Tinggalkan jejak anda ye~

Saturday 23 February 2013

Malulah pada ALLAH..

Assalamualaikum.. aku hanya nak kongsikan artikel yang sangat2 menyentuh hati ini... Semoga hati kamu semua juga terbuka ye :)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

M.A.L.U.

Empat huruf yang sangat sederhana. Ianya begitu mempesona dan indah. Menghiasi hati pemeliharanya dengan pancaran sinar kebaikan dan keindahan. Akan tetapi, ia kini perlahan menjadi pudar dan kemudian menghilang. Terpendam dalam kegelapan hati dan tergerus bersama dengan hasrat dan keinginan atas ego diri.

Ianya kini bagaikan mutiara yang terkubur. Ia adalah keistimewaan para manusia, akhlak yang agung, tanpanya tidak ada kebaikan sedikitpun dalam kehidupan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan KEBAIKAN.” [HR. Bukhari (10/433), Muslim (37) dan Abu Dawud (4796)]


Rasulullah SAW bersabda:


إنَّ لِكُلِّ دِينٍ خُلُقًا ، وَإنَّ خُلُقَ الإسْلاَمِ الحَيَاء


“Sesungguhnya setiap agama itu memiliki akhlak dan akhlak Islam itu adalah rasa malu.” (HR. Ibnu Majah no. 4181. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini hasan)

Tidak sempurna iman sesorang tanpa adanya rasa malu di dalam diri insan. Pentingnya sifat ini dipelihara di dalam hati kita yang akan membahagiakan  keimanan kita. Sifat malu ini adalah sifat yang paling utama bagi seoarang muslim yang merupakan menjadi benteng dalam kehidupan seorang muslim. Sifat malu ini dikatakan menjadi benteng diri karena hal ini akan menjaga diri dalam kebaikan dan meninggalkan segala perkara yang bertentang dengan ajaran islam dan juga hal ini merupakan penghalang untuk mengikuti hawa nafsu yang boleh merosakkan akidah.

Dalam sebuah hadist disebutkan :

“Malu termasuk bahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga. Sedangkan ucapan keji termasuk bahagian dari tabiat kasar, tabiat kasar itu tempatnya di neraka” (HR. at Tirmidzi, Ibnu Hibban no. 1929, al Hakim I/52-53 dan Ahmad II/501, berkata Syaikh Salim, “Adapun hadits ini tetap shahih kerana ada mutaba’ah/penguat dari Sa’id bin Abi Hilal dalam riwayat Ibnu Hibban”)

Sifat malu ini sebenarnya sudah tertanam dalam setiap hembusan setiap insan, karena sifat malu ini sebenarnya tidak memerlukan tempat untuk singgahsan bak kerajaan yang mewah, hal ini adalah sudah fitrah diri manusia yang sudah tertanam bersama keimanan seseorang. Namun kebanyakan kita lebih menjaga malu kepada manusia dari pada menjaga malu kepada Allah, dan jika tidak menjaga malu kepada Allah maka apakah akan jadi generasi yang akan datang?

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai. (QS. Al ‘araf:179)

Dalam hadis qudsi Allah berfirman : “Aku yang mencipta tapi selain-Ku disembah. Aku yang memberi rezeqi tapi selain-Ku yang disyukuri. Kebaikan-Ku turun pada hamba, sementara keburukan mereka naik kepada-Ku.  Aku berbaik hati pada mereka dengan memberi berbagai nikmat padahal Aku tidak perlukan mereka. Tapi mereka justru memperlihatkan kebencian pada-Ku dengan bermaksiat padahal mereka makhluk yang paling memelukan kepada-Ku. Orang berzikir pada-Ku adalah teman duduk-Ku. Orang yang taat pada-Ku adalah para pecinta-Ku. Sementara orang yang bermaksiat kepada-Ku tidak Ku buat mereka putus asa dari rahmat-Ku. Jika mereka bertaubat pada-Ku niscaya Aku menjadi kekasih mereka. Jika menolak, maka Aku akan mengubati mereka. Ku uji mereka dengan berbagai musibah agar mereka suci dari noda. Siapapun di antara mereka yang datang bertaubat kepada-Ku, Ku sambut dari jauh. Siapa yang menentang-Ku, Kupanggil dari dekat. Aku akan berkata padanya, ‘kemana engkau hendak pergi? Apakah engkau mempunyai Tuhan selain Ku?’ Kebaikan di sisi-Ku dibalas dengan sepuluh kali lipat dan dapat Kutambah. Sementara kejahatan di sisi-Ku dibalas seumpamanya dan dapat  Ku ampuni. Demi kemuliaan dan keagungan-Ku, seandainya mereka meminta ampunan kepada-Ku, pasti Kuampuni”

Jika kalbumu suci, bersih dan hidup pasti engkau akan menangis mendengar pernyataan Allah di atas.

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Allah swt memanggil Daud, “Wahai Daud seandainya mereka yang membelakangi-Ku itu mengetahui cinta dan rindu-Ku pada mereka, serta mengetahui betapa Aku ingin mereka kembali, niscaya mereka segera merindukan-Ku. Wahai Daud inilah keinginan-Ku terhadap mereka yang membelakangi-Ku. Apalagi cinta-Ku terhadap mereka yang menghampiri-Ku,”


فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ


“Nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan?” (QS. Ar Rahman: 13)

Tidakkah kau malu untuk bermaksiat dan melakukan dosa setelah tahu betapa besar cinta Allah padamu??

****************************************************

Kisah Teladan- Ibrahim bin Adham

Abu Ishak Ibrahim bin Adham, lahir di Balkh dari keluarga bangsawan Arab di dalam sejarah sufi disebutkan sebagai seorang raja yang meninggalkan kerajaannya – lalu mengembara ke arah Barat untuk menjalani hidup bersendirian yang sempurna sambil mencari nafkah melalui kerja kasar yang halal hingga ia meninggal dunia di Negeria Persia kira-kira tahun 165H/782M. Beberapa sumber mengatakan bahawa Ibrahim terbunuh ketika mengikuti angkatan laut yang menyerang Bizantium.

Banyak rupanya kisah sejarah dari manusia bernama Ibrahim bin Adam ra, Hidup di zaman Nabi Khidir a.s.

Suatu hari, Ibrahim bin Adham didatangi oleh seorang pemuda yang bergelumang dengan dosa  yang sudah sekian lama hidup dalam kemaksiatan, sering mencuri, selalu menipu, dan tak pernah bosan berzina. Orang ini mengadu kepada Ibrahim bin Adham;

"Aku sudah tercebur maksiat cukup dalam, bagaimana aku dapat berhenti dari semua perbuatan tercela ini ?"

Ibrahim bin Adham terdiam sejenak, lalu berucap, "Jika kamu dapat memegang lima hal ini, niscaya kau akan jauh dari perbuatan maksiat.

Pertama, jika kau berbuat maksiat, usahakanlah Allah tak melihat perbuatanmu."

Orang itu terperangah,

"Lalu, kenapa kau berbuat dosa seakan-akan Allah tidak melihatmu ?"

Pemuda itu tertunduk, malu, "Katakanlah yang kedua !"

"Jika kau masih berbuat maksiat, jangan lagi kau makan rezeki Allah."

kembali pendosa itu terkejut, "Bagaimana mungkin ? Bukankah semua rezeki datang dari Allah ? Air liur di mulutku ini pun datang dari Allah."

Ibrahim berkata, "Layakkah memakan rezeki Allah sedang kita melanggar perintah dan melakukan larangan-Nya ? Ibarat kamu menumpang makan kepada orang, sementara setiap saat kau selalu mengecewakannya dan ia melihat perbuatanmu, masihkah kamu punya muka untuk terus makan darinya ?"

"Sekarang katakanlah yang ketiga."

"Ketiga, jika kau masih berbuat dosa, janganlah tinggal di bumi Allah."

Air mata pendosa itu menitik.

"Keempat, jika kau masih berbuat maksiat, dan suatu saat malaikat maut datang mencabut nyawamu sebelum kau bertaubat, tolaklah. Janganlah mahu nyawamu dicabut."

"Tak seorang pun mampu menolak datangnya malaikat maut ...."

"Jika begitu, mengapa kau masih berbuat maksiat ? Tidakkah terfikir olehmu, jika suatu ketika malaikat maut itu datang justru pada saat kamu sedang mencuri, menipu, berzina atau melakukan dosa lainnya ?"

Pemuda itu tak kuasa menahan tangis.

"Lalu, hal apa yang terakhir ?"

"Kelima, jika kamu masih ingin berbuat dosa dan malaikat maut sudah mencabut nyawamu justru ketika kau melakukan dosa maka janganlah mahu kalau nanti malaikat  Malik memasukkanmu ke neraka. Mintalah kesempatan hidup sekali lagi !"

"Bagaimana mungkin ? Bukankah hidup hanya sekali ?"

Ibrahim berkata, "Kerana hidup hanya sekali, kenapa kita masih menyia-nyiakan hidup ini dengan menumpuk dosa ?"

"Cukup ! Aku tak sanggup lagi mendengarnya," ucap pemuda itu seraya menangis lalu pergi meninggalkan Ibrahim bin Adham.

Sejak itu ia tak lagi mendekati maksiat dan orang-orang mengenalnya sebagai seorang ahli ibadah.

Renungan dan muhasabah...

Semoga bermanfaat.

~By: NuriahHamsah~

Sunyi itu rindu

Assalamualaikum~
Sunyi. Namun itu bukan satu keluhan dan aku cukup berasa bersyukur kerana mempunyai peluang untuk menyendiri. Menyendiri untuk bersama Ilahi. Penulisan sahabat ku dalam blognya banyak menyentuh hati ini. Penulisannya yang menyelitkan pendekatan terhadap Allah dan Rasul. Sifat muhasabah diri yang die kembangkan sangat2 memberi kesan terhadap hati aku~

Ternyata wujud satu perasaan rindu dalam hati ini. Kerinduan dalam melihat rentak baginda meneladani umatnya di muka bumi ini.. Moga apabila sampai saat aku untuk ke sana, aku berpeluang untuk melihat dan bertemu dengan baginda.. Walaupun tidak merasai dan tidak berpeluang untuk bertemu namun sejarah baginda sangat2 membuatkan aku rasa jatuh cinta dan merindukan baginda.. Malah, kesunyian ku ini juga membuatkan aku untuk dekat dengan Ilahi.. Thanx pada sahabat Nur@Nana ku kerana dia antara sahabat yang sentiasa menyelitkan nasihat yg berhikmah..

Moga aku mampu tingkatkan lagi amalan2 ku~ Amin...

Friday 22 February 2013

Siapa yg kita fikirkan sekarang?

Assalamualaikum.. siapakah yang sedang engkau ingati sekarang? Kenalkah kamu dengan Allah dan Rasul kita? 
Tanpa Allah dan Rasul, tidak senikmat inilah kehidupan kita~

Wednesday 20 February 2013

Pure Marine Collagen

~Assalamualaikum~
Pertama kali aku promote barang~ Dan kedengarannya sangat2 bagus untuk digunakan oleh orang yang mengalami masalah kulit dan sebagainya. 



Informasi mengenai Pure Marine Collage



Ibu Kolagen (PMC) 100% Mentah Dan Halal Keluaran Sabah
Tak Perlu Suntikan, Tak Perlu Botox Untuk Cantik Lagi.
100% Kolagen Mentah Belum Diproses.
Hanya Rebus Sahaja Untuk Penyediaan.
Kolagen ni amat berkesan sekiranya diamalkan pada setiap hari. Kita akan melihat perubahan terutamanya pada kulit kita dan akan kelihatan semakin cerah/putih, kalau seminggu lebih boleh nampak especially pori2 muka akan rapat dan nampak licin..PMC ini boleh di buat masker pada wajah untuk kesan yang terbaik. Sesuai untuk wanita yang pregnant untuk dapatkan baby yang putih dan kulit cantik.
Kolagen mentah ini berasal dari tumbuhan marin/rumpai laut yg di kering.. 100% pure marine collagen yang belom diproses.. Tiada campurn bahan atau pengawet atau pewarna.
Kollagen in adalah 10x ganda tinggi dari sirip yu (satu mngkuk kecil rm300)
dan khasiat dia sama dengan sarang burung layang2 (rm400 hingga ribu2)
24 % kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang
Anti oksida 550 x lebih tinggi dari Vit.C
Vit.A 40x lebih tinggi dari betacarotine










Antara khasiat collagen :
1. MENCERAHKAN KULIT MUKA DAN BADAN, MENGGEBU SERTA MENGANJALKAN KULIT.
2. MENGHALANG TANDA-TANDA PENUAAN ANTI AGING

2. MENYIHATKAN ORGAN ORGAN DALAMAN BADAN

4. ANTI BAKTERIA,ANTI JERAWAT

5. DETOKSIFIKASI

6. MENGELAKKAN MASALAH JANTUNG

7. MENGAWAL BERAT BADAN

8. MENYEIMBANGKAN TEKANAN DARAH.

9. AWET MUDA

10. MENGUATKAN AKAR RAMBUT DAN MENCEGAH KEGUGURAN

11.MENGUATKAN SENDI BADAN
12.MERAWAT KENCING MANIS

Kelebihan/Kehebatan PMC..
-Melaraskan berat badan dan menstabilkan hormone 
-Meningkatkan sistem imun dan metabolisme badan 

-Memejalkan payudara, otot dan punggung 

-Menyihatkan rambut dan kuku 

-Menguatkan sistem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid 

-Mengurangi penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur 

-Mengurangi selulit & Memberi tenaga 

-Melancarkan peredaran darah, mengurangi sakit bahu dan belakang 

-Menguatkan tulang dan sendi, menjauhi artritis dan osteoporosis 

-Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot 

-Merawat penyakit gout & Mencegah kanser/tumor 
-Menurunkan tekanan darah tinggi & merawat Anemia 
-Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, merawat gastrik 
-Anti bakteria/kulat & Memecahkan Toksin 
-Menurunkan tahap kolesterol dalam tubuh 
-Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh) 
-Melicin, menegang, dan menghaluskan kulit 
-Mempercepatkan pengecutan jerawat dan menghapuskan parut 
-Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka 
-Menstabilkan kandungan gula dalam darah (kencing manis) 
-Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas 
-Menberikan rasa kekenyangan (diet) & Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir) 
-Membantu masalah keputihan & Menormalkan fungsi kalenjar tiroid.
-Mengawal berat badan & menyeimbangkan berat badan.
-Mnguatkan akar rambut dan mencegah keguguran rambut.
-Awet muda


Siapa yang boleh mengambil collagen ini
*Wanita dan lelaki

*Ibu yang mengandung-kulit bayi cantik/putih/halus(untuk kandungan 4 bulan keatas sahaja) ibu rasa bertenaga dan tidak mudah letih.

*ibu menyusukan bayi-boleh makan tapi dengan syarat tidak boleh lebih dari 5 gram sehari,kerana kandungan iron adalah tinggi.

*Kanak-kanak yang berumur 2thn keatas

*WANITA SELEPAS BERSALIN /BERPANTANG TIDAK DIGALAKAN MAKAN KOLLAGEN .SELEPAS 3 BULAN BARU BOLEH MAKAN KOLLAGEN .KERANA IANYABERSIFAT SEJUK....
**SELAMAT - MURAH - BERKESAN - SEMULAJADI - TANPA BAHAN KIMIA

** 100% SEMULAJADI TANPA BAHAN CAMPURAN & BAHAN KIMIA 

** RAHSIA KEJELITAAN KULIT MASYARAKAT CINA & JEPUN 

** 1001 KHASIAT UTK KECANTIKKAN & KESIHATAN

Perbezaan Ungu dan Putih/ Kuning Collagen dari aspek fungsi :
UNGU LEBIH KEPADA MERAWAT MASALAH PENYAKIT KRONIK SPT SAKIT JANTUNG,STROK,GOUT,ASMA DAN SBGNYA... MANAKALA KUNING BERPERANAN LEBIH UNTUK KECANTIKAN LUARAN

Cara penyediaan
**********************

1.Cuci Rumpai Laut Kering (anggaran 100gm), ramas-ramas seperti mencuci beras sebanyak 5-6 kali (Boleh juga di ramas-ramas dengan asam keping dan garam)
2.Rendam rumpai laut kering (RLK) yang telah siap di cuci semalaman@6 jam bagi memastikan khasiatnya kekal.
3.Setelah itu, ambil RLK yang sudah kembang dan cuci 3-4 kali lagi dan toskan **JANGAN DIBUANG air rendaman RLK**
4.Campur RLK yang telah kembang dengan 1.5liter ke 2 liter air kosong dan daun pandan untuk di rebus.
5.Rebus dengan api perlahan. Kacau sekali-sekala dan masak hingga RLK hancur. ** atau dlm 40minit. JANGAN dimasak terlalu lama takut menghilangkan khasiatnya**
6.Sejukkan dan tapis Kalogen tadi. Anda akan dapat air kalogen dan sisa/serat tapisan jika masih ada.
7.Simpan kedua-duanya dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk
8.Sedia untuk di gunakan sebagai minuman, tambahan koktail, masker muka/kaki dan lulur mandi.

Nota :

Asam keping dan garam - menghilangkan hablur garam dan hanyir pada rumpai laut

Daun pandan - menghilangkan bau hanyir rumpai laut semasa merebus dan menambahkan aroma pada rumpai laut

Kalau Kalogen RLK ni di gunakan hanya untuk makan / minum, semasa merebus tu boleh lah masukkan madu/gula/ginseng.
Air rendaman Kalogen RLK : 
Di gunakan untuk rendaman kaki dan kulit kepala serta rambut. Maklumat lanjut klik kat atau terus link ke
Air Tapisan Kalogen RLK (akan bertukar menjadi jeli) :

Boleh di minum atau di jadikan makanan..saya kongsi beberapa resepi yang boleh di buat menggunakan jeli rumpai laut ni ya!Di ambil 3 sudu makan setiap hari bersama-sama air suam@jus buah-buahan@makan begitu sahaja. Sebaik-baiknya di ambil semasa perut kosong.
Pagi-sebelum sarapan

Malam -sebelum tidur


CARA PENYIMPANAN RUMPAI LAUT
1. Stok berlebihan anda hendaklah di simpan dalam bekas kedap udara supaya tak terdedah pd udara luar yg mempercepatkan proses pengeringan melampau juga keluarnya kristal garam dgn byk..
Jangan risau kristal garam boleh bt warna pudar tapi tak rosak selagi tak kena/rendam dlm air..

2. Satu cara lg yg mudah ..kembangkan semua yg ada, toskan air, masukkan ke kontainer dan simpan d ruang beku/frozen dlm had penggunaan setiap bekas...klu hendak guna keluarkan dn cairkan dan rendam semula d air..ia segar balik mcm biasa walaupun nampak kecut..
Cara membekukannya yg sudah dikembang lebih baik dari d simpan secara kering..sbb proses pengeluaran kristal garam tak berlaku..
Harga :
 Bagi kolagen yang berwarna kekuningan itu pada harga RM20, manakala, kolagen yang berwarna keunguan itu pada harga rm25. Harga boleh runding.. Jika mahu lebih lanjut boleh hubungi :
Hubungi :

CONTACT INFO

Nurul Husna
ALAMAT( Sepang, Selangor)
~~0196595477


EMAIL
~~rosnah8891@yahoo.com
starshine_top@yahoo.com

FB
~~cinta.feb@gmail.com ( Nur Fadillahhani)
sweetmemo_91@yahoo.com (Norule Whosena)

