Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday, 20 April 2014

Hani yg berdosa

Kekadang ada saat aku rasa nak menangis sebab rasa tak larat.. tak larat ape pon aku sndiri tak tahu...
Jadi aku pon cuba cari sesuatu yg boleh basuh minda aku ni supaya jadi manusia yg sedar diri.. baru2 ni member aku cerita pasal Orang Bajau yg tinggal di Pulau Sabah.. mereka hidup susah dan tidak beragama malah tidak berpendidikan.. Aduhai dengar macam tu pon dah rasa mcm memang aku xsedar di untung.

Mereka hidup di kawasan yg kaya dengan alam semula jadi namun nasib kurang menyebelahi mereka kerana tempat tinggal mereka tidak setegap kita. Ni semua aku ambil dari perjalanan kengkawan aku. Bila fikir begitu, rupanya aku masih tinggal di rumah yg tegap dan mampu meneduhkan aku dari hujan panas.

Wahai Hani.. Hidup ini sekejap. Hari2 kita buat dosa.. kejap dosa besar, kejap dosa kecil.. Kalau nak tengok catitan malaikat ratib dan atid memang ko xmahu tahu sebab diri ni sungguh berdosa.. belah kanan ko sungguh la ringan.. bila mahu ko nk bertaubat? Bila mahu ko nak buat amalan seperti dulu malah menambahkan lagi amalan daripada yg terdahulu?? Ko beruntung lahir2 dah beragama, dah ada keluarga malah dididik menjadi manusia berguna..

Jadi, jangan malas nak usaha untuk berjaya demi mak dan abah.. mak abah semua sudah berusaha menjadikan ko insan yg berguna (insyallah)...

Hani, aku nasihatkan diri ko sendiri sebab ko adalah aku.. kita akan mati bersama.. akan menanggung bersama atas dosa pahala yg ko da buat.. aku tahu ko cuba menafikan segalanya.. menipu diri sendiri tapi sampai mana je penipuan ko atas perbuatan ko??

Jangan wujudkan musuh lagi.. jangan lukakan hati orang lain lagi.. jangan kejarkan sesiapa lagi sebab akhirnya ko bersama aku.. nasib yg datang sama untung ataupun malang hanyalah atas izin Allah..

Ko masih berbaju.. masih mempunyai makanan.. beruntunglah dgn itu dan cuba tambah amalan.. ko sedang diselubungi dosa2 besar...

Hani.. lupakan sebentar keseronokan dan cuba korbankan waktu seronok ntuk masa akan datang~

No comments: