Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday, 1 March 2016

Minat


Lancar sungguh perjalanan aku utk pergi ke kerja. Dari mula naik ktm dan terlelap hingga naik bas yg tak berapa ramai orang. Itu indah sangat ok sebab kepala aku tak serabut nak berfikir macam mana cara aku nak menyelit serta mengelak keluar dari bas. Yes memang serabut fikir sebab selalu aku naik bas tu, ramai orang lelaki terutamanya orang bangla. Huhuu~ Bukan berniat racist tapi pening bai bau~ Erk mengata lagi hahaha. Lantak la. Sometimes bila tengok warga asing ni, ade je yg baik tapi ade jugak yg hmmm... aneh-aneh sampai berlaku jenayah tu. Huish simpang nak uiii~



Sampai ofis macam biase pergi masakkan air selalunya tapi hari ni Kamal baik hati masakkan air dan aku terus ke dapur utk bancuh air. Mula rasa suka bancuh air sejak melihat Akak Des ( Tea lady) ada banyak kerja turun naik kemas ofis. Memandang pulak sekarang ofis ni da ade tingkat atas dan bawah. Tu kena naik atas bawah ntok semua urusan. ~ Then aku bancuhkan air nescafe dan bergerak beli kueh teow... Fuhh sedap doe kueh teow akak tu masak~ Meleleh air liur ni ha hahahah~ Balik ke ofis then makan . Finish.. Eh??? hahahha


Selalunya aku tolong Kak Azrina... well filling semua. Kalau bukan Kak Azrina, aku tolong Kak Salina, Abg Hafiz dan Kak Limah. Dats all. Officially lau dari Kak Os. ~hehehhe. Kalau takde kerja mula aku berangan dan berfikir merayau ke blog2 dan mencari idea ape benda aku nak buat dalam life aku ~ Paling termudah ialah mencari hobi baru. Takde baru sangat sebab sebenarnye aku nye hobi membace dan update blog macam sekarang ni. Memang suka sangat membaca kalau aku rasa best~ hehehhee.


Sekarang ni aku dok rajin bace buku terbitan Kopi Press. Memang hebat penulis2 di bawah terbitan Kopi Press sebab mereka apa yg mereka tuliskan tu penuh dgn nasihat dan teguran. Bukan nak ngarut pasal bercinta semata. Al-maklumlah umur dah 25. Pemikiran bercinta ni bukan dah kontang tapi lebih nak berfikir pasal life dan keadaan sekeliling. Teringat aku masa acik dok gesa aku bace surat khabar. Aku tak paham kenapa die kate kalau nak pandai mengarang kena baca surat khabar banyak2. Kalau nak pandai English kena baca bebanyak buku dan surat khabar. Blurr~ Aku memang bukak tapi termenung je sebab apa yg ade dalam tu semua aku tak paham. Words die mase tu dalam fikiran aku agak complicated dan akhirnya aku tutup camtu je. Hahahha bapak la ha perangai. Tapi lepas dah besar skit, wujud perasaan suke membaca sebab melihat member aku yg nerd sangat2 tu kusyuk baca buku dan penulisan die begitu hebat. Punye aku nak membaca sampai aku cari member2 aku yg suke bace buku dlu tu hehehe.



Kebetulan ritu member aku share pasal Reading Challenge 2016 . Bila aku tengok list challenge die, memang banyak la tapi sebenarnye die nak kita membaca tak kisah jenis apa. So, Hanie mohon penuhi Reading Challenge 2016 ok~!!! Bunyi macam boring tapi aku tak kisah sebab aku memang minat~ Wink wink~ hehehe. Lepas ni aku kena bertapa di kedai buku aje la yek~ hehehe



Sunday, 28 February 2016

Hari Istimewa~ Terima kasih

28 Februari. Yes. Hari jadi ku. Alhamdulilah masih diberi keizinan utk hidup bernafas bersama mereka yg aku sayangi. Terima kasih Allah. Turut aku rasa manisnya hari jadi ku kali adalah yg terbaik dan terapat mengingati hari ku. Sebenarnya aku tak tahu mereka ingat sama ada kerana FB atau mereka begitu baik hati mencatat hari ku dalam fon atau diari mereka. Huhu. Mungkin disimpan dalam ingatan. Terima kasih ye kerana mengingati hari lahir ku sahabat tercinta semua.

