Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday, 17 November 2019

Diorang dah kahwin!!!

Close people in ma life dah kahwin! Huhu. Baru sekarang dpt kongsikan berita indah ni. Padahal ade yg dah beranak dah. Hahaha.

Those lucky people that already got married are Una, Fira , dan Angah. Ni betul2 close weyh. Lpastu tak lupe kawan sekampung aku, Si Intan. Yg palng becok skali dlm group. Dah pregnant dah die tu. Hahaha. Si Wani pon oi dah kahwin. Hahaha. Die ni dlu sblom kahwin manjang ckp weh Hani aku nk kahwin laaaa. Haaa kau , kahwin laaaa skrg hahaha. Die bru je bersalin tu. Sempat aku mengata die. Ahhaah.








Three of them mang aku jdi org kuat majlis la gak. Hahaha. Totally aku jadi penginai diorang semua. Bab tu diorang dah tak pening. Ni la kebaikan jdi kwn baik tukang inai kan hahahahaha. Bangga diri. Angkat berbakul2 bakul sendiri. Tpi itu kenyataan la kan haha. Tiga org ni mang dpt design yg crowded dari aku. Aku mang xnk lukis Simple kt diorang. U need to be beautiful on ur special day. Dats ur day people!!!

Macam kes si Angah, sebab die lelaki kan so yg dpt inai wife die la. Akak ipar aku la kan. Hehehe. Totally sponsored by me. No doubt.




Anyway as usual bila teman terdekat kita nk kahwin, mesti kita sebak. Tapi aku tak sebak sangat ahhaah. Kejam en. Bukan tu aku nk cuba sampaikan. Aku just nk ckp yg aku just feeling thankful to Allah coz let then live with their beloved couple. Rezeki la tu. Ada yg dah dapat anak. Kira tu pon anak aku gak tu hahaha.

Perkahwinan diorang ni berjalan dgn lancar dan sangat2 simple. And they look so adorable plus gorgeous in their own beauty. Well that was supposed to be happen la kan. Tak lawa kang susah lak orang nk kenal. Hahaha.

Perkahwinan angah lak merupakan perkahwinan pertama yg trjadi dlm keluarga aku. Die pembuka jodoh adik bradik aku. Mcm mimpi die nk kahwin doe. Sebab ye la tak pernah buat kenduri kan dlm keluarga kecil aku ni. Since mak dah takde ni mang tak merasa lagi kami nikmat kenduri kendara dah.



Dlu slalu kenduri kendara nk nk belah sepupu sepapat ni. Memasing bersilih ganti kahwin. Kezen aku si Diba mang dah kahwin tahun tahun lepas. Sekarang ada dua anak. Lelaki dan perempuan. Complete. Dah xpening nk jantina ape dah. Ckup dah rezeki anak die Allah beri. Lau tambah pon rezeki juge kan.

Perkahwinan Una dan Fira, ni dikira wajib sangat. Kalau aku takde memang aku jem. Dan aku harap sampai seru aku kahwin nnti , diorang lak jdi orang kuat aku. Kalau dah ada anak2, sila bawa sekali utk memeriahkan majlis sebab aku nk dgr budak menangis Haahhahaha. Aduyai bertabah la kengkawan ku. Haha.

Diorangnye persediaan mang aku ade follow. Bab2 tgok dress ape pakai nk sanding, tengok goodies dan sebagainye. Bab goodies tu aku seram. Sebabnye bile nk plih goodies banyak nau yg lawa2 sampai pening. Nk bajet2 jumlah utk belanja kenduri lagi. Sapa yg berjaya buat majlis grand2 tu mang hebat la.

Jangan tak tahu ye aku sendiri pernah follow ade sorang customer henna aku, iaitu Kak Syue. Perkahwinan die antara majlis yg paling gempak aku pernah pergi. Damnnnn pelamin die mendaki mahu beb. Tinggi.  Kak Syue ni akak kepada si Jemir sebenarnye. Well takpe yg ni story lain haha. Sebab aku siap tdo selama 3 hari dgn akak ni utk follow up majlis die sampai setel. Dan ade jugak lagi sorang, majlis adik Ayen. Hahaha ni lagi jauh kt Johor. Pon sme story lain nnti ye.



Sadly, ade majlis kawan aku yg aku tak dpt pergi. Macam si Wani ni majlis die kt Temerloh, Pahang. Jauh ya ampun tapi takde hal sangat ikotkan sebab boleh je pergi naik bas cuma die kahwin betul2 tukar date last minute. Tarikh die tu takot berlanggar dgn tarikh aku inaikan pngntin lain. Tukar last minute rupenye keluarga die plan die kahwin ikot tarikh besday die. Patot bulan 3, diawalkan ke bulan 1. Masak!!!! Hahaha. Tu kira hadiah besday dieeeee laaaaa. Huntung dek non oiii dpt kahwin dlm tarikh besdayyy. Tarikh aku entah bile entah agaknye. Kahwin dlm tarikh besday org lain je la ye Hanie hahaha.

Die ni pon ade kisah die tpi kisah pendek je la. Die terkena dgn org yg xpndai lukis inai kt tgn die. Nasib baik aku dpt carikan die penginai lain. Sebab die ingat orang tu memang pandai lukis sebab orang tu ckp pengalaman dah lama da. Sekali haaaa ko mengancam lukisan die. Nasib baik la boleh padan inai tu. Mencanak aku carikan org lain. Die pon dah selamat dahhh jdi seorang ibu skrg. Dan nak jugak aku nyatakan, perkahwinan die paling simpleeeeee sekali ye. Buat nikah je. Takde sanding2. Terbaik la.

Bab kahwin ni pernah la along aku story kt aku. Antara tujuan kita kena hebohkan salah satunya nk elak fitnah. Dah antara sebab yg menjdi satu tabiat kenapa orang kita suka jemput ramai orang sebab dgn kehadiran mereka, kita dpt meraih doa yg baik2. Mesti diorang dtg dan ckp, "semoga bahagiaa hingga ke anak cucu yaaa". Tpi ade je kita dgr yg tu mengutuk, "majlis buat grand2 ntah2 hutang agaknye". Xlari gak dgn kutukan yg ckp, "apelah lauk kenduri tak sedap langsung" , "eishhh tak kena langsung dress tu dgn bdn pengantin", "buruknya make up pengantin tu", "majlis die keciknyaaa, takde duit ke? Berangan nak kahwin". Haahahhaha. Sangat membawang kan? Tapi kata2 camni ignore je la sebab xpenting pon. Yg penting kita dah uruskan majlis sebaiknye. Jangan menganiaya dan dianiaya semasa proses nk jalankan majlis sudah. Tu pon teramat bersyukur kan.

So, its never to late for me to say to all of u guys selamat pengantin baru dan selamat menyambut kelahiran zuriat korang semua. Moga bahagia hendaknya hingga ke syurga bersama keluarga tercinta korang semuaa. Doakan aku dapat jodoh yg terbaik utk aku gak yaaa. Love, Hanie

Saturday, 16 November 2019

Stuff On My Skin

Assalamualaikum readerssss!!! Sihat ke??? Makan belum??? Ok aku nak membebel jap ek heheh.

Ape sebenarnya aku guna dlm skincare routine aku? Well a lot!!! Hahaha. Banyak. Aku ni masih baru lagi dgn dunia skincare tapi excited die tak pernah berhenti. Mcm ibarat dok dlm dunia yg penuh dgn gula2 hahaha.

Ok first thing bab cleansing. Dlm part mencuci muka ni, aku guna tiga produk iaitu pencuci muka sabun; Aiken Tea Tree Oil Spot Away Facial Cleanser, cleasing oil; Country Farm Certified Organic Extra Virgin Coconut Oil, dan micellar water; Safi Micellar Water- Rose.





Aku mulakan sesi mencuci muka aku dgn cleasing oil, diikuti dgn pencuci muka Aiken. Kalau part micellar water ni aku gunakan bila aku pakai make up yg tebal. Bila make up tebal, memang kena buat triple cleasing sebab nk remove kotoran make up dlu, then bersihkan pula kotoran minyak dan selebihnya sisa ktoran.

Langkah cucian muka aku dimulakan dgn
spray2 dlu minyak kt muka aku dan sapu slow slow keliling muka. Sapu sampai rata dan kalau rasa nk keluarkan sebaceous filament iaitu benda putih yg kt hidung dan part bawah mata tu.


Selalu kalau picit2 kt kawasan tu mesti kuar benda putih en. Haa benda tu la. Tu bukan nanah ke ape. Tu lebihan minyak yg dikeluarkan dari kilang bawah kulit muka kita. Minyak tu dikeluarkan sebab muka kita ni jdi kering kt luar atau kurang lembapan air. So kilang tu alert utk keluarkan minyak supaya bantu kulit muka jdi lebih lembap. Tapi yg menjadi masalahnye bila minyak terlampau banyak sangat keluar, menyebabkan liang roma muka tersumbat. So situ la puncanya.

Tersumbat lama2 akan menyebabkan jdi luka dan nanah . Tuh sebab ada yg jdi nasi keras la, jadi cecair nanah bagai tu. Punca minyak dan faktor2 lain lagi. Ketidakstabilan hormon pon boleh jdi. Faktor stress kuat sangat habis hormon lain keluar terlebih sebab nk keseimbangan dlm badan tpi lain yg jadii. Lain yg nk seimbang, lain yg terlebih imbang nnti.

Masalah ni la yg perlu diselesaikan. Caranya dgn melawan guna minyak. Macam aku gune minyak kelapa dara tu. Minyak lawan dgn minyak baru tertarik keluar dari liang roma dan barulah boleh pakai sabun selebihnya tuuu. Sebab cuci pakai sabun pon belum bersih dan tanggal segala daki minyak tu weh. Masih perlukan proses melawan minyak tu lagi.

Lepas dah cuci muka dengan semua produk tu. Aku buat proses merawat muka pulak. Proses merawat include dgn sapu muka dgn air toner Aiken. Air toner ni aku pakai bila waktu malam je. Sebab kandungan toner Aiken ni ade alcohol dan acid yg boleh menyebabkan kulit jdi lebih kering.

Macam mana pun aku tak kata lah kandungan die bahaya terus. Sebab alcohol tu sebenarnye fungsi utk bagi air tu jdi tahan lama dan acid tu pulak fungsi utk bantu mengecutkan jerawat2 yg naik ke muka serta remove sel2 mati yg ada. Selalu kalau dgr pasal exfoliate liquid kan, haa dlm toner Aiken ni ada kandungan asid yg ade dlm exfoliate liquid.

Exfoliate liquid nye fungsi same mcm scrub cumanya ianya cecair dan scrub berbentuk physical kasar berpasir. Exfoliate liquid ni another steps utk process skincare yg lebih expert pada aku sebab cara nk buang sel mati die mengikut fungsi jenis alcohol atas keperluan kulit tu sendiri. So tuh sbb kadang2 je aku pakai toner Aiken tu. Tu pon kalau aku rasa muke terlampau kotor.




Aku proceed pulak dgn gune hydration toner. Aku guna Hada Labo Hydration Toner sebagai hydration toner aku. Memang helok sangat. Benda ni wajib. Why??? Haaa ni la die starting utk merawat muka. Muka kita ni boleh kita ibaratkan mcm span. Kalau span kering, agak susah utk kita menyedut air sabun dan hasilkan buih kan? Tapi bila kita basahkan span tu dgn air, gaul dgn sabun, mudah jdi reaction buih.

So tu jugak la fungsi hyration toner. Die melembapkan kulit muka kita dan memudahkan utk next process melibatkan essence dan serum yg mudah meresap ke dlm kulit dan react lebih cepat. Nk sapu air essence dgn serum pon tak perlu byk.  Bubuh setitik dua dah rata weh kt muka bila muka kita lembap ni. Kalau sapu dua bahan ni kt muka kering mang kena guna banyak la sebab permukaan kulit muka kering. Merata pon susah sbb dah cepat kering dah.

