Tinggalkan jejak anda ye~

Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Sunday, 28 February 2016

Hari Istimewa~ Terima kasih

28 Februari. Yes. Hari jadi ku. Alhamdulilah masih diberi keizinan utk hidup bernafas bersama mereka yg aku sayangi. Terima kasih Allah. Turut aku rasa manisnya hari jadi ku kali adalah yg terbaik dan terapat mengingati hari ku. Sebenarnya aku tak tahu mereka ingat sama ada kerana FB atau mereka begitu baik hati mencatat hari ku dalam fon atau diari mereka. Huhu. Mungkin disimpan dalam ingatan. Terima kasih ye kerana mengingati hari lahir ku sahabat tercinta semua.

Moment kt Adden Burger stall.

Secara personal begitu nak sangat wish besday aku adalah Una. Sebab die datang ke rumah dan belanje makan sushi serta bawakkan kek. Tahun ni juga aku takde kek nak kena dinyanyikan lagu tu semua. Hanya burger besar dari adik beradik serta kek comel dari Una kesayangan ku. Terima kasih sahabat kesayangan. Aku yakin kalau Fira ade, die pon turut serta bersama belikan something. Tapi die tengah praktikal.
Wah malam ni die cantik . Make up meh~ Wink wink~ 

Yes i love u. Kita pernah dingin kan sebelum ni but bile kita close balik, mcm xleh pisah~ Kita bff



Manakala yg mesej aku dan merupakan yg pertama, adalah Nur Marliana a.k.a Nana. Terharu beb nampak nama die dulu msej. Lewat malam die mesej huhu~ Sejak kenal die, die tak pernah terlepas wish besday aku. Die mesti wish. Padahal aku bukanlah yg selalu bersama die. Malah aku paling jauh dari die. Nak jumpe pon setahun sekali. Tapi die masih mengingatinya. Seterusnya ialah Fatin Nabilah. Dan huhu ketiga? Azmir Osman. Yes. Dia orang ketiga. Siap hantar pic kek lagi. Meriahnya lagi dalam group wassup Aktivis M, Ayu, Meor, Big serta Hawa semua wish. Manakala Izai serta Amer wish secara personal. Da rest wish kat FB. Yang siap nyanyi lagu hari jadi dalam dwibahasa ialah Fadhillah Ghazali. Dan aku tak sangka Atiq geng asrama aku dulu ingat besday aku~ huhu. Tq Atiq. Rindu ko sangat. Syed Syafiq pon wish. Siap msej personal. Huhu~ Ramai yg gak yg doakan aku. Harap ikhlas~ Amiinnn


Azmir Osman a.k.a Jemir send to me this. Aku tertarik dgn nombor tu ~ Demm. He did remind me of my age ~haha

Cinta hati yg sedang jauh. Yes I am her partner crime and everything~ I love u~Beb, cepat2 stel stdy k. Aku tunggu~

Bff alam maya ku~ Wani yg stay wishing~

Tak ku lupe kezen aku paling rapat iaitu Adibah Husna. Pepagi lagi da msej dan ajak keluar tengok wayang. Cerita tu pulak memang kami target dari awal lagi hehe. Die bawak aku makan burger Big Bob. Memang sedap. Gelak2 jumpe die. Dan spendtime berborak. Tapi kezen aku ni mang selalu ingat aku. Mana2 die pergi rasa syok akan story kt aku~ Semalam die bawak Adik die Si La. Nama die Adila tapi aku suke panggil La. Hehehehe. Omey daknye. Cantik lagi~

Diba tkut nk tengok camera sbb drive kan. But she did smile hahahah~ i love u~


Semalam die pulak aku pergi kenduri kahwin Kak Ngah Eikin. Alhamdulilah akak Eikin dah kahwin. Dapat orang Port Dickson. She so beautiful on her wedding day. Terpesona aku melihatnya. She so kind. Die tak pernah lupekan aku dan akak serta Baba's daughter. Kami rapat dulu. Selalu spendtime sesame. Mak dan ayah akak ngah pon baik iaitu Cik Najib dan Cik Tipah. Selalu masakkan lauk sedap. Dan semalam aku akhirnya dapat jumpe mama serta Adik dan Eya. Paling rapat ni dlu. So semalam keje aku selfie je la hahaha.~


Ni la pengantin istimewa itu~ Cntiknya akak hari ni~ Bertuah husband akak~ :*

Baba's daughter. Baba's princess~ Yay i miss them... 

Baba's queen. My mama. Mama always sweet. I miss u mama. 




Tuesday, 22 December 2015

#Weekend Meh

Assalamualaikum.

Aku lupe nak update weekend aku mggu lpas. Huhu hari sabtu aku koje. Means keje a.k.a working. Tapi tak la full day. Nak kate sparuh hari pon tak rasanya. Lebih ke belajar new things la. Aku follow bos department aku iaitu Kak Os. Die baik auw. Die suke ajar aku psal excel memandangkan aku tak biase pakai excel sangat. Dulu blajar byk involve dgn microsoft access. So it's quite interesting. Excel lebih involve dgn nombor, dan statistic skit. Aku xsure ade kuar bar ke tak. hahaha. nampak sangat baru nak jinak dgn excel.