Moment kt Adden Burger stall.

Secara personal begitu nak sangat wish besday aku adalah Una. Sebab die datang ke rumah dan belanje makan sushi serta bawakkan kek. Tahun ni juga aku takde kek nak kena dinyanyikan lagu tu semua. Hanya burger besar dari adik beradik serta kek comel dari Una kesayangan ku. Terima kasih sahabat kesayangan. Aku yakin kalau Fira ade, die pon turut serta bersama belikan something. Tapi die tengah praktikal.
Wah malam ni die cantik . Make up meh~ Wink wink~ 

Yes i love u. Kita pernah dingin kan sebelum ni but bile kita close balik, mcm xleh pisah~ Kita bff



Manakala yg mesej aku dan merupakan yg pertama, adalah Nur Marliana a.k.a Nana. Terharu beb nampak nama die dulu msej. Lewat malam die mesej huhu~ Sejak kenal die, die tak pernah terlepas wish besday aku. Die mesti wish. Padahal aku bukanlah yg selalu bersama die. Malah aku paling jauh dari die. Nak jumpe pon setahun sekali. Tapi die masih mengingatinya. Seterusnya ialah Fatin Nabilah. Dan huhu ketiga? Azmir Osman. Yes. Dia orang ketiga. Siap hantar pic kek lagi. Meriahnya lagi dalam group wassup Aktivis M, Ayu, Meor, Big serta Hawa semua wish. Manakala Izai serta Amer wish secara personal. Da rest wish kat FB. Yang siap nyanyi lagu hari jadi dalam dwibahasa ialah Fadhillah Ghazali. Dan aku tak sangka Atiq geng asrama aku dulu ingat besday aku~ huhu. Tq Atiq. Rindu ko sangat. Syed Syafiq pon wish. Siap msej personal. Huhu~ Ramai yg gak yg doakan aku. Harap ikhlas~ Amiinnn


Azmir Osman a.k.a Jemir send to me this. Aku tertarik dgn nombor tu ~ Demm. He did remind me of my age ~haha

Cinta hati yg sedang jauh. Yes I am her partner crime and everything~ I love u~Beb, cepat2 stel stdy k. Aku tunggu~

Bff alam maya ku~ Wani yg stay wishing~

Tak ku lupe kezen aku paling rapat iaitu Adibah Husna. Pepagi lagi da msej dan ajak keluar tengok wayang. Cerita tu pulak memang kami target dari awal lagi hehe. Die bawak aku makan burger Big Bob. Memang sedap. Gelak2 jumpe die. Dan spendtime berborak. Tapi kezen aku ni mang selalu ingat aku. Mana2 die pergi rasa syok akan story kt aku~ Semalam die bawak Adik die Si La. Nama die Adila tapi aku suke panggil La. Hehehehe. Omey daknye. Cantik lagi~

Diba tkut nk tengok camera sbb drive kan. But she did smile hahahah~ i love u~


Semalam die pulak aku pergi kenduri kahwin Kak Ngah Eikin. Alhamdulilah akak Eikin dah kahwin. Dapat orang Port Dickson. She so beautiful on her wedding day. Terpesona aku melihatnya. She so kind. Die tak pernah lupekan aku dan akak serta Baba's daughter. Kami rapat dulu. Selalu spendtime sesame. Mak dan ayah akak ngah pon baik iaitu Cik Najib dan Cik Tipah. Selalu masakkan lauk sedap. Dan semalam aku akhirnya dapat jumpe mama serta Adik dan Eya. Paling rapat ni dlu. So semalam keje aku selfie je la hahaha.~


Ni la pengantin istimewa itu~ Cntiknya akak hari ni~ Bertuah husband akak~ :*

Baba's daughter. Baba's princess~ Yay i miss them... 

Baba's queen. My mama. Mama always sweet. I miss u mama.