Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday, 5 August 2014

Kita

Kita ni banyak benda mahu dilontarkan. Mahu diutarakan tapi khuatir ada yang tersentuh dengan kata2 kita. Dosa dengan Allah boleh lagi mohon ampun tapi dosa dengan manusia? Nak tak nak kena juga mohon ampun walaupun kita tak suka dan benci.

Melihat pelbagai isu sekarang ni di surat khabar, newsfeed facebook, timeline twitter dan entry blog rakan-rakan. Masing-masing punya pendapat. Banyak mahu aku suarakan tapi aku akan kembali fikirkan, siapa aku mahu berkata itu dan ini sedangkan aku tiada apa dan daya yg telah aku curahkan pada agama, bangsa, negara dan keluarga serta sahabat. Lumrah manusia kadang2 hadir kenakalan dia. Jika dihukum, jangan sampai melampau hingga lahirnya dendam. Tindakan sentiasa mempunyai refleksi.

Kenyataannya, manusia sentiasa mahu yg baik, sentiasa mahu yg indah dan segala benda yg melibatkan kebaikan. Jika hipokrit dilihat baik, ianya menjadi tarikan manusia juga walaupon ditipu begitu sahaja. Itulah kehidupan. Jika namanya buruk, susah mahu diterima. Rosak iu bukan satu pilihan. Namun jika kita punya masa dan ruang untuk berada di situasi begitu, pastinya kita dapat lihat betapa besarnya hikmah yg Allah hadirkan di saat ditimpa kecelakaan atau musibah buruk.

Kita punya pilihan. Kita mampu mengubah segala benda yg tidak enak menjadi yg lebih baik~
Muhasabah diri. Sentiasa melihat diri. Jaga hati dan fikiran serta akal. Kita pasti ada hari tua. Hari tua merupakan saat permulaan balasan menghadirkan diri menunjukkan segala amalan yg telah banyak kita lakukan~

Sayangi mak ayah. Berjasa lah pada mak ayah.

Mereka dikubur (jika sudah kembali ke rahmatullah/meninggal) memerlukan kita. Doa dan amalan kita refleksi kepada diri mereka. ~

No comments: