Assalamualaikum
Aku ada cerita bukan yang aku sudah mula latihan industri. Jadi hari ini aku mahu tunjukkan tempat aku bekerja dan apa saja aku kena lakukan sepanjang 5 hari ni. Hari pertama aku datang tapi staff kat situ suruh balik sebab penyelia yang bertanggungjawab menyelia aku pon tiada sebab cuti raya lagi. Hari kedua pula aku datang dan saat inilah aku bertemu semua staff yang ada di department admin atau lebih dikenali Unit Khidmat Pengurusan. Kat sana aku kenal dengan CADO iaitu Puan Norliza, CC iaitu Cik Khadijah Nasir, member-member praktikal iaitu Syafa, Sabrina, Farah dan Liyana ( Diorang ni dari Universiti lain2). Alhamdulilah kehadiran disambut baik oleh mereka semua.
Setelah aku bersua dan berkenalan dengan semua staff, aku mula berjumpa dengan CADO aku untuk berbincang mengenai kursus dan kerja yang bakal aku laksanakan untuk Latihan Industri (LI) ini. Dalam semester terakhir ni, aku diberi 3 pilihan jenis laporan atau assignment yang boleh aku buat untuk LI ni seperti :
- Survey
- Mini Project
- Mini Research
Selepas aku berbincang dengan CADO, dia lebih menggalakkan aku untuk melaksanakan mini research. Mini research dilihat lebih ok sebab ianya tidaklah memakan masa yang sangat lama dan nampak tak rumit. Alhamdulilah CADO sepertinya memahami apa yang aku mahu laksanakan. Maklumlah sebelum ni yang rekemen yang masok ke sini member baik aku iaitu Aqem. Jadi, Aqem pon baru-baru ni selesai praktikal di sini , maka mereka semua boleh nampak dan fahamlah apa yang aku boleh belajar di sini dan gambaran sebenar tujuan praktikal ku ini.
Course major aku ialah pengurusan sistem maklumat. Jadi aku perlu belajar dan memahami lebih mengenai sistem yang digunakan staff-staff di sini. Jadi CADO telah menempatkan aku di Unit Pendaftaran. Di sana aku akan dapat belajar mengenai sistem dengan lebih mendalam lagi dan memang kat sini banyak mengunakan sistem. Sistem yang melibatkan urusan Tanah la. Aku tak reti lagi nak terangkan lebih sebab aku pon baru nak baca intro pasal sistem ni. Penyelia aku di sini ialah Encik Jamal dan abang Ashraff. Alhamdulilah mereka berdua sporting dan tak lokek ilmu mereka untuk berkongsi mengenai ilmu sistem yang mereka dah selalu review kan selama ni di sini.
Ini merupakan meja aku ditempatkan di Unir Khidmat Pengurusan. Sebenarnya ni bukan meja aku tapi meja sorang akak tu nama die Sofianna yg sedang bercuti bersalin~ Hope die cepat sembuhlah hendaknya. |
Antara buku rujukan aku untuk aku buat laporan nanti. Macam-macam maklumat aku dapat daripada buku ni. Heheheh~ anti kena blaja psal tanah pulak kan? Who Knows kan? muehehehhe~ |
No comments:
Post a Comment