Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday, 28 February 2016

Hari Istimewa~ Terima kasih

28 Februari. Yes. Hari jadi ku. Alhamdulilah masih diberi keizinan utk hidup bernafas bersama mereka yg aku sayangi. Terima kasih Allah. Turut aku rasa manisnya hari jadi ku kali adalah yg terbaik dan terapat mengingati hari ku. Sebenarnya aku tak tahu mereka ingat sama ada kerana FB atau mereka begitu baik hati mencatat hari ku dalam fon atau diari mereka. Huhu. Mungkin disimpan dalam ingatan. Terima kasih ye kerana mengingati hari lahir ku sahabat tercinta semua.

Moment kt Adden Burger stall.

Secara personal begitu nak sangat wish besday aku adalah Una. Sebab die datang ke rumah dan belanje makan sushi serta bawakkan kek. Tahun ni juga aku takde kek nak kena dinyanyikan lagu tu semua. Hanya burger besar dari adik beradik serta kek comel dari Una kesayangan ku. Terima kasih sahabat kesayangan. Aku yakin kalau Fira ade, die pon turut serta bersama belikan something. Tapi die tengah praktikal.
Wah malam ni die cantik . Make up meh~ Wink wink~ 

Yes i love u. Kita pernah dingin kan sebelum ni but bile kita close balik, mcm xleh pisah~ Kita bff



Manakala yg mesej aku dan merupakan yg pertama, adalah Nur Marliana a.k.a Nana. Terharu beb nampak nama die dulu msej. Lewat malam die mesej huhu~ Sejak kenal die, die tak pernah terlepas wish besday aku. Die mesti wish. Padahal aku bukanlah yg selalu bersama die. Malah aku paling jauh dari die. Nak jumpe pon setahun sekali. Tapi die masih mengingatinya. Seterusnya ialah Fatin Nabilah. Dan huhu ketiga? Azmir Osman. Yes. Dia orang ketiga. Siap hantar pic kek lagi. Meriahnya lagi dalam group wassup Aktivis M, Ayu, Meor, Big serta Hawa semua wish. Manakala Izai serta Amer wish secara personal. Da rest wish kat FB. Yang siap nyanyi lagu hari jadi dalam dwibahasa ialah Fadhillah Ghazali. Dan aku tak sangka Atiq geng asrama aku dulu ingat besday aku~ huhu. Tq Atiq. Rindu ko sangat. Syed Syafiq pon wish. Siap msej personal. Huhu~ Ramai yg gak yg doakan aku. Harap ikhlas~ Amiinnn


Azmir Osman a.k.a Jemir send to me this. Aku tertarik dgn nombor tu ~ Demm. He did remind me of my age ~haha

Cinta hati yg sedang jauh. Yes I am her partner crime and everything~ I love u~Beb, cepat2 stel stdy k. Aku tunggu~

Bff alam maya ku~ Wani yg stay wishing~

Tak ku lupe kezen aku paling rapat iaitu Adibah Husna. Pepagi lagi da msej dan ajak keluar tengok wayang. Cerita tu pulak memang kami target dari awal lagi hehe. Die bawak aku makan burger Big Bob. Memang sedap. Gelak2 jumpe die. Dan spendtime berborak. Tapi kezen aku ni mang selalu ingat aku. Mana2 die pergi rasa syok akan story kt aku~ Semalam die bawak Adik die Si La. Nama die Adila tapi aku suke panggil La. Hehehehe. Omey daknye. Cantik lagi~

Diba tkut nk tengok camera sbb drive kan. But she did smile hahahah~ i love u~


Semalam die pulak aku pergi kenduri kahwin Kak Ngah Eikin. Alhamdulilah akak Eikin dah kahwin. Dapat orang Port Dickson. She so beautiful on her wedding day. Terpesona aku melihatnya. She so kind. Die tak pernah lupekan aku dan akak serta Baba's daughter. Kami rapat dulu. Selalu spendtime sesame. Mak dan ayah akak ngah pon baik iaitu Cik Najib dan Cik Tipah. Selalu masakkan lauk sedap. Dan semalam aku akhirnya dapat jumpe mama serta Adik dan Eya. Paling rapat ni dlu. So semalam keje aku selfie je la hahaha.~


Ni la pengantin istimewa itu~ Cntiknya akak hari ni~ Bertuah husband akak~ :*

Baba's daughter. Baba's princess~ Yay i miss them... 

