Tinggalkan jejak anda ye~

Monday, 14 December 2015

Sakit kepala

Assalamualaikum.

Fuh, semalam mang betul2 boleh tumbang dibuatnye. Mana taknya aku sakit kepala sampai rasa nak terhuyung-hayang. Sesiapa yg kerap sakit kepala mang akan mudah memahami bayangan kata2 aku ni. Die bukan sekadar pening tapi denyut2 yg membuatkan ko rasa nak tumbuk dinding. Rasa nak bedal orang pon ada haha.. Tapi serius sakit.

Sedaya upaya aku minum air suam bebanyak. Banyak kali pergi tandas gak sebab dah banyak minum air kan, konfem la nak keluar air tu. Aku rasa semalam hari yg paling kerap aku keluar dari ofis just nak ke tandas punya hal. Satu2 nya yg buat sakit tu kurang sikit bila sendawa. Fuhh.. Aku rasa mang byk toksin dlm bdn ni..

Balik je rumah, duduk jap minum air lagi. Then, rasa mcm dah tak tahan sgt, aku pergi mandi terus. Time mandi tu, aku siram air lelame kt rambut. Bagi sejuk je. Aku pernah gak baca pasal letak ais kt tengkuk tapi denyut2 ni bukan kt tengkuk tapi kt ubun2 kepala. Bila dah lame sangat siram air, baru reda sikit denyut die. Abang aku kate, bila guna ais, bukan mengecutkan urat darah tu tapi die mengecutkan ruang utk darah lalu.



So, melalui pic tu menunjukkan macam mana kalau urat darah kembang sangat dan die mengecutkan laluan darah nak lalu ke dlm tu. So, bila die kecut, die kecutkan dinding dlm saluran tu bagi terbuka ruang ntuk darah lalu.

Lepas ni memang aku kena cari quacker oat dan segala fibre food ntok aku bersihkan kolestrol dlm bdn ni kalau ade T_T

Sakit die betul2 buat kita tak boleh nak buat kerja meh~ serius
~

Sunday, 13 December 2015

10 soalan dari Kak Syikin

Assalamualaikum

Aku belum lagi join segmen kne soal sampai 10 soalan lagi melainkan review blog orang dulu. Tapi skrang ade. Hahaha terbaik la kak Syikin ni. Die tagged kita pulak kat segmen die hehe~ Tanya 10 soalan..
So ni 10 soalan kak Syikin yg aku perlu jawab hehehe~
Soalan:
1) Kenalkan diri awak
2) Antara pulau atau bandar, mana satu pilihan? kenapa?
3) Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
4) Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
5) Pendapat awak tentang jurnal saya?
6) Warna kegemaran awak7
) Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
8) Siapakah idola awak dalam kehidupan?
9) Barang yang WAJIB awak bawak semasa keluar dari rumah.
10) Tempat percutian idaman awak?  

Jawapan ku~

  1.  Nama penuh saya Nur Fadillahhani Binti Abd Hamid. Anak bongsu dari 4 adik beradik. Suka makan ahaha.. Berumur 24 tahun.
  2. Saya pilih pulau kot sebab suka mandi laut heheh.
  3. Pencapaian terbaik saya ialah saya dpt menjaga arwah mak saya seperti mana arwah pernah menjaga saya dulu. 
  4. Sudah semestinya kucing sebab kucing mudah didekati dan dibawak dukung sane sni hehe.
  5. Jurnal akak mean blog akak kan? Sangat menarik cuma  padat sikit dgn hiasan glitter2 sana sini.. 
  6. Saya paling suke warna purple krim, peach dan hijau. 
  7. Genre agama/islamik. Sebab pelbagai pedoman dan panduan hidup boleh saya ikuti
  8. Nabi Muhammad S.A.W
  9. Purse dan Handset
  10. Nak pergi bercuti di The Burj Al-Arab di Dubai~ Hotel semalam  RM 3,000 meh~ hahaha mahal gilos

So, aku pon de soalan nak ditujukan. Antara nye:
  1. Apa nama awak?
  2. Apa penyebab awak sertai dunia blog?
  3. Masa bila awak luangkan waktu utk berblog ?
  4. Suka makan apa?
  5. Apa pendapat awak tentang blog saya ?
  6. Apa movie latest yg awak dah tengok setakat ni?
  7. Apa gadget pilihan hati awak ?Kenapa?
  8. Beli kereta dulu ke atau rumah?
  9. Impian yg pernah capai dan belum tercapai awak apa ya?
  10. Hobi terhebat awak apa ye? ^_^
So aku nak tag mereka yg bertuah utk jawab soalan aku heheh~

Moga mereka sporting nak join~ huhu