Hydration toner ni adalah salah satu bahan wajib digunakan utk skin yg bermasalah nak nak kulit kering atay dehydrated skin. Dua kondisi muka ni lain lain tau. Kulit muka berminyak pon boleh dianggap dehydrated skin gak sebabnya kandungan dalam kulit dah kering sangat sebab habis minyak kena guna kt luar kulit muka. Kalau kulit kering pulak mang jenis takde minyak. Pon perlukan lembapan sebab nk kurangkan kedutan, masalah menggelupas dan sebagainya.

Kandungan air toner yg mengandungi hyaluronic acid. Acid ni yg berfungsi utk mengekalkan air dlm kulit muka utk terus lembap . Bila dah lembap, kilang minyak dah tak perlu keluarkan minyak lagi dah utk buat mke lembap lagi. Safe la skit kan takde jdi jerawat pe bagai.

Seterusnya aku sambung sapu dgn air essence dan serum. Dua bahan ni yg wajib aku pakai ialah Bio Essence 24k Rose Gold Water dan Nutox Advanced Concentrate Serum. Dulu aku pakai serum The Garden Of Eden yg Rosa E. Bahagian ni aku mang cuba memacam jenis. Kadang2 aku kumpul air essence dari sheet mask. Aku akan perah air sheet mask dalam bekas kecil yg travelling punye tu sebelum pakai. So lebihan tu aku bolehlah guna utk skincare routine time nk merawat kulit muka nnti.




Bab merawat kulit ni yg kena teliti sikit. Sebab kita kena tahu ape benda kita nk merawat kt muka kita. Ade nk ubat parut jerawat yg berlubang atau yg hitam2 tu,  basmi msalah kusam, msalah kulit kering, masalah jeragat. So semua masalah ni lain2 jenis kandungan serum dan essence nya.

Dan please jangan mudah terpedaya dengan omongan orang kata serum boleh merawat 1001 penyakit kulit. Omg. No!!!! Jangan la percaya sangat. Tu semua mengarut. Takde jalan singkat utk pulihkn kulit muka ni sebenarnya. Nak nak sekarang banyak skincare timbang kilo kan. Kena berhati2. Nak selama senang je, cari semua barang tu kat drugstore seperti Watson dan Guardian . Ni dah sah sah diorang dah ade sjil pengesahaan KKM dan keselamatan yg terjamin dari bahan kimia yg merbahaya. So please, be careful.

Bab sheet mask ni pulak aku boleh jadi giler sebenarnya hahaha. Bukan giler ape la. Buat aku ketagihan membeli. Sebab sheet mask harga die murah. Senang pulak nk dapat sheet mask ni. Ade jual kt watson, guardian, sasa,shopeee, lazada dan hermo. Banyak lagi la. Rajin tak rajin je mencari. Nak nak bila waktu sales. Huhu.




Memang elok pakai sheet mask ni selalu sebenarnye sebab boleh bantu kulit muka yg kusam penat bekerja tu jdi fresh balik. Muka pon jdi glowing weh.

Amalan sheet mask ni diamalkan oleh kebanyakan orang Jepun dan Korea. Kalau korang jnis suke perhati muka diorang, mesti korang nampak flawless putih semcm. Haaaa diorang buat benda ni la. Sebabnya negara diorang pon ade musim panas, musim sejuk kannn. Waktu2 ni la diorang perlukan bahan2 ni. Lembapkan muka tu utk bagi muka nampak fresh. Kalau tak tu muka pucattt je kan.

Step seterusnya aku akan sapu dgn pelembap muka. Nk seal segala nutrient aku bubuh kt muka. Makanya pelembap la yg bertggungjwb utk uruskan tugas ni di samping die nk bantu kilang minyak xbekerja keras kan. Aku guna pelembap Aiken je. Sebab muka aku kan berminyak. So aku plih pelembap yg jenis lighweight. Memang ringan je pelembap Aiken ni. Sesuai utk muka yg berjerawat la kan.



Jenama Aiken pon memang dah established sebagai produk pembasmi jerawat. Sesiapa ada masalah jerawat boleh cuba basic skincare Aiken ni dlu. Bila dah rasa konsisten dgn rutin skincare tu, baru move ke next step yg lebih banyak.

Tak lupa jugak pasal exfoliate. Exfoliate atau proses buang sel mati. Proses buang sel mati ni hanya boleh buat seminggu sekali atau dua kali sahaja. Tak boleh lebih2. Nipis kulit muka nnti. Proses ni aku pilih produk St Eves Green Tea. Texture die lebih halus serta selesa dipakai. Tak kasar. Bau pon wangi. Freshinggg..



Aku memang pernah buat kesilapan besar dulu. Silap aku sebab jadikan scrub muka sebagai pencuci muka biasa aku. Tuh sebab muka aku liang roma gedabak besar. Masa tu aku pakau scrub muka jenama Simple. Kasar skit texture die banding scrub yg aku guna sekarang. Sebab kes ni laaaaa habis ranap betul rupe muka aku ahhaha. Berlubang2. Tapi aku masih bersyukur sebab permukaan muka aku dah bebas jerawat batu dah. Syukur la kan. Bukan senang. Parut pon hilang yg warna2 hitam tu.

Step terakhir sekali aku pakai utk skincare routine ni ialah sunblock. Sunblock aku pilih Biore UV Perfect Milk yg spf 50++++  . Pemilihan sunblock ni pon kena plih ikut kesesuaian kulit muka. Mcm sunblock aku ni jenis matte. Sesuai utk kulit berminyak. Kalau muka jnis kering, better cari texture jenis creamy dan moist.

Sunblock ni pula, lagi tinggi spf lagi elok tpi cara pakai sunblock ni bukan sekali pakai terus die protect tau. Sunblock ni bertahan kat kulit 2 jam sekali. Lepastu kena sapu lagi. Sapu pun kena sebanyak 2 jari telunjuk . Tak kisah spf tinggi mana pon pemakaiannya tetap sama. Sebab peluh yg kerap pun boleh menyebabkan lapisan sunblock terhakis.



Kebaikan pakai sunblock ni antaranya boleh melambatkan kedutan muka sebab kedutan muka ni jadi bila kulit muka kita kena cahaya matahari yg panas. Bila panas boleh menyebabkan kulit mke kita kering dan membuatkan kulit muka kita mudah terkena kanser kulit. Tuh kekdang luka2 jerawat jdi makin gelap sebab terkena cahaya matahari.

So inilah dia produk skincare yg aku pakai. Ok je campur2 barang skincare ni asalkan sesuai dgn jenis kulit muka kita. Kena pandai research la jenis produk camne yg sesuai utk kulit muka kita. Sebab setiap kulit lain2 kesesuaian die mengikut keperluan kulit tu. Ada yg xperlukan lembapan yg byk, ade yg kena pakai lebih.

Yg pasti bila kita jaga kulit kita, kita pakai ape pon cantik dan lawa hehe. Kadang2 kalau keluar pon tak perlu make up dan hanya end up pakai sunblock sebab muka kita dah ade perlindungan dah.

Benda ni jugak kalau korang nak tau, sangat penting utk persediaan setiap pengantin sebab pengantin lagi cntik dan tahan lama kalau kulit muka die prep elok. Prep yg dimaksudkan ialah pemakaian skincare utk lembapan kulit.

Kalau ckup lembapan muka, make up akan jdi lagi tahan lama dan muka jadi lagi cantik sebab bahan make up blend elok atas permukaan muka. Kalau takde benda camni, tuh yg kadang2 ade muka pengantin kita dengar make up die crack la pecah la. Sebab penjagaan ni tak dititik beratkan. Lagi satu muka berjerawat. Masalah jerawat memang susah nk ditutup guna bahan make up. Perlukan kepakaran yg hebat utk tutup tapi still, kulit muka bersih licin lagi memudahkan proses make up sebenarnye. Dats all my concern about it. Ok ? Sekian. Hehe. Tq for reading.

Al-kisah Skincare Routine

Assalamualaikum. Haiiii readerss!!

Seperti yg dijanjikan, aku akan ceritakan perjalanan aku jaga muka yg dulu breakout teruk tu ke muka yg semakin bersih hehe. Nk cakap dah capai glass skin tu aku tak berani nyatakan lagi sebab aku masih usaha nk kurangkan appearance pores aku tu. But so far, ade la yg tegur muka aku makin bersih, makin glowing, nmpak lain dari yang dlu. So nampak tak kat situ ape kesannya bila kita buat skincare routine??? Hehehe.

Glass Skin mcm muka hakak Korea ni. Kemain licin kannn. 

Aku jdi curiosity pasal glass skin sebab aku tengok ramai orang update kt facebook yg muka breakout sebenarnya boleh je capai glass skin ni tapi kena RAJIN. Aku ulang, RAJINNNNN. Rajin ape?? Rajin buat skincare routine laaa.

Ape die ni skincare routine ni??? Ni aku jawab ikot paham aku la ye. Skincare routine ni adalah penjagaan muka yg bermula dgn cuci muka (cleanse), toner, essence, serum, pelembap muka (moisturizer) dan sunblock. Konsep die sebenarnye nk kita membersih muka, merawat muka dan melindungi kulit muka kita. Siang dan malam tau kena buat. Kalau siang tu kne buat sampai ke sunblock, manakala malam, kne buat sampai pelembap je. Sebab malam dah takde matahari nk attack kulit muka kita.

Aku bagi kefahaman lagi la ye. Sebab mesti serabut kan apehal banyak benar benda kena buat.

Membersih - cuci muka + toner
Merawat - ubat jerawat + essence + serum
Melindungi - pelembap + sunblock

Ni contoh rujukan skincare routine siang dan malam

So bile kita buat benda ni, baru dapat capai glass skin yg diidamkan. Bukan stakat tu je, dlm seminggu sekali atau dua kali, kena buat exfoliate muka dan pemakaian sheet mask muka. Dua benda ni antara benda yg boost up ke arah glass skin. Rugi kalau tak buat beb. Die memang kasi kesan sbnrnye kat muka kita lau consistent buat.

Sebab proses exfoliate atau scrub ni tujuan die utk buang sel mati kulit muka kita. Setiap hari kulit muka kita memang ada sel2 yg mati. So benda tu kita nk kasi removes utk kasi laluan kulit baru ganti. Dan bila kita dah buang sel mati tu, kena la bagi sel kulit baru ni tambah nutrient lain utk bagi terjage elok kondisi sel baru ni.

Camne pon kalau buat semua ni tapi kita pemalas nk pakai sunblock, memang xmenjdi glass skin kita nk tu sebab bila takde bnde halang cahaya matahari tu dari kena muka kita, kulit muka kita akan terus menerus jdi kusam dan gelap. Sebab cahaya matahari ni ade kuasa uv die yg buat sel dlm kulit tu berubah jdi gelap. Org panggil die melanin. Bnde tu yg buat jdi makin gelap kulit kita tu sbb da kne dgn matahari kan. So bubuh la banyak mana serum ke essence ke lau xde sunblock, xde perlindungan gak. Membazir je la pakai benda2 tu sume lau xde protection kt luar.

Boleh baca keterangan ni utk lebih faham dgn lebih mendalam

Kalau nk terangkan dgn lebih mendalam mang makan tahun tak setel. Aku stdy benda ni pon makan bulan gak. Sebab sebelum buat pon kena kenal dlu jenis kulit muka kita ni. Macam aku, kulit muka aku jenis kombinasi. Part hidung dgn bawah mata minyak. Liang roma pon lebar2 kt bawah mata aku tu. Kat situ la aku nk bagi penampakkan die kurang skit.

Boleh tengok camne nk tahu jenis kulit muka kita tu jenis apa.

