktor yang boleh menyelamatkan diri daripada sihir dan kejahatan-kejahatan yang lain. Bagi sesiapa yang sentiasa mengamalkannya dengan penuh keyakinan dan keimanan, disertai tawakal kepada Allah dan merenungi maknanya dengan baik. Ia merupakan senjata yang kuat bagi menangkis sihir, di samping memperbanyakkan doa dan harapan kepada Allah SWT agar penyakit dan penderitaan yang dialami segera sembuh. Antara doa yang dibaca oleh Nabi s.a.w ketika mengubati penyakit sihir.

Maksudnya, “Ya Allah. Tuhan bagi sekalian manusia, hapuskanlah penyakit hamba-mu ini, sembuhkanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sahaja yang dapat menyembuhkan. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan yang Engkau berikan satu kesembuhan daripada segala penyakit.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di antara doa ruqiyah lain yang pernah dibacakan oleh Jibril kepada Nabi s.a.w ialah, Maksudnya,“Dengan nama Allah, aku menjampimu daripada segala yang menyakitimu dan daripada kejahatan manusia mata yang dengki. Allah sahajalah yang menyembuhkan penyakitmu. Dengan nama Allah, aku menjampimu.” (Riwayat Muslim)

Hendaklah bacaan-bacaan tersebut diulangi sebanyak tiga kali. Hal ini boleh diamalkan sendiri atau pun meminta tunjuk ajar daripada orang yang mengetahui selokbelok agama

Tuesday, 25 November 2014

Kebaikan membaca~

Seronok tengok modal insan kita bergelar graduan. Tidak kira bertaraf Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah (PhD) mahu pun Ijazah Kehormat PhD. Sekarang ini musim konvo di sana sini. Mereka yang bergelar graduan sudah membuktikan kesungguhan mereka untuk belajar di menara gading, apatah lagi di usia yang senja. Ilmu tidak mengenal usia, kata pujangga cendekiawan.
Kalau yang bergelar Ijazah Kehormat PhD pula, kelompok ini pula memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan industri negara.
Nama besar seperti Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menerima Ijazah Kehormat PhD Ekonomi dan Pentadbiran Muamalat, manakala Penasihat Agama kepada Perdana Menteri yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdullah Md Zin pula menerima Ijazah Kehormat PhD Dakwah dan Pengurusan daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kali ke-12, baru-baru ini.
Pengiktirafan ilmu
Malahan penganugerahan ilmu peringkat tertinggi juga memberi pengiktirafan kepada seorang ketua negara seperti Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dalam bidang Undang-Undang sempena Konvokesyen ke-50 Universiti Sains Malaysia (USM). Dalam konvokesyen yang sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dianugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dan tokoh kepemimpinan pendidikan, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad dengan Ijazah Kehormat PhD Pendidikan.
Semua pengiktirafan dan anugerah yang diterima itu kerana ilmu dan makrifat yang disebarluaskan. Terhasilnya ilmu itu kerana pembacaan yang meluas. Semuanya bermula dengan pantas, dengan mengambil iktibar atas peristiwa wahyu pertama diturunkan di Gua Hira'. Kerana kuasa Iqra dalam surah al-Alaq bagi ayat 1 hingga 5, umat Islam terkesan dengan menguasai dunia, menikmati akhirat.
Penulis tertarik dengan kuasa Iqra itu yang mana baru-baru ini, penulis tidak terkecuali untuk hadir dalam satu sidang konvokesyen di sebuah universiti terletak di utara tanah air.
Bacaan wahyu pertama
Sebelum bermula barisan panjang mengikut fakulti masing-masing untuk menerima skrol di depan Pro-Canselor, Tun Ahmad Fairuz Datuk Sheikh Abdul Halim, pada ketika itu hadirin, termasuk graduan turut didengari dengan bacaan surah Al-Alaq sebagai pembuka majlis yang penuh beradab dan beristiadat seperti berikut - "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia, Yang mengajar manusia dengan pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahui...".
Ini adalah wahyu pertama yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Di dalam wahyu pertama itu, terkandung soal membaca, pena dan tulisan. Tidak akan wujud kepesatan perkembangan universiti dan kelahiran graduan atas dasar apa yang terkandung dalam wahyu yang pertama itu.
Bacaan yang diperintah Malaikat Jibril supaya Rasulullah membacanya bukan sebarang bacaan, tetapi bacalah dengan menyebut nama Allah SWT. Wahyu sulung yang menyuruh agar Nabi membacanya menunjukkan pembinaan manusia yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW adalah berasaskan ilmu pengetahuan melalui jalan pembacaan.
Hasilnya, berjuta jilid kitab-kitab Islam dalam pelbagai bidang ilmu yang merujuk maklumatnya kepada al-Quran adalah satu mukjizat yang sangat menakjubkan. Sekali gus apa yang kita pelajari asasnya adalah tulisan dan bacaan.
Kesan pembacaan yang dihasilkan pula menerusi pena dan tulisan, lebih berpengaruh dari suara yang didengar kerana bacaan mewujudkankan satu interaksi atau komunikasi antara pembaca dan bahan yang dibaca, lain halnya dengan suara yang hanya didengar, tidak semestinya wujud secara fizikal bahan yang didengar. Oleh itu, bacalah bukan sekadar hanya didengar atau disimpan semata-mata tanpa dibaca.
Cendekiawan jadi rujukan
Dalam tafsiran al-Quran berkait surah al-Alaq ini, pembacaan yang disuruh dengan menyebut nama Allah dengan sendiri menentukan matlamat dan hala tuju pembacaan. Apabila ilmu dikuasai melalui pembacaan, maka sesiapa yang tidak membaca seolah-olah pintu ilmunya tertutup. Sebab itu, dalam kalangan ilmuwan ramai menyarankan masyarakat menjadikan kelompok cendekiawan sebagai tempat merujuk.
Melalui pena seperti mana yang disebut, ilmu dan makrifat boleh disebarluaskan, dengannya pintu ilmu dan pengetahuan boleh dibuka. Inilah pena yang meninggalkan hasilnya dan mencelikkan mata generasi demi generasi. Inilah pena yang mengajar manusia apa yang tidak diketahui lalu dipelajari, dikaji dan diteliti oleh generasi umat yang datang silih berganti.
Lihat pula antara tokoh dan sarjana Islam yang boleh diteladani hasil kuasa Iqra ini, Imam Bukhari seorang pakar hadis dengan mengumpul lebih 600,000 hadis. Beliau menekuni, meneliti, menapis hadis yang benar-benar sahih selama 16 tahun sehingga terhasilnya kitab Sahih Bukhari mengandungi 7,124 hadis. Semuanya kerana bacaan, mata pena dan tulisan demi umat Islam sejagat.
Tidak terkecuali Imam As-Suyuti, seorang tokoh ulama Mesir yang hidup sekitar 849 H hingga 911 H. Beliau digelarkan Amirul Mukminin kerana ketinggian darjat keilmuannya dan pernah berkata: "Sesungguhnya aku seorang yang diberikan sifat cintakan ilmu dan kajian, sama ada kecil atau besar". Semuanya itu atas sifat beliau yang kuat membaca dan bertalaqi (menadah kitab).
Penulis sanjung tinggi setiap universiti tempatan menerusi Senat Universiti yang mempunyai ketelitian tinggi dalam menganugerahkan setiap sarjana, yang sebenarnya tidak menolak betapa besarnya peranan pena dan tulisan kerana sumbangan itu akhirnya memperlihatkan kepada perkembangan ilmu, lebih-lebih lagi di Malaysia ini bakal menjadi pusat hab keilmuan global apabila mencapai status negara maju.
Penulis ialah Penganalisis Sosio Media-Politik dan Penyelidik kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Monday, 24 November 2014

Rahsia Solat Berjemaah ~


Seorang Professor Fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi 2 cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. 

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. 

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat 5 waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. 

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita. 

( KHALIFAH LINK:- http://khalifahalhidayah.blogspot.com ) 

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat. 



Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. 

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama. 

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding 2 waktu sebelumnya. 

