Assalamualaikum... Aku ucapkan terima kasih kepada teman aku yg kiranya pernah memarahi diri ini kerana die pernah mendoakan aku supaya berubah ke arah kebaikan. Insyallah atas izin Allah kan... Aku pon mengharapkan benda yg sama.. Sentiasa mahu diri ni berada dalam keadaan yg lurus. Biar lah sedikit namun aku boleh praktikkan dalam kehidupan aku.
Dalam cuti Ramadhan atau cuti semester ni, sebahagian cuti ini diri aku berada dalam kesesatan yg tidak dapat digambarkan. Kesesatan yg bukan teruk sgt la cuma aku ade konflik dalam diri. Aku terlalu mencintai lelaki. Aku terlalu mengongkong hidupnya. Terlalu sibuk untuk tahu pasal dirinya. Hingga die pernah mengatakan bahawa aku ni merimaskan hidupnya dan aku ni mengharu birukan kehidupannya. Bila aku bace mesej2 nye, aku tidak la menangis tapi aku rasa terkedu jugak la. Eyh, orang yang paling aku syg cakap aku macam tue. Mulanya aku naik hangin satu badan tapi, difikirkan secara positif kan, ermm... mungkin betul apa yg die katakan. Maka, aku mengambil masa untuk terima pernyataan die.
Tahu tak aku jenis degil? Aku jenis sukar terima pendapat orang hingga aku fikirkan buat beberapa hari yg sangat lama. Orang kata aku ni loading. Aku tak peduli la ape orang nak kate asalkan aku berfikir dengan sebaiknye tentang pendapat orang lain melalui positif side nye. hurm... Aku mula start nangis.. Kenapa dengan aku ni.. Apa yg dah lain sangat dengan diri aku??
Aku minta pendapat kawan baik aku iaitu Ijal. Die kate aku dulu mesra alam. Mudah je bertegur sapa dan tidak sombong tapi kini aku berlawak kasar dan pedas serta sombong. Aku mula renungkan diri aku sendiri.. Oh rupanya aku begitu selama ini. Patut lah rasa diri ini kosong. Satu hal lagi, dalam aku enak bersama lelaki yg aku sayang sangat ni, serius aku sangat2 jauh daripada Allah. Aku tak salahkan lelaki itu tapi aku salahkan diri aku sebab, aku dah tahu benda tue salah, haram lagi.. yang aku menggatal buat kenapa kan?? Akhirnye lelaki tue yang buang aku dan aku pon merana dan menangis. So, tanggung la risiko nye. Macam mana pon kesedihan aku hanya sementara. *PESANAN BUAT MU LELAKI YG PERNAH BERKASIH DGN AKU* > aku harap kau maafkan aku sebab aku dah banyak menjerumuskan kau ke kehidupan yang mungkar. Aku pon sudah banyak menyusahkan diri ko. Membebankan fikiran ko. Aku harap, pemergian aku daripada hidup ko akan membuatkan ko tenang ye. Mir.
Ok. Settle dah. Selepas tue, Erm.. Along aku borak dengan aku. Memberi nasihat kepada aku. Satu nya istimewa keluarga aku (bukan bangga tapi mahu berkongsi), abah da along aku suka berkongsi cerita dengan aku secara baik. Maksudnye mereka sentiasa cakap dengan aku secara personal dengan baik tanpa memarahi aku dengan kasar untuk menegur kesilapan aku. Yes, aku memang banyak buat silap tapi, jika mahu tegur, cakap baik2.. insyallah aku cuba terima. Ni tidak, cakap ksar terus, kau ingat aku nak dengar??? Sorilah. Takkan punye. Aku dah la jenis baran, kau lak cakap macam tue, memang la aku reject awal2 kan. Harap maklum. Aku mungkin loading tapi aku ade akal nak nilai baik buruk. Jika aku buat silap, senang je, tegur lah aku secara berhikmah. dats all... ADE PAHAM?
Ok..So, dalam merawat diri, aku kembalikan diri menghadap Ilahi. Aku cuba berfikir apa perlu aku buat dalam keadaan aku kosong ni. Kekosongan hati sangat lah tidak baik. Syaitan mudah masuk dalam diri yg tidak ade apa2. Paling kurang kita kena baca zikrullah. Alhamdulilah, abah aku sentiasa mengingatkan aku supaya bebanyak selawat kepada Penghulu kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W..
Mu tahu tak tue sapa?? kalau tak tahu, memang ko datang dari planet lain la. Sedangkan orang BUKAN ISLAM KENAL BAGINDA TAHU TAK !. huhu.. bukan marah tapi amaran... tue manusia paling sempurna di muka bumi sayang oiii.. Kita wajib cintakan baginda.. Tuelah yg akan bantu berikan syafaat di saat kita di padang mahsyar.. Belum tentu lepas kita meninggal, bekalan amalan kita mampu menampung diri kita dalam menanti hari pembalasan... sila bersedia untuk mati !
Aku ambil masa perlahan2 ntuk bangun semula. Aku mulakan solat. Lepas solat baca yasin. Perkara pertama aku niatkan ialah sedekahkan utk arwah mak dan arwah baba.. serius, aku rindukan mereka. Mesti mereka sedih bila melihat aku buat dosa.. maafkan adik mak..
Aku juga banyakkan mase aku melihat dan mendengar ceramah USTAZ DON DANIYAL. Ustaz ni sangat lembut budi bicaranya.. Aduh terpikat aku untuk mendengar setiap penyampaian yg diberikan. Inti pati ceritanya pula sangat2 asas. Asas dalam Islam. Di mana kita sering mengabaikan nye dan sebab mengabaikan nye, kita mendapat balasan dan seksaan daripada Allah jika tidak diperbetulkan. Jadi, baru aku sedar, aku patut buat sesuatu.. Mulakan waktu2 aku lapang ini untuk belajar agama... dengar video ceramah pon jadilah. Asalkan memberi manfaat. Jadi, bermula dari sini aku sudah leka dan tidak lagi nak rasa sedih2.. takde lagi nak memikirkan lagi pasal Mir. tue je la. Alhamdulilah.
Dalam aku diduga, Allah menurunkan aku satu cahaya akal ntuk keluar dari belenggu kesedihan ini. Bersyukur tidak terhingga sangat2 kawan2.. Payah tahu tak nak dapat keajaiban begini.. sangat2 sukar..so, kalau kiat ade kesuliatan, kembali ke pangkal jalan ok iaitu mengadu kepada Allah.. Sekian wasalam.
No comments:
Post a Comment