Minat nk buat skincare routine ni timbul bila aku berkecimpung dgn dunia henna aku ni. Dunia henna ni melibatkan kerja face to face dgn orang luar. Bila buat kerja henna ni kadang2 nk kena kemas skit sambil kita lukis inai tu. Nak nak bila join even besar. Kalau join event besar lagi kena jage performance skit sebab first sight mesti orang tengok kitanya rupe luaran kannn. Ye la orang kata dari mata jatuh ke hati ye dak?? Hahaha. Nk pikat hati pelanggan punye pasal.

Tapi benda ni pon dah lama apply kt tempat kerja lain macam orang office atau pekerja promoter mall tu ke kan. Standard sangat la tu kan. Siap ade kursus lagi pasal nk jaga penampilan utk yg amek course secretary or office tu.

Ok aku mula nk jaga penampilan diri ni dulu start dgn make up. Aku dari sekolah lagi memang suke dah pakai lipstik, eyeliner, bedak dan eyeshadows tu. Cume tak pergi lebih jauh lagi je. Aku pergi lagi jauh sebab belajar melalui kak Ct dan Kak Za la. Kembar dua orang ni mang segala sudut benda seni diorang pro termasuklah make up. Diorang jugaklah yg godek muka aku ni dulu2. Sebab aku memang bab make up pakai tibai je.

Ni kak Za . Die la org pertama yg make up muka aku

Waktu tu lah minat nak melawa dan usaha nk tambah ilmu hias diri makin membuak. Senior Uitm aku pon iaitu abg Mizi, pon jadikan aku port folio hasil seni make up die. Serius die make up aku cantik sangat. Abg Mizi pon pernah buat kelas make up.

Muka yg ni di make up oleh abg Mizi. Lawa tak???

Sempat la aku join sekali. Mang terbaik la die ajar. Die ajar dari basic kenal jenis kulit sebab starting pakai make up mang kena prep muka dlu. Mksudnya kena buat sesi protection skin. Ye la sebab make up ni nnti nk kena pakai memcm brg yg boleh buat liang roma tersumbat. Bila dah tersumbat tu lah punca jerawat naik banyak tu. Masalah jerawat pulak muncul bila aku kerap make up tapi cara aku jaga muka tak berapa sempurna. Cuci muka tu cuci la tapi aku tak merawat kulit muka aku. Tu yg jdi makin teruk.

Nak cuci pon kena ada cara. Lau ikot basic rules die, guna pencuci muka biasa da ok dah. Tapi utk lagi bersih dari bahan kotoran make up tu, aku tambah minyak atau dikenali cleansing oil. Aku guna minyak baby johnson dan minyak kelapa dara je. Lebih berkesan. Lepas cuci pakai minyak baru cuci pakai sabun muka. Double cleasing ni la bru buat muka betul2 bersih. Ade setengah org tu die buat triple cleansing step. Tambah micellar water. Tu lau ko banyak masa boleh la buat hahaha.

So bila aku buat skincare routine ni kan, aku sekalikan dgn mengubat masalah jerawat aku ni. Aku pakai ubat jerawat lepas toner. Pernah gak aku silap dlm skincare rountine aku ni. Aku pergi pakai ubat jerawat lepas pelembap. Mang xmasuk la ubat tu da kena tutup dgn pelembap kan. So aku stdy balik. Nahhhh menjadi!!!

Nah. Utk skincare je siap ade beg khas. Kalah beg make up aku punye rasanya

Dan aku nk tambah skit. Sebenarnye bila kita pakai sunblock, automatik die nye fungsi bantu proses pemudaran parut. Ye la bila dah buat scrub muka, essence pe bagai, peluang utk kulit tu nak nak kt part luka tu nk jdi gelap xde dah sbb dah kena seal dgn sunblock. So pluang nk cerahkan kulit tu sekali dgn parut tinggi laaaa. So tu sebab kena pakai gak sunblock. Camtu gak dgn masalah jeragat weh. Kena buat semua bnde ni bru dpt nmpak kesan die.

Muka tahun 2016
Waktu muka aku ni kan, aku skit pun xpeduli ape jadi kt muka aku lau keluar dgn mke togel gini . Kekdang je tambah la skit pakai bedak ke ape kan.

Screenshot je balik ahhaa. Ni kira paling semengah lah muka aku dlu. Tambah bedak skit. Lipstik skit then kuar. 



Muka tahun 2019

Muka aku pergi niaga ahahha

Dapat nampak tak beza muka aku dari 3 tahun lepas dgn sekarang?  Hehehe. Alhamdulillah. Bila dah buat skincare routine ni, kalau keluar pon tak perlu susah2 nk pakai barang make up cover parut sana sini. Leceh. Baik buat skincare routine at least mke pon terjaga dan bebas kimia yg memudaratkan.

Inilah perjalanan aku nak dapat skin yg lebih sihat ni. Harapkan dapat lebih istiqomahlah nak pelihara kesihatan kulit muka aku ni. Aminnn. 

Friday, 15 November 2019

Super duper excited

Post ketiga hari ni hahaha.

Super duper excited betul aku up post dlm blog hari ni. Mungkin sebab dah lama tak mengarang kot. Atau sebab aku lame cube tahan nafsu mengarang aku melalui facebook dan sebagainya. Well atas faktor kita ni ramai orang perhati. Haha.. Dan blog pulak aku sampai tak sempat nk log in utk update story. 

Bukan ape pon, sebab dalam facebook tu mostly kita membuka ruang utk marketing dan joking haha. Joking tu sbb kekdang byk owg share bnde kelakar. Tu pon kekdang aku rasa orang naik rimas dengan post shared aku yg byk sangat. 

Anyway, seharian ni aku membelek blog aku ni je. Belek template, layout, background, and etc. So rasa mcm lama benor xadjust rupe block ni. Aku adjust mana yg boleh sebab aku update ni pon pakai phone je. Tak pakai lappy.

Nak tahu tak? 3 atau 4 tahun yg lepas aku ade satu blog ni sebelum blog aku yg ni. Blog tu memang aktif sangat. Memacam giveaway aku join dulu. Rupe die pon habis advance dah. Header aku edit sendiri. Sampai sanggup belajar cara nk buat header sendiri weyh.