Timbul persoalan di fikiran Professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. 

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail). 

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam. 

(sumber): 
http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2014/10/rahsia-solat-berjemaah-dirungkai.html 

Thursday, 20 November 2014

Ini Dia~

Aku rasa nak kunyah je fon aku tu. Line asyik tak ok je dalam ofis aku ni.. hehehe.. Senget kan nak kunyah tepon sendiri.. Tibai la hani asalkan ko gembira kan.... CHoiiii ar nak gembira haha.. padahal banyak kerja berderet beratur menanti layanan mesra alam aku ni. Aku tak sehebat mana tapi aku cuba hiaskan semua kerja2 aku tue sebaiknya. ~

 Cantik kan gambar di atas? Omel je akak tu. Wink2.. Hehehe.. She is so caring. Bukan die je. Ade lagi 2 orang.. Hehehe.. Lau jumpe konfem kerja nya gelak aje. Sampai aku pon kekdang kuar air mata sebab lawak diorang. Akak Ecah, akak Marini dan akak Hanim. Paling rapat duduk dgn aku ialah Kak Hanim sebab die memang Unit ICT. Die selalu ade banyak kerja. Aku pon kerjanya kacau die hehe.. tolong2 memane yg boleh kan. Best~! Sangat best spend time dgn mereka. Senyum je. hehehe.. baru lah jadi awet muda kan hehe.

Paling best bila diorang ade kasi nasihat2 tentang life, kerja dan projek aku. Alhamdulilah, Allah send mereka yg caring untuk aku. Selalu je pesan dan ingatkan aku pasal kerja. Ajarkan aku. Hehehe.. Sekurang-kurangnya ade la yg boleh aku belajar lagi kan.

Selain diorang, aku nak selitkan jugak Puan Cado aku.. hehehe.. Da most kelakar la. kekadang bila die check kerja aku en, die akan mengomel itu ini sebab die buat ayat macam ade jiwang, pastu cancel letak ayat lain.. hehehe.. Ayat aku memang dah tak betul en.. padahal aku belajar tatabahasa abis dulu mase form 6 heheh.. Belasah la. Pape pon buku rujukan tatabahasa masih ada lagi. Masih sayang maaa.. susah nak dapat ilmu2 yg berharga ni.  Puan ni always kasi kerja yg berkaitan dengan aku. Die guide aku. Die akan pastikan aku boleh buat. Kalau tak boleh buat, die akan ajar aku. Tue paling penting. Serious die sangat caring tentang itu. Die tahu kan prosedur pelajaran dan projek aku semua. huhuh~ Da best bos in ma life~!

Tak tinggal jugak Encik Fitri dan Encik Nazriiii~!!! hahahah.. teman2 gaduh aku. Paling best. Melayan mereka. Even ada yg dah kahwin en, tapi bila lepak dgn aku mesti macam bebudak hahahaa.. Seronok rasanya. Takde la rasa tegang. Due2 ni pro sebenarnye.

Tok guru besar aku ialah Encik Fitri. Aku memang tak malu kacau die. ilmu die banyak sangat mengikut bidang aku la.. Semuanya kejap je die buat. Haiyaaa. beruntung sapa dapat kerja dengan die maaa.. hahaha.. Beruntung jadi bini die lain cerita sebab tu kes lain ahhahaa..die serius pro. Hahhaha.. Tapi satu je. Aku kalau buat kerja dengan die ase macam nak berkelahi je. Bergaduh dah macam gilos dah. Letih aku bergaduh dengan die. Asyik nyanyi sorang2..Choii aku banyak cter pasal die en.

Pasal Encik Nazri. Habit die en, pepagi lau xde nak bawak orang ke luar, die mesti menuju ke bilik aku dan bertanye tentang video tue. Semangat die menjulang2 mengalahkan aku yg buat projek ni ha. Hidup betul semangat die. Mungkin ni kesan bekerja dengan orang2 yg hebat kan? Ade tak peluang aku nak kerja dengan orang swasta ek? Merasa dunia yg mempunyai pelbagai ilmu. Mintak jauh la aku jumpa dengan org perangai manjang negatif je. Alhamdulilah setakat ni mereka2 ni mempunyai sifat positif dan tak putus mencurahkan ilmu yg mereka ade untuk aku. Moga murah rezeki, murah segalanya tentang kebaikan dari alam semesta untuk mereka~ Amiinnn.

Lagi satu cerita, haa.. hari ni lecturer aku datang. lecturer paling superb pulak aku dapat iaitu Encik Khairul Nizam. Alhamdulilah. Apa saja penilaian die kedengaran OK je untuk permulaan ni. Die pon tersenyum je masa melihat aku yg dah sediakan die storyboard Video Korporat aku tue. hehehe.. Puan Cado Liza pon ok je ceritakan tentang diri aku serta usaha aku untuk projek ini. Thanx Sir dan Puan. I try my best for dis one. Feel positive je. Syukur Syukur...

Ini la kenangan aku bersama mereka. Bertemu di Bilik Iqra'. Sir ni memang lembut orangnya. hehehe... Nak bawak bincang pon die always smile. Hehehhe.. U r da best Sir. Rugi takde Sir Yamin. Lau die ade lagi la haru suasana dengan ketawa die hehehehe~. Sistem is da best~

Itu saja mahu aku kongsikan. Nak cerita pasal semua memang tak la. Sebab aku ade kerja lain kena sambung. Slumber badak aku je ni update entry ni.

So far, aku dah merayau memane blog la kan. Pada pendapat aku, bebudak dah tak ramai guna blog. Ke aku ketinggalan ? Tapi selalunya mesti orang akan merayau2 la ke blog. Takpe, blogwalking la kan. Rindu nak spend time dengan kengkawan blogger. Ramai kerja. Ramai busy dengan life masing2. Tapi apa yg masih buat aku semangat nak update blog, semangat yg ckgu BM aku dulu yg selalu pesan untuk terus mengarang cerita yg indah2.  Supaya masih terselit sesuatu dalam kehidupan kan.  :)

Sunday, 16 November 2014

Diari Kerja Luar~

Ha. Ni aku share benda ape aku buat mase praktikal kt sni. Alhamdulilah aku dapat krew2 yg sgt membantu. Diorang mcm Encik Fitri, Encik Nazri, Kak Hanim dan Encik Kamil. Paling aktif la membantu keluar buat kerja kan. Memang penat. Sebab keliling Sepang habis dibuatnye untuk buat video ni kan. Benda dengar simple tapi nak dapatkan yg cantik dan da superb marvellous pictures tu perlukan kesabaran yg tinggi. 

Hari Pertama

Gambar jalan yg di snap untuk buat rakaman. Ni semua snap je dlu ni. Rakam pon cube je dlu. Sebab cuaca kabur dan nak hujan da mase ni. huhuu~ Jauh gak kami berjalan2. hehehe. Seronok aku duduk dalam kereta hehe





Usaha nak pasang kamera Pro Hd ~ Kamera Runningman hehehe~ Excited aku tengok kamera tue. kecik je. Tapi power maaa~ Boleh rakam cantik punye~ 

Fuhhh time ni haus betul. ~ hehehe.. Semuanya dibelanja oleh Encik Fitri.~

Ni kami nak masuk ke F1 stadium sebenarnye tapi di tutup. Masih dalam progress nak masok lagi. Semangat jugak masok. Waktu ni busy dgn lumba motor tue. Alamak lupe namanye hehehe~ 


Due2 ade je pose nye.. aku snap kan la heheheh~ 





Hari Kedua

Masa ni nak pasang camera Pro HD kt wiper kereta. huhu~ Kuat giler gam die.. Ni aku dengan Encik Nazri. Die ni pernah kerja di Grand Brilliant. Agak berpengalaman. Memacam die kasi idea dan pendapat utk dapatkan view yg cantik

Ha... Ni tulang belakang aku paling kuat dalam proses amek gambar. Name die Encik Fitri. Sangat lincah. Maklumlah badan kecik hehehe.. lompat sana lompat sini. Tak duduk diam. Orang penting gak dalam ofis. Sana sini cari die. Die un ade banyak knowledge tentang snap gambar ni. Baik orangnye walaupun kerja die sakat aku. Letih melayan kecerewetan die... hahahah.. 

