Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday, 18 March 2014

Cinta buku

Hobi aku ni gemar kumpul buku. Tak kisah buku apa pun. Kalau kat rumah, berderet buku2 yg aku dah banyak kumpulkan. Memandangkan belajar di Uitm ni berpeluang dapat Baucer buku RM250, jadi aku memang manfaatkanlah untuk buku je. Waktu nak membelek buku tak tahu lagi bila hahah~ yg pasti aku akan buka dan baca juga buku2 tu..


Buku ni buku nota kosong je tapi sebab aku beli sticker sampai satu set, aku hias2 la sikit buku ni. Hehehe kurang2 mase aku nak tulis nota tertarik jugaklah nak memegang buku yg berhias ni~ hehehe..

Ini buku2 sepanjang satu 6 semester. Ada di antaranya buku member aku ni hehe.. campurkan sekali. Nak jadikan kenangan. Tak semua dapat peluang belajar kan.. Jadi, aku jadikan ini kenangan. Kenangan aku menuntut ilmu~


Sunday, 16 March 2014

Manis pahit

Perasaan ini jika dilayan makin menyakitkan. Akibat sikap diri pelbagai duka lara terpaksa ditelan, dinikmati.. Kekadang sampai tiada titisan air mata dah. Bukan seorang dua yg dtg dan pergi tu.

Bukan semua mampu memahami dan aku rasa tidak perlu meminta mereka memahami kerana ianya milik kita untuk menghayati suasana itu. Andai mereka merasakan perkara yg sama sekalipun, itu satu kesyukuran kerana ianya tidak mudah didapati di mana2.. Dunia ini luas dan luas jua la rentak perasaan yg berlaku. Sukar utk difahami secara lebih mendalam.

Jika tak mampu menahannya, menangis la diri aku ni.. Jika kuat, ketawa la aku ni...
Namun ku panjangkan rasa syukur ni kerana aku masih mampu meneruskan kehidupn dgn pelbagai kenangan yg adanya pahit dan adanya manis~