Bukan pe, aku sejak sekolah menengah lagi takut main ngan excel. Sebab bnde involve dgn duit. Kalau salah tak ke masak??? huuuu aku pnah ade tragedii psal nombor ni. Tegak aku kne tengking. Tobat nak jauhkan diri dgn nombor. Tapi skrg aku kne blaja jugak. Ilmu kan. Kena bebyk sbr la.

So mggu lepas aku ade gak la ikot member aku pi kenduri kahwin senior sekolah kami. Nama die akak Fazrin. Aku tak rapat dgn akak ni tpi kenal la. Akak ni pon rasanya kenal aku. hehehe.. lembut je orangnye. Berpasangan pulak dgn kapel die sejak skola menengah lagi, fuhhh... susah tu nak jage hbungan bertahun2. Setia mereka ni.

Bersama pengantin


Dan dlm kisah weekend kami ni ade la jejalan jugak ke Paroi semua. Sebab member aku si Fira de praktikal kt sne. So aku temankan aje la die pergi sane ntok lihat2 keadaan tempat di sana. By da way, kt sne sangat cantik. Serius. Tempat die nak praktikal tu lak kat atas bukit. Huhu..

View dari dlm kete. Ni kat dalam Kampung Panchor.



Yg kelakar nye kan, owner kedai tu memang kayo la. Bila dah masuk kampung tu, member aku ni asal nampak rumah besau, mesti kate " Ha ni mesti rumah die weyh. Tengok tu besar ruang rumah die. Boleh bercucuk tanam kot. " hahaha . Dah tu sederet  situ banyak lak rumah besar aku nengok, so abis sederet tu die kate umah pak haji tu hahahha... last2 bertembung terus. hehehe. Terus bertegur sapa. Siap ajak masuk tapi member aku kate xpela sebab dah lewat dah nak balik rumah hehehe.. Mane taknya jauh kan dari Salak dan Nilai..

Tuh satu hal la. Ni lagi satu. Kisah cari umah pengantin senior kami tu. Hahaha. Ko bayangkan kami dah lalu dah kot rumah pengantin. Siap aku ckp, " Ha ade jugak kenduri kt sini. Same la ni ngan akak fazrin ni... " Dan terus jalan ke depan sampai ke Dengkiil tu. Umah tu kat Sungai Buah,Bangi tapi kami lajak ke Dengkil arah nak ke Cyberjaya nun ha. Hahahhaa. Pakai google map aku boleh search Tempat Latihan Memandu hahahaha... Patut sesat!!!!... Punye benggang member aku hahahaha . Kena U turn balik. Dah sampai sane rupenye betul umah pengantin weyh !!!!! hahaahahaha... nasib kami sampai awal. Takde gelojoh nak makan. Sebab pengantin lelaki xsampai gi. So lenggang kangkung la ktorang. Makan pon slow. Sempat jumpe cikgu Azidah kami. Tapi xsempat snap sebab die nak makan. hehehe. So sempat snap dgn pengantin je la. ~hehe

Itulah die hari minggu ku. Penat tapi hepi pon ada heheh~


Sunday, 29 November 2015

#Weekend

Assalamualaikum,

Alhamdulilah masih bernafas dan diberi peluang untuk berada di bumi pinjaman Allah ni. Pagi ni dapat berita Pak Yus (Jambu) Maharaja Lawak meninggal dunia kerana sesak nafas semasa sakit jantung. Padahal dia baru je buat persembahan di Juara Parodi di Astro Warna. Mesti rakan-rakan dia terkejutkan. Sebab dia nampak sihat dan happy je.. Dah ajal kan. Tak boleh nak diubah.. tak boleh nak dijangka melalui rupa.. Kalau Allah dah tentukan sekarang nak ambil nyawa kita pon mesti terjadi juga. Moga rohnya tenang di sana.

Minggu lepas aku seharian menemani sepupu ku iaitu Diba. Dia bawa anak murid dia iaitu Ar-Rayyan dan Nazeef. hehe.. Aku pon turut jadi teacher.. Pape pon seronoklah melayan kerenah anak-anak murid dia. Bijak budaknya. Umur baru nak masuk 7 tahun tapi bila bercakap tu memacam soalan luar biasa aku dengar. Antaranya kren bangunan la.. pasal sit belt tu la nape letak kt kedudukan mcm tu.. Ape tujuan dia. Aku masa kecil belom tentu nak pikir pasal sit belt haha.


Sempat juga aku luangkan sedikit waktu dengan member bambam aku iaitu si Fira ke kenduri kahwin kawan kami iaitu Mahfuzah. Aku sampai lambat sikit. Sebab awal pagi aku gerak dulu dengan Diba. Bila dah nak pukul 2 petang baru bersama dengan Fira. Tak makan pon sebab kelam kabut. Kebetulan masa tu kt tempat makan takde pinggan. hahahah. Sedih betul. Takpela. Datang pon sebab nak tengok pengantin je. Lepas snap dan bersalam dengan pengantin baru aku gerak ke Bangi. Jejalan dengan kezen aku.. Fira tak ikut sebab dia pon ada hal dia sendiri masa tu. 



Alhamdulilah terisi juga hujung minggu dengan sedara kan. Keep smile. Setiap kekurangan punya kelebihan~