Ade je blogger lain siap amek upah leh buat editing header atau template pe bagai tpi sbb nk buat sndiri, nk dalami ilmu editing tu sendiri so aku gigih la habiskan masa aku utk semua tu.

Malangnya aku tak tahu ape silap kt blog tu sampai sangkut skit. Terus kena buang widget2 yg aku dah edit banyak tu. Cantik dah kot. Hahaha.

Dah blog tu sekarang makin suram dah. Aku pon buat blog baru dan inilah medium aku nk membebel atau meluah. Hahaha. Tapi kt blog ni aku edit simple2 je sebab tak nak bagi berat utk loading masuk sni. Lagipon nk bagi sedap mata melihat. Tak rimas. 

Tu la hobi aku wktu tu. Sebelum masuk dunia yg sangat dewasa ni hahaha. Dewasa la sangat. Sedangkan masih mudaaaa. Hehehe

Tapi hobi aku nk berblogging ni masih on lagi cume aku dok usaha mencari waktu2 yg sesuai. Maklumlah sekarang waktu aku dah dipenuhi dgn waktu bancuh inai, packing inai, susun design baru inai, restock inai. Tu belum lagi involve kerja2 rumah. Kekdang tolong along aku uruskan 20 ekor kucing lagi huhuhu. Banyak en??? Orang byk buang kucing weh. Rumah aku antara port orang suke buang kucing. Kekdang sian tgok kucing yg kne buang tu. Lahaiii. Sbr je la.

Well sepanjang setahun lebih menyepi ni xdinafikan memcm dugaan dan cabaran aku harungi utk cari sumber rezeki. 

Lost kengkawan pon ye. Mang aku lost ramai gak kawan. Memcm faktor tpi xpela, manusia datang dan pergi. Kita ni teruskan hidup selagi diizinkan Allah utk beramal. Kawan masih ada skrg pon sahabat aku, Una, Fira dan kengkwn skola rendah aku yg still ingat aku. Sound so childish kan? Tapi kan, kengkwn yg ni la yg sbnrnye memecahkan suasana suram aku. Kekdang lau gelak tu xingat dunia haha. 

Geng anak bongsu aku. Hehe

Bila kita jatuh bangun ni la wktu kita mengenali siapa sbnrnye mereka yg tulus ikhlas utk capai tgn kita ni. Aku pernah je jtuh sakit yg sampai nk jalan tu susah. Dan insan tercinta yg xptus asa bersama aku wktu tu ialah Una. Die siapkan drive kan kete lagi bawak aku ke tmpt berubat. Biasa la aku ni lasak en. Mang ade je la kne diubat. Tq Una sebab wktu aku sakit ko ada dengan aku. Syg ko sangat. 

Una. Sahabat dunia akhirat. 

Mgkin aku akan cuba merajinkan diri utk kerap mengarang pasal kisah hidup atau apa sahaja yg boleh dibincangkan hehehe. Sebab aku ade janji kan nk ckp sal skincare. So nnti aku akan story la skit cmne aku buat skincare dlu. Tu dikira antara hobi aku gak skrg ni. Ni semua sejak aku berkecimpung dunia inai. Hahaha. Atau sejak muka aku breakout dgn jerawat truk ritu ahhahaah.  😁

Dinner PPINS (Persatuan Pelukis Inai Negeri Sembilan)

Yes Dinner Penginai. Tak sangka rupanya geng-geng penginai ade dinner. Well aku ni nk kata sosial sangat tu tak jugak tapi ade la jugak kengkwn henna yg sudi menjadi kenalan aku sebagai geng henna selain dari jdi customer inai aku. 

Ok dinner ni dilaksanakan oleh Persatuan Pelukis Inai Negeri Sembilan pada 30 Oktober 2019 yg mana persatuan ni sebuah persatuan pelukis inai yg dari kawasan Negeri Sembilan. Tujuan die nk merasmikan pertubuhan persatuan ni. Dinner ni adalah majlis pertama yg dijalankan oleh persatuan ni tau. 

Tema dinner ni adalah Flora dan Fauna. Excited dgr tema die weh. Tu adalah antara sebab aku join dinner ni hehehe selain nk jmpe kengkwn henna yg lain. Sebelum ni aku hanya dapat berckp dgn diorang2 ni dlm group whatssapp je. Jumpanya belum lagi. Ye la aku bukan jnis berjalan sangat sebenarnya. Aku gerak jauh bila betul2 ade urusan yg penting sahaja. Aku takkan ke mana sangat kalau takde benda nk diuruskan. 

Memula aku decide nk pergi dinner ni sesorang je sbnrnye sebab aku rasa mcm nk mudahkan perjalanan je bila pi sendirikan tapi bila fkir semula, aku takde kenalan sangat dalam grooup Negeri Sembilan ni. Kenalan henna aku ramai dari Kedah, Perak, Selangor dan Penang. Kira belah Negeri Sembilan ni baru nk mula berjinak utk kwn la. Kalau ade pon sorang dua je. Last2 aku bawak kezen aku si Diba. Alhamdulillah die mahu temankan aku tapi kesian sbnrnye kt die sebab masa hari dinner tu diadakan pada hari biasa. Bukan waktu hujung minggu. Die lak kerja cikgu kan. So mesti busy punye. Tapi sebab die ni slumber dan die pon suka pergi dinner sebenarnya, makanya die memang Onzzz!!! Ahhaha. Die suke majlis makan2 ni. Jenis food adventureous.

Die pon mang selalu jdi partner in crime aku. Aku pon plan utk ajak die make up lelawa dgn Kak Ct aku. Akak angkat henna aku tu. Now die dah buat make up pengantin pulak. Memang da vasssss make up die. Daring dan sangat cantik make up die. Aku memang suke style die make up. Sebab air tangan die ade skit mcm air tangan make up artist lelaki. Hehe. Seni die macam luar biasa sikit

Apsal aku ckp cmtu ??? Sebab air tangan lelaki ni jnis daring. Maksudnye macam pemilihan warna eye shadows ke, blusher ke atau lipstick ke en, mesti terang dan pekat. Tak pun, salah satu la antara tiga part ni yg warna pekat. Selera aku pon sbnrnye suke warna yg terang. Baru naik seri muka kita. 