Baba's queen. My mama. Mama always sweet. I miss u mama. 




Friday, 26 February 2016

Nukilan Zpah kebabom~



Nukilan Pah utk sahabat2 die. 

Memandangkan aku dah keluar dari group Sahabat Misai Tebal, maka tu sebab dia hantar aku personal hahaha.

Sebak hati membaca. ok kahkahkah~

Ni mase bile la kepala die mengeluarkan idea menyusun ayat semanis ni ~ 

Aku bace bende ni mase terpisat2 bangun sebab fon dok bergegar kt tlinga aku hahahaha~

Zpah yg aku kenali jenis syg member. Begitu juga sahabat kami yg lain. Sygkan sahabat. Takkan lupe sahabat. Wajib dtg raye yg pasti hahahah. 

Die member je dgn semua member2 aku yg lain. Die juge aku gelarkan "BUKU RUJUKAN BERGERAK" sebab dalam kepala die penuh dengan fakta rujukan aku. Tanye je la pape die akan jawab dengan details.. hahaha

Ni entry khas ntok ko Zpah sebab jadi sahabat aku. Hahaha sebab aku tak reti buat nukilan semanis ayat di atas. 

Aku memang kerap gaduh dengan ko. Kerap bedal ko satu badan sebab sakat aku over da load. Bahan aku sampai jadi tempoyak hendaknya. 

Tak lame lagi nak kahwin so, moga jadi suami yg soleh, tegas, kuat dan mampu melindungi keluarga sebaiknya. Moga dpt ramai anak2 hahaha. Anti leh belasah anak ko. Mesti kecik mcm bapaknye. Mak nye pulak kecik jugak~ alahai hahahahahhahah

Dan die juga penasihat aku. Die akan detect problem aku bile aku kuat membebel. Die akan tegur. Aku slalu ignore die hahahaha... Kekdang rasa mcm errrrr hahahha.. Degil kan.. hahahaha. Dannnnnn~ die la antara sahabat paling suke buat tergelak, tersenyum dan terhibur ~ 

Takde nukilan istimewa buat mu tpi moga doa ku buat mu teman sentiasa menemani mu bersme orang yg tercinta ~

~ p/s : Die lak sruh aku kahwin banding abah aku~ hahahaha... ~ Ko member sengal

Mood Baca Sampai .....


Mood membace aku dah lama tak kunjung tiba hinggalah sampai satu masa si Elham dok promote pasal buku ala2 style jalanan tpi lau da bace, mang takde rupe style cikai but da best book ever. Buku tu lau bace santai2 dan nak rasa amek pengalaman orang, disitulah leh kita amek jadikan pengajaran kita juga serba sedikit. Padahal kan, buku kt rumah dah berlambak-lambak. Dah berhabuk dan belum dibukak. Tu la die perangai aku satu ni. Suke beli buku. Eager too much in buying book while i can. HUhu~


Semangat ni membara sebenarnye bila aku ikot abg dan akak aku shopping barang kt Aeon Big kt Alamanda, Putrajaya. Kami naik tingkat atas sebab along ajak beli tali pinggang. Sampai je kami ke atas, aku terus dan tanpa menoleh kiri kanan melihat satu longgokan buku yg die nyatakan kat situ jualan murah atau harga murah camtu la. Aku stop kejap kt situ dan aku ternampak "Brisingr". Novel fisyen movie Eragon. Sape peminat cerita naga layan ar movie ni. Lepas nampak tajuk buku tu, aku amek dan tiba-tiba aku tengok harga buku tu RM5.00!!!!!!! PERGHHHHH. Beb , buku tu aku nampak kat MPH jual dalam kemungkinan RM35. Ko nampak tak jauh benau harga buku tu melayang ke mane hahahaha. Aku pon cepat2 amek dan beli. Mana boleh lepaskan peluang macam tu. GRAB GRAB GRAB~ Wawawawa....


Nak jadi lagi best, masa aku balik kerja, iaitu ketika aku singgah ke Kl Sentral utk ke KTM, aku sempat lalu ke laluan yg terdapat kedai-kedai murah macam jual baju, beg dan sebagainya. Ternampak kedai buku pulak. Kedai buku tu memula aku ignore je tapi bile aku bace balik kt banner die gantung tinggi2 kt dinding kedai die tu, aku mule dapat pick up balik, "BELI TIGA BUKU BERHARGA RM25"..... Aku pon terus masuk dan tengok ape je buku yg ada. Ha terang-terang tunjuk "Fiction" dan "Non-Fiction". Ape lagi aku pon terus jalan meneliti setiap satu tajuk buku yg ada. Wah, ni syurga buku namanya. Time tu jugak terlintas kt fikiran aku, waktu dlu2 aku selalu bersedih seba tak dapat beli novel English yg aku suke macam Harry Potter tu semua. Harga mahal kan. Wujudnya kedai buku macam ni bila die jual balik buku-buku lama dan letak dalam harga setiap buku RM10.00, sapa tak nak kan? Malah die bantu habiskan stok buku-buku tu. Dan orang macam aku dapat la peluang nak beli kan. Lepas berangan terus aku nampak buku yg aku dok kumpul, Siri Eragon yg ke-4 iaitu "Inheritance'. Pergh. Dengar pulak harga setiap buku RM10.00. Ko rase lau ko, ko beli tak buku yg ko nak sangat dalam harga macam tu padahal asalnya lebih berganda mahal ? OF COURSE U WILL TAKE IT UNLESS U ARE NOT INTERESTED WITH IT KAN????



Ni yg harga RM5 tu. Choi... Kulit keras die dlu aku tengok RM80 baiii~ fuuuuhhhh~

Ni buku lame aku. Ko tengok anai2 ni dah tak cukup benda sampai buku aku pon die nk kunyahnya... TENSION~! hahaha



Buku tu tak cukup sangat sebenar nye tapi sebab aku dah tengok nombor satu iaitu Eragon, so aku tak berapa endahkan nombor satu. Cerita selepas tu lagi aku nak tahu. Moga-moga ada gak la buku Harry Potter punye ntok aku kumpul. Hehehhe.. Aku nak dalam English. Lagi leh feel. Hehehe. POYO SANGAT~



Sementara aku nak mula baca buku bersiri Eragon tu, aku baca dulu buku yg aku beli dari Elham yg bertajuk "Cerita Budak Design". Aku tergerak hati nak memilih untuk memiliki buku ini serta membacanya kerana sinopsis dan cara penyampaian dia serta perkataan design tu menarik hati. Well, sebelum masuk belajar pon aku dah belajar sikit2 nak design dan lepas tu masa belajar aku belajar secara simple tentang hias melalui digital devices then masa habis belajar aku jadi AJK IT untuk kem member aku, iaitu design baju.. So serba sedikit aku rasa ape penulis tu rasa sedikit. Tak banyak tapi paham. Die lagi la da berkecimpung dengan ramai orang dan tahu wujud memacam jenis manusia yg ada tu paham dengan hal kreativiti dan ade yg pakai tembak marah2 sebab rupa buruk dan sebagainya.


Muka depan buku die. Best~  Aku paham ape ko cube nak sampaikan beb~


So kena bace dan fahami ape die nak sampaikan dan tak pernah rugi membaca pon. Dan dari situ kita belajar berfikir dan amek pengajaran mana yg kita rasa berbaloi dalam hidup kita. Buku tu cukup padat dan sangat bagus untuk anak muda kini baca. Buku macam ni aku cari. Ni asyik novel cinta. Bosan. Hidup perlu belajar benda lain juga.




Sunday, 21 February 2016

Sudah pun diberitahu tentang hatinya. Difikirannya kita hanya kawan. Difikirannya kita peneman dikala kita sendiri datang menyibuk. Difikirannya kita pasti punya teman sendiri suatu hari nanti. Dan entah iya atau tidak aku difikirannya.

Sedangkan aku masih berfikir tentang dia. 9 tahun lamanya.

Mana satu istimewanya? Mana satu tampannya? Mana satu cantiknya? Mana satu manisnya? Mana? Mana?

Konon nak simpan sorang2 tapi akhirnya die mengetahui. Tak rahsia dah. Tak manis dah. Tak romantic dah. Dan tak berguna dah.

Siapa aku padanya?

Pasti bukan di hati. Yeah.

Satu perkara yg sgt gemar dilihat pada dirinya adalah saat cara die ekpresikan rasa cintanya pada seseorang. Manisnyaaa... Cemburunya. Aku nak yg itu. Nak sangat. Please curahkan kepada ku. Manisnya cinta itu . Berangan kalau aku yg dapat... Indah wei....

Tapiiii... mustahil kerana.... kita bukan orang itu. Lupakan dan terima kenyataan. Kenyataan yg kita hanya dlm hidupnya saja. Dan pasti kita bukan yg terbaik dalam hidupnya jua. Dan aku juga lupe. Indah tu milik Allah. Milik Dia. Lupa lagi

Entahla. Aku berharap. Sentiasa berfikir positif yg harapan aku masih ade peluang. Sedangkan setiap tingkah laku menampakkan takde harapan. Bukan setakat klu/hint tapi macam ditampal depan muka yg jawapannya TIDAK. Masih bersikap positif mahu berharap.

Ha menangis la sendiri. Termenung sendiri. Siat la hati sendiri. Hantuk la dahi sendiri. Meroyanlah. Murung la. Pasti tak datang.

Aku pon kesat air mata. Bangun dan pergi ke cermin. Berfikir. Kalau die bahagia, aku pon bahagia walau pedih melihat yg ditempat itu bukan aku.

Dan aku???? Senyum aku? Bahagia aku? Ketenangan aku? Tak pe. Masa ada. Allah ada. Mintak la kt Dia. Inform Dia yg ko terlalu sayangkan hamba-Nya sampai lupa pada-Nya. Dan minta la hati tabah bebanyak sebab banyak benda ko tak capai. Banyak bnde ko belom buat sebelom mati. Mati takkan bogel takde bekalan woiii. Doa yg baik-baik moga kita bahagia sampai di sana yg abadi,

Sempat ku dengari satu pesana abg sulungku

"Pasangan hidup, anak2 serta keluarga, rakan2 serta harta segalanya perhiasan hidup. Kita perlu hidup dengan mereka utk diuji dan membentuk diri kita sama ada beriman atau pun tidak. Penentu syurga neraka. Namun jika kita berfikir yg kita hidup kerana mereka , memang lari la dari tujuan sebenar kita hidup ni. Kita hidup mati kerana Allah".

Jangan sedih. Memang akan teringat. Mestilah kita punye kenangan tak berapa lengkap dalam 9 tahun .

