Tinggalkan jejak anda ye~

Monday, 4 January 2016

Dah 2016 Wei

Assalamualaikum~

Orang lain dah habis update pasal new year, aku bru la nak update padahal hari ni dah 5 Januari 2016. Cepat betul masa berlalu. Baru sekarang ni dapat cerita memacam benda hahaha. Seghonok. Ha.. Minggu lepas habis je waktu kerja hari Khamis ritu, aku pun balik rumah. Fuhh target nak bergolek-golek di atas katil yg empuk di rumah tu la. Sekali sebelum balik dapat mesej dgn member aktivis M, Big yg aktivis ada buat program dgn Perintis Aktivis M. Perintis Aktivis M ni terdiri daripada pelajar sekolah menengah yg mana berminat utk menyertai pelbagai aktiviti Aktivis M ni. So sampai situ je apsal Aktivis M. Nanti aku cerita lagi. So, melalui msej tu, diorang ajak keluar mlm tu. Program tu dibuat sempena menyambut tahun baru 2016.

Makanya aku pun pikir yg prgram tu mula malam auw hahah~ Aku pun decide nak join. Bunyi macam seronok. Dah lama tak join aktiviti diorang ni. Lama sangat aku menyepi. Nak cari kerja kan. So lepas je balik terus mandi siap2 dan gerak bila diorang dtg amek. Sampai je kat lokasi program, ktorang stay smpai selesai. Seronok?? 50/50 sebab aku tak tahu pape pasal tentatif aktiviti dan layankan saja hahahaa. Seronoknye sebab jumpa adik2 la coz dah lame tak jumpe. Tuh pon ramai takde dan rmai budak baru. Bluurrr je. Aku pulak tak tahu kat situ form brape je ada. So bedal aje bila sesi kenalkan diri hahahhah~ Bantai la labuuuu~

Malam tu bila da selesai program tu, kami punye turn nak raikan malam tahun baru. Kami gerak ke Bagan Lalang. Takde buat apa sangat melainkan buat game skit. Hehhee.. tak semua ada sebab memasing ada hal esok harinya so tanak ganggu waktu rehat memasing. So game malam tu kan sangat la best. Belum start game aku dah tergolek jatuh dah. Jatuh nye tu sebab aku nak duduk beralaskan batu. Dok heret batu tu sebab port ktorang nak duduk jauh skit dari port batu tu terletak. Hahha.. So aku baru nak duduk je, trus kebelakang.... bdn ke bwh, kaki ke atas.. Can u imagine that?????~ Like kumbang yg terbaring tak boleh bangun tuhh hahahahahah~ tapi paling kuat gelakkan aku bukan aku la for sure tapi si Eddy yg pertama dan disahut oleh orang lain.... -_____- Why???? hahhaha... They said, "Kak, U make my dayyy~!!!!! hahahahah".. Aku macam.......... tak tahu nak kate pe.. ahahha. Gelak time main game taya citer la.. Letih rahang muka aku ni dok terbahak2 ketawa~ Memang celebrate new year sangatttt kannn


Esoknya pulak aku keluar dengan Diba. Kezen aku. Keluar pon just nak temankan die masak Yee Mee. Die tengah free kan. So layankan je. Die tak bagi aku tolong die sebab die selesa buat kerja sorang2.. Hahahha.. aku pon main goyang2 kaki aje la... Sambil membebel dgn die memacam isu semasa penting dan tak penting gituuuuuu~ ^_^

So with the next day. Ha ni pon one of the best day. The day which me and my bff celebrate on i dont know what it is. Hahaha.. Lepak2 dgn Una dan Fira. Memula keluar dgn Fira. Tujuan asalnya nak berjogging. Then tukar ke aktiviti makan angin. Aku plan nak pi ke Stadium Bandar Baru Salak Tinggi tapi Fira lebih nak ke jejalan. So pergilah ke Taman Botani Putrajaya. Die je tahu mane tempat best. Aku belum jejak sana lagi. Punye lame Putrajaya tu wujud, baru sekarang aku dapat jejakkan kaki ke sana. Hahahaha..

Sampai je kt Taman tu, kami pon mulakan langkah. Oh lupe nak cerita. Sebelum sampai ke taman tu, kami bergerak ke kampung Orang Asli auw. Nama kampung die aku dah lupe tapi berdekatan nak masuk ke Putrajaya tu la hahaha. Kat situ nak review ladang arnab ntok Fira bambam ni. Sekaligus ternampak satu papan tanda yg tertera resort auw. Si Fira mula la rasa ingin tahu berkobar-kobarnya nak pergi tengok. Memandangkan kami mang nak pergi jejalan nak berjimba. So dpt la masuk ke resort tu. Kira pada pendapat aku resort tu macam resort mini dan aku lupa nak snap pic resort tu. Lau snap boleh bagi korang tengokkan. Kat situ boleh buat kenduri kahwin lagi tau~ jangan tak tahu hahahahah... Kawasan die agak pendalaman sedikit tapi so cool sebab keliling die banyak pokok dan feel so relax bagi yg always berada di bandar nak berada di kawasan menenangkan, itulah tempat yg boleh dijadikan pilihan korang tapi comel comel je tu. hehehehe..


Muahahahah die tgah mengomel niii~

Berangan macam kat pantai padahal.....






Then mase kat taman botani tu, kami jejalan la. Nak dijadikan cerita. Kami bukan saja jalan, tapi kami siap bergambar dah macam pergi bercuti kat Pulau Pangkor pulak dah~! ahahhahahaha.. Ni da best part sebab taman tu dihiaskan sebiji macam rupa resort. Ada tempat naik basikal, jalan kaki, padang ntok ruangan event dan sebagainya. Mase tu lak aku nampak orang dok kemas kawasan padang tu auw. Majlis kahwin baru selesai kot. Ada la ruangan sesiapa saje boleh naik ke bukit yg dipenuhi rumput menghijau di sekitar nye. Snap sane snap sni... Memang cantik. Ha, yg ni sempat la aku snap beberapa pic. Memang rupanya macam aku dan Fira bercuti jauh. hjahahahhahaa. Poyo sangat .

Lepas tu bila kami otw balik, mula perut berkeroncong. Lapar deyhh.. Fira la yg bunyi dlu.. DOk kate lapar nak makan sume. Then automatik si Una roger aku. Kata nya nak ajak keluar. So aku pon ajak Una sekali pi makan dgn Fira. Fira pon stuju. So kami amek la una. Best part kat sini... Memula dok pikir nak makan kat Nilai... Kejap kat Dataran Nilai, kejap kat kedai Tom Yam... kejap `kat mamak (eyhhh tu aku je wakakakaka...)pastu pikir lagi nak makan kat Enstek... last2 nak tahu kitorang pilih nak pergi mana????? BAGAN LALANGGGGGGGG DOE~ Hahahaha.. Bapak jauh. Bayangkan dari Putrajaya ke Bagan Lalang.. Hahhaha.. seronok la sebab jejalan kan. lagipon dapat bertiga akhirnya nak melepak.. Bertiga bersama ni selalu masa lepas SPM dlu. Pergi memane mesti bertiga. Tak boleh pisah. Bila masuk kolej sume, berpisah. Bila berpisah, so date pon kejap ngan die, kejap ngan die tu... Tu ade yg kejap majuk hahahha... sebab tahu bila lepak mesti best. Lau xbest pon mesti best gak coz prangai sorang2 sengal hahahaha...




Begitulah kisah sambutan tahun baru. Tahun 2016. Alhamdulilah masih bernafas. Camne gembira pon kita jangan dilupakan mereka yg masih hidup susah di muka bumi ini.. Moga kita boleh menjadi antara penyumbang bantuan kesusahan mereka nanti. Sekian


No comments: