Tinggalkan jejak anda ye~

Sunday 29 November 2015

#Weekend

Assalamualaikum,

Alhamdulilah masih bernafas dan diberi peluang untuk berada di bumi pinjaman Allah ni. Pagi ni dapat berita Pak Yus (Jambu) Maharaja Lawak meninggal dunia kerana sesak nafas semasa sakit jantung. Padahal dia baru je buat persembahan di Juara Parodi di Astro Warna. Mesti rakan-rakan dia terkejutkan. Sebab dia nampak sihat dan happy je.. Dah ajal kan. Tak boleh nak diubah.. tak boleh nak dijangka melalui rupa.. Kalau Allah dah tentukan sekarang nak ambil nyawa kita pon mesti terjadi juga. Moga rohnya tenang di sana.

Minggu lepas aku seharian menemani sepupu ku iaitu Diba. Dia bawa anak murid dia iaitu Ar-Rayyan dan Nazeef. hehe.. Aku pon turut jadi teacher.. Pape pon seronoklah melayan kerenah anak-anak murid dia. Bijak budaknya. Umur baru nak masuk 7 tahun tapi bila bercakap tu memacam soalan luar biasa aku dengar. Antaranya kren bangunan la.. pasal sit belt tu la nape letak kt kedudukan mcm tu.. Ape tujuan dia. Aku masa kecil belom tentu nak pikir pasal sit belt haha.


Sempat juga aku luangkan sedikit waktu dengan member bambam aku iaitu si Fira ke kenduri kahwin kawan kami iaitu Mahfuzah. Aku sampai lambat sikit. Sebab awal pagi aku gerak dulu dengan Diba. Bila dah nak pukul 2 petang baru bersama dengan Fira. Tak makan pon sebab kelam kabut. Kebetulan masa tu kt tempat makan takde pinggan. hahahah. Sedih betul. Takpela. Datang pon sebab nak tengok pengantin je. Lepas snap dan bersalam dengan pengantin baru aku gerak ke Bangi. Jejalan dengan kezen aku.. Fira tak ikut sebab dia pon ada hal dia sendiri masa tu. 



Alhamdulilah terisi juga hujung minggu dengan sedara kan. Keep smile. Setiap kekurangan punya kelebihan~





Wednesday 25 November 2015

The Beginning~

Assalamualaikum.

"Alhamdulilah", ucapan syukur lepas dapat panggilan tawaran kerja sambilan di Damansara. At least kerja kan? Aku kongsikan khabar berita ni dengan sahabat dan kezen aku memandangkan mereka antara paling rapat sekarang. Lagipun mereka memang sering bersama aku tak kiralah aku free ke tidak. Kalau ada apa-apa hal mesti berkunjung ke rumah nak jumpa aku. Hehehe.. ala ade la tu yg tahu siapa diri diorang.. hahaha,,

Hari ni pulak merupakan hari ke-3 aku bekerja kat Damansara ni. Huhu memandangkan kerja sambilan, aku buat memacam kerja. Jaga receptionist la, buat kerja cop dokumen la atau data entry la.huhu.. Layan layan.. Pengalaman kan. Aku bedal je sebab nak belajar buat memacam benda.


Ni gambar mase aku kerja receptionist hehe.. Sempat lagi snap..Hahaha.. Padahal baru lagi kerja kan. Dah buat benda-benda sengal.. Tadi kan, aku ade la tersengal lupe nak picit button bukak pintu la.. hahaha sampai orang picit loceng doe. Dah la bunyi loceng tu kuat. Terkejut aku hahaha... Ni memang kelakar.. hahaha. Pape pon bestnye kerja receptionist ni ialah aku jadi tak mengantuk sebab tengok orang lalu lalang. Kalau pape jadi nanti konfem tanya kat aku.. Padahal aku baru sangat lagi kat sini.. Camne pon aku sementara je kt bahagian receptionist ni sebab aku duduk kat dalam ofis je iaitu bahagian admin gak.. linkungan tu jugak rasa nya hahaha

Dalam masa yang sama, aku masih mencari kerja kosong yang berdekatan kawasan Putrajaya dan Cyberjaya. Harap sangat adalah peluang untuk aku di sana. Nak kumpul pengalaman dan ilmu kan. Hehe... 