Berbalik pada kisah make up. Ktorang pkir utk make up cecantik berbanding dress vogue sebab kami dah suntuk masa utk cari baju lelawa. Nk sewa pon tak sempat dah weh. Aku pakai baju kurung peplum dan Diba pakai blaus bunga biase saja. Tpi yg penting kreativiti la kan . Tak kisahlah make up ke baju ke lau kena pada temanya mesti onzzz je. Jangan tak pakai pape lak kan hahahaha.

So kak Ct memilih tema ala2 ular atau mermaids kat aku. Die buat shading muka jaring. Konon rupenya mcm bersisik la. Macam drama hindustan Naagin tu. Sape layan tau la maksud aku. Dan akan nampak rupe shading jaring yg aku maksudkan tu. Kat bahagian dahi aku pulaj kak ct tampal diamond putih biru. Kiri kanan mata aku die tampal bunga. Sempat lagi tau kak ct pinkan kat shawl aku lace simple. Hahaha. Dah kalah pengantin weh. Bulu mata pon lebat. Make up ni jugaklah pertama kali aku pakai contact lens. Contact lens hijau aku pakai kot weh hahaha. Sebab aku pkir smpai bila aku xnk blaja pakai lens kan bila make up. Sebab make up tanpa lens mcm tak sempurna pulak pada mata aku hehe.

Diba pulak dapat style make up yg ditampal bunga2 tapi mang naik seri Diba. Aku pun rase muka Diba pon lagi perfect bila make up dgn kak ct berbanding muka die kne make up wktu jdi pengntin dlu. Sangat kemas nak nak kat part kening. 

Jangan xtahu ye part kening la paling susah nk lukis atau nk dihias bila wktu nk make up ni. Boleh jdi berjam2 wktu make up tu sbb dok belek nk dpt kening yg lawa.

Second susah nk buat dalam make up ni ialah eye shadows. Sebab ape? Sebab lau ko silap campur warna eye shadows ni, boleh jadi haru biru rupe kelopak matanya. Mcm kne penumbuk rupenye ahhahaha. Even muka aku dah elok kak ct lukis pon ada gak kata muka aku lebam mcm kena belasah tpi mang tema tu aku plih sbb konon rupe mcm jungle la. Hahaha. 

The dinner went very well. Sangat best. Even tak ramai tetamu kt dinner tu tapi sangat meriah suasananya. Penginai2 yg hadir pon havoc dan jnis gegiler la. Slumber je en menyanyi menari hehehe. Aku lak mang stay je dgn kwn henna aku ni. Kwn henna yg aku betul2 close ialah Dlyna Henna Art atau aku panggil Syaz. Nama penuh die aku lupa. Die ni henna artis area Nilai. Mang cntik die lukis inai . Kemas dan terang. Dan VIP yg aku kenal ialah kak Dayu. Aku rapat skit dgn kak Dayu sebab dlu pnah cntct utk planning projek henna dgn die. Sygnya projek tu belum de rezeki nk berjalan.

So sepanjang majlis tu berjalan, aku dan Diba nikmati betul mkanan yg ada. Hahaha. Meja makan mang penuh dgn mkanan. Lapar sbnrnye sbb majlis start lmbt skit. So berkeroncong la perut ni bunyinya. 

Yg paling byk aku dan Diba buat, ialah bergambar. Mang tu la yg berlaku pon kat semua org. Sebab memasing dah melawa sakan kan. Takkan tak bergambar pulak. Tujuan dinner tu pon bergaul sesame kawan dan melawa gak hahaha. So aku bergilir2 dgn Diba posing bergmbr kt sana sini. Buah tgn aku dpt pon best. Salah satu benda wajib buah tgn kami dpt ialah inai. Hehehe. Maklum la sponsored teams pon ramai dari kalangan penginai kan. Ade je dari butik pengntin. 

Memacam gak diorang buat aktiviti seperti cabutan bertuah, game kotak beracun, game makan sushi yg ade wasabi, dan memcm lagi. Aku xde rezeki nk dpt cabutan bertuah tpi paling best dpt bwk balik kek. Serius byk giler kek. So ape lagi bwk balik laaaa. Siap berkotak2 lagi hahaha. Memasing dah dpt hadiah, kek pon dah tak nampak. Lagi satu sebab dah kenyang kan. Hahaha. 

Lupe lak nk citer psal best dress. Hahah. Yes. Ade pertandingan best dress ok. Dah dia bubub tema Flora dan Fauna takkan takde sebab kan. Passion melawa kena la raih habuannya!!!  So mang ade pemenang yg sangat sangat cantik. Sebab ape cantik??? Sebab die memenuhi kriteria flora fauna die tu. Sbb die ade bunga dan dia ade binatang. Dress die simple je. Warna plain je tapi ade letak atau tampal rama2 dan bunga. Die pon ade ltak diamond2 kt dahi die. Mcm aku punye gak tpi satu warna je die nye diamond which is look so exclusive. Dan die ade pakai tiara bunga. Nnti aku ltak gmbr skali.

Dan paling aku adore make up die ialah kening dan eye shadows dieeeee!!!!! Sebabnya warna pelangi beb die buat. Jarang2 nampak make up style camni. Selalu omputih je suke buat style make up pelangi colourful camtu. Mang layak die win !!! Hehehe. Cantik sangat. 

Ade gak lagi aktiviti lain tapi waktu tu aku dah kelaut sangat sebab mengantuk letih hahaa. Sebab aku pakai make up tu weh dri pkul 10 pagi. Tak ke masak keadaan aku kannn???

So aku kongsikan gambar dinner aku. Pengalaman yg aku pertama kali dpt dalam karier inai aku. Sebab time stdy pon dlu aku xpnah pi memane dinner. Hehehe

Dress up masa dinner tu hehe

How is it???

