Tinggalkan jejak anda ye~

Saturday, 21 February 2026

Inai Serbuk Premium Inaibyhanie

Assalamualaikum....

Aku rasa mang ade jugak post aku yg dulu aku delete or unpublish je nnti hahaha. Bapak cringe baca post2 dulu. Ape punye bahasa la aku pakai dulu hahaha. Gaya mcm nak tulis bahasa baku tapi tak berapa baku. Mcm last2 rosak je tulisan aku tuh hahahaah.

Ok ok. Now aku just nak share something. Anyway, alhamdulillah sgt2 akhirnya aku berjaya create produk aku sendiri which is Inai Serbuk Premium Inaibyhanie

Inai ni aku hasilkan akhir tahun 2022 camtu. Alhamdulillah, inai ni aku dah jual dlm tempoh 4-5 tahun camtu. Aku pon dah buat servis inai kahwin pon dah 10 tahun iaitu sejak 2016. 

Memcm jenis inai dah aku jual sebenarnya. Inai serbuk ni paling steady dan sangat2 diminati ramai sebab inai ni mang original dari inai daun tau. Warna pon tahan lama. Memang mcm inai dulu2. So aku kekalkan dgn jual inai serbuk daun ni je. Inai yg lain2 aku akan jual bila ade kesempatan lain lagi nnti. 

Cara pakai pon lama mcm dulu2 gak. Kena berbalut. Tak boleh dibiarkan kering camtu je waktu pakai inai ni sebab kita perlukan inai yg lembap utk kekal menyerap warna air inainya ke dalam kulit dan kuku. So kalau dibalut, inai tu takkan jadi kering tauuu. 

Nak senang just pakai je time nk tidur. So bangun2 je nanti dah berlalu camtu je masa dlm 5-6 jam en. Takde la rasa penat nk tunggu tuh. 

& Actually inai ni boleh je nk pakai kt kuku saja andai kata tak nak pakai kt jari penuh en. Tepek je kt kuku tapi still kena balut la dgn seal-tape. (Solotip). Sebenarnye fungsi seal-tape tu utk bagi inai tu tak kering je. Warna inai still boleh menyerap ke dalam kuku. Uollss boleh la tgok kt gmbr2 kt bawah kita share tu. 

Korang jgn risau. Bab sah solat memang boleh halalan toyyiban ye inai. Sebab warna inai ni menyerap jauh ke dalam lapisan kulit dan kuku. Kalau uollss try kikis atau buff bagi kuku berkilat pon takkan hilangkan warna inai serbuk ni. Mang pure dari inai daun asli. 

Inai ni aku ade jual dalam bentuk pack serbuk dan bentuk siap bancuh ( kon inai ). Inai ni tak boleh pakai utk lukis2 inai yee. Hanya boleh pakai utk jari dan kuku sahaja sebab inai aku bukan jenis Body Art Henna Powder. 

Inai serbuk utk Body Art ni mostly yg digunakan oleh henna artist dari luar negara. Dalam Malaysia ade je tapi biasa la orang kita tak berapa minat inai lukis jenis ni sebab ambil masa skit nak naik warnanya tapi still bagus tauuuu utk uollss try. Best inai tuh. Orang kita ni lagi prefer inai instant. Cepat merah, cepat jugak hilang. So here are some of my Inai Serbuk Premium products and result of the stain. 

Kalau uollss nak beli boleh whatssapp kita di 0193777431 or klik je kt sebelah ni. Ade gmbr instagram Inaibyhanie tuh atas gmbr profile kita tuh. Klik je situ utk terus ke wassup kita. Ok thank u. 


















2026

Assalamualaikum... Wah! Serius ar aku masih boleh nk bukak blog ni hahahaha. Sebab aku ingat dah tak boleh bukak akaun blog ni. Sekali bila da godek2 semua email, then boleh gak bukak sekali dgn blog aku ni. 

Dah 2026 yerrr. Tak sangka kejap je rasa masa berlalu. Umur aku pon dah 35 tahun hahaaha. Memacam benda makim updated yeee sekarang. Canggih betul. Semua benda kt hujung jari je da. Banyak benda dah digitalize kan. Nak bayar un guna fon je. Amboi laaaa. 


Sekarang pon bila tengok sosial media yg ada makin updated yeee. Sekarang lak da ade Thread dan Tik Tok. Twitter tapi version Instagram. so segala gossip sekarang dimenangi oleh Thread. Benda sensasi akan terkeluar dulu dari Thread then baru masuk ke Facebook dan Instagram dan Tik tok. Twitter lak da tukar nama jadi 'X' je. Semua makin simple. 


Yg tak simple ape tau ? Nama anak2 yg sekarang. Hahaha. Sesiapa yg jadi cikgu mesti jumpe la benda aku maksudkan ni. Nama anak murid kemain pjg. Aku tak pasti la nanti kalau ade exam bebudak ni menulis nama camne. hahaha. Konfem penuh ruangan form nama tuh. hahahahha. 


So any updated about me ? Aku masih bujang hahahahaha. Masih giat dgn servis henna artist dan niaga inai aku. Now aku banyak operasi inai kt rumah sendiri je. Sesiapa nak inai just walk-in je kat rumah aku. Takde banyak perubahan pon. 


Kengkawan aku pon ramai dah kahwin. Geng2 anak bongsu pon semua dah sanding dah. Tinggal aku jek yg masih membujang hahaha. Tapi sadly kawan sekampung aku ade yg meninggal dunia tahun lepas. Hidayat Adnan namanye. Meninggal sebab eksiden motor. Kesian sangat weyh sebab die eksiden time balik dari buat grab food. Ermm. dah sampai masa kan. Moga tenang roh Hidayat kt sana. serius rindu sangat kt ko Dayat. 


 Aku harap pengakhiran kita dapat pengakhiran yg baik2 la kan. Moga dapat Husnul Khotimah la. Aamiin.