Mood membace aku dah lama tak kunjung tiba hinggalah sampai satu masa si Elham dok promote pasal buku ala2 style jalanan tpi lau da bace, mang takde rupe style cikai but da best book ever. Buku tu lau bace santai2 dan nak rasa amek pengalaman orang, disitulah leh kita amek jadikan pengajaran kita juga serba sedikit. Padahal kan, buku kt rumah dah berlambak-lambak. Dah berhabuk dan belum dibukak. Tu la die perangai aku satu ni. Suke beli buku. Eager too much in buying book while i can. HUhu~
Semangat ni membara sebenarnye bila aku ikot abg dan akak aku shopping barang kt Aeon Big kt Alamanda, Putrajaya. Kami naik tingkat atas sebab along ajak beli tali pinggang. Sampai je kami ke atas, aku terus dan tanpa menoleh kiri kanan melihat satu longgokan buku yg die nyatakan kat situ jualan murah atau harga murah camtu la. Aku stop kejap kt situ dan aku ternampak "Brisingr". Novel fisyen movie Eragon. Sape peminat cerita naga layan ar movie ni. Lepas nampak tajuk buku tu, aku amek dan tiba-tiba aku tengok harga buku tu RM5.00!!!!!!! PERGHHHHH. Beb , buku tu aku nampak kat MPH jual dalam kemungkinan RM35. Ko nampak tak jauh benau harga buku tu melayang ke mane hahahaha. Aku pon cepat2 amek dan beli. Mana boleh lepaskan peluang macam tu. GRAB GRAB GRAB~ Wawawawa....
Nak jadi lagi best, masa aku balik kerja, iaitu ketika aku singgah ke Kl Sentral utk ke KTM, aku sempat lalu ke laluan yg terdapat kedai-kedai murah macam jual baju, beg dan sebagainya. Ternampak kedai buku pulak. Kedai buku tu memula aku ignore je tapi bile aku bace balik kt banner die gantung tinggi2 kt dinding kedai die tu, aku mule dapat pick up balik, "BELI TIGA BUKU BERHARGA RM25"..... Aku pon terus masuk dan tengok ape je buku yg ada. Ha terang-terang tunjuk "Fiction" dan "Non-Fiction". Ape lagi aku pon terus jalan meneliti setiap satu tajuk buku yg ada. Wah, ni syurga buku namanya. Time tu jugak terlintas kt fikiran aku, waktu dlu2 aku selalu bersedih seba tak dapat beli novel English yg aku suke macam Harry Potter tu semua. Harga mahal kan. Wujudnya kedai buku macam ni bila die jual balik buku-buku lama dan letak dalam harga setiap buku RM10.00, sapa tak nak kan? Malah die bantu habiskan stok buku-buku tu. Dan orang macam aku dapat la peluang nak beli kan. Lepas berangan terus aku nampak buku yg aku dok kumpul, Siri Eragon yg ke-4 iaitu "Inheritance'. Pergh. Dengar pulak harga setiap buku RM10.00. Ko rase lau ko, ko beli tak buku yg ko nak sangat dalam harga macam tu padahal asalnya lebih berganda mahal ? OF COURSE U WILL TAKE IT UNLESS U ARE NOT INTERESTED WITH IT KAN????
Ni yg harga RM5 tu. Choi... Kulit keras die dlu aku tengok RM80 baiii~ fuuuuhhhh~ |
Ni buku lame aku. Ko tengok anai2 ni dah tak cukup benda sampai buku aku pon die nk kunyahnya... TENSION~! hahaha |
Buku tu tak cukup sangat sebenar nye tapi sebab aku dah tengok nombor satu iaitu Eragon, so aku tak berapa endahkan nombor satu. Cerita selepas tu lagi aku nak tahu. Moga-moga ada gak la buku Harry Potter punye ntok aku kumpul. Hehehhe.. Aku nak dalam English. Lagi leh feel. Hehehe. POYO SANGAT~
Sementara aku nak mula baca buku bersiri Eragon tu, aku baca dulu buku yg aku beli dari Elham yg bertajuk "Cerita Budak Design". Aku tergerak hati nak memilih untuk memiliki buku ini serta membacanya kerana sinopsis dan cara penyampaian dia serta perkataan design tu menarik hati. Well, sebelum masuk belajar pon aku dah belajar sikit2 nak design dan lepas tu masa belajar aku belajar secara simple tentang hias melalui digital devices then masa habis belajar aku jadi AJK IT untuk kem member aku, iaitu design baju.. So serba sedikit aku rasa ape penulis tu rasa sedikit. Tak banyak tapi paham. Die lagi la da berkecimpung dengan ramai orang dan tahu wujud memacam jenis manusia yg ada tu paham dengan hal kreativiti dan ade yg pakai tembak marah2 sebab rupa buruk dan sebagainya.
Muka depan buku die. Best~ Aku paham ape ko cube nak sampaikan beb~ |
So kena bace dan fahami ape die nak sampaikan dan tak pernah rugi membaca pon. Dan dari situ kita belajar berfikir dan amek pengajaran mana yg kita rasa berbaloi dalam hidup kita. Buku tu cukup padat dan sangat bagus untuk anak muda kini baca. Buku macam ni aku cari. Ni asyik novel cinta. Bosan. Hidup perlu belajar benda lain juga.
No comments:
Post a Comment