Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday 17 November 2019

Diorang dah kahwin!!!

Close people in ma life dah kahwin! Huhu. Baru sekarang dpt kongsikan berita indah ni. Padahal ade yg dah beranak dah. Hahaha.

Those lucky people that already got married are Una, Fira , dan Angah. Ni betul2 close weyh. Lpastu tak lupe kawan sekampung aku, Si Intan. Yg palng becok skali dlm group. Dah pregnant dah die tu. Hahaha. Si Wani pon oi dah kahwin. Hahaha. Die ni dlu sblom kahwin manjang ckp weh Hani aku nk kahwin laaaa. Haaa kau , kahwin laaaa skrg hahaha. Die bru je bersalin tu. Sempat aku mengata die. Ahhaah.








Three of them mang aku jdi org kuat majlis la gak. Hahaha. Totally aku jadi penginai diorang semua. Bab tu diorang dah tak pening. Ni la kebaikan jdi kwn baik tukang inai kan hahahahaha. Bangga diri. Angkat berbakul2 bakul sendiri. Tpi itu kenyataan la kan haha. Tiga org ni mang dpt design yg crowded dari aku. Aku mang xnk lukis Simple kt diorang. U need to be beautiful on ur special day. Dats ur day people!!!

Macam kes si Angah, sebab die lelaki kan so yg dpt inai wife die la. Akak ipar aku la kan. Hehehe. Totally sponsored by me. No doubt.




Anyway as usual bila teman terdekat kita nk kahwin, mesti kita sebak. Tapi aku tak sebak sangat ahhaah. Kejam en. Bukan tu aku nk cuba sampaikan. Aku just nk ckp yg aku just feeling thankful to Allah coz let then live with their beloved couple. Rezeki la tu. Ada yg dah dapat anak. Kira tu pon anak aku gak tu hahaha.

Perkahwinan diorang ni berjalan dgn lancar dan sangat2 simple. And they look so adorable plus gorgeous in their own beauty. Well that was supposed to be happen la kan. Tak lawa kang susah lak orang nk kenal. Hahaha.

Perkahwinan angah lak merupakan perkahwinan pertama yg trjadi dlm keluarga aku. Die pembuka jodoh adik bradik aku. Mcm mimpi die nk kahwin doe. Sebab ye la tak pernah buat kenduri kan dlm keluarga kecil aku ni. Since mak dah takde ni mang tak merasa lagi kami nikmat kenduri kendara dah.



Dlu slalu kenduri kendara nk nk belah sepupu sepapat ni. Memasing bersilih ganti kahwin. Kezen aku si Diba mang dah kahwin tahun tahun lepas. Sekarang ada dua anak. Lelaki dan perempuan. Complete. Dah xpening nk jantina ape dah. Ckup dah rezeki anak die Allah beri. Lau tambah pon rezeki juge kan.

Perkahwinan Una dan Fira, ni dikira wajib sangat. Kalau aku takde memang aku jem. Dan aku harap sampai seru aku kahwin nnti , diorang lak jdi orang kuat aku. Kalau dah ada anak2, sila bawa sekali utk memeriahkan majlis sebab aku nk dgr budak menangis Haahhahaha. Aduyai bertabah la kengkawan ku. Haha.

Diorangnye persediaan mang aku ade follow. Bab2 tgok dress ape pakai nk sanding, tengok goodies dan sebagainye. Bab goodies tu aku seram. Sebabnye bile nk plih goodies banyak nau yg lawa2 sampai pening. Nk bajet2 jumlah utk belanja kenduri lagi. Sapa yg berjaya buat majlis grand2 tu mang hebat la.

Jangan tak tahu ye aku sendiri pernah follow ade sorang customer henna aku, iaitu Kak Syue. Perkahwinan die antara majlis yg paling gempak aku pernah pergi. Damnnnn pelamin die mendaki mahu beb. Tinggi.  Kak Syue ni akak kepada si Jemir sebenarnye. Well takpe yg ni story lain haha. Sebab aku siap tdo selama 3 hari dgn akak ni utk follow up majlis die sampai setel. Dan ade jugak lagi sorang, majlis adik Ayen. Hahaha ni lagi jauh kt Johor. Pon sme story lain nnti ye.



Sadly, ade majlis kawan aku yg aku tak dpt pergi. Macam si Wani ni majlis die kt Temerloh, Pahang. Jauh ya ampun tapi takde hal sangat ikotkan sebab boleh je pergi naik bas cuma die kahwin betul2 tukar date last minute. Tarikh die tu takot berlanggar dgn tarikh aku inaikan pngntin lain. Tukar last minute rupenye keluarga die plan die kahwin ikot tarikh besday die. Patot bulan 3, diawalkan ke bulan 1. Masak!!!! Hahaha. Tu kira hadiah besday dieeeee laaaaa. Huntung dek non oiii dpt kahwin dlm tarikh besdayyy. Tarikh aku entah bile entah agaknye. Kahwin dlm tarikh besday org lain je la ye Hanie hahaha.

Die ni pon ade kisah die tpi kisah pendek je la. Die terkena dgn org yg xpndai lukis inai kt tgn die. Nasib baik aku dpt carikan die penginai lain. Sebab die ingat orang tu memang pandai lukis sebab orang tu ckp pengalaman dah lama da. Sekali haaaa ko mengancam lukisan die. Nasib baik la boleh padan inai tu. Mencanak aku carikan org lain. Die pon dah selamat dahhh jdi seorang ibu skrg. Dan nak jugak aku nyatakan, perkahwinan die paling simpleeeeee sekali ye. Buat nikah je. Takde sanding2. Terbaik la.

Bab kahwin ni pernah la along aku story kt aku. Antara tujuan kita kena hebohkan salah satunya nk elak fitnah. Dah antara sebab yg menjdi satu tabiat kenapa orang kita suka jemput ramai orang sebab dgn kehadiran mereka, kita dpt meraih doa yg baik2. Mesti diorang dtg dan ckp, "semoga bahagiaa hingga ke anak cucu yaaa". Tpi ade je kita dgr yg tu mengutuk, "majlis buat grand2 ntah2 hutang agaknye". Xlari gak dgn kutukan yg ckp, "apelah lauk kenduri tak sedap langsung" , "eishhh tak kena langsung dress tu dgn bdn pengantin", "buruknya make up pengantin tu", "majlis die keciknyaaa, takde duit ke? Berangan nak kahwin". Haahahhaha. Sangat membawang kan? Tapi kata2 camni ignore je la sebab xpenting pon. Yg penting kita dah uruskan majlis sebaiknye. Jangan menganiaya dan dianiaya semasa proses nk jalankan majlis sudah. Tu pon teramat bersyukur kan.

So, its never to late for me to say to all of u guys selamat pengantin baru dan selamat menyambut kelahiran zuriat korang semua. Moga bahagia hendaknya hingga ke syurga bersama keluarga tercinta korang semuaa. Doakan aku dapat jodoh yg terbaik utk aku gak yaaa. Love, Hanie

No comments: