Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday, 23 February 2014

Debaran hati

Assalamualaikum..
Alhamdulilah masih diberi ruang untuk ku bernafas dengan baiknya hari ni. Syukur ke hadrat Ilahi. Pelbagai bentuk diri ini diduga namun masih sihat lagi meneruskan kehidupan. Kehidupan yg makin mendewasakan diri ini. Berharap fasa2 yg bakal aku harungi pada masa akan datang menguatkan lagi semangat aku untuk terus hidup sebagai hamba Allah ^_^

Seminggu lagi nak masuk semester terakhir untuk belajar. Lepas tu bakal buat praktikal. Berdebar sangat2. Makin bertambah semester, makin mencabar. Kekadang rasa diri ini makin lain sebab dah tempuhi pelbagai perkara. Tak dapat nak nafikan sikap childish ni kekadang masih ada. Thank you Allah give me better family, better friends, and best love.

Dah lama aku tak melayari dunia maya ini. Cuba menarik diri untuk menikmati ke kehidupan yg sebenar.  Baru2 ni aku belajar menjahit. Itu semua untuk mengisi waktu lapang ku yg tengah cuti semester. Aku berpeluang jumpa pelbagai jenis orang. Banyak ragam dia yg aku lihat. Kekadang ketawa aku melihatnya kerana pelbagai kehendak utk dibuat dalam menimba ilmu menjahit. Ada nak belajar buat tudung, baju kurung, beg sandang dan sebagainya. Kesungguhan nak belajar kerana minat dapat dilihat di situ. Kita ni kalau suka sesuatu benda, sanggup kita luangkan waktu utk itu. Jika dilakukan pada masa belajar di kelas memang aku rasa pointer boleh naik hehehe.. Hopefully pointer aku meningkat semester ni...

Semalam pula bertemu dengan sahabat aku yg sejak tingkatan 1 lagi aku berkawan. Fiani. Dia ni cantik orangnya. Bukan sekadar cantik tapi sikap dia sebagai seorang kakak yg penyayang buat aku suka menjadi sahabat dia. Ada persamaan antara kami. Dan persamaan itu membuat hati kami menyatu. Semalam merupakan satu ruang utk aku berkongsi pelbagai cerita antara kami. Bila berbual tu, tak sangka umur kami dah menjangkau dewasa. Boleh kahwin. Bukan kahwin je, kerja pon dah patut yg best2 je sebab dah belajar kan. Itulah yg dibincangkan.. Aku harap dia dpt kerja yg bagus utk dirinya dan harap kami kekal sahabat sampai bila2..

Seribu satu benda yg berlaku memberikan kekuatan dan ubat di hati. Macam mana tersasar pon diri, harap sangat Allah sentiasa menarik diri ini utk kembali kepada-Nya.