Pembayaran melalui :
~~~cimb -12360030405521
NURUL HUSNA BT ZAINUDDIN
## hubungi saya melalui sms terlebih dahulu sebelum memilih email atau fb sebgai medium berhubung..... t kasih
NOTA PENTING : SAYA HANYA AKAN MELAYAN SMS SHAJA...PANGGILAN TIDAK AKAN DILAYAN SEMASA MASA SIBUK.... JGN BIMBANG...SMS ANDA SUDAH CUKUP UTK MENERUSAKAN SESI JUAL BELI KITA..... KERJASAMA ANDA SNGAT DIHARGAI

Tips untuk bloggers~

Assalamualaikum.. Huhu.. tadi aku blogwalking.. Hurm.. Ade blog yg cantik dan kemas.. ade yg serabut dan.. hahaha ok fine stop~!

Ok, kawan2 semua.. Aku sebagai pengguna blog just nak ceritakan beberapa tips yg mungkin korang tertarik nak buat.. Ni blog kedua aku.. Blog pertama agak sangkut. Tak tahu napa.. Dulu aku banyak jugak share artikel islamik dan sebagainya.. Agak aktif di situ sampai dapat ramai kawan blogger tapi sekarang sebab aku dah masuk belajar ke universiti, ehem, agak busy.. Sekarang tak busy sangat sebab aku cuti semester hehe.. Dah nak masuk semester 4 dah.. alhamdulilah semua ok ^_^

Ok, pertama sekali, korang kena tahu ye, blog kita akan dihadiri oleh semua golongan pembaca dari budak kecil sampai ke usia tua.. ( Tua---> Profesional of course).. Jadi, point dia ialah, bahasa kita nak guna dalam menyampaikan mesej korang tu kenalah sedap dan dalam keadaan memelihara bahasa kebangsaan kita. Kalau tak pun pakai bahasa omputih atau bahasa international.. (English/Bahasa Inggeris)..Bukan apa, aku cuba la melayari dunia maya ni dengan rasa tenang sekali bila baca, ....... menjadi kan aku belajar mengeja bahasa baru.. huhu..

Kedua, penyususan widget.. tak kisah nak letak penuh as long korang tahu adjust kedudukan ^_^.. Kalau pandai adjust kedudukan mesti akan nampak lagi kemas.. para bloggers pon akan rasa syok je sampai kat page korang.. Warna dan kulit page korang. Kalau korang pilih warna kulit or template yang striking, hopefully gunakan la warna untuk tulisan yang malap or xberapa striking supaya ade kontra keadaan warna.. kita pon nak elakkan pembaca rasa sakit mata kan..

Ketiga~ huhu IKLAN~! pandai betul manusia sekarang pakai trick.. Haiyoo.. datang komen kat shoutbox aku sekali yang keluar IKLAN? nak cari duit pon elok2 la dear... Sebab sekali page iklan masuk, page loading akan jadi berat. Lagi, juga menyebabkan orang jadi rimas... berbudi bahasa la nak orang klik iklan anda tue.. Bukan orang tak nak klik TAPI, perlu kena pada gayanya ya.. jemput hadir ke page dengan ramah ke? Tak rugilah jadi ramah.. Bukan dapat dosa pon kan..

Keempat.. Hati2 ye nak ubah keadaan blog sebab ianya mampu menyebabkan page korang wujud virus. Aku terkena ya.. tak tahu lagi di mana puncanya.. mungkin sebab banyak isi macam2 perhiasan kot.. Mgkin sebab lain ke.. Tapi mungkin ada sedikit sebab virus mudah masuk ke situ.. So berhati2..

Last.. Tulisan tue kalau boleh jangan guna tulisan yang susah nak baca. Well, as i said before, kita ada pembaca yang mungkin dah berusia.. Huhu.. Mana tahu dia berminat nak jenguk blog kita kan, jadi berilah peluang mereka membaca dengan selesa.. Pakai jenis tulisan yang selesa di baca sayang melainkan tulisan tue besar.. Kalau tulisan besar tue kira boleh pakai lagi tulisan yang vogue tue.. hehe.. As long as pembaca suka.. Sebab kita tulis juga untuk pembaca kan..

Aku beritahu ni sebab korang nak para pembaca datang ke page anda dengan reaksi yang ^_^ kan? Plus, korang nak tambahkan lagi trafik ke pengikut ke.. Aku harap korang titik beratkan apa yang aku dah sampaikan.. Korang adjust setakat keselesaan korang.. Kalau tak tahu nak adjust macam mana, ramai bloggers pro kita ada tunjukkan cara / tutorial dia.. So never give up blogging dan mesra pengguna ok ^_^

Ini antara bloggers yang ada best tutorials. Boleh belajar tutorial dan boleh tahu macam mana mereka naikkan rating huhu :



1) http://www.lyssasecret.com/ ( Lisa Secret )
2) http://wanhazel.blogspot.com/ ( Wan Hazel)
