Dalam mencari kemanisan mengingati Allah, aku melihat penyampaian ustaz Azhar Idrus. Well, sesetengah orang akan kata ustaz tu cakap kasar. Jika faham bahasa terengganu nya kasar la bunyinya lagi. Dan ada sesetengah kata bagus ustaz tue cakap kasar supaya orang mudah faham dan terima cepat penyampaian majlis ilmu ustaz tue.
Jujurlah, aku sedar diri bila aku mula dengar video ni. Sebelum ni Allah dah kasi banyak bentuk aku nak sedar macam melihat kematian, teguran daripada adik beradik, sahabat handai dan sebagainya. Kali ni melalui video yg abang Hafizul Zarith kongsikan di ruangan facebook.
Ni satu lagi, aku nak salute tinggi2 kat abg ni sebab die ni antara yg tak putus asa nak berdakwah. Nak menyampaikan kebenaran. Dia lah yg memahamkan aku isu hudud.. Hehe.. Kekdang abg ni kena bash kaw2..Alhamdulilah segala bash yg die kena die mampu jawab dgn gaya yg relax.. kekdang tegang boleh tahan tapi sebab rasa cinta dengan dakwah, membuatkan dia sentiasa mampu menjawab segala jenis ketidak fahaman dalam sesuatu perkara. Die ni antara peminat ustaz Azhar Idrus. Syg betul die dengan ustaz tue. :)
Anyway, pada aku teguran kasar ke lembut ke, ianya mengikut situasi. Kalau manjang kasar, memang over ar.. tapi jika ada masanya lembut, kira bagusla dalam memelihara ukhuwah antara saudara Islam.
Dalam hal ini, aku tak libatkan politik sebab aku ni bukan paham sangat gaya politik dan sebagainya. Aku hanya nak menceduk ilmu agama yg asas sahaja supaya aku faham untuk kehidupan aku di masa akan datang.
Malah sekarang orang sibuk memperkatakan isu menaikkan hukum Allah iaitu HUDUD.. Insyallah jika kita semua berdoa agar pemimpin kita dilembutkan hati serta dipermudahkan dalam urusan menaikkan HUDUD, maka akan naiklah hukum Allah ini. Moga negara ku di dalam lindungan Allah SWT...
Nikmat keamanan ini sesungguh daripada Allah SWT.. Kurniaan daripada-Nya. Kita sebagai hamba perlu sedar akan nikmat yg diberikan..
Benda2 ni aku pernah dengar melalui video ustaz Azhar Idrus.. Di mana rasa bersyukur kita bila sudah selesa membuang air besar?? Adakah kita tahu doa selepas keluar dari tandas? Pernahkah kita bersyukur akan wjudnya paip yg byk dirumah kerana kita boleh berwuduk sntiasa? Takde alasan utk kita tak berwuduk jika dirumah dah ade banyak kemudahan sedangkan dulu Nabi Muhammad SAW nak dapatkan air perlu berjalan jauh utk berwuduk~! Mana sifat kesyukuran kita dengan nikmat2 ini???
Pergh teguran paling sentap jiwa seyh.. betul kata ustaz... rumah ade banyak paip tapi kita sntiasa batal wuduk je.. Pehal?? ha..tepuk dada, tanya akal~
Aku berharap sangat aku pon sentiasa bersyukur dengan nikmat yg ada..
Hari tue jugak aku ade tgok video tentera Basyar seksa org2 Syria.. Aku tak tahu nape diorang menzalimi orang2 Syria sngat2.. Dah tembak dengan kereta kebal pastu pegi toreh2 bdn mayat tu pastu potong telinga orang tue.. Mungkin puas kot buat begitu.. Ko tggu la balasan Allah.. Moga semua yg meninggal dunia di sana dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang yg soleh dan solehah serta orang yg beriman.. Aminn..
Al-fatehah buat semua umat Islam yg telah meninggal dunia
1 comment:
If you want to obtain a great deal from this post then you have to apply these methods to
your won web site.
My page: People With Herpes Dating
Post a Comment