Move on la. Hati sendiri berdarah tak nak ubat. Tak penat ke asyik kutip hati yg terbarai tu. ~ teeettttt~~


 
 
 


Henna~


Assalamualaikum
Mood nak berinai da kembali. Ahai ^_^ aku bila da tengok gambar2 insta yg dok publish lukisan inai dan inai yg berada di jari buat aku mula nak bubuh balik ke jari aku inai2 tu hehe. Warnenye merah2 dan terang serta sekata. Impian nak belajar melukis tu ade dan aku akan cube mencari peluang ntok laksanakan nanti. Sekarang dok survey produk inai mane yg berkualiti. Sume nampak nice tpi nak dapat inai yg betul2 aku berkenan mang payah. Setakat ni inai yg aku beli kebanyakannye cepat ilang dan mudah pudar. Ade yg xmenepati seperti yg mereka promote. Nak2 inai yg da diproses dan ade label nama company memasing. Kekadang ade tiruan.


Aku paling gemar inai homemade. Inai homemade lak ade inai yg utk lukis, inai celup di jari, inai ntok kuku je.Bentuk bekas inai pon ade beza. Bentuk kon, tiub, dan dalam bekas (ni celup dan inai kuku). Latest aku discover inai kuku nye bekas mcm bekas eyamore. Tu inai enairedchillie. Memang famous. Warna inai2 dari produk yg pelbagai ni pon ade yg dari warna merah hati, merah maroon, pink, oren, biru, hijau, hitam, putih, dan kuning. Inai warna warni tu lebih nak ke arah lukisan berwarna sikit.


Aku belum pernah lagi nak pakai inai warna warni ni. Aku lebih suke warna merah. Sejak kecik aku suke warna merah ni. Aku suke inai ni pulak sejak aku ikut arwah mak menginaikan anak buah die mase kenduri kahwin diorang. So mase tu aku pon hulur jari la. Aku mang pantang nampak huhu. Nampak cantik jari diwarnakan merah2 ke oren skit.

So, baru2 ni aku ade la beli inai yg aku teringin sangat nak cuba. Nah... Ni la die rupenye bila dah pakai. Agak cantik. Tak gelap sangat. Warna die pon merah2 je. Mudah diperkemaskan. Senang citer ni inai perfecto gak la yg aku pernah pakai. Hehehe.






 

Ok kan? Huhu~ Ok sampai sni je.

p/s : Aku pakai inai kon dan inai kuku. Wink wink ~

Monday, 15 February 2016

Sakit~

Huh. Hati macam ditikam. Bukan sekali. berjuta berbillion kali.

Kekuatan bersabar. Tapi betul ke aku bersabar sebenarnya? Aku macam menutup ruang.

Ruang itu bagaikan perlu disedut paip yg begitu besar. Aku macam cari penyakit. Aku macam biarkan diri sendiri disakiti. Aku macam obses dengan sakit tu.

Mesej-mesej tok guru ibarat menarik sakit tu dan tunjukkan kepada aku yang aku perlu sembuh. Tok guru mang pro menjelaskan sesuatu situasi. Dan die berjaya terangkan keadaan aku yang sebenar. Aku tak dapat apa yang aku harapkan. Aku memilih untuk sakit sebab aku je tahu apa aku lalui dengan sakit tu dan aku je tahu apa berlaku. Tok guru terus menerus memberi penjelasan.

Bukan sebab untuk ko diperlakukan macam tu.

Sebab di akhir apa kite lakukan jika penyesalan kita temui ketika itu hanya tangis air mata sebagai peneman.....

Saat kita sedih emosi dan tekanan segala jawapan yang positif ketika itu sebenarnya bukan jawapan

Jawapan yang sebenar akan datang bila ko dah betul-betul sedia.. dimana tidak dipengaruhi masa lampau tekanan ketika itu kesedihan..

Belum kenal sedalam-dalamnya sepanjang ....tahun.


Bukan someone yang special dalam hati dia tapi someone special dalam hidup~


................ itulah sakit~ Sekian




Thursday, 11 February 2016

Cerita random

Assalamualaikum



~Bila nak buat entry mase tengah idea ke sane ke mari tak singgah2 ni, nak taip pon dok delete banyak kali. Kadang tu sampai jadi draft manjang. Ape nak jadi. Haha. Lau ikot list post tu, byk draft banding entry yg official.




Tapi arini. Aku tetap nak update. Sebab dah mula kerja. Dan kerja aku takde sangat sekarang. Kerja ade tapi die kejap-kejap je singgah. Makanya, aku perlu dan wajib menulis a.k.a menaip. Bukan apa, sejak kerja ni kan, mulut aku dah jarang jadi becok. Mesra dan senyum tapi aku dah tak macam waktu belajar dulu. Aku tak dipenuhi cerita-cerita yg boleh mengeratkan silaturrahim. Haha. Padahal banyak mengumpat. Choi~




Even mase melepak pon kan, aku dapat rasakan aku kurang bercakap kalau orang lain tak tegur / approach aku ntok bercakap. Selalu kalau melepak, orang yg slalu buat aku bercakap si Big dan Zpah. Kalau ade junior aku, si Meor dgn Amer. Izai pon jenis diam gak. Tapi kalau dah sesi melawak, gelak jugak. Kalau melepak dgn Fira or Una, diorang akan cakap dulu.




Aku teringat kata-kata Cikgu Khir aku dulu. Die kate biarlah ayat tu salah asalkan ade menulis utk setiap hari. Die pon suka aku dan member yg aktif blog (dulu) buat blog. Cerita pape je dalam entry kami. Bermadah helah sekalipun asalkan sering menulis sesuatu yg mgkin jadi manfaat orang lain. Sekarang ni pon yg masih aktif blog pon aku dan Fira. Yg lain-lain dah takde. Tak tahu pergi mana. huhu~ Busy koje. Dah kahwin, dah beranak dan sebagainya. Ada yg jadi kaya sangat. huhuhu~ Rezeki kan. Tapi syiok bila tengok ade yg kerja luar negara la. Sebab die pergi tempat orang kan. Tempat yg kita tengok dari tv saje...huhu~



Nak nak musim perayaan kan. Pergh die punye meriah taya kate la. Raya Tahun Baru Cina. Main mercun la. Booom sane, boom sni. Pergi ke mall negara sendiri pon rasa meriah. Kalau pergi negara sane lagi la haa.. Aku pernah pergi sekali je tapi bukan musima Raya Cina tapi musim Raya Krismas. Sejuk nye lahai. Sampai tebal giler baju aku tu aku pakai. Terus jadi berat bdn aku bila pakai baju sejuk. Mana taknya. Tebal bebenau. Redah je la asalkan tak lebam kulit aku hiuhu,


Then sampai mana tadi? Adui aku kalau dah bebel lupa daratan apa aku nak taip tadi. Ermm.. Jap jap pikir.




Ha. Aku nak citer yg aku dah pindah ofis baru. Ofis ni memang untuk akaun punye department. Keluasan ofis ni memang muat2 utk staff akaun je. Then kan, aku ade bende yg aku suke sangat tengok. Huhuhu~ Lampu ofis~!! Lampu ni bukan lampu meja tu. Bukan lampu biasa. Ni lampu yg hiasan yg tergntung kt receptionist ofis. Dan tak sume ofis ade lampu ni. hehehe~



Aku gemau nau nengok lampu ni sebab nampak mewah pada mata  aku. Macam wow sangat. Die macam menyerikan suasana ofis tu. Rasa macam pergi ke kedai lampu je. heheheh~










Ha tengok. Maybe pada mata orang lain takde la macam aku rasa cantik tapi aku rasa cantik~ hehehe... 

Anyway.. Aku tak tahu nak bebel ape da. anti aku sambung lagi~ Tata


Wednesday, 3 February 2016

Assalamualaikum.



Berminggu gak aku tak update blog ni. Kesihatan kurang memberansangkan. Denggi dtg menyinggah. Kali kedua kena. Musim kot. Tapi memang lemah. Lemah mengikut putaran mase. Bertahan je la sebab dugaan diuji untuk kita belajar sabar. Dan 10 hari aku tak mesej mamat tu. Die pegi kem. Kem nye nampak mcm kepimpinan. Lepas die balik kem terus contact. Nampak agak bersemangat die di kem tu huhu~Pape pon tq sblom pi kem tu bertubi2 bebelkan soh makan ubat dan sebagainye. Misteri sungguh die ni. Di luar nampak macam malu je sekali msej bila da tegas, tak leh kate tak ngan die huhu~



Bukan sekadar die sje. Tapi sahabat sejati turut ade. Hanya die. Yes die je yg msej aku mase aku dah tumbang. Takde berdaya. Setiap beberapa jam dan setiap hari die akan tanye perkembangan aku. Sebab die tahu keadaan orang sakit. Die pnah merasa lemah saat waktu genting. Walaupun die xsempat jenguk tapi tak berhenti tanya khbar. Tuh sudah ckup memadai sebab aku masih mampu baca msej dan menjwb mana mampu. Terima kasih sahabat kerana amek tahu pasal aku macam adik bradik sangat. Pemberi semangat. Walaupun takde siapa tahu keadaan aku ritu tapi Allah tetap kirimkan aku mereka yg masih kisah pasal aku. Tq Allah.



Tapi pengorbanan seseorang dlm hidup ku. Saat aku lembik lemah longlai, die org pertama berada di sisi. Sentiasa menguatkan tenaga aku. Memasakkan aku. Ubati aku. Die adalah along. Ibarat emak dan abah . Tak pernah mengeluh. Sentiasa menggerakkan tulang 4 keratnye demi adik2 nye. Setiap saat alert dgn makan minum aku. Tak terbayang kesanggupan aku di masa akan dtg. Adakah serupa seperti die yg berkorban tenaga utk melihat aku sembuh. Berjaga siang malam ntuk menyuruh aku makan ubat dan mnum air. Bunyi simple tpi xtentu lagi ade yg snggup buat bende yg sme. Macam tu la gaya die menjaga arwah mak. Tip top. Moga die sentiasa dipelihara Allah. Mana jejak langkah melahirkan rahmat ntok dirinya. Dan semoga aku kenang jasa mak abah dan adik beradik aku.



Dalam hayati ujian yg aku terima. Mampu kembali semula ke ofis ntok teruskan usaha mencari pengalaman dan rezeki demi keluarga. Masih dlm lemah sedikit sebab baru nak kuat kan bdn. Mase sakit, jalan keluar rumah pon huyung hayang. Tapi takpe gagahkan jugak sebab xrugi berusaha kan ntuk kembali bertenaga bekerja macam abah dlu yg giat mencari nafkah keluarga. Sabar.



Dalam bekerja sempat aku buka ruangan blog yg menceritakan sejarah bangsa ku sendiri. Bila kita ni tak mengkaji dan membaca sejarah sendiri, mana nak tahu apa kemampuan bangsa sendiri ye dak? Ni dok banggakan bangsa lain padahal bangsa sendiri ni jugak suatu ketika dlu pernah membina empayar yg besar. Turut aku kagumi mereka yg berkorban masa dan kudrat diri ntok mengupas pelbagai kes2 misteri tentang kehebatan bangsa kita ni. Bangsa yg digelar bangsa yg hilang dan The Promised Land. Takdir yg Allah dah tetapkan. Selagi Allah tak izinkan selagi tu takkan jadi apa yg dirancang. Di sini aku berfikir, macam mana banyak perancangan aku ntok mase depan itu ini kalau Allah tak kata kun fayakun, maka xjdi. Namun usahalah utk manfaat diri.



Bila dah baca sejarah tanah air sendiri. Aku rasa aku akan sentiasa mencari kisah2 bangsa ku dan jadikan semangat ntuk aku memajukan diri. Sejarah yg diceritakan Srikandi ini mampu membuka minda kita semua. Moga sentiasa bermanfaat kisah sejarah tu.