Tinggalkan jejak anda ye~

Thursday 7 January 2016

Akhirnya aku tahu jugak

Assalamualaikum 

Penat betul minggu ni. Penatnya tu ditambah dgn kejutan kejadian semalam. Memang agak mengejutkan aku sebab van aku naik semalam kena tahan dgn JPJ. Aku memang dan sangat2 tak tahu van tu van hantu/van sapu. Bila dah keluar dari van tu baru aku dgr akak2 keliling yg naik sama kata van tu takde permit/lesen nak bawak penumpang/pekerja. Aku punyelah terkejut. huhu~ Penat tu satu hal, terkejut dok memikirkan camne nak dapat transport ntuk balik ke rumah. Aku bukan dekat. Jauh meh.

Kes nak balik punye pasal, hahahha aku mengekor je la sorang akak tu dan sorang lagi pompuan yg agak muda dari aku. Sambil jalan sambil tanya. Macam2 aku tanye. Sebab aku tak biasa kat kawasan situ. Pusat Bandaraya Damansara. Kawasan yg sangat korporat dan memang dipenuhi pekerja2 syarikat swasta.Jadi, dalam tanye2 tu ade la akak tu jawab kat situ memang ada bas tapi lambat. Sambil aku berjalan menuruni tangga kat kawasan yg berdekatan situ. Die kate ada dua bas utk ke KL Sentral. Satu bas Rapid 800 dan Rapid 850. Bagi bas Rapid 800 ni, die akan melalui Bangsar dan dari Bangsar tu ambil la LRT Putra ke Kl Sentral. Bagi bas Rapid 850, memang akan direct ke KL Sentral. Then aku pon mula mencongak budget. Kira punye kira, maybe boleh kurangkan kos yg aku kira tinggi jugak sebelum ni. Bila naik je, aku dapatkan kepastian dari driver bas tu. Yes, apa akak tu kate betul. Die ada kate, ambil bas Rapid 800 atau Rapid 850. Dalam kepala aku hanya nampak Rapid 850 hahahah sebab aku dah naik bas ni kan. Tu yg lebih yakin kat Rapid 850.

Aku pun cube la hari ni. Naik komuter sampai ke Kl Sentral dan terus pergi ke kawasan stesen monorail. Alhamdulilah bila aku smpai, bas pon smpai. Memang syukur la. Sebab semalam aku dgr akak tu kate bas dari Kl Sentral mang lambat gila. Aku dah mula pening hahhaa.. Then bila bas smpai pada masa aku sampai, mang hepi sangat. Bila dah naik, kad touch N go aku tak boleh pakai. Perghhh... aku dah topup RM10 kot. Rugi giler. Menung aku. Nasib dalam purse ade lagi beberapa keping duit Rm1. Terus bagi duit tu dlu. aku nak cube bila balik ktm nanti. Aku pon duduk je la dlm bas tu. Lepas tu aku tengok macam pelik je jalan bas tu lalu. Die memang lalu kawasan nak ke Damansara Height tu tapi die xmasuk naik ke sane. Die pergi ke depan lagi. Kebetulan aku duduk bahagian sit betul2 kt belakang driver tu. Aku pun terus tanya yg bas ni lalu Wisma Damansara tak. Then die kate lalu tapi lambat sebab kne pusing ke Masjid Wilayah semua. Erk.... Memang jem. Lepas tu die kate, "Kenapa tak amek bas 800 tadi? Tu lagi cepat. Sekarang pon dah smpai dah ni." Bila dengar camtu, baru bertambah yakin. Lega pon ye.

Pak cik tu tambah lagi, " Bas 800 lagi banyak dari bas 850. Masa bas ni beroperasi pon sampai ke malam. Sampai 10.30 malam.Jadi die akan sentiasa ada. Kalau bas 850 ni, die ikut waktu orang bekerja. Waktu pergi kerja dan balik kerja. Dari pukul 6 pagi sampai pukul 11 pagi. Balik pulak pukul 4.45 petang sampai 7.45 petang. Lepas ni kalau awk nak pergi Wisma tu kena amek la bas 800 tu. Cepat skit sampai,". Panjang lebar pak cik tu bercerita. Lega la hati aku mendengarnya. Memang membntu sangat pak cik ni. Mase smpai ke Damansara pon aku je tinggal dalam bas tu. Terima kasih pak cik sebab nak jugak die hantarkan aku dan bantu terangkan kat aku. Alhamdulilah.

Ni laluan bas Rapid 850


Ni laluan bas 800


Pasal van sapu tu. Aku bukan tak nak naik tapi aku rasa bahayalah. Bila kena tangkap kang tak pasal2 kne turun macam semalam. Nak pulak kena time kepenatan. Jangka masa nak ke ofis pon ok walaupun tak tahu cepat ke tidak kan. ^_^. Takpela. Susah2 la skit. Asalkan selamat. Biar lambat asalkan selamat. Aku pun dah tahu jenis bas yg lalu ke situ. Bus stop pon takde jauh sangat. Sekurang2 nye direct ke kawasan tempat kerja aku ni. 

Memang kejadian yg mengejut semalam punye hikmah disebaliknya. Aku sebelum ni dah tahu pasal bas ade dikawasan situ cume aku belum cuba untuk naik bas tu. Tapi sebabkan kejadian tu, sekarang dah tahu. Aku pun takde la tergopoh gapah nak balik lagi . Kalau tak tu bila tepat puku 5.30 petang mesti ase susah hati wisau tak dapat balik. Pikir2 kt situ langsung takde public transport. So hikmahnya aku dah tahu la skrg. Disebalik rupa musibah yg kecil, mungkin mampu selamatkan kita dari situasi yg lebih memudaratkan. Huhu~ betul x? 


2 comments:

ElZar1984 said...

Sis..tumpang tanye...kalau nak ke MITI, naik bas 800 ke 850 yg senang..tq

ElZar1984 said...

Sis..tumpang tanye...kalau nak ke MITI, naik bas 800 ke 850 yg senang..tq