Tinggalkan jejak anda ye~

Wednesday 28 January 2015

Kisah 2 bulan ku ini :)

Assalamualaikum... dah berapa lama aku tak update blog ni ek.. jap kira jap... ermmm aku agak dah nak masuk 2 bulan gak la aku tak update blog ni.

Anyway aku mahu ucapkan
......................................................................

Akhirnya tamat pengajian ku di Uitm Puncak Perdana serta projek Video Korporat aku pon siap juga...Syukur sangat... Alhamdulilahhhh... macam nak amek tasbih yg seribu biji tu, kasi zikir terus je sebab aku rasa berbaloi dan leganya selesaikan semua ni.. alhamdulilahhh...

Serius, masa nak siapkan video ni, ada satu saat tu stress sampai nangis hahaha.. Nangis macam frust bercinta tu tapi ni aku frust sebab aku tak mampu buat superb punye video mcm iklan tu.. sedih weyh sebab aku tak nampak di mana sumber tu sangat.. alhamdulilah, team aku banyak lead aku ntok buat video ni semampu yg boleh... even semampu boleh sekali pon kan, pencapaian siapnya video tu diharapnya sedap mata memandang la sebab masa yg diberi pon lama kan... so hope dapat kepuasan pada mereka yg menontonnya la kan :)

So, aku nak share beberapa kenangan aku bersama mereka.. serius bila dah kerja selalu dgn mereka, jatuh sayang rasa hati ni nak berpisah sebab aku rasa sangat2 seronok kerja dengan mereka even selalu berkelahi dgn tok guru... Hari tu die jadi juri pengkritik video aku, haaa kauu.. die kasi berbakul2 komen just one slot.. bukan semua slot auw hahaha.. bayangkan dalam stroyboard ade berbelas slot.. brape byk bakul da dpt tapi ritu rasanya tak sempat semua slot sebab die nya kritik ntok satu due slot da makan mase yg lame.. hahaha.. aku geram dengan die dan die geram dengan aku. Sebab apa??? Sebab aku kuat melawan , dan die superb marvelous ayat komen die hahaha... ase mcm berpluh2 kali telinga ni kena jentik hahaha.. Die geram kt aku, dan die lepaskan geram kt Nazri.. member aku lagi sorang... perghhh die gigit bahu nazri hahaha.. dah la gigi die power dracula.... hehehe... Aku lak, hahaha aku belasah die la sebab aku geram hehe... tapi semuanya not so serious. Still learning be profesional. :)











Anyway, lau takde kritikan mcm tu, aku takde usaha nak betulkan video tu kan.. dan tambah lagi, video tu memang nampak macam sampah je la lepas tu lau takde orang nak beri pendapat.. kekadang kita ni kan, sebab kita bergelumang dengan kerja tue secara mendalam sangat, kita tak bukak minda kita secara terbuka semula tanpa sedar untuk sumber idea yg seterusnya.. dan kita sukar nak dapat gambaran apa yg orang lain mahu sebab memasing tak sama kehendak dan punya minat yang sama pada sesuatu idea. Jadi, aku bukan sekadar kutip komen tok guru, komen abg Kamil, Nazri , kak Rafkah dan Bos utama ku, Puan Noorliza serta CC Khaty. Aku cubalah upgrade memane yg boleh kan.. alhamdulilah ini adalah antara pengalaman terawal ku dalam dunia kerja. Aku harap boleh develop lagi skill communication aku dan skill dalam multimedia ni untuk keperluan akan datang.

Jadi, pic di atas yg terakhir sekali tu adalah hari video korporat di tayangkan buat julung kalinya. huhuhu~ Gementarnya punya power taya cakaplah. Ramai kengkawan lain yang membantu projek aku macam Adni, Zati dan adik tersayang aku iaitu Ain serta rakannya. Mereka bantu dalam waktu last minute nak edit dan progress kan video ni.Terima kasih semua kerana hadirkan diri.

Ain antara yg banyak bantu aku dalam selesaikan praktikal progress aku. So, aku titipkan juga kenangan bersama mereka saat aku punya kekurangan kenderaan utk ke sana ke mari..











Semuanya muka mereka yg bersama saat nak buat presentation praktikal dan launch day utk video korporat. Serius, tak terbalas budi terhadap mereka kerana bantuan yg sangat bernilai itu. Syukur Ya Allah Kau hadirkan insan melalui mereka utk membantu ku. Bantuan-Mu itu sungguh tak terhingga Ya Allah. Lemah rasanya daya diri kerana diri yang hamba lagi hina ini. Hahaha, pic last tue ade tok guru dan Encik Rezal. Fuhh~ Sepanjang buat projek ni kan, ramai hero2 yg menjadi rakan berjuang dalam bekerja dan mendidik aku. Memasing punya pengalaman dan style tersendiri. ~ Jadi, belajar melihat dan belajar memahami..

Aku lupa nak kongsikan tentang aku join program Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri dan Daerah. hehehe~ alhamdulilah, BKPians turut membuat farewell kepada aku.. Sebenarnya majlis penghargaan sebenarnya coz aku akan sentiasa datang ke situ sehingga video betul2 ok.. Baru lega hati ni menontonnya..












 


Hahahaha.. Peluang keemasan iaitu berselfie bersama Ustaz Munif Hijjaz. Hehehe.. Sebab die ada buat persembahan dalam Program Maulidur Rasul Peringkat Negeri. Kebetulan die duduk betul2 depan aku, apa lagi aku sapa terus la die. Die tak sombong dan mesra. Serius. Tak rugi selfie dengan ustaz hehehe~

Gambar lain di atas juga, bersama akak2 dan abang2 ofis. Best. Mereka ok. Tak berapa close tapi agak mesra la. hehehe.. bila jumpe lau kena topik ceritanya, hahaha meriah dibuatnya~ hehehe

Akhir sekali aku mahu share kenangan bersama sahabat aku di mana aku bersama mereka join volunteer 100PlusOutRunning di Putrajaya berdekatan di Istana Kehakiman~ best jugak keje tu.. Aku ni kalah kan crew kat situ kasi sokongan heheheh~






Yang aku tak tahan tu kan, aku terserempak dengan Puan Fathah.. ADO ofis bahagian tanah.. hahaha.. Serius, program tu jadi sangat happening. Memang rasa penat je aku ni tapi bila dah layan program tu, rasa macam tak letih da.. heran, mana pergi letih aku tadi en heheheh

Pape pon, aku bersyukur, dalam mengharungi kepayahan buat kerja, masih ada nikmat yg aku rasakan yang orang lain tak rasa sama macam aku.. dan aku perlu banyak belajar tentang kehidupan.. Bila kita rasa hidup kita susah, itu bukan pengakhiran dan perlu sentiasa tanam dalam fikiran, masih ada lagi ramai yang hidup susah daripada kita. Jadi bersyukurlah. Alhamdulilah buat mereka yg pernah hadir dalam hidup aku. Ada yang dah berpisah jarak tempat dan hati... namun mereka tetap ada di hati ini. Walaupun ada yang sakitkan hati aku tapi, takpela.. Semuanya punya hikmah. Kembali kepada Allah. Dia sahaja tahu kenapa kekadang ianya berlaku. 

~ Inilah kisah 2 bulan ku~ 

2 comments:

Cik Tanpa Nama said...

Tahniah sis!, semoga terus dipermudahkan kehidupan yang akan datang. Amin:)

.feyra khamsah. said...

nasib baik gambar iolss ada ! hekhek