Salam.
Semangat baru.. Istilah yg sangat bersinar2 dalam hati ku.. sangat berharga untuk aku gambarkan setelah jatuh menjunam dalam lembah yg entah apa mahu aku gelarkan.. persetankan saja semua itu.
Alhamdulilah.. andai dapat lagi aku bangun esok suatu keajaiban Allah buat ku kerana masih mengizinkan aku hidup bersama mereka yg sayangkan aku. Buat mereka yg membenci diri ini dan haram jadah nak pandang, it's ok.. bertuah la kamu kerana berjumpa dengan aku utk diuji Allah.. aku memohon maaf jika diri aku bukan yang baik buat mu...
Kekadang terasa impian nak jadi doktor falsafah tuh bakal jadi kenyataan saja.. hehe.. aku tak pernah percaya yang aku sedang proses mengharungi status graduasi ijazah ( insyallah hendaknya).. Kerana rezeki ini tidak semua yang dapat. Bagi aku, bertuah sangat dapat belajar setinggi ini dan kalau boleh mahu raih banyak lagi peluang kehidupan. Bagi yang sedih di sana..di luar sana, hey.. Allah sayangkan kamu.. Allah tak pernah tinggalkan kamu dalam keadaan jahil.. Allah sentiasa turunkan pelbagai ujian dan "bab" dengan kamu dan sedarlah wahai teman.. itu pelajaran kehidupan yang tak semua orang mampu perolehi..
Jika diri kita jatuh terjunam masuk longkang neraka ibaratnya, bangun balik !.. Sila sedar kan diri kembali. Aku tahu ko akan menangis.. aku tahu ko akan putus asa dengan keputusan yang xmemberangsangkan tapi ketahuilah, ko kena tahu perasaan jatuh supaya engkau tidak sombong dan bongkak dengan keadaan yang begitu..
Ramai orang kata diri aku ni macam2... Kekadang rasa give up habis dah.. Hinaan..cacian... Hurm,.. bagaikan tali harapan untuk hidup di cincang orang lain. Ya.. aku tahu aku yang bersalah.. andai mahu membuang aku, silakanlah.. kerana aku takkan sedih lagi kamu, kamu dan kamu pergi.. aku tak sedih tapi aku gembira, Allah membuatkan kamu pergi untuk aku bersendirian dengan Dia sahaja.. Alhamdulilah, aku ada ruang untuk mencurahkan hati dan sayang kepada Dia.. Mungkin aku berpeluang memperbaiki diri dan sekali gus untuk menambahkan rasa sayang Allah kepada aku...
Yakin diri yang pasti.. bagi yang selalu down tue.. Korang xkan hidup baik2 punye sebab TAK BERGUNA DENGAR ORANG BAGI NASIHAT TAPI KAMU SENDIRI TAK NAK BAGI SEMANGAT UNTUK DIRI SENDIRI.. fail totally.. pi bangga la kita jika kita mampu memujuk diri kita dengan kata2 yang positif.. ok.. wasalam..
No comments:
Post a Comment