Tinggalkan jejak anda ye~

Friday, 15 November 2019

Super duper excited

Post ketiga hari ni hahaha.

Super duper excited betul aku up post dlm blog hari ni. Mungkin sebab dah lama tak mengarang kot. Atau sebab aku lame cube tahan nafsu mengarang aku melalui facebook dan sebagainya. Well atas faktor kita ni ramai orang perhati. Haha.. Dan blog pulak aku sampai tak sempat nk log in utk update story. 

Bukan ape pon, sebab dalam facebook tu mostly kita membuka ruang utk marketing dan joking haha. Joking tu sbb kekdang byk owg share bnde kelakar. Tu pon kekdang aku rasa orang naik rimas dengan post shared aku yg byk sangat. 

Anyway, seharian ni aku membelek blog aku ni je. Belek template, layout, background, and etc. So rasa mcm lama benor xadjust rupe block ni. Aku adjust mana yg boleh sebab aku update ni pon pakai phone je. Tak pakai lappy.

Nak tahu tak? 3 atau 4 tahun yg lepas aku ade satu blog ni sebelum blog aku yg ni. Blog tu memang aktif sangat. Memacam giveaway aku join dulu. Rupe die pon habis advance dah. Header aku edit sendiri. Sampai sanggup belajar cara nk buat header sendiri weyh.

Ade je blogger lain siap amek upah leh buat editing header atau template pe bagai tpi sbb nk buat sndiri, nk dalami ilmu editing tu sendiri so aku gigih la habiskan masa aku utk semua tu.

Malangnya aku tak tahu ape silap kt blog tu sampai sangkut skit. Terus kena buang widget2 yg aku dah edit banyak tu. Cantik dah kot. Hahaha.

Dah blog tu sekarang makin suram dah. Aku pon buat blog baru dan inilah medium aku nk membebel atau meluah. Hahaha. Tapi kt blog ni aku edit simple2 je sebab tak nak bagi berat utk loading masuk sni. Lagipon nk bagi sedap mata melihat. Tak rimas. 

Tu la hobi aku wktu tu. Sebelum masuk dunia yg sangat dewasa ni hahaha. Dewasa la sangat. Sedangkan masih mudaaaa. Hehehe

Tapi hobi aku nk berblogging ni masih on lagi cume aku dok usaha mencari waktu2 yg sesuai. Maklumlah sekarang waktu aku dah dipenuhi dgn waktu bancuh inai, packing inai, susun design baru inai, restock inai. Tu belum lagi involve kerja2 rumah. Kekdang tolong along aku uruskan 20 ekor kucing lagi huhuhu. Banyak en??? Orang byk buang kucing weh. Rumah aku antara port orang suke buang kucing. Kekdang sian tgok kucing yg kne buang tu. Lahaiii. Sbr je la.

Well sepanjang setahun lebih menyepi ni xdinafikan memcm dugaan dan cabaran aku harungi utk cari sumber rezeki. 

Lost kengkawan pon ye. Mang aku lost ramai gak kawan. Memcm faktor tpi xpela, manusia datang dan pergi. Kita ni teruskan hidup selagi diizinkan Allah utk beramal. Kawan masih ada skrg pon sahabat aku, Una, Fira dan kengkwn skola rendah aku yg still ingat aku. Sound so childish kan? Tapi kan, kengkwn yg ni la yg sbnrnye memecahkan suasana suram aku. Kekdang lau gelak tu xingat dunia haha. 

Geng anak bongsu aku. Hehe

Bila kita jatuh bangun ni la wktu kita mengenali siapa sbnrnye mereka yg tulus ikhlas utk capai tgn kita ni. Aku pernah je jtuh sakit yg sampai nk jalan tu susah. Dan insan tercinta yg xptus asa bersama aku wktu tu ialah Una. Die siapkan drive kan kete lagi bawak aku ke tmpt berubat. Biasa la aku ni lasak en. Mang ade je la kne diubat. Tq Una sebab wktu aku sakit ko ada dengan aku. Syg ko sangat. 

Una. Sahabat dunia akhirat. 

Mgkin aku akan cuba merajinkan diri utk kerap mengarang pasal kisah hidup atau apa sahaja yg boleh dibincangkan hehehe. Sebab aku ade janji kan nk ckp sal skincare. So nnti aku akan story la skit cmne aku buat skincare dlu. Tu dikira antara hobi aku gak skrg ni. Ni semua sejak aku berkecimpung dunia inai. Hahaha. Atau sejak muka aku breakout dgn jerawat truk ritu ahhahaah.  😁

No comments: