Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday, 28 February 2016

Hari Istimewa~ Terima kasih

28 Februari. Yes. Hari jadi ku. Alhamdulilah masih diberi keizinan utk hidup bernafas bersama mereka yg aku sayangi. Terima kasih Allah. Turut aku rasa manisnya hari jadi ku kali adalah yg terbaik dan terapat mengingati hari ku. Sebenarnya aku tak tahu mereka ingat sama ada kerana FB atau mereka begitu baik hati mencatat hari ku dalam fon atau diari mereka. Huhu. Mungkin disimpan dalam ingatan. Terima kasih ye kerana mengingati hari lahir ku sahabat tercinta semua.

Moment kt Adden Burger stall.

Secara personal begitu nak sangat wish besday aku adalah Una. Sebab die datang ke rumah dan belanje makan sushi serta bawakkan kek. Tahun ni juga aku takde kek nak kena dinyanyikan lagu tu semua. Hanya burger besar dari adik beradik serta kek comel dari Una kesayangan ku. Terima kasih sahabat kesayangan. Aku yakin kalau Fira ade, die pon turut serta bersama belikan something. Tapi die tengah praktikal.
Wah malam ni die cantik . Make up meh~ Wink wink~ 

Yes i love u. Kita pernah dingin kan sebelum ni but bile kita close balik, mcm xleh pisah~ Kita bff



Manakala yg mesej aku dan merupakan yg pertama, adalah Nur Marliana a.k.a Nana. Terharu beb nampak nama die dulu msej. Lewat malam die mesej huhu~ Sejak kenal die, die tak pernah terlepas wish besday aku. Die mesti wish. Padahal aku bukanlah yg selalu bersama die. Malah aku paling jauh dari die. Nak jumpe pon setahun sekali. Tapi die masih mengingatinya. Seterusnya ialah Fatin Nabilah. Dan huhu ketiga? Azmir Osman. Yes. Dia orang ketiga. Siap hantar pic kek lagi. Meriahnya lagi dalam group wassup Aktivis M, Ayu, Meor, Big serta Hawa semua wish. Manakala Izai serta Amer wish secara personal. Da rest wish kat FB. Yang siap nyanyi lagu hari jadi dalam dwibahasa ialah Fadhillah Ghazali. Dan aku tak sangka Atiq geng asrama aku dulu ingat besday aku~ huhu. Tq Atiq. Rindu ko sangat. Syed Syafiq pon wish. Siap msej personal. Huhu~ Ramai yg gak yg doakan aku. Harap ikhlas~ Amiinnn


Azmir Osman a.k.a Jemir send to me this. Aku tertarik dgn nombor tu ~ Demm. He did remind me of my age ~haha

Cinta hati yg sedang jauh. Yes I am her partner crime and everything~ I love u~Beb, cepat2 stel stdy k. Aku tunggu~

Bff alam maya ku~ Wani yg stay wishing~

Tak ku lupe kezen aku paling rapat iaitu Adibah Husna. Pepagi lagi da msej dan ajak keluar tengok wayang. Cerita tu pulak memang kami target dari awal lagi hehe. Die bawak aku makan burger Big Bob. Memang sedap. Gelak2 jumpe die. Dan spendtime berborak. Tapi kezen aku ni mang selalu ingat aku. Mana2 die pergi rasa syok akan story kt aku~ Semalam die bawak Adik die Si La. Nama die Adila tapi aku suke panggil La. Hehehehe. Omey daknye. Cantik lagi~

Diba tkut nk tengok camera sbb drive kan. But she did smile hahahah~ i love u~


Semalam die pulak aku pergi kenduri kahwin Kak Ngah Eikin. Alhamdulilah akak Eikin dah kahwin. Dapat orang Port Dickson. She so beautiful on her wedding day. Terpesona aku melihatnya. She so kind. Die tak pernah lupekan aku dan akak serta Baba's daughter. Kami rapat dulu. Selalu spendtime sesame. Mak dan ayah akak ngah pon baik iaitu Cik Najib dan Cik Tipah. Selalu masakkan lauk sedap. Dan semalam aku akhirnya dapat jumpe mama serta Adik dan Eya. Paling rapat ni dlu. So semalam keje aku selfie je la hahaha.~


Ni la pengantin istimewa itu~ Cntiknya akak hari ni~ Bertuah husband akak~ :*

Baba's daughter. Baba's princess~ Yay i miss them... 

Baba's queen. My mama. Mama always sweet. I miss u mama. 




Friday, 26 February 2016

Mood Baca Sampai .....


Mood membace aku dah lama tak kunjung tiba hinggalah sampai satu masa si Elham dok promote pasal buku ala2 style jalanan tpi lau da bace, mang takde rupe style cikai but da best book ever. Buku tu lau bace santai2 dan nak rasa amek pengalaman orang, disitulah leh kita amek jadikan pengajaran kita juga serba sedikit. Padahal kan, buku kt rumah dah berlambak-lambak. Dah berhabuk dan belum dibukak. Tu la die perangai aku satu ni. Suke beli buku. Eager too much in buying book while i can. HUhu~


Semangat ni membara sebenarnye bila aku ikot abg dan akak aku shopping barang kt Aeon Big kt Alamanda, Putrajaya. Kami naik tingkat atas sebab along ajak beli tali pinggang. Sampai je kami ke atas, aku terus dan tanpa menoleh kiri kanan melihat satu longgokan buku yg die nyatakan kat situ jualan murah atau harga murah camtu la. Aku stop kejap kt situ dan aku ternampak "Brisingr". Novel fisyen movie Eragon. Sape peminat cerita naga layan ar movie ni. Lepas nampak tajuk buku tu, aku amek dan tiba-tiba aku tengok harga buku tu RM5.00!!!!!!! PERGHHHHH. Beb , buku tu aku nampak kat MPH jual dalam kemungkinan RM35. Ko nampak tak jauh benau harga buku tu melayang ke mane hahahaha. Aku pon cepat2 amek dan beli. Mana boleh lepaskan peluang macam tu. GRAB GRAB GRAB~ Wawawawa....


Nak jadi lagi best, masa aku balik kerja, iaitu ketika aku singgah ke Kl Sentral utk ke KTM, aku sempat lalu ke laluan yg terdapat kedai-kedai murah macam jual baju, beg dan sebagainya. Ternampak kedai buku pulak. Kedai buku tu memula aku ignore je tapi bile aku bace balik kt banner die gantung tinggi2 kt dinding kedai die tu, aku mule dapat pick up balik, "BELI TIGA BUKU BERHARGA RM25"..... Aku pon terus masuk dan tengok ape je buku yg ada. Ha terang-terang tunjuk "Fiction" dan "Non-Fiction". Ape lagi aku pon terus jalan meneliti setiap satu tajuk buku yg ada. Wah, ni syurga buku namanya. Time tu jugak terlintas kt fikiran aku, waktu dlu2 aku selalu bersedih seba tak dapat beli novel English yg aku suke macam Harry Potter tu semua. Harga mahal kan. Wujudnya kedai buku macam ni bila die jual balik buku-buku lama dan letak dalam harga setiap buku RM10.00, sapa tak nak kan? Malah die bantu habiskan stok buku-buku tu. Dan orang macam aku dapat la peluang nak beli kan. Lepas berangan terus aku nampak buku yg aku dok kumpul, Siri Eragon yg ke-4 iaitu "Inheritance'. Pergh. Dengar pulak harga setiap buku RM10.00. Ko rase lau ko, ko beli tak buku yg ko nak sangat dalam harga macam tu padahal asalnya lebih berganda mahal ? OF COURSE U WILL TAKE IT UNLESS U ARE NOT INTERESTED WITH IT KAN????