3) http://bicarafarah.blogspot.com/ ( Kak Farah)

Selamat menulis semua.. ^_^ menulislah sesuatu yang memberi manfaat.. ^_^

Bila lapang~

Assalamualaikum~ Selain online dan "blogging", aku memang mengisi hari aku dengan membaca buku~ Huhu.. Maaf ye skema sebentar hehe.. Tambah pula, sahabat aku si Nana sedang gigih menyiapkan dia punya cerpen membuatkan aku tak sabar2 nak baca. hehee.. 

Well, habis ruangan simpanan buku aku kumbah.. untuk aku isi masa lapang aku~.. Korang ade simpan bku? jangan buang ok..rugi~ sangat2 ~!

Aku rindu nak pergi Ptar Induk skrg huhu.. sebab aku nak pinjam buku lagi hehee.. Buku jadi teman aku buat masa ni~. Plus ade someone new but just being friend.. Kinda of sweet hehe :) 





Mungkin rasa boring baca buku pada sesiapa sahaja tapi pada aku~huhu.. sukenye.. ~hehe.. ha.. nak selit sikit kata2 daripada Ustaz Azhar Idrus.. for us girls hehe :)

do take care urself ok semua :) 
Wasalam~

Saturday 16 February 2013

Sahabat ku...


Hati berbunga-bunga.. moga berbunga hingga ke akhirat sana.. Walaupun menyendiri namun Allah tetap menemankan diri ini dengan teman2 yg tercinta. Gaduh manje sudah tentu hehe.. Thanx sahabat2 ku kerana masih menghargai diri ini. Rakan2 banyak memberi pertolongan kepada ku dengan izin-Nya.. Moga kamu memperolehi kebahagiaan yg kamu semua impikan.. Terima kasih kerana tak pernah penat untuk menasihati ^_^ Mwuahh sayang korang sangat2


Masih berimpian untuk begini. Sangat2 mengimpikan diri dikasihi sejauh ini. Moga Allah temukan aku dengan yg terbaik.. Kasih diberi untuk setiap hari dan setiap saat~ ^_^


Thursday 14 February 2013

Syukur Alhamdulilah ^_^

Assalamualaikum~ Alhamdulilah mulenye aku ucap syukur sebab result masih maintain hehe tapi a bit sad sebab xnaik.. xpela, sem depan akan ditingkatkan lagi.. In Sha Allah.. Moga semangat nak belajar makin bertambah..

Cantikkan pic kat atas haha.. puji la plak.. Cantik lak effect tue so aku pon sesuaikan dengan pic teman2 tercinta ni hehe.. Lame da xjumpe diorang ( except si tdung purple specky hehe sebab jmpe selalu kat kolej ehhee :p ) Alhamdulilah memasing sihat2 belaka termasuk aku.. Membulat tergolek2 kata si Ika hehe.. Ika la paling payah nk dapat jumpe pi lau da jumpe kau..haha.. gempak je story mory termasuk la jumpe si Intan hehe.. Ainiza? ehehe.. si cute tue memang selalu sweet.. once da jumpe ase lepas rindu hehe.. Thanx korang sebab masih ingat aku yg bonzer kate si Intan haha..

Kengkawan sekolah rendah yg best~ hope leh jumpe yg lain2 lagi sebelum mereka naik pelamin hik hik hik.. aku dapat rasakan makin ramai nak naik pelamin ni..Speed betul mereka.. Alhamdulilah la kan jodoh cepat sampai.. Moga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhirat.. :)

Most kelaka nye, bila jumpe mereka ni, aku siap minum banyak kali sebab kehausan berborak hahaha~ aduhai.. dah lame tak jumpe en... cerita nye pon kalah novel :p :p anyway so much fun la hehe

Aku lak dah mula rindu kat kengkwn serumah da kengkwn sekelas hehehe.. hope mereka sihat sahaja di rumah.. wink3..

Wednesday 13 February 2013

A day with Adik syg~



Saranghae




Assalamualaikum~ Alhamdulilah dapat juga aku bertemu kembali dengan adik kesayangan aku ni, Sara. She quite nice.. dan aku betul2 rindu kat die..Not all the times dpt berjumpe dgn die.. Dan aku lak tak sepanjang mase aku memanjangkan kaki aku melainkan mereka yg tersyg sudi ajak aku keluar :) Yg aku tak dapat join tue jangan terasa sebab aku bukan xmahu tapi ade halangan yg membuatkan aku memang tak boleh keluar, kalau keluar jugak masak la aku~

Happy betul dapat jumpa sara.. Ni la kenangan aku dan die.. sayang sgt kat die.. Hope relationship as sisters always keep between us :) Bukan nak dapat orang yg betul2 sygkan kita ... Saranghae sara.. Mwuahh~ akak harap sara jage diri baik2.. akak xkan lupekan sara. U are my sweety sister among my beloved baby boo~ hehehe.. Akak takde adik, so sara pon adik akak :)