Tinggalkan jejak anda ye~

Tuesday, 4 March 2014

Dugaan untuk kita belajar

Tak belajar pape la kita ni jika tidak diuji tapi malu pon ye gak bila saat2 itu berlaku dan aku jadi berkerut dahi berfikir jalan penyelesaian dia sampai tak sudah. Antaranya :

  1. Paip rumah bermasalah
  2. Subjek elektif yg bercelaru kedudukan harinya
  3. Kasut baru buat kaki ku melecet
  4. Dapat kelas yg straight 4 kelas ntuk sehari (Paling menegangkan urat kepala aku)
  5. Assignment sudah diberikan di minggu pertama
Para ulama' pernah berkata yg menuntut ilmu ibarat kita sedang berjihad dalam perang hendaknya. Aku harap aku kuat dalam usaha menuntut ilmu. Sebahagian dugaan ni semakin reda. Sudah semestinya akan hadir dugaan yg mendatang tapi apa yg aku mahu katakan di sini, jika xberlaku benda2 di atas mungkin aku tak dapat belajar sesuatu benda.. 

Seharian ku ini pula aku terus menguruskan segala urusan yg penting2.. Sebab aku nak mengelakkan risiko masa dan keadaan yg menhalang urusan belajar aku nanti. Alhamdulilah 90% dah setel. Dan tadi Liza kesygan inform pasal assignment. Tak nak berasap lagi.. Buat relax dan listkan ape yg patut aku dahulukan sebab sekrang dah mudah sakit kepala~ huhu umur makin meningkat, penyakit makin mudah menyinggah..

Tadi berpeluang luangkan waktu dgn member2 aku.. memacam hal yg melucukan jadik heheh~Kenangan terindah meh~





Antara member2 aku yg merantau jauh ntok belajar.. hopefully kita same2 habiskan pengajian ok syg2 ku semua~.. 

Saturday, 1 March 2014

Mana kan ku cari ganti

Sahabat. Mana kita mampu dapat yg setia bersama kita. Yg setia mengingati dan menghargai kita seadanya hingga ke usia tua? Dan paling aku tak sangka, Allah kurniakan aku sahabat dari orang yg tak pernah aku jangkakan..

Kalau semalam hari lahir ku disambut oleh keluarga ku. Tapi hari ni sahabat tercinta pula mencari ku dan memeriahkan hari ku.. inilah hadiah terbaik.. Syukur alhamdulilah masih ada insan teristimewa yg mahu menghargai ku..


Efira dan Una. Sahabat sejak sekolah menengah until now. Even sekarang umur dah 23 tahun tapi kami xmahu putus hubungan. Paling untung sebab kami duduk di kawasan yg berdekatan. Bila cuti mesti mahu jumpa. Pastu mula buat kerja giler. hehehe.. Inilah hadiah hari jadi ku yg terbaik utk setiap tahun. Setiap tahun mereka mengingatiku. Insyallah inilah sahabat dunia akhirat ku. Hope bila dah tua nanti, kami sama2 minum petang utk mengenang keindahan pertemuan kami masa di sekolah menengah dulu hehehe~