Tq Encik sebab sabar melayan permintaan saya yg memcam mase buat kerja~ wink3.

ha. Die connect kan camera punye view ke Note Samsung die. Lau aku kate tab en, die akan wt muka hahahaa.. Benda hebat en hehehe~ Aku pon baru tahu. 

Mase die tengah kusyuk en, aku tak berani kacau. hahahah garang. Macam meow.. Aumm grrrrr~ hahah.. ade la sekali tue aku snap mcm gegar dan goyang, skali die mrah... siap ckp tangan aku mcm ketam~ Jemmm... Maaf ler kita bukan biase pegang DSLR tu ha.~ Anyway, die mengajar aku jugak la memcm tentang cara nak amek gambar dengan view yg cantik. Lighting lagi~

Ni die snap kan aku satu. Sebenarnye die nak match kan kayu tue ade aku dgn xde aku ~ hahahha.,, die kate aku makhluk ganjil yg tetbe muncul~ Choiiii~ jeles sebenarnye tu hahahah~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Ke-3





Masa ni dah hujan da. Letih berjalan berlari semua. Diorang lari la, aku tak lari la kot kaki aku dah xlarat nak berkejar da heheheh~. Ni masa kt Cyberjaya. Nak amek rakaman view tasik~ Mase ni agak cantik view die dalam mendung sdikit. ~ 

Ni masa nak rakam kapal terbang mendarat. Punya la lama nak menunggu kapal turun~ Sabar je la. Tapi ada satu saat tue aku rasa mcm nak pitam sikit sebab panas giler. Dari pagi ke tengahari gak waktu tu.~ Fuhhh~yg sebelah Encik Fitri ialah  Encik Kamil. Antara krew yg penyabar juge. Best. Aku rasa sdikit tenang kalau die ada jugak sebab aku tak rasa mengelabah sana sini~ Die buat aku rasa cool dgn attitude die yg sentiasa bersahaja. Die Steady je rakam sana sini. Plus, die ade juge knowledge multimedia ni. Tue die boleh kasi memcm pendapat dan buat rkaman ni sama2 :)

Hari ke-4


Akak yg duduk sebelah aku tu ialah akak Hanim. Leader aku ntok Unit ICT. Sangat baik. penyabar dan pendiam. Rajin lak tu. Dah kahwin yee. hehehhe.. Patot aku yg catatkan tu tapi die nak catatkan untuk aku. Mungkin die kesiankan aku sebab terlalu letih nak arrange kan tempat, masa dan keadaan ntok keluar buat kerja ni. Aku saja ajak die sbb boleh jejalan sekali dgn die. ~ hehehe.. Die suke gelak lak tue. Meriah ade die hehehe

Ha... kan da bergabung da krew aku hehehe,, Most importan person in the projek~ hehehe... Diorang memang penyabar, melayan je kerenah aku yg sangat bebudak ni ~ Cantik kan view ni? Ni view kt kawasan Banghuris di Bukit Bangkong rasanye. hehehe~ Penuh dengan pokok buluh. Huuuu~ jangan gatal2 pegang daun die, konfem miang~ sebab kegatalan tangan Encik Fitri, die pegi pegang~ hahahah. Masuk je kereta terus menggaru.. hehehe~ Nasib la ye. Tapi xlame un. kejap je gatal2 die.

Auw.. Cantik tak aku? hehehe.. Pose tapi tak tahap maut lagi la en~ hehehe.. Encik Fitri kate view blakang aku mcm view dinding nak snap pic family.heheheh~ Padahal view betul tu~ thanx for da best pictures Encik Fitri.

Sebenarnye masih ada banyak lagi usaha yg perlu ditambah sebab masih tak cukup. Serius penat. Walaupon nampak simple. So, mesti la usaha orang2 yg nak buat filem pon penat en. Baru buat video korporat. Belum buat movie sebenarnye ni~