Ni yg harga RM5 tu. Choi... Kulit keras die dlu aku tengok RM80 baiii~ fuuuuhhhh~

Ni buku lame aku. Ko tengok anai2 ni dah tak cukup benda sampai buku aku pon die nk kunyahnya... TENSION~! hahaha



Buku tu tak cukup sangat sebenar nye tapi sebab aku dah tengok nombor satu iaitu Eragon, so aku tak berapa endahkan nombor satu. Cerita selepas tu lagi aku nak tahu. Moga-moga ada gak la buku Harry Potter punye ntok aku kumpul. Hehehhe.. Aku nak dalam English. Lagi leh feel. Hehehe. POYO SANGAT~



Sementara aku nak mula baca buku bersiri Eragon tu, aku baca dulu buku yg aku beli dari Elham yg bertajuk "Cerita Budak Design". Aku tergerak hati nak memilih untuk memiliki buku ini serta membacanya kerana sinopsis dan cara penyampaian dia serta perkataan design tu menarik hati. Well, sebelum masuk belajar pon aku dah belajar sikit2 nak design dan lepas tu masa belajar aku belajar secara simple tentang hias melalui digital devices then masa habis belajar aku jadi AJK IT untuk kem member aku, iaitu design baju.. So serba sedikit aku rasa ape penulis tu rasa sedikit. Tak banyak tapi paham. Die lagi la da berkecimpung dengan ramai orang dan tahu wujud memacam jenis manusia yg ada tu paham dengan hal kreativiti dan ade yg pakai tembak marah2 sebab rupa buruk dan sebagainya.


Muka depan buku die. Best~  Aku paham ape ko cube nak sampaikan beb~


So kena bace dan fahami ape die nak sampaikan dan tak pernah rugi membaca pon. Dan dari situ kita belajar berfikir dan amek pengajaran mana yg kita rasa berbaloi dalam hidup kita. Buku tu cukup padat dan sangat bagus untuk anak muda kini baca. Buku macam ni aku cari. Ni asyik novel cinta. Bosan. Hidup perlu belajar benda lain juga.




Sunday, 21 February 2016

Henna~


Assalamualaikum
Mood nak berinai da kembali. Ahai ^_^ aku bila da tengok gambar2 insta yg dok publish lukisan inai dan inai yg berada di jari buat aku mula nak bubuh balik ke jari aku inai2 tu hehe. Warnenye merah2 dan terang serta sekata. Impian nak belajar melukis tu ade dan aku akan cube mencari peluang ntok laksanakan nanti. Sekarang dok survey produk inai mane yg berkualiti. Sume nampak nice tpi nak dapat inai yg betul2 aku berkenan mang payah. Setakat ni inai yg aku beli kebanyakannye cepat ilang dan mudah pudar. Ade yg xmenepati seperti yg mereka promote. Nak2 inai yg da diproses dan ade label nama company memasing. Kekadang ade tiruan.


Aku paling gemar inai homemade. Inai homemade lak ade inai yg utk lukis, inai celup di jari, inai ntok kuku je.Bentuk bekas inai pon ade beza. Bentuk kon, tiub, dan dalam bekas (ni celup dan inai kuku). Latest aku discover inai kuku nye bekas mcm bekas eyamore. Tu inai enairedchillie. Memang famous. Warna inai2 dari produk yg pelbagai ni pon ade yg dari warna merah hati, merah maroon, pink, oren, biru, hijau, hitam, putih, dan kuning. Inai warna warni tu lebih nak ke arah lukisan berwarna sikit.


Aku belum pernah lagi nak pakai inai warna warni ni. Aku lebih suke warna merah. Sejak kecik aku suke warna merah ni. Aku suke inai ni pulak sejak aku ikut arwah mak menginaikan anak buah die mase kenduri kahwin diorang. So mase tu aku pon hulur jari la. Aku mang pantang nampak huhu. Nampak cantik jari diwarnakan merah2 ke oren skit.

So, baru2 ni aku ade la beli inai yg aku teringin sangat nak cuba. Nah... Ni la die rupenye bila dah pakai. Agak cantik. Tak gelap sangat. Warna die pon merah2 je. Mudah diperkemaskan. Senang citer ni inai perfecto gak la yg aku pernah pakai. Hehehe.






 

Ok kan? Huhu~ Ok sampai sni je.

p/s : Aku pakai inai kon dan inai kuku. Wink wink ~