Staff-staff kat sini pon ok je. Sempat berborak masa lunch tadi. Hehehe.. Borak pasal kucing lagi...Pasal sakit la, pasal makanan la dan habit meow la bila tak sihat. Memandangkan aku pon bela kucing, jadi aku share je la citer pasal meow ni. 

Ade gak aku berborak dengan Kak Des.. cleaner kt sini. Die paling ramah. Ok je temankan aku kt meja depan ni. Die ade gak kongsi pasal public transport kt kawasan Damansara ni. Sebab mana la tahu kot akak dah pindah Putrajaya.. Bolehlah aku naik public transport ni.. Sementara nak tunggu mana-mana peluang kerja kat tempat lain kan. Doakan ye.. Aminn,.. 

Monday 23 November 2015

Coretan biase saje

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak menaip pakai laptop. Ni pon aku dok menaip kat rumah Fira bambam.. Kesayangan bambam yang setia menjadi bukan sahaja sahabat tapi dah macam adik beradik. Senang cerita keluarga die dah jadi keluarga angkat aku la now hehehe.. Mama die dah jadi mama aku jugee.. Wink Wink... Alhamdulilah, Allah sentiasa kirimkan aku insan-insan yang sudi menjaga aku selain ahli keluarga aku sendiri..

Aku masih dalam fasa xkerja tapi dalam fasa xkerja ni, aku diberi peluang mama Fira bekerja kat rumahnye. Iaitu jadi orang gaji separuh masa.. Dah 2 bulan jugak aku kerja kat rumah mama Fira. Sekurang-kurangnya belanja data internet aku ade hehee.. Dah takde la meminta-minta kat muehehe... Kesian abah aku penat kerja..

Jadi, dalam masa beberapa bulan aku menjadi pengganggur ni, memacam benda la jadi. Antaranya demam dan batuk2 teruk sikit. Lepas tu kucing-kucing aku lak xsihat. Bebaru ni member aku si Fira pon tak berapa sihat. Makanya sesame jage kesihatan memasing la memandangkan cuaca tak menentu dan berubah-ubah.

Pastu aku nak ucapkan tahniah pada Jemir a.k.a Azmir Osman. Die baru je konvo. Die ade kasi aku gambar die pakai hood dan jubah konvo die. Aku rasa die 1st class kot. Pergh hebat budak ekonomi hahaha.. dan murah rezeki die sebab dah dapat kerja kat syarikat yang menaja biasiswa die semua iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Ramai lagi kengkawan aku dapat kerja kat sana macam kesayangan aku iaitu Nana. Die dgn Jemir sama hebat hehe..dan mereka juge antara member PNB paling rapat ngan aku. Tahniah buat korang ye.

Aku?? huhu.. masih menanti peluang-peluang kerja.. setakat ni aku buat kerja-kerja mengemas tu la sambil mohon kerja lain..

Perasaan aku? Aku takut hahha.. sebab?? Aku dah lama terperap kat rumah. Bukan pasal bosan. Nonsense la duduk rumah sendiri di mana kita boleh terbungkang, have fun segala nak bosan kan? Aku takut sebab aku dah lame tak keluar rumah. PR aku pon tak tahu macam mana. Dah kurang berkomunikasi secara rasmi ni kan... Kalau menulis boleh la sebab boleh fikir lagi tapi kalau bercakap tu kena waktu tu jugak beraksi bagai... Pape pon aku harap dapat peluang kerja yang memberi aku menambah ilmu komunikasi dan sebagainye.

Selalunya baca info banyak kat tv, fb, website BH dengan Star dan dari Fira.. Bukan Fira je, plus Diba. Sepupu aku yg sentiasa mengingati aku. Die rajin ajak aku jejalan. Bebaru ni suami die si Helmi dah buka restoran makan iaitu perkongsian dgn rakan die jugak sebenarnye. Restoran Socotra namanye yang berada berdekatan di Inti Kolej, Nilai. Aku paling suka Jus Pisang die. Pergh sedap btol. Kenyang bila dapat mnum. Lepastu makan kebab die.. Fuhhh.. Syukur la dapat merasa makanan Middle East ni hehehe..

Well sekarang tak banyak berbelanja. Duit kat tangan ni selalu pergi tinggalkan aku hahaha.. Pape pon aku tanam dalam hati, rezeki semua daripada Allah.. In sha Allah ade la tu rezeki dan bahagian aku.

Hmm.. pape pon rindu Ika huhuh.. one of my bff.. sumpah die terbaik~

So far sampai sni je entry aku rini.~ k tata