Henna artis yg aku agak close, Dlyna Henna Art

Ni kak Dayu. Salah sorang vvip henna artis mlm tu. 

Close up muka aku

Ni la die kezen aku, Diba. Hep

ni la die BEST DRESS FLORA FAUNA tuuuu. 
E


Ni semua yg dtg dinner tu. Ade otai henna dtg sekali. Tudung pink dan tudung putih iaitu kak Dayu dan Kak Sheema. Serius dua akak so nice sangat. Besttt

Aku harap utk next dinner, ade rezeki lagi utk aku join. Utk jmpe lagi ramai kengkwn henna. Sebab ade je lagi yg aku belum jumpa. Harap dpt la suatu hari nanti😉

Thursday, 14 November 2019

Setahun dah???

Assalamualaikum readers

Setahun lebih tinggalkan blog ni. Waduh waduh. Konon target nk update je blog ni tapi xpela. Usahakan juga utk mengarang di blog ni. Serius aku rindu nk 'blogging'.

Sebab rutin aku sekarang sibuk mengarang ayat2 marketing kat Facebook dan Instagram Inaibyhanie. Akaun business inai aku yg dikenali sebagai Inaibyhanie. Nama aku sebagai tukang inai hehehe.

Alhamdulillah sekarang kira dah nak masuk 3 tahun aku menjadi tukang inai. Aku memilih karier ini sebagai jalan pencarian rezeki aku. Jalan pencarian melalui perniagaan. Ilmu perniagaan yg aku tuntut masa aku tingkatan 6 dlu.

Memang aku xlanjutkan course tu di Universiti dlu sebab tawaran yg aku dpt pon course lain. Camne-camne pon masih tetap berkait rapat dengan dunia pengurusan perniagaan.

Serius subjek pengurusan perniagaan ninagak penting rupenye. Bila aku dah bina business sndiri baru nampak kepentingannya tu. Aku dpt apply ke urusan business aku ni. Sangat2 bersyukur la ape yg aku belajar dlu dpt diguna pakai gak akhirnye. Tak sia-sia la kan.

Instead of aku suke dgn inai yg smpai jdi karier aku sendiri, sekarang aku teramat-amat suka belajar pasal skincare. Tak tahu camne boleh terjebak tapi serius, aku memang kumpul maklumat skincare beratus-ratus gambar. Aku mula belajar pasal skincare ni dari sahabat tersyg aku iaitu Una.

Una memang suke share benda baru dgn aku. Die ade gak share pasal kuruskan badan, cara pemakanan yg elok , clean diet dan sebagainya tapi tu la aku hahaha xberapa nak on sangat dgn style tu. Mungkin sebab passion aku dgn mkanan ni ikot mood kot. Tapi pasal muka teramat-amat aku titikberatkan. Mungkin sbb aku suke buat make up kot.

Aku pernah tau break-out truk kt rahang muka aku. Serius sakit sangat weh. Hari-hari aku belek muka aku. Pikir camne nk sembuhkan jerawat yg masak ranum kt kawasan muka aku tu.

Bila dah lelame barulah aku dapat tahu kenapa jdi camtu. Salah satunya sebab hormon tak stabil. Ye la sbb bdn aku agak berisi so mungkin masalah kat situ lah kot. I think so laa en. Dan aku suka pakai tudung yg sama. Tudung yg dah kena peluh. Kain kalau dah kena peluh memang berkuman la jawabnye. So tu yg membiak-biak jerawat kt muka aku. Lepastu aku ni setakat cuci muka je. Step skincare lain aku tak buat pon.

Dulu masa aku masa aku form 1 pernah buat step basic skincare tu. Macam clean, toner dan moisturizer. Tapi sebab dah rasa leceh terus aku tinggalkan. Lepastu along aku nk gak aku jage muka aku, die belikan aku scrub Simple . So aku ni mana lah tahu benda tu kena pakai 2 kali seminggu je. So aku bantai la pakai setiap hari. Setiap hari okkkkkk! Hahahaah. Mampos kulit muka aku TAPIIIII licin muka aku takde jerawat. Kesan sampingan cume liang roma muka aku besar la. Tapi ni kisah waktu form 2 laaaa. Hehe

Berbalik pada skincare tu. Bila aku dpt dari perkongsian si Una , die ajak aku follow skincare guru dari Intan Syafinas dan Syahiran Farzana. Dedua tok guru skincare yg aku baru kenal ni agak power dalam menerangkan cara nk buat skincare routine. Fakta segala sains semua diorang keluarkan. No doubt la senang citer. Mang style orang education habis cara diorang explain.

Dari sinilah aku belajar cara skincare ala-ala Korean Style. Ade setengah tu panggil glass skin. Ni nnti aku cerita lah ape benda tu sume. Kalau citer kt sini mang jdi cerpen terus nnti hehehe.

Pape pon aku agak lega sebab muka aku makin baik dan makin licin cumenye part liang roma tu la perlukan lebih masa. Liang roma ni aku rasa tak boleh kecilkan dah cume dapat kurangkan penampakkan nya je la. Kena rajin buat skincare ni siang dan malam. In fact, kalau kita rajin jage skincare ni, masalah kedut kulit tu dapat la dilambatkan lagi sbb kita menjaga kelembapan muka kita kan. Serius aku suka sangat part ni. Memcam info tau bila dah baca kenapa kne jage hydration kulit muka kita ni melalui skincare routine.

Makanya ingin aku kongsikan gambar aku punye muke yg break-out dulu dan juga gmbr akaun Instagram aku yg dah berjalan selama 3 tahun ni. So far, alhamdulillah ade je rezeki utk aku membuat inai.


Ni la die kondisi muka aku masa break-out teruk dlu. Alhamdulillah gmbr last skali adalah hasil lepas aku buat skincare

Ni adalah akaun Instagram aku. Kalau nk survey inai-inai yg aku jual boleh lah jenguk instgram @Inaibyhanie ni. Boleh jugak tengok hasil kerja lukisan inai aku hehehe